Assalamualaikum,
Jom, i bawak korang throwback sikit time cuti raya cina aritu. Lagi pun marilah kita menyimpan kenangan yang ada, disini. Sayang rasanya kalau kenangan yang ada berlalu begitu saja, kekekekekeke..
Cuti raya cina tahun ni agak panjang kan? Alhamdulillah perjalanan kami ke kampung pun smooth je.. orang memang ramai, tapi masih ok la... tak lah sesak nafas sangat macam raya-raya yang lepas, perjalanan kami ke ganu masih 7-8/hour dalam kereta termasuk berhenti rehat, makan, solat, cuci pok pok anak mandikan anak..hahaha. Bila dah ada kat kampung cuti seminggu tu rasa macam dah lama kan, tapi sebenornya tak cukup...adoi lah..tak tau lah nak lama mana lagi untuk bagi cukup. Tiap kali balik kampung mesti rasa tak cukup masa, rasa banyak je benda tak buat lagi tup tup cuti dah habis.. huhuhu
Cam biase lah kalau dah balik kampung aktiviti makan-makan mesti kene ada, selain nak makan masakan MIL kita nak jugak try makanan kat kedai area kampung tu, tukar selera orang kata.. Ade 1 malam tu kami pegi makan dekat D'Nora, kedai dia dekat je dengan area rumah dalam daerah Setiu jugak. Kedai tu ade macam-macam menu dari western hingga lah ke masakan panas. Tapi yang i tengok western dia memang paling banyak lah orang order. Yang bestnye pulak, harga dia murah portion pun besar memang ngam lah cite dia kan!
Yang ni i order kerabu sotong RM10 harga beliau. Sedaaaappp sotong fresh lembut tak liat, sos dia pun sedap! |
My everything 💗💗💗 |
Gambar ni i ambik dekat FB dia, korang boleh try search D'NORA seafood. And yang paling best jugak air buah dia, sangat sedap-sedap. |
Next time kalau sempat i akan cerita lagi aktiviti makan-makan area terengganu lagi ok? Memang banyak sangat makanan yang best-best dekat terengganu ni.. rajin dengan tak je nak share.. hahahahaha.
Till next twime pepol.. hihi |
No comments:
Post a Comment
Thanks yaaaa.... =)