Tuesday 15 October 2019

Skincare sekarang ni

Assalamualaikum

Sekarangkan musim hujan... i selalu dapat sampai lambat gara-gara jem dekat bukit templer tu. Kalau yang dari batu caves/k.l nak hala ke rawang ikut jalan lama mesti akan stranded dari jalan selayang selepas taman wahyu kadang dari taman wahyu lagi sampai lah ke atas bukit selayang tu. Dah lepas bukit puaka tu baru laju.. Hoih, stress sangat mokcik! Paling teruk last week, hari khamis tak silap, i kan dah tak larat sangat dah time tu sampai stop kejap dekat kedai mamak makan dulu pastu sambung jalan balik pun jem tak habis lagi. Sampai rumah dah pukul 9pm. Ntah lah i pun tak paham sungguh, bila time orang nak balik keje la driver lori-lori treler ni sibuk jugak diorang tu nak jalan ikut situ. Pastu dah tahu lori ngkorang tu berat beratus tan, yang sibuk jugak nak lalu jalan atas bukit tu buat apa?? dah la lalu time orang nak balik keje, pastu mesti lori ni ada yang rosak lah, eksiden lah, semua benda pun nak jadi mesti dekat atas bukit tu. Tak paham la i!! Boleh tak yang lori-lori besar berat-berat ni lalu after or before orang keluar office hour? Bila dah rosak, mesti akan stuck berjam-jam kat situ then dah tutup 1 lorong, pastu confirm akan jem dari k.l. Bayangkan eh, i patutnya 35-40minit je boleh sampai rumah, terus jadi 4-5 jam! Stress lah, stress tau tak?! Orang semua nak keja masa balik keje tu, macam-macam benda nak buat, tapi di sebabkan 1 lori/truck bongok yang jahanam atas bukit puaka tu habis semua timing orang yang lalu jalan tu jadi huru hara. Penat tau tak nak hadap benda tu hari-hari?!! Ni semua berpunca dari driver lori yang tak ada hati perut akal semua tu! I geram ni geraaaaaammmmmm!! 



Ok enough of lori bongok with bukit puaka tu. Sorry lah, tak pepasal reader i kat sini kene baca dulu luahan kemarahan i. Huhuhu... sorry tau termerapu kejap. 



Now i nak share something yang best untuk semua. I ni, dah macam-macam skincare jugak i try and error. Bila dah bosan dengan sesuatu produk tu i akan carik produk lain. Tapi kebanyakannye i try semua pun yang ada dalam drug store je. I kan ade trauma kes jugak la dengan produk-produk pemutihan ni, sebab pernah try sekali je, sebab time tu dok teruja tengok kulit muka orang putih melepak-lepak, kita ni apa lagi try la beli, sekali ambik kaaaauuuuuuu jahanam terus muka i time tu! Terus i stop and buang produk tu. Then i beli yang kat drug store je.. yang pernah i pakai is bio essence, loreal, neutrogena, biore, ermmm ape eh macam-macam lah i try. Semua ni pun ok je kat kulit muka i, i beli and tukar bila dah habis semua jenis. I ni sejenis kalau pakai produk, i akan guna 1 set. Let say kalau pencuci dah habis, tapi cream dia ada lagi i still akan beli pencuci brand yang sama. Nanti kalau semua dah habis baru i akan tukar yang lain. Atau kalau yang ada tu is cream malam tapi dah tinggal sikit je, tapi cream siang dah habis memang i dah x guna dah, hahahahaha. 


Dari seblum puasa till to-date, i tengah guna 1 produk tempatan yang agak lama dah sebenarnya nama dia dalam malaysia ni. Tak tau macam mana i jadi terpengaruh nak guna produk beliau. Maybe owner ni rajin update produk dia pastu i tengok testimoni pun macam ok..jenama pun dah lama itu yang buatkan i rasa ok nak cuba jugak lah! Lagi pun brand ni bukan saje skincare produk je diorang ada tau, tapi macam-macam jenis ada. 1st i try dia punya kopi.. i kan memang suka kopi, pastu kebetulan kopi tu untuk kesihatan sekali, rawat dalaman..ape lagi dari i minum kopi yang ada gula & creamer semata baik i minum kopi kesihatan ni, kopi pun dapat sihat pun dapat, hehe. Pastu..terus tejebak beli skincare dia pulak, sebabnye bila masuk je outlet diorang tu, rasa macam best nye..semua benda ada hihihihi. Nak tau tak i guna ape? i tengah consume kopi difolia & skincare dari sendayu tinggi.... best lah produk diorang tu. Mesti ramai pun tahu kan pasal Sendayu Tinggi ni? dah lama kan produk ni kat pasaran..

ST ni ada member ship punya price jugak, sekali daftar seumur hidup RM25 je. Pastu nanti bila beli produk ST akan dapat less berapa % i tak ingat puleeekk kehkeh..pastu ada point jugak. Buat masa ni skincare dia memang bagi i ok sangat. Texture ST ni tak melekit pada kulit, kalau pakai tu dia akan meresap terus.. so muka tak akan jadi belemi atau berminyak tu.


 
Setakat harini i guna ini lah. Pencuci Pearl Yogurt, Collagen spray, Rose Stemcell moisturizer, UV CREAM SPF50++ Hydra Fresh Sun Protection Translucent Cream (SUN BLOCK) & BB Cushion Oil control. Untuk sun block tu i dah 2 kali repeat, semua produk ST yang i guna ni jenis tahan lama. Nampak je kecik, tapi dapat tahan 2-3 bulan jugak lah. Collagen spray tu kalau lepas solat ke atau bila rasa kulit kering spray je direct ke muka, rasa fresh je..sejuk. I tak tau untuk ST ni i  akan bertahan guna sampai bila. Tapi apa i nak cakap ST punya produk bagus untuk i. Kalau sesiapa yang masih mencarik skincare yang bagus, local produk & harga yang berpatutan korang boleh try produk dari Sendayu Tinggi ni. I recommended sangat. Dekat sendayu tinggi ada banyak lagi produk2 skincare selain dalam gambar yang i tunjuk tu. Carik yang sesuai untuk jenis kulit korang tau! Range makeup dia pun belambak. Banyak je yang belum i cuba. Sebab i guna sikit-sikit dulu la kan, baru lagi dalam 5 bulan kot i guna ST ni, pasni i nak beli scrub & serum dia pulak. 

No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds