Monday 7 October 2019

Jalan-Jalan Naik MRT

Assalamualaikum 

Dua minggu lepas punya weekend kita bawak anak jalan-jalan naik train. Pia la ni yang beria dia mintak dekat babah dia nak naik train. Kalau ikut hati i, memang tak lah. Letihhhh pastu nanti kene jalan jauh dari stesen ke tempat yang nak pegi.. Tapi.. Cik wie ni memang pandai tau, dia pilih naik MRT. Tapi bukan dari rumah lah.  Kita naik dari stesen MRT kwasa damansara. Kebetulan petang tu cikwie ajak ke area kota damansara, so lepas dah settled dekat tempat yang dihajati kita park kereta kat stesen MRT situ & pilih destinasi ke stesen bukit bintang pavilion. Dalam 20 minit je dah sampai. Lajuuuuu MRT ni rupanya. 

Weyh, i jakun! Hahaha... i pun actually 1st time naik MRT. Best jugak MRT ni, senang sangat. Pastu jangkaan i sangat salah, stesen dia tak jauh pun dari tempat yang nak dituju. Keluar je dari train, eh tak yah susah2 jalan jauh terus keluar dah dari kawasan stesen tu. Pastu i jakun lah dari stesen damansara tu kita naik dari atas tau platform dia. Tapi bila sampai dekat stesen bukit bintang macam mana kita dah ada kat dalam tanah ni?? hahahaha... sebab time tu hujan, pastu dah gelap nak malam memang tak nampak la keadaan luar. Keadaan dalam train sangat la selesa, air-cond dia sejuukkkk... seat pun banyak, ruang besar jugak. Maybe masa i naik tu weekens so train tak very pack. Siap bawak 2 stroller lagi tak yah lipat pun masuk train, tu pun cukup lagi ruang. Tambang dari kwasa damansara ke pavilion bukit bintang dalam RM3+ untuk 1 orang dewasa, budak under 12 tahun free kot sebab pia tak yah pun bayar haha! 

Apa pun pia & aleen happy sangat babah bawak diorang naik trian. Mak dia pun merasa la naik MRT jugak. Rasa bagus jugak MRT ni kan? very convenient stesen-stesen dia. Tak macam KTM and LRT. I nak suggest kalau korang nak pegi area bukit bintang sana better guna public transport sebab sana jalan tak pernah tak jem, lepastu bila kita jalan kaki kita akan nampak banyak tempat, kedai2 yang best. Kalau bawak kereta kita mesti terus masuk mall pastu jalan dalam mall je kan? Redah jem 1 hal dah, belum lagi nak bayar parking yang harga nye agak mahal kat situ. Tapi ini untuk suggestion sahaja..kalau rasa susah naik public transport tak perlu la nak paksa diri. Cuma kalau bagi i, memang senang lagi naik public transport untuk ke tempat-tempat macam ni, tak buang masa atas jem & buang masa carik parking. Hehehe.... 

Haih kan best kalau dekat rumah i ada MRT straight ke office. :) Anyways, thank you babah.... sebab realisasikan impian anak-anak  dan mak anak yang jakun ni nak jalan naik MRT train..hihi. Lama i tak jejak pavilion ni, terlepas rindu pastu terus tekenang balik zaman-zaman remaja dulu dok melepak dekat area bukit bintang ni. TS, Sungai wang, BB plaza, Lot 10..alaaaaa cepat nye dah tua! Hahahahahaha... 





Ambik gambar dekat air terjun depan pavilion is a must.  


Teruja sebab nampak sign board MEKDI tu. Orang lain dah sampai lama dah, kita baru nak tengok. Hihihihi.. 

Sempat singgah CHUN sebab nak makan cheese corndog yang viral ni.



No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds