Friday 28 June 2019

HARI RAYA 2019 - part 2

Assalamualaikum

Cerita accident tu amat-amat mengejutkan family cikwie. Semua benda terus jadi huru hara dan tak dapat nak buat seperti yang dah dirancang. Adik beradik ada yang begilir stay dekat hospital untuk jaga abg nusi, kak su & anak sulong beliau tina. Abg nusi patah kaki kanan dekat bahagian peha, kak su patah dekat pergelangan tangan and tulang pinggul dia tercabut dari landasan yang tina pulak patah kaki bahagian peha jugak belah kiri. Allahu...berat lagi bahu memikul bertambah berat dan seksa lagi badan yang menanggung. Sakit tu i pun tak dapat nak banyangkan macam mana, habis patah riuk dibuatnya. Sudahnya terperuk jelah i dengan anak dekat rumah. Nak pergi bazar area tengganu yang femes-femes pun tak dapat, pegi yang dekat-dekat dengan rumah je lah. Bukan tak boleh nak pergi tapi tak sampai hati nak tinggalkan mek dekat rumah sorang-sorang fikirkan anak menantu dengan cucu dia dekat hospital. Tapi dalam tak meriah tu sempat jugak lah mek buat tapai pulut dengan ketupat palas. I sehari sebelum raya merendang 3kg daging sorang-sorang..huhu sedih gila. Kalau ada ipar duai yang lain beramai-ramai meriah sikit dapur..tapi ye lah yang lain pun ada urusan masing-masing kan..so i anak beranak mek ayah dengan nazri anak beranak je la yang ada malam raya tu. Happy nak raya tapi tak sehappy macam selalu. :(

Oh i lupa nak cerita macam mana kejadian accident tu. Actually, time abg nusi dalam perjalanan ke bandar tengganu tu tiba-tiba ade 1 kereta persona yang keluar dari arah bertentangan nak buat u-turn. Yang persona ni baru je selesai makan untuk berbuka, kedai makan memang tepi jalan je..so diorang ni tadi keluar je kedai makan terus makan jalan tengah nak buat u-turn..sekali abg nusi ni dah dekat tak sempat la nak elak..jalan pulak tengah straight kan..tengah laju, mana sempatnya nak mengelak kalau dah tiba-tiba ade kereta masuk dekat depan.. itu yang bertembung tu.. Tapi mangsa dalam kereta persona tu dari sorang dah jadi 2 orang yang meninggal. Sorang meninggal dekat tempat kejadian witch is mak mertua pada driver, dan baru-baru ni dalam 2 minggu lepas driver tu pulak meninggal..driver tu pada mulanya koma je, tapi ye lah umur beliau tak panjang.. Al-fatihah untu kedua-dua mangsa. 




Ini lah tina, anak abg nusi yang sulong. Mujur lah adik dia yang lagi 3 orang tu tak pape. Tapi tu lah bila jadi macam ni sedih i tengok, mak pun terlantar, bapak pun terlantar tak dapat nak tengok keadaan anak nak jaga anak..sedih kan? moga tina dapat sembuh dengan cepat.. tina dah operate masuk besi. 


So pagi raya tu macam biasa lah, i mandi siapkan apa patut sempat hidangkan cikwie mek dengan ayah makan dulu buat alas perut sebelum pergi solat raya. I kan cuti makanya i la yang akan siapkan apa patut untuk pagi tu. Tapi tak ada apa pun sebab tengah malam raya tu ipar dah ramai balik.. so dorang dah prepair jugak sikit-sikit tengah malam tu. I membuta awal kepenatan merendang daging 3kg sorang-sorang hahahahaha! Mek masak nasi minyak, gulai ayam dengan buat jelatah sikit untuk raya pertama. Mek kata yang sakit tu sakit dah, yang sihat ni nak jugak makan nak jugak beraya kan.. lepas solat raya mek dengan ayah terus ke hospital bawak sekali bekal nasi minyak. 

Dalam pukul 1pm lebih dah dekat zohor cikwie ajak pegi beraya ke rumah mak cik pak cik dia yang dalam kampung tu jugak..adik beradik mek. Beraya la kami dengan kerata kakni, kakni anak beranak pun ikut jugak.. ada la dalam 3-4 buah rumah. Sampai semula kat rumah dah nak magrib. Hoih belengas anak-anak i,hahahaha.. eh bukan anak-anak je dengan mak pak dia berlengas hehe!!


