Thursday 20 August 2015

Anmum & Sustagen. Tq ye...

Assalamualaikum

Minggu lepas eh ye ke? ye kot? beturut dua hari ada sample susu yang i dapat. 1 dari Anmum lagi satu dari Sustagen. Dedua tu untuk umur baya Sofea (1-3year). Ngam sangat, boleh try. Dapat tak lah banyak pun Anmun dapat 4 paket Sustagen dapat 3 paket, tapi Sustagen tu siap dapat tekap Sanwich bentuk Dinosaur, sticker cermin dengan fridge magnet. 




Baru guna satu je yang Anmum punya...saja tengok minum ke idok la skenet tu, eh sekali habes liiiiciiiiinnnnsss..... hahaha tapi Sofea i syak dia memang jenis tak kisah bagi la susu jenis ape pun rilex je dia sapu. Tapi jangan kasi time dia tak nak susu, memang tak kan dia nak minum la susu tu, buat penat je banguan bancuh susu. Macam pagi dia susu pukul 8 pastu dia akan nap bangun dalam pukul 11 macam tu kan? jangan terus bagi susu dulu, biarkan dia main-main dulu leka nanti dah haus atau dia dah macam rengek-rengek tu baru buat, kalau tak memang dia tepis je botol susu. Selalu i akan tunggu dia merengek atau gelisah baru i tanya nak milk ke sofea? nanti dia tunjuk botol atau tempat buat susu dia kalau dia jumpa bantal terus dia baring kat bantal, tanda yang dia memang dah ready nak susu, hihihi. 

Macam mana i dapat sample susu ni pun i tak ingat. Maybe i ada daftar kot kat fb.. so dorang hantar la sample susu ni. Boleh la buat Sofea tuka-tuka selera kan...nak beli and tuka terus pada susu-susu jenis ni tak kot.. tak kemampuan lagi, huhuhuhu..  lagi pun Anmum tu memang i tak nak bagi Sofea, sebab atas pengalaman i budak yang minum susu Anmum ni ramai yang sembelit bila nak buang air besar. Kesian tengok budak duk meneran sampai pedih-pedih bontot luka.. Bukan 1 atau 2 orang je i penah tengok tau tapi ramai... anak buah i sendiri dulu pun minum Anmum sama jugak last-last kakak i tukar pakai susu lain, baru la tenang budak tu bila nak membuang. Kalau tak sampai nangis sedu-sedu sebab takut nak meneran.. :( But if ada budak yang ok, tak pe la terus kan.. i je macam trauma pulak nak bagi kat anak sendiri. Tapi aritu sofea minum ok je popo dia, tak keras pun.. hehe ke sebab baru sekali minum? tapi mana tau ok ke kan.. its up to u parents. Susu mana-mana pun semua ada khasiat..semua pun bagusss... :)




Nah, belanja seketul dua selfie mengada skenet ni. Berpeluh tu sebab baru sudah makan nasi dengan sup ayam. Now kalau nampak sup je terus cakap Ma, nak dap. Ma ma nak, dap. Hahahahaha... 










Tuesday 18 August 2015

TAWAS

Assalamualaikum

Pada siape yang bersalinkan anak dalam negeri selangor mesti dah tau kan ada Tabung Warisan Anak Selangor untuk anak selangor ni? ke ade jugak yang tak tau? ok pada yang tak tau boleh la pegi daftar kan anak korang untuk dapatkan accaount TAWAS ni. Senang je korang just pegi kat mana-mana JPN and minta borang untuk buka account TAWAS.

Actually i pun dah lambat jugak daftarkan untuk Sofea. Sebab masa bersalin tu i pun tak tau nak daftar macam mana, sampai lah satu hari ada kawan i bagi tau cara nak dapatkan account TAWAS ni time tu umur sofea dah 8/9 bulan tak silap. So takpa pada yang belum buka account tu boleh je buka sekarang, sebab takde had umur rasanya and yang paling penting anak tu mesti lah anak jati selangor, lahir kat daerah negeri selangor ok? bukan alamat selangor tapi lahir tengganu, thats is big NO! 

