Thursday, 26 September 2019

Sup Cendawan Tiram - #icook

Assalamualaikum


Ada satu masa tu i rasa nak sangat makan cendawan tiram. Sup cendawan lah, nasi goreng cendawan lah, cendawan goreng, sayur campur cendawan and the list go on and on.. haha! Lepas tu i ngadu kat cikwie, dia boleh tanya pulak kita wak, nak ke? eh mesti lah nak... Cikwie bagi tau, kat kampung dia ada orang jual cendawan tiram ni, apa lagi i laju-laju la mintak dia belikan..hihi. Dalam masa seminggu macam tu, selambak cendawan tiram sampai. Mak cikwie kirim dari kampung bagi dekat kawan cikwie untuk pastkan kan cendawan tu kat kami.   

Bila benda dah ada depan mata, apa lagi macam-macam lah projek cendawan i kerjakan. I buat cendawan goreng selambak banyak, sampai boleh makan repeat jejak ke malam. Puas betul hati i. Kalau beli dekat pasar malam tu rm2 untuk 1 cup dapat secoit je kan? Ini 1 rumah boleh makan sampai puas.

Then ada satu weekend tu i buat sup cendawan. Nikmat betul dapat makan sup cendawan tiram ni. Bubuh lada hitam dengan serai. Menghirup kuah je dah separuh periuk! Hahahaha... 






Bahan-bahan sup cendawan tiram (bahan ni korang agak-agak je tau, ikut tekak & balancekan dengan berapa banyak korang nak masak cendawan tu) :-

- Cendawan tiram cuci & toskan 
- Bawang putih & bawang merah dicincang/ditumbuk 
- 1 batang serai (optional) 
- 2 sudu Serbuk lada hitam (i beli yang kasar2 sikit, atau korang boleh tumbuk 
  kasar lada hitam ikut selera nak buh banyak mana) 
- 1 Kiub pati ayam 
- 1 sudu sos tiram 
- Daun bawang di hiris-hiris

 Cara penyediaan :-

1. Panaskan periuk dan letak minyak sikit je.. Lepas minyak dah panas tumis 
    bawang bersama lada hitam hingga kekuningan/garing
2. Masukkan air, kuib ayam, sos tiram, terjunkan serai dan perasakan dengan 
    garam  
3. Bila air dah mendidih boleh campakkan cendawan yang dah di cuci tadi. 
    Tunggu cendawan dah masak/layu tutup api dan boleh tabur daun bawang 
    semasa menghidang. Siap!



Sonang yoo nak buat sup cendawan ni. I memang suka dengan cendawan. Kalau orang kampung cikwie diorang panggil kulat. Ermmm sedapnye bila tengok gambar sup cendawan ni, dapat pulak makan time lunch.. makan  dengan ikan kembong goreng & sambal belacan itu pun dah sedap! Nasik confirm 3 pinggan! ;p 

Ok, selamat mencubaa....    

Wednesday, 25 September 2019

My Healing Love



Assalamualaikum


Harini nak i nak share 1 drama yang i tengah layan & korang pun patut layan cerita ni. I layan kat astro je... Huhuhu.. yep, i masih lagi langgan astro, unifi belom boleh cover lagi area rumah i, haih sodih betul. Tapi takpe lah, besyukur ade jugak astro.. ada jugak drama korea hiks!

Sekarang ni makin mencurah-curah drama korea terbaru, jadi ada yang i tak sempat nak tengok.  Tapii... baru-baru ni i tengah follow drama dekat Oh!K chanel 394, tajuk dia MY HEALING LOVE. Maybe ada yang dah pernah tengok cerita ni on online, sebab ni cerita tahun 2018. Dekat astro baru beberapa minggu je drama ni start. Drama ni akan dimainkan setiap hari isnin je untuk 4 episode. Cuma tu lah plot cerita dia dah best dah, tapi jenuh nak menunggu episod yang akan datang, seminggu sekali je kan, errrggghhh!



My Healing Love

Ni lah hero dia Yeon Jeong-Hun (kiri) watak dalam drama ni nama dia Choi Jin-Yoo & heroin dia So Yu-Jin (kanan) watak dalam darama Im Chi-Woo. Tapi diorang bukan pasangan kekasih tau, diorang ni adik beradik tiri yang terpisah sejak kecik.  


Jin-Yoo ni sangat baik, patuh pada family dan sangat sayangkan adik beradik dia, mak dia kawin dengan bapak Chi-Woo masa diorang masih kecik. Kira time tu mak dia janda anak 1 and kawin dengan duda anak 1 jugak. Then tinggal sekali dengan nenek Chi-Woo ni. Dengan perkahwinan mak & bapak diorang tu, diorang dapat sorang adik perempuan nama dia Choi Yi-Yoo dalam cerita tu. So diorang ni jadi sangat rapat dengan satu sama lain walaupun adik beradik tiri. Nak jadikan cerita tak tau macacm mana tiba-tiba mak si Jin-Yoo ni jadi tamak & tak sayang dekat anak tiri dia si Chi-Woo tu. Tamak maybe. Biasalah kan, harta & duit ni kan panas. Kahkah! Pastu dia tinggalkan je anak tiri dia ni dekat pasar. Masa tu Chi-Woo dalam 5 tahun. Sian kan? Tapi sebenarnya ahli family yang lain nenek, bapak & adik dia tak pernah lupa nak carik kakak diorang ni. Sampai harini pun masih jugak diorang berusaha nak kembalikan kakak diorang ke dalam family tu. 

Choi Jin-Yoo dah kawin & ada satu anak umur dalam 6 tahun tapi dah berpisah dengan isteri dia. Im Chi-Woo pun dah kawin tapi tak ada anak. Hidup chi-woo ni sangat sederhana, mak angkat dia yang jaga dia sejak dia kecik hanya lah seorang pemilik kedai saloon je, ada 1 adik perempuan dan adik lelaki. Tapi sejak dah kawin dia stay dengan family mertua. Mertua dia pulak, sejenis orang biasa tapi baru nak merasa kaya. Ada adik ipar lelaki, lawyer tapi dah mengandungkan perempuan lain. Pastu ada hati dengan adiknya si Jin-Yoo tu. Kira adik tiri Chi-Woo jugak lah. Haaa..korang paham tak? dia macam dah berkait-kait dah sekarang ni. Masing-masing pun dah bersua muka antara satu sama lain, tapi masih belum tahu yang diorang ni sebenarnya memang ada kaitan.  

Tapi tu lah, i nak cerita lebih-lebih pun belum boleh. Sebab masih baru jugak layan cerita ni. Nak download atau tengok online masih belum berkesempatan lagi. Dah jadi mak-mak ni memang tak de dah buat kerja download2 movie ni, masa tu tak cukup je rasa. So kita layan je lah apa yang keluar dekat tv, hahahahaha!! I suka layan drama ni sebab watak tempelan dia kadang-kadang pecah perut jugak perangai masing-masing. Kekeke.. So pada yang tak tau nak layan cerita apa boleh la korang layan drama MY HEALING LOVE ni dekat astro chanel oh!k - 394. Kalau rajin pegi terus download tengok sampai habes. I tak rajin tapi i tak sabar nak tunggu bila rahsia semua ni terbongkar and yang sebenarnya mak tiri dia tu la punca si Im Chi-Woo ni hilang & hidup menumpang dekat orang lain :p


Ok bye! Selamat menonton. 








Monday, 23 September 2019

AYAM MASAK BALI - #icook

Assalamualaikum



Kalau hari weekend, tak ada kemana memang i akan masak selalunya. Last sunday i buat ayam masak bali. I try resepi ni sebab tengok orang duk update kata ayam masak macam ni sedap. So i pun teray lah.. memang sedap. Nampak macam ayam masak kicap dengan ayam masak merah, tapi ayam masak bali ni lain. Sesuai jugak untuk anak-anak makan sebab dia tak pedas. I dah banyak kali jugak masak ayam masak bali ni, kalini baru sempat i nak share kat sini resepi dia. :p


AYAM MASAK BALI

Bahan -bahan  :-

- 1/2 ekor ayam (potong biasa - digaul dengan serbuk kunyit dan garam)
- 3-4* ulas bawang merah/bawang besar (lagi banyak bawang lagi sedap)
- 2* ulas bawang putih
- 1* inci halia
- 1-2* sudu cili kering/giling
- 1 biji bawang besar (di mayang-mayang) 
- 1-2 helai daun limau purut
- 1 tangkai daun kari 
- 2 batang serai (diketuk-ketuk)
- 3-4 sudu kicap pekat manis
- 1/2 sudu gula 
- 1/2 sudu kecil bahan perasa 

simbul (*) untuk diblend.

Cara penyediaanya :-





1. Goreng ayam yang telah digaul dengan kunyit & garam. (Goreng lite-lite je, kalau garing sangat takut ayam keras pulak) - angkat dan ketepikan. 



2. Lepastu jangan tutup api dapur tu lagi, kecikkan je api tu, dan minyak goreng ayam kalau agak banyak lagi balance dalam kuali tu korang keluarkan sikit, tinggal kan dalam kuali 2-3 senduk terus gorengkan serai, daun kari & daun limau sehingga agak garing kekuningan. 






3.  Masukkan pula bahan-bahan yang diblend tadi - dan tumis sehingga cili masak. Minyak banyak tak apa sebab nak bagi cili tu masak betul-betul kalau cili tak masak, nanti makan sakit perut. 