Anak dara cikwie. Time ni babah dia belum balik dari solat raya lagi, i pun baru je lepas siapkan diorang, terus i ajak ke tangga ambik gambar. Yang aleen tu kemain eh? igt awak tu che ta? pandai sangat eh pose tak nak pandang kamera? kakak pia lentik is a must! haha



Hahahaha belom apa-apa aleen dah meguap 80 juta kali. 



Jadi lah...ini pun seksa ok nak mintak dorang ni bagi kerjasama. Stweeessss mak dia!

Korang tengok lah aleen tu! So tau la kan sape yang paling susah bagi kerjasam kat sini?

Dalam kereta dari 1 rumah nak ke rumah lain. Masing-maisng masuk kereta terus lembik. Padan muka. 

Masuk rumah ke dua, gone terus sampai ke hong kong. Hahahaha 








Gambar yang atas-atas tu saje i letak sini, untuk kenangan. Begini lah nasib raya kami untuk tahun ni.. nak buat macam mana kan, benda dah nak jadi. Apa pon ini semua pengajaran untuk kami & orang kat luar sana, kalau bawak kereta tu sila la fikir betul-betul dengan tindakan kita tu. Kadang salah dari orang lain, dah orang lain yang terpaksa menanggung kesalahan awak. Fikir sebelum bertindak. Ingatlah orang yang tersayang. FAHAM? 





Thursday 27 June 2019

HARI RAYA 2019 - part 1

Assalamualaikum 

Macam mana sambutan raya u olls tahun ni? seronok tak? mesti lah seronok kan rayooo hahaha. Sambutan i tahun ni yasher-yasher je... lagi pun ade cerita sedih sikit untuk tahun ni, dugaan raya kata orang tua-tua. 


Actually hari jumaat malam (31.5.19) kiteorang dah gerak balik ke kampung cikwie, memang tahun ni turn #teamrayaganu pong, so jumaat lepas cikwie balik keje kita packing laju2 start masuk barang dalam kereta gedebak gedebuk dah 1am lebih.. jalan tengah malam ni seronok sebab boleh makan-makan lepastu sejuuk je.. kalau gerak siang nanti cepat mengantuk kan puasa? so nanti asik rasa lapar pastu ngantuk..sebab tu cikwie suka gerak tengah malam kalau nak balik raya. Kiteorang jalan santai-santai je.. agak-agak letih benti kejap rest ke minum kopi ke tapi kalau tengah malam awal pagi ni biase lah benti tido kejap tu biasa. 

So sampai ganu Sabtu pagi (1.6.19) around 8am+ terus kami ke maydin beli barang dapur, biasa pun macam tu lah kalau keluar je tol terus pegi carik barang apa patut untuk rumah. Alang-alang tu beli sekali apa yang tak cukup lagi untuk kelengkapan raya, dan jugak lah beli tudung pia..cantik-cantik tudung budak kat area sana, murah pun murah kene lah gaya dengan harganye tu. Kebetulan ada 2 baby baru lahir, jarak pun tak jauh mana so beli kan terus untuk baby tu punya gift sekali. Adik cikwie dapat baby girl yang abang dia dapat baby boy. Sampai rumah mek dalam 1pm+ camtu. Lepas dah siap mandi bagi anak-anak makan ape lagi i ni memang terus lah ajak budak-budak ni masuk bilik zzzzzz... bangun-bangun dah terhidu orang tengah masak..sedapnye bau dia..turun ke dapur tengok jam dah nak dekat 7pm kaauu! Hahahaha bertuah punya menantu agak-agak lah macam dia pulak yang drive, orang yang drive pun elok je kehulu kehilir buat keje..kihkih. Cikwie tak tidur ok, ntah apa yang dia buat pun i tak tau.. so i pun bangun-bangun turun la dapur tolong apa patut.