Dalam account tawas ni anak korang akan dapat sejumlah wang yang bernilai RM1,500.00 seorang. Tapi bukan dapat cash tau, hehehehe.. duit dalam account TAWAS ni ada tarikh matang dia.. macam Sofea tarikh matang dia pada tahun 2032, wawawawawa gila lama lagi tu..tah sempat ke tak i nak pegi ambikkan untuk Sofea. Time tu umur Sofea 18tahun. If tak silap i jumlah duit tu akan meningkat year by year.. so by the time umur anak korang dah 18tahun nanti mungkin jumlah dah makin bertambah.. so boleh la nanti buat tambah2 belanja untuk anak-anak ni masuk U/kolej.. ok la kan? sapa nak bagi duit free ye dak? Bila account dah siap dorang akan bagi kad ahli dan slip/sijil atas nama anak masing-masing and kat situ la nanti akan ada tarikh matang untuk kua kan duit tu bila.. 


Ni kad Sofea bahagian depan


bahagian belakang


Slip/penyata tabung TAWAS bahagian depan


bahagian belakang


So pada mana ibu-bapa yang berjaya melahirkan anak dengan ic selangor, jom la kita daftar ramai-ramai.. grab peluang yang ada ni. Bukan untuk kita je, untuk masa depan anak kita jugak..maybe jumlah dia tak besar, tapi bagi i cukup lah untuk buat tambah-tambah perbelanjaan dia bila dah besar nanti.. rezeki jangan ditolak, kheeeennn... hehe. 











Tuesday 4 August 2015

Jamuan Raya & Jamuan Hari Jadi Sofea & Naurah.

Assalamualaikum


Sabtu lepas 1/8 kami ade la buat jamuan sikit-sikit untuk raikan harijadi Sofea yang pertama dan anak buah i Naurah yang ke 9 tahun...dedua girls ni lahir bulan 7, Sofea 4/7 Naurah pulak 25/7 aritu bulan 7 kan puasa,kita buat belated birthday je.. sesambil tu kami buat sekali jamuan hari raya..panggil sedara mara terdekad and kawan-kawan rapat.. tak lah besar-besaran pun ayam pun dalam 13 ekor je mama masak.. Ade lemang ayah bakar sendiri, 15 batang hari Jumaat pagi dalam pukul 11 ayah dah start bakar tutup api pukul 11 malam..amik kau nak naik muntah ayah main api, hahahaha.. katenye buat sendiri lagi puas hati dari beli.. 

Menu hari sabtu tu ada lemang, rendang daging, nasi impit, kuah kacang, nasi ayam & agar-agar merah. Semua ni kiteorang masak dari hari Jumaat, nasi ayam dengan goreng ayam je baru buat pagi Sabtu tu. Kalau semua nak balun hari sabtu memang petang la kot baru orang dapat makan hahaha.. payah ade anak kecik ni, kakak i dari Melaka pun sampai dari Jumaat tapi dia pun ade anak kecik yang tua 2 bulan dari Sofea, so kami ni begilir-gilir la buat keje. Kang anak kakak i tidur kakak i buat keje cuci ayam kupas bawang, nanti bila Sofea pulak tidur baru i pulak buat keje.. kalau dedua bangun kite dedua pause dulu masak. Nenek je yang masak. Hahahahaha... alamak, gambar makanan memang lupa langsung nak ambik gambar, addeehh... takde la kenangan gambar makanan untuk hari sabtu lepas.. Air kita buat 2 jenis, air sunquick oren satu balang air sirap satu balang, saper cerdik depa campur kan air tu jadi la sirap sunquick, sedap taauuu... bila petang2 mama buat teh tarik kaw kaw untuk tetamu. Memang laku la teh tarik tu...petang tu hujan pulak memang sedap la kene air panas sejuk-sejuk kan? 



Dalam pukul 4 kita panggil budak-budak nak potong cake pulak, kumpul ramai-ramai nyanyi birthday song untuk kak Naurah and Sofea. Sofea suka sangat bila orang nyayi muka dia kemain excited. Happy belated birthday to both of you my angels.. :) 



Cake i tempah dekat kawan i ex-officemate i dulu. Tempah seminggu awal, nasib kak ima nak buat, sebab dia kata dia banyak sangat tempahan untuk hari Sabtu tu. Dia siap bagi discount, hadiah and duit raya lagi dekat Sofea, cake dia sangat laaa sedap. I mintak butter cake biasa je and nak topping cream tak mau guna icing sebab nanti tak habis, manis kan.. Sekali dia buat macam ni, 2kg butter cream cake siap perisa strawberry and campur2 icing sikit untuk hiasan.. Tq so much pada kak ima..tak sangka i dapat cake yang sedap & lawa macam ni. Bagi i ni dah cukup best dah sebab i punya expectation nak yang biasa-biasa je.. moga murah rezeki kak ima sekeluarga..amiinn. Next time memang nak order lagi dengan kak ima. :)