4.  Bila sambal yang ditumis dah agak garing, masukkan gula & kicap. Masak sambal sehingga betukar jadi gelap dan perasakan dengan bahan perasa.

5.  Lepastu boleh la masuk kan pulak bawang yang telah dihiris/dimayang. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul sebati bersama sambal tadi.


Siap!


Dia akan jadi macam ni. I lebihkan kicap, kalau kicap kurang dia akan jadi kaler maroon-maroon. Tapi sorry la ye gambar tak proper sebab i tak sempat nak snap lepas hidang tu, tau-tau cikwie dengan kak pia dah terkam dulu lauk masuk dalam pinggan nasi dorang. Haha!! 

Ayam masak bali ni ala-ala ayam masak merah jugak, tapi dia ada rasa manis, masam & pedas. I suka sebab bau dia wangi dari daun kari, serai & daun limau tu. Makan lauk dia saja dengan nasi panas pun layan. Kalau nak pedas lebihkan je cili, janji korang balance kan dengan garam, gula & kicap tu. I x letak garam sebab kicap tu dah masin. Sesuai dimakan seisikeluarga & semua peringkat umur...hahahaha. 




  





    

Friday, 20 September 2019

HAHA


Assalamualaikum. 

Jadi perempuan ni pelik kan? Mood tak menentu kejap kang
ok..kejap kang k.o. Yang selalu jadi mangsa, cikwie. Kadang sian dekat dia, keje dah la penat, dapat pulak isteri macam ni, kejap kang sewel gelak aje tak berhenti kejap kang tetibe mengamok marah-marah naik hantu. Tapi biasa lah, manusia yang bernama KUNA ni marah dia rajuk dia kejap je... Dah tu, nak harap cikwie pujuk? Laaaammbeeerrrttt lagi. Haha!!

Malam-malam kan, kalau cikwie balik awal dapat  la borak kosong sebelum tidur, kadang fikir macam mana la kita nanti kan b bila kita dah tua nanti, nak kerja apa la agaknye kan? Kita bukan orang gomen pun yang ada pencen. Cikwie pun kata tak kan dia sampai tua nak bawak motor ke tempat kerja, bongkok-bongkok start motor, pastu nak bediri pun sampai teketar kepala lutut kesan gegaran bawak motor tu. Yang i pulak dakap stereng rapat ke dada sampai kepala tu kalau boleh nak tejulur keluar dari cermin depan sebab mata dah makin kabur tak nampak jalan tapi still kene drive pegi office. Hahahaha...bongok! Korang ada tak kadang-kadang termoving forward sangat bila bepikir tu? Adeh la... ini lah dunia kan. Lagi-lagi zaman sekarang, kalau seorang je yang bekerja memang orang kata cukup-cukup makan, ngam-ngam aje perbelanjaan tu. Tapi kan pelik jugak,i ni kan dedua bekerja, dedua ada pendapatan sendiri, tapi kadang-kadang simbul $$ tu sampai negative (-) pegi nye! Mana tak biol otak! Rezeki orang ni lain-lain kan? Janji kita pandai manage & sentiasa besyukur... 

Masuk pulak bab anak, ya rabbi.. ape ke mahal benar sekolah sekarang? Mahal dia kadang tak leh nak digest dalam kepala otak ni. Baru sekolah tadika tapi yuran dah macam masuk U. Tapi apa boleh buat zaman dah berubah katanya. Kalau tak beri yang terbaik, takut ketinggalan anak kita. Dengan harga pengasuh pun sekarang dah mahal, kalau sorang ok lagi, masuk 3-4-5 orang aje mampus, pegi keje pakai bra dengan spender je lah mak dia nanti..spender pun yang dah belubang pulak tu! Hahahahahaha.... Tapi kita sebagai parents ni, macam tu laa... selagi boleh carik, mak ayah tetap usahakan yang terbaik untuk anak-anak, tapi pesan i jangan terlalu membebankan, ikut kemampuan.. apa-apa pun sekarang kita tak boleh nak ikut apa kata orang, kita mesti kene ada 1 prinsip untuk kita sendiri. Jangan terlalu taksub dengan kehidupan dan cara hidup mewah. Kalau terlalu terbeban, itu yang banyak penyakit pelik-pelik muncul dalam badan tu. I sendiri takut bila bab-bab penyakit ni, mintak jauh la ye. Sayang nanti muda-muda dah gila. Hahahaha..

Entry ni saja-saja je i buat untuk hilang boring kat office petang-petang ni, korang tu jangan la take it serious pulak! Life is short and only once. Nikmati lah selagi ada ni dengan penuh happiness...jangan ada sikap dengki-mendengki tu tak baik, tak kemana pun wak kita nak dengki-dengki..last-last nanti hidup kita takat tu jugak. Why not kita usaha sendiri fikir macam mana nak tingkat kan mutu kehidupan kita, lagi bagus. Peluang yang ada jangan disia-sia kan, ambik dan guna dengan betul. Ok? Hahaha dah terus jadi penceramah ni ape hal? Kekeke..