Tak lama tu azan..berbuka lah kami dengan menu haritu nasi ayam dari kakak cikwie, kakni. Mek ade bancuh air cendol sampai kesudah i lupa nak minum. Sebab i kalau berbuka suka minum air panas, tapi yang manis lah macam teh o ke nescafe o ke...kalau minum air sejuk yang berais nanti perut jadi cepat sengkak dah nasi tak leh nak makan. I mana boleh buka takde nasi. Dalam tengah duk sedap tala nasi ayam dengan i yang siap menambah, ade call masuk kat hp cikwie.. dia dah siap makan dah time tu tapi muka dia dapat call tu terus berubah, muka macam orang tengah cuak + tekejut. Dia kata abang nusi accident. I masa tu tak fikir pape, macam tengah blur blur lagi, tapi fikir macam accident? harap-harap tak teruk lah, eh bukan tengah time buka ke ni? dia ke mana pulak? rupanya abg nusi anak beranak nak pegi baju raya..so dorang cadangnya nak berbuka kat kedai terus. Ooo..kisahnya.. i pun biasa je lah. Ayah mertua i, kakni dengan sorang lagi biras i suami adik ipar i yang dalam pantang tu pun kata nak pergi tengok jugak lah accident tu. Yang cikwie tadi dah terus gerak dengan adik lelaki dia pokmie naik kereta kakni. Tinggal lah i mek dengan adik ipar i mokjea dan anak-anak je malam tu. I ni langsung tak perasan yang kenapa cikwie pegi kat tempat accident tu pakai kereta kakni? Mek dah mula membebel kata yang dalam pantang baru 15 hari tu pun pegi jugak kenapa.. dengan anak kecik tu sibuk jugak nak ikut pegi beli baju raya. Ye lah raya kan.. tapi masih dalam pantang tapi masih nak jugak merayap. Hurmmm ntah lah.  Lewat jugak i tunggu diorang yang pegi tempat kejadian tu balik, nak call cikwie takut dia bz uruskan apa-apa. So i decide tido je lah dulu. 

Pagi ahad (2.6.19) tu i bangun eh, cikwie ni tak balik lagi ke? i tak sahur, sebab cuti. Tinjau kat lua kereta takda. Aik mana dia pegi? kereta kakni ada, kereta nazri biras i pun ada. Mana myvi? sebab kiteorang balik dengan myvi kalini, tak bawak livina. Haa..masa tu baru i tertanya-tanya mana pulak cikwie pegi ni. Dia tidur kat mana malam tadi? pastu i ternampak kelibat orang tidur kat atas sofa kat ruang tamu, laaaaa tido sini kenapa cikwie ni. I pun kejut dia slow-slow.. tanya dia macam mana abang nusi teruk ke? Dia kata patah.. bini dia kaksu dengan anak sulong dia pun patah.. Allah!! I terkejut gila la time tu tak sangka pulak seteruk itu accident diorang, ingat sikit je... pastu i tanya kereta macam mana? dalam kepala ni ingat abang nusi bawak kereta dia, abg nusi pakai kancil. Cikwie jawab kereta teruk jugak..tapi barang-barang dalam kereta abang dah ambik ni. I tengok car seat aleen, barang-barang dalam dashboard sume ade cikwie bawak balik, terus i ternga-nga haaaaaaa diorang naik myvi ke?? cikwie kate aah ye lah diorang naik myvi.. Sumpah wallahi i tak tahu bila ntah abang nusi ambik kunci dengan cikwie. Yelah lagi pun mungkin cikwie pun tak jangka kan benda nak jadi sampai macam ni.. 

Termenung terus i masa tu. Huwaaaa macam mana nak raya ni kereta tak ada!!! Allah... macam mana nak balik k.l? Tapi dalam masa yang sama kesian sangat kat abang nusi and anak beranak macam mana nak raya ni? lagi berapa hari je pun nak raya. Baby dengan abang dia lagi 2 tu macam mana? baby and 2 lagi anak lelaki abg nusi cikwie cakap ok alhamdulillah tak pape. So nanti bersambung lagi eh part raya ke-2 on my next entry.  



Kalau ada yang perasan masa berita aritu, ni lah keadaan kereta myvi kami yang accident tapi bukan tuan kereta yang bawak. Betul lah malang tak berbau.. orang lain punya salah, orang lain yang menanggung. 



Nuffangs Adds