Monday 21 October 2019

Pisang Goreng Rangup - #icook

Assalamualaikum


Weekend baru ni 2 hari terperap dekat rumah. Ada la keluar tu pun dekat-dekat area rumah je pergi makan mekdi ashu bawak. Cikwie kene attended karnival usahawan desa (kud) dekat putrajaya. So, mak dia je la yang melayan kerenah anak-anak.. mujur ashu diorang balik suka la budak-budak ni ashu diorang melayan. 


Ahad-semalam mama bagi i task suruh gorengkan pisang yang ayah ada beli, pisang tu memang sedap dibuat pengat, sira atau goreng je. Kalau buat cekodok tak kene mama kata. Tak silap nama pisang tu, mama bagi tau pisang abu kot? ntah i pun tak reti sangat nama-nama pisang ni. Mama and ayah ke kenduri. I pun 1st time kot nak menggoreng pisang, mana la i pernah prepair bancuhan tepung nak gorengkan pisang selama ni, ingat i pandai? hahaha... Then apo laeii..fb laa... situ semua ada kan? 

I ambik 1 resepi ni kat fb, tapi i lupa apa nama orang tu dalam group Masak apa hari ni. Time kasih ye sis..saya ambik resepi sis semalam, mintak kurang halal la ye.. tapi ada yang i tak bubuh kat resepi tu.. i olah-olah kan sikit. Mujur jugak semua bahan pun ada dalam rumah. 


RESEPI PISANG GORENG RANGUP

- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung jagung
- 1 biji telur
- 1 sb majerin
- 1 sk garam halus
- sedikit pewarna kuning
- 2 cawan air

Gaulkan semua sampai sebati. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Jnagan korang bancung pekat macam nak buat cekodok pulak! Nayaaa...haha. I pun agak-agak juur... hehe. Lepas tu boleh la u olls mula meggoreng.. make sure goreng dengan minyak yang banyak dan minyak haruslah panas-sepanasnya dulu baru masukan pisang ok?   



Siap! 


Sedap...memang sedap betul pisang goreng i ni (puji diri sendiri takpe kan? kahkahkah) Mama sajer hampir sepinggan lebih. I goreng 2- sikat pisang habis licin boliau ye! Haaa..walaupun ni adalah first attempt i goreng pisang tapi tetap licin. Pisang ni pulak memang dah masak, so dia jadi pisnag goreng lembik yang macam i suka tu. Luar dia rangup dalam lembik..uiishh ssshhooo shheedaapp!! dah sejuk pun masih rangup tauuuu..  nanti korang boleh la try resepi tu ok?! 

Tuesday 15 October 2019

Skincare sekarang ni

Assalamualaikum

Sekarangkan musim hujan... i selalu dapat sampai lambat gara-gara jem dekat bukit templer tu. Kalau yang dari batu caves/k.l nak hala ke rawang ikut jalan lama mesti akan stranded dari jalan selayang selepas taman wahyu kadang dari taman wahyu lagi sampai lah ke atas bukit selayang tu. Dah lepas bukit puaka tu baru laju.. Hoih, stress sangat mokcik! Paling teruk last week, hari khamis tak silap, i kan dah tak larat sangat dah time tu sampai stop kejap dekat kedai mamak makan dulu pastu sambung jalan balik pun jem tak habis lagi. Sampai rumah dah pukul 9pm. Ntah lah i pun tak paham sungguh, bila time orang nak balik keje la driver lori-lori treler ni sibuk jugak diorang tu nak jalan ikut situ. Pastu dah tahu lori ngkorang tu berat beratus tan, yang sibuk jugak nak lalu jalan atas bukit tu buat apa?? dah la lalu time orang nak balik keje, pastu mesti lori ni ada yang rosak lah, eksiden lah, semua benda pun nak jadi mesti dekat atas bukit tu. Tak paham la i!! Boleh tak yang lori-lori besar berat-berat ni lalu after or before orang keluar office hour? Bila dah rosak, mesti akan stuck berjam-jam kat situ then dah tutup 1 lorong, pastu confirm akan jem dari k.l. Bayangkan eh, i patutnya 35-40minit je boleh sampai rumah, terus jadi 4-5 jam! Stress lah, stress tau tak?! Orang semua nak keja masa balik keje tu, macam-macam benda nak buat, tapi di sebabkan 1 lori/truck bongok yang jahanam atas bukit puaka tu habis semua timing orang yang lalu jalan tu jadi huru hara. Penat tau tak nak hadap benda tu hari-hari?!! Ni semua berpunca dari driver lori yang tak ada hati perut akal semua tu! I geram ni geraaaaaammmmmm!! 