Ok lah see u on next entry, tak sabar nak weekend nak spend time
dengan anak-anak. (Padahal nak marathon K-drama) Kah!

End.

Friday, 13 September 2019

Because im bored

Assalamualaikum



Minggu ni paling boring je rasa pergi-balik kerja. Sebab tu tajuk dia sebab i bosan! Haha. Then bila balik dari kerja kat rumah cepat sangat rasa letih. Ntah apa kene ntah! So lets recap apa activity i dengan anak-anak time cuti lepas. 


Bulan sembilan ni 3 minggu turut-turut kita ada public holiday on monday kan? masa 1st week cuti tu, i memang tak ada plan kemana-mana pun. Sebab cikwie balik kampung, so i anak beranak stay sini je. Tapi dalam tak ada plan penuh jugak activity budak-budak ni, terasa jugak lah mak dia sakit pinggang! 


Sabtu, 31st Ogos - Atok ada jemputan kawin, (orang hari merdeka pergi tengok perarakan, kita pegi kenduri kawen, KAH!) so semua pun kene lah ikut sebab nenek dengan atok ajak kak pia ikut, ingat aleen tu tak paham? bila dia dengar atok ajak kakak, dia yang dulu yang menjawab JOM! Nak kot! Muahehehe.. kalau aleen nak ikut mak dia terpaksa rela la kene ikut jugak, kalau dah besar macam kak pia tak pe la boleh je lepas sebab dah pandai urus diri sendiri kan. Ok lah ikut jugak lah mak dia ni ke wedding anak kawan atok tu.. i sendiri pun tak kenal sape, tapi mujur kawan atok ade bagi tahu bawak 1 keluarga, kalau tak memang taaaaakk lah mak kau nak ikut aleeennnn... 











Settled hal kat wedding, atok dengan nenek kata jom pergi JJ-alpha angel, dah dekat ni. Maka ke sana lah kami...nak tau sebab apa nenek ajak pegi sana? sebab nenek nak bawak cucu-cucu dia pi bemain kat dalam tuuu... boleh?? hahahaha... Actually alpha angel ni memang kegemaran kiteorang sejak dari i kecik lagi, tak tau kenapa. Maybe dulu kami pernah stay lama dekat setiawangsa sebelum pindah ke rawang so macam banyak kenangan dengan alpha angel ni. Macam ada rasa sentimental value pulak? haha.. tu yang bila nak pegi mana-mana even banyak je mall baru tetap kiteorang macam selesa dekat sini. Kihkihkih... 






Makanya bekubang lah depa kat dalam ni. Sedaq-sedaq dah dekat 2 jam depa duk kat dalam ni. Atok dengan nenek sementara tu dapat la lepak santai-santai.. dah puas main apa lagi lapar la kan? upah mama belikan aiskrim sorang satu, then kakak habis semangkuk yong tau foo sup, aleen habis susu sebotol + spegeti carbonara yang di share-share dengan nenek, lepas makan-makan tu singgah dalam aeon supermarket topup grocery sikit, then terus balik..hehe. 


End. 




Thursday, 29 August 2019

Ladies DAY OUT (sangat)

Assalamualaikum

Semalam i half day, sebab petang semalam nenek ada appointment follow-up dekat klinik so i kene balik lah to take over mengasuh Pia & Aleen. Nak jadi kan cerita hari isnin tu time nak apply half day i macam tegerak hati nak bawak 2 orang tu tengok movie Boboiboi.. actually kak pia dah beberapa kali dah dok meratip, mama jom lah tengok wayang..time lion king haritu i tak sempat nak bawak, mak paknye busy.. so ni dah ada peluangkan..untuk lari kejap dari office hour,ape lagi petang isnin tu jugak lepas i email untuk mintak half day dekat boss and terus online booking untuk cerita boboiboi.. maka jom lah kita ke pawagam yang berhampiran.. hahahaha!! 

I sampai rumah pun dah about 1.30pm movie start around 3.20+pm camtu. Ok kita lunch dulu sesiap..lepas tu mandi kan budak2 lepas solat baru keluar. Nenek atok yang hantar ke klinik. Tapi i keluar rumah pun dah nak pukul 3pm ngam-ngam masuk je kereta hujan bederu turun dengan lebatnya! Fuuhhh i dalam hati berdoa moga jalan tak jem teruk, tak banjir sebab area jalan nak ke aeon anggun rawang tu kerap & mudah banjir kalau hujan lebat. Pastu dalam perjalanan memang hujan selebat alam..i dah cuak alamak..parking pun mudah-mudahan dapat lah parking yang kat bawah bumbung and dekat dengan pintu masuk. Nak handle anak 2 orang and i sorang-sorang ni agak mencabar ok. Nasib jugak kak pia dah besar. 