Group yang tak akan i lupa jemput. Tapi ada 2 orang yang tak dapat hadhir, takpe lah next time insyaAllah if ada lagi jamuan ke apa-apa majlis pasti i akan jemput lagi korang datang. Thanks for coming gaiisss.... yang kelakar Sofea bileh gelak bila tengok Aisyah merengek. E, kemain budak tu macamkan dia dah besar naw..sedap je gelak bila tengok baby Aisyah merengek. Aisyah baby cik ika..dia baru habis pantang 2 minggu, comel sangat..kecik je macam Sofea dulu. Kesian Aisyah nak tido tu yang merengek dia.. nanti kita jumpa lagi ya Aisyah. :)

Lepas magrib, kami dah kemas-kemas dah simpan semua tray makanan kerusi meja kasi lipat, sebab tuan rumah dah keletihan sangat2..i pun dari khamis malam tidur pukul 2-3 pagi. So malam tu memang dah flat habis.



Sesambil kita mengemas, kita kumpul kan hadiah yang Sofea dapat, suruh dia bukak, sekali lagi muka excited dia keluar siap bunyi hiissshh hissshhh kat mulut tu, sengeh je memanjang. Hihihi... happy betul Sofea haritu. And guess what dari pagi sampai malam sikit pun sofea tak meragam, if dia ngantuk die tidur.. bangun terus main je dengan sepupu dia, tapi tetap tak mau dengan orang setakat budak-budak dia ok, kalau dengan orang dewasa tak cukup tanah die merangkak ke i atau ke cik wie, hihihihihihi..

Thank you semua tetamu yang hadhir untuk hadiah & duit raya.. tq so much sebab sudi datang.. tq tq tq... moga rezeki kalian dimurahkan dan diperluaskan, insyaAllah.. :) 

Till we meet again. Bye.. 


Raya 2015. Team Raya Ganu.

Assalamualaikum

Dah habis ke u olls beraya? i ade lagi jemputan hujung minggu ni, eh sampai munggu akhir bulan syawal kot rasanya ada jemputan, harap-harapkan badan dapat la maintain... i tak timbang lagi raya ni. Nanti lah dah settle musim raya baru i nak timbang, risau sekarang kalau timbang terus emo tak mau pegi open house dah, kahkah. 

Tahun ni i beraya belah mertua kat Setiu, Terengganu. 2 hari sebelum raya we olls dah sampai kampung. Pestime ni raya dengan family mertua tahun lepas kan i beraya dalam pantang..memerap je dalam rumah nasib orang ramai yang datang rumah merasa la jugak suasana raya tu, cuma tak kemana je lah..jadi penyambut tetamu je mampu, kuikui. Tahun ni best sebab pagi2 dah kecoh nak besiap, pastu kecoh nak siapkan anak nak siapkan suami..memang kecoh. Suasana memang beza la sebab kat rumah mertua kan, tapi best sangat..pengalaman pertama katanya kaaannn..hihi. Bila salam mertua pun rasa lain je sebab selalu pagi raya salam mak ayah sendiri kalini salam mak ayah suami, eh bertambah dah mak ayah i rupanya.. hikhik. 

Tapi kami tak lama pun kat kampung, raya ke 3 dah balik k.l dah..sebab raya ke 4 hingga raya ke 6 cik wie dengan mertua i pegi Sarawak pulak untuk majlis sambut menantu adik cik wie.. Banyak la jugak rumah sedara mara cik wie yang kami tak dan nak pegi... 



Mula-mula siapkan skenet ni dulu, kemain semangat skenet ni pagi raya tu awal dah bangun. Mandi pun air sejuk je tau.. teror lah anak mama ni, tak takut langsung air sejuk kat kampung, kalah babah dia. Eh? hihihi.. Dah sesiap terus tuju dekat meja makan mintak kuih raya.. fevret dia semperit. Memang banyak dia makan.. 



My small family.. tahun depan raya berempat ke berlima? senang berenam je terus biar kembar 3 sekali keluar. Hahahahaha... 


Dari kiri : Tiara Sofea, Cik Bella, Mak Tok (MIL), Tok Ayah (FIL) and cik wie. Gambar ramai-ramai dengan adik beradik ipar duai lupa nak tranfer dari camera cik wie, hehehehe.. 

Lepas dah siap makan, salam-salam kami terus pegi beraya rumah pakcik makcik cikwie, tapi harap maklum lah, bila sibuk beraya camera memang takde nye dekat tangan, ape yang penting makanan yang terhidang dengan duit raya.. hahahahaha :p 








Nuffangs Adds