Friday, 28 June 2019

HARI RAYA 2019 - part 2

Assalamualaikum

Cerita accident tu amat-amat mengejutkan family cikwie. Semua benda terus jadi huru hara dan tak dapat nak buat seperti yang dah dirancang. Adik beradik ada yang begilir stay dekat hospital untuk jaga abg nusi, kak su & anak sulong beliau tina. Abg nusi patah kaki kanan dekat bahagian peha, kak su patah dekat pergelangan tangan and tulang pinggul dia tercabut dari landasan yang tina pulak patah kaki bahagian peha jugak belah kiri. Allahu...berat lagi bahu memikul bertambah berat dan seksa lagi badan yang menanggung. Sakit tu i pun tak dapat nak banyangkan macam mana, habis patah riuk dibuatnya. Sudahnya terperuk jelah i dengan anak dekat rumah. Nak pergi bazar area tengganu yang femes-femes pun tak dapat, pegi yang dekat-dekat dengan rumah je lah. Bukan tak boleh nak pergi tapi tak sampai hati nak tinggalkan mek dekat rumah sorang-sorang fikirkan anak menantu dengan cucu dia dekat hospital. Tapi dalam tak meriah tu sempat jugak lah mek buat tapai pulut dengan ketupat palas. I sehari sebelum raya merendang 3kg daging sorang-sorang..huhu sedih gila. Kalau ada ipar duai yang lain beramai-ramai meriah sikit dapur..tapi ye lah yang lain pun ada urusan masing-masing kan..so i anak beranak mek ayah dengan nazri anak beranak je la yang ada malam raya tu. Happy nak raya tapi tak sehappy macam selalu. :(

Oh i lupa nak cerita macam mana kejadian accident tu. Actually, time abg nusi dalam perjalanan ke bandar tengganu tu tiba-tiba ade 1 kereta persona yang keluar dari arah bertentangan nak buat u-turn. Yang persona ni baru je selesai makan untuk berbuka, kedai makan memang tepi jalan je..so diorang ni tadi keluar je kedai makan terus makan jalan tengah nak buat u-turn..sekali abg nusi ni dah dekat tak sempat la nak elak..jalan pulak tengah straight kan..tengah laju, mana sempatnya nak mengelak kalau dah tiba-tiba ade kereta masuk dekat depan.. itu yang bertembung tu.. Tapi mangsa dalam kereta persona tu dari sorang dah jadi 2 orang yang meninggal. Sorang meninggal dekat tempat kejadian witch is mak mertua pada driver, dan baru-baru ni dalam 2 minggu lepas driver tu pulak meninggal..driver tu pada mulanya koma je, tapi ye lah umur beliau tak panjang.. Al-fatihah untu kedua-dua mangsa. 




Ini lah tina, anak abg nusi yang sulong. Mujur lah adik dia yang lagi 3 orang tu tak pape. Tapi tu lah bila jadi macam ni sedih i tengok, mak pun terlantar, bapak pun terlantar tak dapat nak tengok keadaan anak nak jaga anak..sedih kan? moga tina dapat sembuh dengan cepat.. tina dah operate masuk besi. 


So pagi raya tu macam biasa lah, i mandi siapkan apa patut sempat hidangkan cikwie mek dengan ayah makan dulu buat alas perut sebelum pergi solat raya. I kan cuti makanya i la yang akan siapkan apa patut untuk pagi tu. Tapi tak ada apa pun sebab tengah malam raya tu ipar dah ramai balik.. so dorang dah prepair jugak sikit-sikit tengah malam tu. I membuta awal kepenatan merendang daging 3kg sorang-sorang hahahahaha! Mek masak nasi minyak, gulai ayam dengan buat jelatah sikit untuk raya pertama. Mek kata yang sakit tu sakit dah, yang sihat ni nak jugak makan nak jugak beraya kan.. lepas solat raya mek dengan ayah terus ke hospital bawak sekali bekal nasi minyak. 

Dalam pukul 1pm lebih dah dekat zohor cikwie ajak pegi beraya ke rumah mak cik pak cik dia yang dalam kampung tu jugak..adik beradik mek. Beraya la kami dengan kerata kakni, kakni anak beranak pun ikut jugak.. ada la dalam 3-4 buah rumah. Sampai semula kat rumah dah nak magrib. Hoih belengas anak-anak i,hahahaha.. eh bukan anak-anak je dengan mak pak dia berlengas hehe!!


Anak dara cikwie. Time ni babah dia belum balik dari solat raya lagi, i pun baru je lepas siapkan diorang, terus i ajak ke tangga ambik gambar. Yang aleen tu kemain eh? igt awak tu che ta? pandai sangat eh pose tak nak pandang kamera? kakak pia lentik is a must! haha



Hahahaha belom apa-apa aleen dah meguap 80 juta kali. 



Jadi lah...ini pun seksa ok nak mintak dorang ni bagi kerjasama. Stweeessss mak dia!

Korang tengok lah aleen tu! So tau la kan sape yang paling susah bagi kerjasam kat sini?

Dalam kereta dari 1 rumah nak ke rumah lain. Masing-maisng masuk kereta terus lembik. Padan muka. 