 


Lets goo!! Sian..babah busy ye..nasib mama pandai drive kan? tak sesia mama ambik lesen dulu lepas habis spm. Kikikiki... to babah, sila bagi upah lebih sikit ye, i dah tolong layan kerenah anak-anak you ni :p


Alhamdulillah, dapat parking berbumbung & attach ke pintu masuk. Sampai pun ngam-ngam movie nak start. 

Ini semua bukti ni, tanda dah masuk & duduk. Kalau tak nanti babah akan tanya tanya. Risau kan. 

Experience yang ke nampulohjuta kali untuk kak pia & 2 kali untuk aleen. 1st dulu cerita upin ipin tak silap. Hehehe..pastu aleen bila movie start duk pegang dada, aleen akut..kejut... hahaha





Tenkiu kakak jaga tiket, tolong ambikkan gambar kita bertiga! 


Habis movie kak pia complaint lapar la maa..kakak dahaga dah maa. Ok kakak nak makan ape? masa sebelum masuk movie mama tanya nak apa-apa tak? popcorn ke hotdog tak mau dia jawab, movie dah habis terus lah lapar ye. Nak mee ke nasik? Kakak jawab nak donut.. dengan air coklat. Tapi bia kakak yang pilih, ok? ermmm baiklah tuanku, patik menurut perintah..kekekeke

Tapi memang betul, donut big apple habis 2 ketul setengah kak pia sorang. Aleen dapat lah hujung2..haha. Air coklat blended segelas habis. Kita sit down dekat dalam vivo. Makan & minum lah kenyang-kenyang ye.. 


Gambar donut takde. I tak cukup tangan nak ambik, haha! Air share-share sebab manis kan? kids mana boleh minum manis banyak-banyak..mama pun minum air kosong je.. sobs! Nak order makanan lain tak nak katanya sebab ada donut 3 bijik, i pun masih kenyang lunch tadi kat rumah, lagi pun tengah fasa cut sugar & control kalories intake, so telan je lah air suam banyak-banyak..hihi.

Sebelum balik kita tapau lagi donut big apple, sebabnye tu...kak pia tu.. pecinta betul dia dengan donut big apple. Memang kegemaran dia sangat lah! Apa pun happy sangat depat spend time dengan anak-anak. Kita parents memang kene carik masa untuk buat macam ni, tak dapat selalu sebulan sekali pun ok jugak. I ok je handle anak-anak sensorang, tapi dia punya penat memang double triple la kan? tapi puas! Tak dapat bayangkan nanti girl-girl mama ni dah besar, mesti seronok kita keluar kopi-kopi gossip sama-sama kan! Mama love u both soooo much...  










Wednesday, 24 July 2019

FRUSTRATED

Assalamualaikum

Korang pun mesti pernah rasa kecewa dengan orang yang sebelum ni kira korang baik je dengan dia, dia susah pun korang lah orang pertama yang willing to help them, orang pertama yang kedepan untuk tolong bila dia ditimpa kesusahan. Tapi end up dia bagi taik dekat korang? Phuuii memang berbakul sumpahan lah yang akan keluar dari mulut kan! 

Itu lah apa yang i tengah rasa sekarang. I sampai dah rasa menyesal sangat sebab banyak tolong dia sebelum ni. Suami i lah paling kesian sebab pernah berhempas pulas tolong dia & suami. Time dia accident, kereta diorang time tu total lost siapa yang ada masa tu kalau bukan cikwie? time tu bukan dia tak boleh panggil kawan-kawan dia, kata ramai kawan kan? apehal suami i je yang dia harap time tu? ye memang tak salah kau panggil cikwie, tapi time tu dah la tengah malam, cikwie makan pun belum sebab baru habis waktu kerja, dapat je call dari korang berdua zaapp terus dia pergi kat tempat korang accident tu, siap settle kan hal kereta a-z! kereta towing semua pun cikwie tolong! Then bila dia sakit pun kami ni lah yang kedepan, mana dengan anak kecik waktu tu, yang suami dia jauh, dia pulak tak boleh nak bangun siapa yang ada time tu? kami lah.... yang kau tak suka ni lah yang kedepan tahu tak? eh banyak lah kalau i nak cerita apa yang cikwie dah buat pada diorang tu sampai tahun depan pun belum tentu habis! Tapi seriously diaorang langsung tak mengenang budi!! 

