Tuesday 30 April 2019

Sukaneka tahunan Pasti Imtiyaz Kids

Assalamualaikum 


Hari ahad lepas sekolah kak pia ada bukan sukaneka, seronok tengok budak-budak ni bersukaneka macam-macam ragam ada! 

Pagi tu kak pia macam biasa lah lemah gemalai je bila kene kejut bangun pegi sekolah, dia ni memang macam tu bab bangun pagi pegi sekolah memang banyak kerenah dia. Tapi dah lepas mandi tu ok dah, cuma nak bangun & mandi tu adoi jenuh memujuk lah jugak. Selalu babah dia la yang akan kejut, pujuk-pujuk, dukung bawak pegi bilik air. Kadang-kadang nangis pulak dulu, bukan nangis ape pun saje dia je. Kalau dengan mama dia memang tak kuasa lah nak layan, tak nak bangun ok takpe siap lah ye mama heret je ke bilik air! Hahahahahaha... 

Actually kiteorang tak tau pun apa acara budak-budak ni. Punya la tak ambik tau sangat kan, bukan apa i kan macam malas la nak kepochi sangat dalam hal-hal anak-anak ni kat sekolah. Bukan maksudnya i tak nak ambik tahu langsung aktiviti anak..cuma i macam tak lah yang jenis sikit-sikit nak tanya dalam group wasep "harini buat apa?" "harini makan apa kat sekolah?" "cikgu ooo cikgu tak tanda pun buku anak saya, anak saya dah complete dah baca buku teks ni sampai last page" *flipshawls* haa..paham tak ape yang kita nak sampai kan? so bagi kita apa-apa aktiviti anak kat sekolah bia lah dia & guru je. Kalau ada apa-apa yang cikgu perlu untuk mak pak attend baru kita akan take note. Tak kuasa aih nak kacau tugas cikgu banyak lagi hal dorang nak jaga bukan anak "kau" sorang je! ye dak? 

So pagi ahad tu i dengan cikwie kire 1st time lah attend acara sukan sekolah anak, sudah tentu perasaan i macam mak aaiihhh tuaaaa nyaaaaaa akuuu...dah attend sukan sekolah anak ke?? bia betoolll kekekekekeke.. vanue tahun ni dorang buat dekat padang sekolah rendah kebangsaan yang terdekat dengan kawasan pasti, so senanglah memang dekat jugak lah dengan kawasan rumah kami ni..naik moto je 5 menet dah sampai!


Cikgu ada sediakan makanan untuk murid-murid.. after registered nama, boleh la collected the food. Tu babah dia la yang suapkan makan


Rumah merah kakak pia tahun ni 


Aleen tumpang sekaki dua makan breakfast kakak, aleen ni mulut memang tak pernah stop mengunyah kadang-kadang rase risau pulak, aleen ni tak pandai kenyang ke? dah la makan jenis semua benda dia makan hahahaha.. 







Masa mula-mula tu pia ceria je, tak ada langsung drama sinetron haha.. lepas perbarisan biasa lah dorang akan berhimpun kejap untuk dengar ucapan pengerusi sekolah tak lama pun kejap je.. sebagai kata-kata aluan kan, lagi pun yang berhimpun tu semua umur 4-6y mana la boleh tahan kene bediri lama-lama kan, cikgu pun mesti dah take noted jugak. Tapiiii tak sangka weyh, dalam pada happy-happy tu pia boleh menangis mase perhimpunan, sebelum tu kiteorang dah nampak dah dia macam dah rimas-rimas cikgu pun dok mengipas kat dia.. pastu cikwie kate takpe biakan je dia.. tak lama lepas tu kite dah nampak cikgu dia bawak dia keluar baris hantar ke khemah rumah masing-masing..pulak dahhh ape kehal pulak pia tu babah getus i pade cikwie huhu. 

Lepas dah habis berucap semua pelajar dah keluar baris, cikwie pun terus ke pia.. bila babah dia sampai makin sebak la pia..nangis ajak balik tak mau main sukan dia kata.. kakak panas..rimass kakak nak balik..muahahahahaha parok sungguh lah budok ni! 



Begilir lah kiteorang dok memujuk dia.. mase tu program dah mula game pun ada yang dah started. Pia masih dekat khemah menunggu turn untuk acara dia, kite pun pujuk lah slow-slow.. bagi air milo lah, kipas kan dia lah.. adoi lah anak..sabo aje lah mama dia ni. 
Mujur masa turn pia punya game nak started dia dah ok. Dalam masam-masam tu pun dapat no. 2 untuk group merah..hahahaha!! Adoi lucu betul kalau teringatkan balik moment tu. Dengan muncung dia dengan marah hempas-hempas dia buat jugak..kikikiki

Muka mencuka je bila cikgu panggil nama suh get ready untuk main game, kahkah







Dan akhirnya...pia berjaya habiskan 2 game.. time dapat madel kemain sengeh kat atas tu kan! Cuba kalau happy je dari awal kan best. Kite dengan cikwie suspek pia ni sejenis kalau cikgu bagi homework beratus pun dia sanggup buat dari kene attend sukan-sukan ni, sebab kalau kat rumah tu asik lah menelaah buku..homework dah habis dia ambik buku latihan yang i beli pulak untuk buat...itu dah bagus, tapi kalau boleh i nak lah dia aktif jugak dalam bidang sukan ni.. bagi seimbangkan antara koko dengan pelajaran..gittew! Di harapnya untuk sukan tahun depan jangan ada lagi lah drama-drama ini ye pia? mama pon malas nak pujuk..lagi-lagi dalam cuaca panasss!! hahahahaha 




Tuesday 2 April 2019

Aleen turns one & Ashu engagement

Assalamualaikum

Haha datang mood menulis lagi. Kalini i nak letak kenangan aleen turns 1 aritu (04.12.2018). Actually memang takde lah birthday party sangat pun kebetulan mase adik i plan nak buat majlis pertunangan dia tu dekat2 dengan date birthday aleen so i pun tumpang la sekali untuk buat acara potong cake lepas majlis sarung cincins hehe 

Btw anak ayong kakak i pun bersunat.. So sekali harung la majlis nye... Ade majlis pertunangan, bersunat & birthday.. Hahaha sonang sekali harung penat pun sekali harung gak. Biasala la mak i kan kalau kenduri lebih suka masak sendiri.. Makanya kerahan tenaga dari anak2 itu wajib ya! Penat dia perrgghh tapi puas. 

Date semua majlis tu 8.12.2018 tahun lepas, tapi harini baru keluar cerita kt sini hihihi.. sebenarnya i kalau boleh tak nak cerita sangat pasal majlis pertunangan tu sebab ye lah orang tua-tua kata, bertunang ni kalau boleh diam-diam je nanti dah nikah baru kita hebahkan.. maklumlah masa bertunang kan banyak dugaan mendatang.. tapi sebab nak jugak letak sini untuk kenangan tak salah kan? ape pun kita doakan sahaja hubungan pertunangan adik i dengan tunang dia kekal hingga ke jinjang pelamin moaga jododh mega berkekalan hendaknya dan semoga ape yang dirancang dapat berjalan dengan lancar..amiinnn!!














Nuffangs Adds