Friday 22 March 2019

Cuti Chines New Year 2019 kita balik kampung je..


Assalamualaikum, 

Jom, i bawak korang throwback sikit time cuti raya cina aritu. Lagi pun marilah kita menyimpan kenangan yang ada, disini. Sayang rasanya kalau kenangan yang ada berlalu begitu saja, kekekekekeke.. 

Cuti raya cina tahun ni agak panjang kan? Alhamdulillah perjalanan kami ke kampung pun smooth je.. orang memang ramai, tapi masih ok la... tak lah sesak nafas sangat macam raya-raya yang lepas, perjalanan kami ke ganu masih 7-8/hour dalam kereta termasuk berhenti rehat, makan, solat, cuci pok pok anak mandikan anak..hahaha. Bila dah ada kat kampung cuti seminggu tu rasa macam dah lama kan, tapi sebenornya tak cukup...adoi lah..tak tau lah nak lama mana lagi untuk bagi cukup. Tiap kali balik kampung mesti rasa tak cukup masa, rasa banyak je benda tak buat lagi tup tup cuti dah habis.. huhuhu 

Cam biase lah kalau dah balik kampung aktiviti makan-makan mesti kene ada, selain nak makan masakan MIL kita nak jugak try makanan kat kedai area kampung tu, tukar selera orang kata.. Ade 1 malam tu kami pegi makan dekat D'Nora, kedai dia dekat je dengan area rumah dalam daerah Setiu jugak. Kedai tu ade macam-macam menu dari western hingga lah ke masakan panas. Tapi yang i tengok western dia memang paling banyak lah orang order. Yang bestnye pulak, harga dia murah portion pun besar memang ngam lah cite dia kan! 


Yang ni i order kerabu sotong RM10 harga beliau. Sedaaaappp sotong fresh lembut tak liat, sos dia pun sedap!

Actually kami pegi ramai-ramai..tapi tak dan nak ambik gambar setiap menu, anak-anak dah tak sabar nak makan..hahaha so korang tengok lah burger tu, sos dia melimpah ruah x kedekut. Burger pulak ade macam-macam jenis burger, signature dia burger KLCC (burger dia tinggi tak ingat berapa lapis, serve dengan hotdog & fries as well) tapi tu lah tak ambik pulak gambar nyeee  -_-  Harga burger dalam gambar ni 1 set tak lebih pun RM10.. yang klcc tu dalam belas-belas sajo.. 


Ini lah MIL i yang sporting tuuu... tiap kali kiteorang balik mesti masak sedap-sedap, buatkan kuih macam-macam jenis untuk jamu anak menantu makan.. tu i kalau balik kampung memang tak berhenti mulut ni asik makan je.. haha 

My everything 💗💗💗



Imej mungkin mengandungi: makanan
Gambar ni i ambik dekat FB dia, korang boleh try search D'NORA seafood. And yang paling best jugak air buah dia, sangat sedap-sedap.





Next time kalau sempat i akan cerita lagi aktiviti makan-makan area terengganu lagi ok? Memang banyak sangat makanan yang best-best dekat terengganu ni.. rajin dengan tak je nak share.. hahahahaha. 



Till next twime pepol.. hihi 








Wednesday 20 March 2019

Addicted

Hi Assalamualaikum, 

Sekarang ni cuaca agak panaskan? uiiisshhh kalau tido malam tu memang kene on jer air-cond kan. Dah la anak i sejenis bepeloh, kadang tu makpak dah kesejukan diorang rileks je terbongkang tidur tak yah selimut pun hehe!!

Siang jangan cakap lah, kadang i keluar untuk pegi hantar document ke client tu mata tak leh bukak die punya panas tu, pegi lunch pun rasa malas nak meredah panas, tapi kalau tak redah panas nak makan apooo hahahahaha.. hence why i dah addicted dengan 1 minuman ni. Nak tau tak ape? i rase ramai yang tau air ni, tapi biasa lah i selalu tertinggal bas.. hahaha i baru terjumpa last month, before that memang i ade jugak minum air yang jenis macam ni, tapi brand lain la.. brand tu agak mahal bagi i yang ni muraahhh tapi still sedap and the taste lebih kurang je dengan brand yang mahal tu..hehe. Siapa je yang taknak jimat kan? 




Tadaaaa...ni lah air yang i tengah addicted sangat tu! Air sarang burung  gaaaiiisss..hahahaha..ini brand ecolite, sedap  and refreshing. Tak mahal pun, bagi i masih mampu milik lah.. kalau brand yang lagi 1 yang i cakap tu is brand fouziah gaus punya tu..FG walet ke ape eh, lebih kurang gitu lah nama dia.. tu pon sedap je cuma harga dia separuh dari harga brand ni. Haaa banyak beze tu!




Kalau korang nak dapatkan murah lagi boleh pegi dekat guardian, if by pcs die punya harga dalam RM5 sebotol kalau by box 1 box ada 6 botol dalam RM30+ gitu. If ade offer macam sekarang 2 box RM52 je gaaiiisss..murah kan? Then bukan je kat drugstore je jual mende alah ni, dekat 7E dengan KK Mart pun ada u olls.. sangat senang nak jumpa air ni. Dari minum air manis yang tak ada khasiat tu apa kata kita tukar minum minuman yang macam ni..


Btw seperti yang ramai tahu, wah dah macam ayat buku teks, hihi.. meh i share sikit ape lagi kebaikan minum air sarang burung ni :


> merangsang pertumbuhan sel dalam badan
> menguatkan sistem imunisasi & pernafasan
>memperbaiki fungsi organ dalaman
>kulit awet muda


Best kan? dari boleh hilangkan dahaga, boleh dapat kebaikan lain pulak. Dia ade 3 perisa tak silap i, semua pun sedap! Sebenarnya masa lepas pantang aleen dulu i memang kalau boleh nak amalkan minum air sarang burung ni, sebab selain jaga dalaman & kulit die pun boleh jadi milk booster kalau untuk BF mommies.. itu yang i suka tu! Kalau yang longan punya perisa ni, ooii sodap nye..siap ade buah longan dalam tu, minum pulak sejuk2!! Yang FG walet punya tu pun sedap jugak.. cuma tu lah agak mahal sikit, kalau time kaya boleh la beli FG punya kalau time ada tak ada tu i beli ecolite punya je...hihihihi..  


Nuffangs Adds