Betul, tak baik mengungkit dengan apa yang kita dah buat. I cuma nak meluah je sebenarnya. Selagi terbuku kat dalam hati ni, rasa tak lepas. Cikwie pun memang dah pesan, lepas ni kami kene lebih berhati-hati sebelum hulur bantuan pada orang.  I pun mungkin akan pilih dulu orang mana yang i patut bantu & yang mana yang patut i tengok je. Sebab i dah banyak kali jugak terkena, kita ni punya lah baik dengan orang... bila orang call mintak tolong dengan rasa senang hati je i akan tolong, even benda tu kadang menyusahkan i tapi i ikhlas memang i nak tolong. But after what happened to us recently we both take it as lesson to learn!! And especially for you both maybe kami berdua akan belajar say no or we both just silent when the day is come. Rasanya cukup lah apa yang kami dapat atas apa yang korang dah buat pada kami. Hati ni pun dah tawar. I kesian jugak dengan anak-anak dia, ye lah budak tak salah apa pun bab anak-anak itu lain, cuma i kesian dengan anak-anak dia dapat mak ayah yang langsung tak berhati perut macam tu. Bak kata cikwie, tak apa ayang, diorang pun ada anak...Allah lebih mengetahui. Sian cikwie, kalau ikut geram memang i rasa tak duduk semeja dah diorang tu cikwie buat, tapi apa boleh buat tak kan kita nak ikut bodoh macam depa, betul tak?

Untuk kami berdua, ini adalah pengajaran terbesar buat kami. Tapi pesan cikwie pada i, jangan pernah berhenti buat baik pada orang. Jangan disebabkan 1 orang punya masalah kita anggap orang lain tu sama macam diorang. Ini ujian kita. Alhamdulillah walaupun orang yang kami harap dapat tolong kami tu tak kedepan, rupanya ramaaaaiii lagi orang yang berhati mulia nak tolong. Allah tu sebaik-baik perancang. Dia permudahkan jugak urusan kami masa tu. I sampai nangis lah, i tak sangka rupanya ramai lagi yang sayangkan kami. Thank you so much pada yang ada masa tu and thank you ALLAH sesungguhnya kau maha pengasih!!

And for you both, percaya lah kifarah tu ada. Mungkin sekarang kamu berdua tengah senang, berbangga lah dengan kesenangan yang korang ada tu sekarang, tapi ingat, dengan kesenangan yang ada tu jugak kalau tak digunakan dengan betul akan memberikan korang ujian yang besar nanti. Dik, kita hidup ni tak lama pun..ALLAH tu tak pernah tidur. :)  

  


   

Wednesday, 17 July 2019

MyKori Dessert Cafe

Assalamualaikum


Sabtu malam ahad lepas i dengan adik-adik pegi makan dessert dekat 1 cafe baru kat rawang. Dekat naw naw dengan rumah. Golek-golek pun boleh sampai, hahahahaha... Actually dah tengok ramai orang makan dekat cafe ni, cuma i jelah yang tak pernah try maybe sebelum ni malas nak mencari mykori yang terdekat tapi kalini dah tak ada alasan untuk tak pegi sebab dah dekat kan? Mykori Dessert rawang ni start buka bila i tak sure...hihihi maklumlah busy women katakan!

Rezeki kami time sampai tu ada tempat kosong, cafe time tu tengah penuh yakmat. Maklumlah benda baru gamaknye kan... pastu dengan hujung minggu pulak tu, memang full house lah. Mykori ni bagi i ok lah..dessert dia tak terlalu manis. Pilihan menu macam-macam ada, kalau yang nak healty dessert pun kat sini ada, dari segi harga pun bagi i sangat berpatutan. Malam tu kami order tak banyak sangat pun, sebab siang tu i dengan cikwie dah melantak nasi kandar kayu dekat kota damansara kire dah late lunch, pastu ada makan goreng pisang pulak dah nak senja tu so perut masih lagi kenyang. Tapi portion dekat mykori ni besar jugak, untuk 1 hidangan small tu boleh share 2-3 orang jugak lah bagi i. Kalau yang besar tu mau 4-6 orang pun ok. 




Yang tembikai tu nama dia Red Melon Kakigori RM26 & yang ikan tu Chocolate Banana Taiyakie RM7 sedaaap...



This one sofea lah yang sibuk nak sangat sebab nampak oreo kan, Chocoreo Kakigori ni harga dia RM12 i ambik yang mini, kalau large dalam RM20 




Yang ni pulak agak healthy sikit, nama beliau is Kenko Kakigori perisa & topping dia ikut suka kita nak with yogurt ice RM14 kalau nak yang milk ice RM13 beze RM1 je. Sebabkan i tak minum susu, ambik yogurt ni memang ngam lah sedap. Dia boleh pilih 2 jenis buah and 3 jenis grains untuk topping. Sedap!