Ok enough of lori bongok with bukit puaka tu. Sorry lah, tak pepasal reader i kat sini kene baca dulu luahan kemarahan i. Huhuhu... sorry tau termerapu kejap. 



Now i nak share something yang best untuk semua. I ni, dah macam-macam skincare jugak i try and error. Bila dah bosan dengan sesuatu produk tu i akan carik produk lain. Tapi kebanyakannye i try semua pun yang ada dalam drug store je. I kan ade trauma kes jugak la dengan produk-produk pemutihan ni, sebab pernah try sekali je, sebab time tu dok teruja tengok kulit muka orang putih melepak-lepak, kita ni apa lagi try la beli, sekali ambik kaaaauuuuuuu jahanam terus muka i time tu! Terus i stop and buang produk tu. Then i beli yang kat drug store je.. yang pernah i pakai is bio essence, loreal, neutrogena, biore, ermmm ape eh macam-macam lah i try. Semua ni pun ok je kat kulit muka i, i beli and tukar bila dah habis semua jenis. I ni sejenis kalau pakai produk, i akan guna 1 set. Let say kalau pencuci dah habis, tapi cream dia ada lagi i still akan beli pencuci brand yang sama. Nanti kalau semua dah habis baru i akan tukar yang lain. Atau kalau yang ada tu is cream malam tapi dah tinggal sikit je, tapi cream siang dah habis memang i dah x guna dah, hahahahaha. 


Dari seblum puasa till to-date, i tengah guna 1 produk tempatan yang agak lama dah sebenarnya nama dia dalam malaysia ni. Tak tau macam mana i jadi terpengaruh nak guna produk beliau. Maybe owner ni rajin update produk dia pastu i tengok testimoni pun macam ok..jenama pun dah lama itu yang buatkan i rasa ok nak cuba jugak lah! Lagi pun brand ni bukan saje skincare produk je diorang ada tau, tapi macam-macam jenis ada. 1st i try dia punya kopi.. i kan memang suka kopi, pastu kebetulan kopi tu untuk kesihatan sekali, rawat dalaman..ape lagi dari i minum kopi yang ada gula & creamer semata baik i minum kopi kesihatan ni, kopi pun dapat sihat pun dapat, hehe. Pastu..terus tejebak beli skincare dia pulak, sebabnye bila masuk je outlet diorang tu, rasa macam best nye..semua benda ada hihihihi. Nak tau tak i guna ape? i tengah consume kopi difolia & skincare dari sendayu tinggi.... best lah produk diorang tu. Mesti ramai pun tahu kan pasal Sendayu Tinggi ni? dah lama kan produk ni kat pasaran..

ST ni ada member ship punya price jugak, sekali daftar seumur hidup RM25 je. Pastu nanti bila beli produk ST akan dapat less berapa % i tak ingat puleeekk kehkeh..pastu ada point jugak. Buat masa ni skincare dia memang bagi i ok sangat. Texture ST ni tak melekit pada kulit, kalau pakai tu dia akan meresap terus.. so muka tak akan jadi belemi atau berminyak tu.


 
Setakat harini i guna ini lah. Pencuci Pearl Yogurt, Collagen spray, Rose Stemcell moisturizer, UV CREAM SPF50++ Hydra Fresh Sun Protection Translucent Cream (SUN BLOCK) & BB Cushion Oil control. Untuk sun block tu i dah 2 kali repeat, semua produk ST yang i guna ni jenis tahan lama. Nampak je kecik, tapi dapat tahan 2-3 bulan jugak lah. Collagen spray tu kalau lepas solat ke atau bila rasa kulit kering spray je direct ke muka, rasa fresh je..sejuk. I tak tau untuk ST ni i  akan bertahan guna sampai bila. Tapi apa i nak cakap ST punya produk bagus untuk i. Kalau sesiapa yang masih mencarik skincare yang bagus, local produk & harga yang berpatutan korang boleh try produk dari Sendayu Tinggi ni. I recommended sangat. Dekat sendayu tinggi ada banyak lagi produk2 skincare selain dalam gambar yang i tunjuk tu. Carik yang sesuai untuk jenis kulit korang tau! Range makeup dia pun belambak. Banyak je yang belum i cuba. Sebab i guna sikit-sikit dulu la kan, baru lagi dalam 5 bulan kot i guna ST ni, pasni i nak beli scrub & serum dia pulak. 

Wednesday 9 October 2019

Things You Shouldn't Mention In Front Of ANYONE

Assalamualaikum

Since ramai je sekarang ni dah tak tau apa itu adab, meh sis kuna bagi tahu atau bagi peringatan sikit. Jangan jadi orang yang sedap-sedap je mulut tu nak keluarkan perkataan yang tak sepatutnya dekat orang. Not good ok? Cecuba belajar jadi manners. 

Apa antara perkataan yang tak sepatutnya kita cakap dekat orang .....? 

1. Kenapa muka kau ni teruk sangat jerawat? 
2. Eh tak kurus pun? kata diet?
3. Kau ni makeup tebal2 pahal? sikit2 nak make up?
4. Tak cantik la kau pakai baju ni? nampak gemok. 
Andd.... the list goes on.. pepandai lah u ols tambah 


Eeeee...bia betul la boleh eh dorang ni cakap macam tu dekat orang lain? Tak kisah la siapa pun u dekat orang tu, tak baik kot? Kot ye pun nak menegur, tak boleh ke sopan sikit ayat tu? You never knew how insecure they have been..so u dont to add it up. Just shut up! Haaa..gittew. (Kalau husband ke, adik beradik ke tegur tu takpe la jugak kan? ini ntah sapa-sapa suka hati nak condemn orang)  

Ok some said maybe u bergurau je,benda sikit je.. jangan la emo sangat sis? tapi bagi i tetap itu bukan gurauan, itu menjatuhkan air muka seseorang tau! I pun ade je buat dekat kawan rapat i, tapi berlimit. Tidaklah setiap kali jumpa tu ada je menda nak complaint, ada je mende tak kena. Not nice la... kita tak tahu pun ntah-ntah orang tu tengah sedih ke, tengah marah ke..so please, semua benda ada batas. Bukan maksud orang tu hati tisu ke apa, tapi ini insecurities, bila orang tu dah ada ni, dah tak ada makna dah nak bergurau ke apa. Ini lah salah satu punca-punca orang akan jadi tak ada self confident dalam diri diorang. 

Pastu ade jugak yang akan cakap, alah itu pun nak sentap ke? Oit! Kau...sedap je mulut tu kan? Kau tak pernah ade perasaan insecure tu senang la cakap. Takpe just pray hard that one day you wont feel what we feel... Tapi Tuhan itu adil, mungkin nanti ada orang lain pulak yang akan cakap balik dekat dia. Time tu rasakaaaaannnnn....hah!

So please ok, jangan buat macam tu dengan orang... tak baik. Kita tak tahu apa yang diorang dah lalui, apa yang diorang tengah rasa, berapa lama dah diorang bersusah-payah nak turunkan berat badan, dah berapa banyak skincare yang diorang dah guna untuk sorok acne scars and how much they struggle to build confident in them self, kita tak tahu kan? Pesan i, kalau rasa tak boleh nak puji, just diam. I believe diorang pun tak mintak dipuji. Apa yang orang pakai tu bialah.. mereka selesa begitu. :) 

  

Monday 7 October 2019

Jalan-Jalan Naik MRT

Assalamualaikum 

Dua minggu lepas punya weekend kita bawak anak jalan-jalan naik train. Pia la ni yang beria dia mintak dekat babah dia nak naik train. Kalau ikut hati i, memang tak lah. Letihhhh pastu nanti kene jalan jauh dari stesen ke tempat yang nak pegi.. Tapi.. Cik wie ni memang pandai tau, dia pilih naik MRT. Tapi bukan dari rumah lah.  Kita naik dari stesen MRT kwasa damansara. Kebetulan petang tu cikwie ajak ke area kota damansara, so lepas dah settled dekat tempat yang dihajati kita park kereta kat stesen MRT situ & pilih destinasi ke stesen bukit bintang pavilion. Dalam 20 minit je dah sampai. Lajuuuuu MRT ni rupanya. 

Weyh, i jakun! Hahaha... i pun actually 1st time naik MRT. Best jugak MRT ni, senang sangat. Pastu jangkaan i sangat salah, stesen dia tak jauh pun dari tempat yang nak dituju. Keluar je dari train, eh tak yah susah2 jalan jauh terus keluar dah dari kawasan stesen tu. Pastu i jakun lah dari stesen damansara tu kita naik dari atas tau platform dia. Tapi bila sampai dekat stesen bukit bintang macam mana kita dah ada kat dalam tanah ni?? hahahaha... sebab time tu hujan, pastu dah gelap nak malam memang tak nampak la keadaan luar. Keadaan dalam train sangat la selesa, air-cond dia sejuukkkk... seat pun banyak, ruang besar jugak. Maybe masa i naik tu weekens so train tak very pack. Siap bawak 2 stroller lagi tak yah lipat pun masuk train, tu pun cukup lagi ruang. Tambang dari kwasa damansara ke pavilion bukit bintang dalam RM3+ untuk 1 orang dewasa, budak under 12 tahun free kot sebab pia tak yah pun bayar haha! 

Apa pun pia & aleen happy sangat babah bawak diorang naik trian. Mak dia pun merasa la naik MRT jugak. Rasa bagus jugak MRT ni kan? very convenient stesen-stesen dia. Tak macam KTM and LRT. I nak suggest kalau korang nak pegi area bukit bintang sana better guna public transport sebab sana jalan tak pernah tak jem, lepastu bila kita jalan kaki kita akan nampak banyak tempat, kedai2 yang best. Kalau bawak kereta kita mesti terus masuk mall pastu jalan dalam mall je kan? Redah jem 1 hal dah, belum lagi nak bayar parking yang harga nye agak mahal kat situ. Tapi ini untuk suggestion sahaja..kalau rasa susah naik public transport tak perlu la nak paksa diri. Cuma kalau bagi i, memang senang lagi naik public transport untuk ke tempat-tempat macam ni, tak buang masa atas jem & buang masa carik parking. Hehehe.... 

Haih kan best kalau dekat rumah i ada MRT straight ke office. :) Anyways, thank you babah.... sebab realisasikan impian anak-anak  dan mak anak yang jakun ni nak jalan naik MRT train..hihi. Lama i tak jejak pavilion ni, terlepas rindu pastu terus tekenang balik zaman-zaman remaja dulu dok melepak dekat area bukit bintang ni. TS, Sungai wang, BB plaza, Lot 10..alaaaaa cepat nye dah tua! Hahahahahaha... 





Ambik gambar dekat air terjun depan pavilion is a must.  


Teruja sebab nampak sign board MEKDI tu. Orang lain dah sampai lama dah, kita baru nak tengok. Hihihihi.. 

Sempat singgah CHUN sebab nak makan cheese corndog yang viral ni.



Nuffangs Adds