Wednesday 30 September 2015

Quality Time - part 1

Assalamualaikum

Ahad lepas 27/9 birthday cik wie dengan 2nd anniversary kami. Malam sebelum tu kemain cik wie suh tido awal sebab kata dia nak gerak pagi lepas subuh. Cik wie ajak pegi Bukit Tinggi, yeaaaa...i suka sangat sebab belum pernah lagi sampai kat atas tu, kesian kan? 

Tapi sebelum sampai bukit tinggi ade cerita sedih sikit.. dugaan untuk pagi tu Alhamdulillah lepas semua settle by 11 lebih jugak la baru kiteorang masuk higway karak..sobs sobs.. ingat dapat sampai awal tapi nak buat macam mana kan.. takpe dugaan kecik je, janji dapat sampai :)

Dalam pukul 1 lebih tak silap kami sampai ke Bukit Tinggi, Pahang. Time sampai tu hujan baru reda kat atas.. kiteorang pegi ke area Japanese Village dulu, perrrgghhhhh dia punya tangga mendaki gila tinggi! Sofea awal-awal dah past kat babah dia, mana larat nak dukung budak naik tangga tinggi ooiii. Mencungap jugak la nak boleh sampai ke atas tu, tapi bila sampai i sempat kencing je kat situ pastu hujan dah renyai lebat balik.. so tak dapat la kitorang nak daki ke atas lagi, just dapat sampai ke pit stop pertama je yang ade kedai souvenir, Japanese restaurant dengan botanical farm. Baru jenguk2 dekat situ hujan dah makin lebat, so cepat-cepat turun balik sebab payung takde, kang demam pulak Sofea. Dah la time tu die dah start running nose. So baik la turun. Next time je la nak begamba pakai baju jepun kat atas tu.. tu pun kalau i nak pegi lagi,sebab bila kenangkan kene daki tinggi-tinggi tu kimsalam je la...haha. 


sampai je atas, kita selfie dulu. Camera tak bawak pulak tu, pakai camera phone je la jawab nye.. huhu 

    

Cecececeeeyyy...teror la babah naik tangga tinggi sambil dukung anak. Babah memang the best!! hahaha.. 


Ingat lepas daki tangga dah sampai, no not yet ye belom sampai lagi kene pulak jalan mendaki bukit... nasib bukit tu tak berapa tinggi, tapi stiilllllll mencungap ya! Hahahaha nampak naw gemok badan berat. 



Yeay! dah sampai...sampai dekat signboard je la baru... kihkihkih.. belom sampai pun lagi ke village jepun tu.. so kalau nak ke kampung jepun sila la daki lagi bukit dan tangga ke arah kiri, kalau nak turun ke kanan ade restoran makanan jepun dengan ke botanical farm tu. So mari lah kita ke kanan... 


Ni kat depan restoren jepun tu. Tak ingat apa nama. Cik wie tanya i nak try tak makan situ? pastu i pun pegi la tengok menu, amboi melampau ok? sushi set 5  ketol rm40++ ok dah tak payah, lagi pun ntah sedap ke tidak sebab time tu kosong je restoran tu, padahal time i sampai tu lunch time kalau sedap mesti ramai singgah makan kan?  But nasib baik lah tak masuk..lepas kiteorang naik i nak pegi kencing pastu i tanye budak yang jual kat kedai souvenir atas and die kata tak yah makan la situ, sebab situ tak dapat kelulusan halal pun.. pheeww selamat tak masuk, heh.   





Jumpa kerusi kat taman botanical tu, mari lah kita duduk hilangkan mengah mendaki tadi.. geram betul dengan sofea ni tau, die tau kita nak begambar macam-macam muka dia buat. Eeee!!

Lepas dah hilang penat ingat nak try la daki ke kampung jepun tu, pastu hujan pulak...makin lebat.. apa lagi berlari anak la i dengan cik wie turun balik. Payung dah la takde, mau kuyup nanti, Sofea tu yang penting kang tak pasal demam pulak.. 


hahaha sempat je cik wie amik kan gambar, payung takde so jadi la anak kenggaru ye Sofea nasib ade shawl mama.. hihihi


Sampai kat tangga cepat-cepat past sofea kat cik wie, cover je la kepala sofea dengan skirt dia, hahaha lucu je kepala cover tapi punggung tenganga.. haha. 

Ok next dekat area Colmar Village pulak. Cik wie buat surprise taauuu... hihi nanti ye sambung lain entry, ni dah panjang sangat.. 














Friday 11 September 2015

Rabu 2.9.2015 - boat noodle


Assalamualaikum

Bhahaha... tajuk tu sebenarnye dah lame pun buat. Gambar pun dah lama dah duduk dalam draft ni, cuma tak sempat nak update je. Phheeewww! Bz nya lah this week, boss takde pegi Taiwan. Tapi kegigihan beliau untuk bagi keje dari Taiwan tu yang buat i bz. Tensi betul! Baru nak happy2 goyang montot sekali hamik kaaauuu... dia call bertalu-talu dari sana, email tiap masa, whatsapp pagi buta dah muncul. Nanges sedu-sedu dalam hati. Huh! 

Ok back to cerita asal. Actually nak share time kami pegi makan-makan sempena "kesentapan cik husna" hahahaha... takde lah kiteorang kan dah lama tak jumpa, last raya haritu, eh tak la lama sangat, tapi bayangkan eh kalau dulu boleh je jumpa seminggu 2-3 kali lepak 5-6 jam sehari so tak la rase lama dia tu kalau tak jumpa kan? now setahun ade la dalam 3 kali je kot rumah masing-masing adalah sejengkal semut je poonn... pastu now time kumpul ramai-ramai kalau jumpa pun paling lama 3jam.. tu pun susah naw nak jumpa! ohhhh..how time flyyysss.. nampak naw gaya dah tuwe dah town down acara lepak-melepak ni. Ok tak tuwe, tapi ada tanggungjawab yang bertambah. Sebab ramai dah kawin ramai dah kendong anak so tanggungjawab makin berat so kene la ade priority which is family first.. gittew! 

Tu yang sempena "kesentappan cik husna" tu sebab dia ajak lepak..pastu biase la masing2 kuat menyakat kata ada hal lah, anak tak sihat lah, hahaha bila dah ramai yang menyakat sentap lah makcik tu, katanya nanti lepas dia dah kawen pun dia tak mau dah ajak jumpa. Hihihihi tetian cik husna... sian dia sebab dah kurang kawan2 yang boleh teman dia, nak buat cemana kami ada yang dah di jodohkan awal..so tanggungjawab tu dah makin betambah.. tapi kalau free confirm tak tolak punya lah. 


Kebetulan rabu malam minggu lepas memang ramai pulak yang free so lepas adegan "kesentapan cik husna" tu masing-masing semua on terus untuk ke acara perjumpaan malam tu! Kami plan ke boat noodle publika je, ramai yang ngidam nak boat noodle, ok lets! Lepas magrib cepat2 siap cepat2 pack barang anak terus chow ke publika, ye la kejap je kang dapat lepak kalau lewat2 kan?




Malangnya bila sampai tu table adalah full... peerrghhh dalam waiting list tu kami adalah yang ke 13 ok? what the heck weekdays pun ramai naw ni?? ke memang ramai jugak yang ngidam boat noodle? eh??




Adelah dekat 1 jam lebih kami berpeleseran kat luar tu.. malas nak carik kedai lain sebab niat asal nak boat noodle, so dah sampai kami nak tunggu jugak tak kira! hahaha..stress je waiter kat situ sebab kejap2 kiteorang tanye ade table kosong? sebab ade tu yang dah habis makan pun tetap jugak wat muka seposen boleh je la kan duduk melepak sembang2 macam takde orang yang menunggu table.. issshh tak senonoh betul perangai, i kalau kat tempat yang pack bila dah sudah je makan mesti i dah tak senang duduk nak lepak lama2 sebab i kesian kat orang yang menunggu ni, dorang pun nak makan kan? kang kedai dah nak tutup, kesian kat orang nak makan.. tapi orang lain? huuurrrrmmm.. hate u!




Akhirnya... makan lah kami hingga perut hampir meletup. Sorang tak lebih tak kurang 7 mangkuk. Dah la malam tu kat situ macam kelam kabut sikit service dia, si bangla waiter tu kejap2 kang datang hantar 3-4 mangkuk noodle tu pastu kiteorang pelik lah order lain kenapa dapat lain kan? pastu order pun baru je hantar tak kan cepat naw dah sampai baru je seminit waiter lain ddatang ambik order kami, dengan selamber je bangla tu jawab never mind u eat u eat its free i give. Hahahahaha kau gila kalau dah dekat 10 mangkuk free? air bape cawan ntah kiteorang dapat. Mana tak meletop perot. Yang best semua yang bangla tu hantar memang tak masuk dalam bill, tiap kali die malas nak pegi carik table mana yang order die letak je kat table kiteorang. I rasa lah..agaknye die malas nak buat cancel order tu. Alhamdulillah rezeki.. eh betul la kan rezeki la tu kan? orang kasik kita ambik la kan? But dun worry, kiteorang kan tong sampah ape je yang tak habis? hahahaha.. 

Yang kat bawah ni gambar-gambar time tengah and dah habis makan..selamat lah melayan gambar ye. I ade benda urgent nak buat ni. Layan la ye... bye nak siapkan keje cepat nak balik awal...waal....waaaall.... :)











Nuffangs Adds