Terliur pulak tengok balik gambar-gambar ni! Sedap dessert-dessert kat sini tak terlalu manis. Yang pasti i akan repeat lagi nanti pastu nak try diaorang punya toast pulak. Aritu nak order takut tak habis, tapi memang pon yang oreo tu lah tak habis jugak sudahnye! Kalau nak datang sini, datang siang atau petang-petang baru ngam sebab panas-panas tu kita makan ais, peerrghhhh sedap nyeeeee...hahahaha!!

Ok, bye!  

Friday, 5 July 2019

Tiara Sofea 5 Tahun

Assalamualaikum 


Habis dah raya kita untuk tahun ni. Kalau selagi namanya berada dalam bulan syawal, selagi tu lah undangan makan-makan tak habis. Ini pun esok ade lagi i dapat undangan open house..haha! 

Semalam 4.7.19 genap dah usia anak dara i yang sulong 5 tahun. Besar dah ni anak mama... tapi pagi-pagi nak bangun mesti nangis dulu, tak nangis merengek tu tetap ade. Lepas dah mandi baru ok. Kuat sentap cakap sikit sentap, pastu mengamok hentak-hentak, baling barang, eh tu sama macam mama je....ekekekekekek

Tahun ni kita tak buat birthday party kat rumah macam tahun-tahun lepas. Kebetulan dari pia kecik memang hari jadi dia jatuh dalam bulan syawal alang-alang tu memang kite celebrate birthday + open house sekali lah. Untuk birthday tahun ni mama takde bajet nak buat open house, so kita celebrate je birthday pia dekat sekolah. Hihihihi aci jugak kan?  Lagi pun ini tahun pertama pia bersekolah, apa salah kita buat kenangan dekat sekolah kan. Mama dulu tak pernah tau celebrate birthday dekat sekolah, lagi sedih.. Sebab nenek beranakkan mama hujung tahun, time cuti sekolah..hahahahahaha 

Pagi semalam pia pegi sekolah macam biasa dulu dengan babah. I kua lambat sikit, pegi collect cake. Lepas tu i ade order roti untuk di agih kan setiap 1 sorang. Tak nak buat goodies bag yang penuh jajan-jajan kita bagi roti pulak, at least kenyang & berkhasiat sikit kan? I memang dah mesess cikgu kelas pia, bagi tau nak sambut birthday nanti kat sekolah. Seronok jugak sambut birthday dekat sekolah ni, kawan-kawan semua nyanyikan birthday song untuk pia. Tapi bukan kat sekolah je, dekat rumah pun habis semua orang dalam rumah tu dia paksa nyanyikan dia birthday song, adoii kecoh la minah ni..hahaha!

















Ehsan gambar-gambar ni dari guru kelas pia. Cikgu as kata gambar dengan pelajar pempuan je ada a.k.a makcik-makcik bawang... Untuk cake ni i order dari bff i, eka. Eka ni ngkorang bagi tau je nak macam mana, macam-macam jenis dia boleh dia buatkan. Harga jangan risau, semua boleh bincang. Now dia tengah hot dengan cake coklat moist leleh.. perrghhh sedap gila!! Coklat sos tak kedekut, melimpah-limpah dia kasi pastu harga RM10? Murah kan???!!! EA_home bakery FB ni link fb dia, korang boleh check it out ok?!  

Untuk kakak pia, mama sentiasa doa kan yang terbaik untuk kakak pia and untuk adik aleen.. Semoga anak-anak mama di lindungi dari perkara yang melalaikan, yang menjauhkan anak-anak mama dari agama. Kalau korang nak tahu, babah la orang yang paling sayang anak-anak dia, sampaikan kadang-kadang mama jeles tengok babah layan korang bedua. So nanti dah besar pandai-pandai lah balas jasa babah ye... mama tak sure la nanti kalau korang ade boyfriend macam mana babah nak tepis..good luck la ye untuk bakal boyfriend kahkahkah! Mama love u all eternally muah muah!!  








Friday, 28 June 2019

HARI RAYA 2019 - part 2

Assalamualaikum

Cerita accident tu amat-amat mengejutkan family cikwie. Semua benda terus jadi huru hara dan tak dapat nak buat seperti yang dah dirancang. Adik beradik ada yang begilir stay dekat hospital untuk jaga abg nusi, kak su & anak sulong beliau tina. Abg nusi patah kaki kanan dekat bahagian peha, kak su patah dekat pergelangan tangan and tulang pinggul dia tercabut dari landasan yang tina pulak patah kaki bahagian peha jugak belah kiri. Allahu...berat lagi bahu memikul bertambah berat dan seksa lagi badan yang menanggung. Sakit tu i pun tak dapat nak banyangkan macam mana, habis patah riuk dibuatnya. Sudahnya terperuk jelah i dengan anak dekat rumah. Nak pergi bazar area tengganu yang femes-femes pun tak dapat, pegi yang dekat-dekat dengan rumah je lah. Bukan tak boleh nak pergi tapi tak sampai hati nak tinggalkan mek dekat rumah sorang-sorang fikirkan anak menantu dengan cucu dia dekat hospital. Tapi dalam tak meriah tu sempat jugak lah mek buat tapai pulut dengan ketupat palas. I sehari sebelum raya merendang 3kg daging sorang-sorang..huhu sedih gila. Kalau ada ipar duai yang lain beramai-ramai meriah sikit dapur..tapi ye lah yang lain pun ada urusan masing-masing kan..so i anak beranak mek ayah dengan nazri anak beranak je la yang ada malam raya tu. Happy nak raya tapi tak sehappy macam selalu. :(

Oh i lupa nak cerita macam mana kejadian accident tu. Actually, time abg nusi dalam perjalanan ke bandar tengganu tu tiba-tiba ade 1 kereta persona yang keluar dari arah bertentangan nak buat u-turn. Yang persona ni baru je selesai makan untuk berbuka, kedai makan memang tepi jalan je..so diorang ni tadi keluar je kedai makan terus makan jalan tengah nak buat u-turn..sekali abg nusi ni dah dekat tak sempat la nak elak..jalan pulak tengah straight kan..tengah laju, mana sempatnya nak mengelak kalau dah tiba-tiba ade kereta masuk dekat depan.. itu yang bertembung tu.. Tapi mangsa dalam kereta persona tu dari sorang dah jadi 2 orang yang meninggal. Sorang meninggal dekat tempat kejadian witch is mak mertua pada driver, dan baru-baru ni dalam 2 minggu lepas driver tu pulak meninggal..driver tu pada mulanya koma je, tapi ye lah umur beliau tak panjang.. Al-fatihah untu kedua-dua mangsa. 




Ini lah tina, anak abg nusi yang sulong. Mujur lah adik dia yang lagi 3 orang tu tak pape. Tapi tu lah bila jadi macam ni sedih i tengok, mak pun terlantar, bapak pun terlantar tak dapat nak tengok keadaan anak nak jaga anak..sedih kan? moga tina dapat sembuh dengan cepat.. tina dah operate masuk besi. 


So pagi raya tu macam biasa lah, i mandi siapkan apa patut sempat hidangkan cikwie mek dengan ayah makan dulu buat alas perut sebelum pergi solat raya. I kan cuti makanya i la yang akan siapkan apa patut untuk pagi tu. Tapi tak ada apa pun sebab tengah malam raya tu ipar dah ramai balik.. so dorang dah prepair jugak sikit-sikit tengah malam tu. I membuta awal kepenatan merendang daging 3kg sorang-sorang hahahahaha! Mek masak nasi minyak, gulai ayam dengan buat jelatah sikit untuk raya pertama. Mek kata yang sakit tu sakit dah, yang sihat ni nak jugak makan nak jugak beraya kan.. lepas solat raya mek dengan ayah terus ke hospital bawak sekali bekal nasi minyak. 

Dalam pukul 1pm lebih dah dekat zohor cikwie ajak pegi beraya ke rumah mak cik pak cik dia yang dalam kampung tu jugak..adik beradik mek. Beraya la kami dengan kerata kakni, kakni anak beranak pun ikut jugak.. ada la dalam 3-4 buah rumah. Sampai semula kat rumah dah nak magrib. Hoih belengas anak-anak i,hahahaha.. eh bukan anak-anak je dengan mak pak dia berlengas hehe!!


Anak dara cikwie. Time ni babah dia belum balik dari solat raya lagi, i pun baru je lepas siapkan diorang, terus i ajak ke tangga ambik gambar. Yang aleen tu kemain eh? igt awak tu che ta? pandai sangat eh pose tak nak pandang kamera? kakak pia lentik is a must! haha



Hahahaha belom apa-apa aleen dah meguap 80 juta kali. 



Jadi lah...ini pun seksa ok nak mintak dorang ni bagi kerjasama. Stweeessss mak dia!

Korang tengok lah aleen tu! So tau la kan sape yang paling susah bagi kerjasam kat sini?

Dalam kereta dari 1 rumah nak ke rumah lain. Masing-maisng masuk kereta terus lembik. Padan muka. 

Masuk rumah ke dua, gone terus sampai ke hong kong. Hahahaha 








Gambar yang atas-atas tu saje i letak sini, untuk kenangan. Begini lah nasib raya kami untuk tahun ni.. nak buat macam mana kan, benda dah nak jadi. Apa pon ini semua pengajaran untuk kami & orang kat luar sana, kalau bawak kereta tu sila la fikir betul-betul dengan tindakan kita tu. Kadang salah dari orang lain, dah orang lain yang terpaksa menanggung kesalahan awak. Fikir sebelum bertindak. Ingatlah orang yang tersayang. FAHAM? 





Nuffangs Adds