Masuk rumah ke dua, gone terus sampai ke hong kong. Hahahaha 








Gambar yang atas-atas tu saje i letak sini, untuk kenangan. Begini lah nasib raya kami untuk tahun ni.. nak buat macam mana kan, benda dah nak jadi. Apa pon ini semua pengajaran untuk kami & orang kat luar sana, kalau bawak kereta tu sila la fikir betul-betul dengan tindakan kita tu. Kadang salah dari orang lain, dah orang lain yang terpaksa menanggung kesalahan awak. Fikir sebelum bertindak. Ingatlah orang yang tersayang. FAHAM? 





Thursday, 27 June 2019

HARI RAYA 2019 - part 1

Assalamualaikum 

Macam mana sambutan raya u olls tahun ni? seronok tak? mesti lah seronok kan rayooo hahaha. Sambutan i tahun ni yasher-yasher je... lagi pun ade cerita sedih sikit untuk tahun ni, dugaan raya kata orang tua-tua. 


Actually hari jumaat malam (31.5.19) kiteorang dah gerak balik ke kampung cikwie, memang tahun ni turn #teamrayaganu pong, so jumaat lepas cikwie balik keje kita packing laju2 start masuk barang dalam kereta gedebak gedebuk dah 1am lebih.. jalan tengah malam ni seronok sebab boleh makan-makan lepastu sejuuk je.. kalau gerak siang nanti cepat mengantuk kan puasa? so nanti asik rasa lapar pastu ngantuk..sebab tu cikwie suka gerak tengah malam kalau nak balik raya. Kiteorang jalan santai-santai je.. agak-agak letih benti kejap rest ke minum kopi ke tapi kalau tengah malam awal pagi ni biase lah benti tido kejap tu biasa. 

So sampai ganu Sabtu pagi (1.6.19) around 8am+ terus kami ke maydin beli barang dapur, biasa pun macam tu lah kalau keluar je tol terus pegi carik barang apa patut untuk rumah. Alang-alang tu beli sekali apa yang tak cukup lagi untuk kelengkapan raya, dan jugak lah beli tudung pia..cantik-cantik tudung budak kat area sana, murah pun murah kene lah gaya dengan harganye tu. Kebetulan ada 2 baby baru lahir, jarak pun tak jauh mana so beli kan terus untuk baby tu punya gift sekali. Adik cikwie dapat baby girl yang abang dia dapat baby boy. Sampai rumah mek dalam 1pm+ camtu. Lepas dah siap mandi bagi anak-anak makan ape lagi i ni memang terus lah ajak budak-budak ni masuk bilik zzzzzz... bangun-bangun dah terhidu orang tengah masak..sedapnye bau dia..turun ke dapur tengok jam dah nak dekat 7pm kaauu! Hahahaha bertuah punya menantu agak-agak lah macam dia pulak yang drive, orang yang drive pun elok je kehulu kehilir buat keje..kihkih. Cikwie tak tidur ok, ntah apa yang dia buat pun i tak tau.. so i pun bangun-bangun turun la dapur tolong apa patut.

Tak lama tu azan..berbuka lah kami dengan menu haritu nasi ayam dari kakak cikwie, kakni. Mek ade bancuh air cendol sampai kesudah i lupa nak minum. Sebab i kalau berbuka suka minum air panas, tapi yang manis lah macam teh o ke nescafe o ke...kalau minum air sejuk yang berais nanti perut jadi cepat sengkak dah nasi tak leh nak makan. I mana boleh buka takde nasi. Dalam tengah duk sedap tala nasi ayam dengan i yang siap menambah, ade call masuk kat hp cikwie.. dia dah siap makan dah time tu tapi muka dia dapat call tu terus berubah, muka macam orang tengah cuak + tekejut. Dia kata abang nusi accident. I masa tu tak fikir pape, macam tengah blur blur lagi, tapi fikir macam accident? harap-harap tak teruk lah, eh bukan tengah time buka ke ni? dia ke mana pulak? rupanya abg nusi anak beranak nak pegi baju raya..so dorang cadangnya nak berbuka kat kedai terus. Ooo..kisahnya.. i pun biasa je lah. Ayah mertua i, kakni dengan sorang lagi biras i suami adik ipar i yang dalam pantang tu pun kata nak pergi tengok jugak lah accident tu. Yang cikwie tadi dah terus gerak dengan adik lelaki dia pokmie naik kereta kakni. Tinggal lah i mek dengan adik ipar i mokjea dan anak-anak je malam tu. I ni langsung tak perasan yang kenapa cikwie pegi kat tempat accident tu pakai kereta kakni? Mek dah mula membebel kata yang dalam pantang baru 15 hari tu pun pegi jugak kenapa.. dengan anak kecik tu sibuk jugak nak ikut pegi beli baju raya. Ye lah raya kan.. tapi masih dalam pantang tapi masih nak jugak merayap. Hurmmm ntah lah.  Lewat jugak i tunggu diorang yang pegi tempat kejadian tu balik, nak call cikwie takut dia bz uruskan apa-apa. So i decide tido je lah dulu. 

Pagi ahad (2.6.19) tu i bangun eh, cikwie ni tak balik lagi ke? i tak sahur, sebab cuti. Tinjau kat lua kereta takda. Aik mana dia pegi? kereta kakni ada, kereta nazri biras i pun ada. Mana myvi? sebab kiteorang balik dengan myvi kalini, tak bawak livina. Haa..masa tu baru i tertanya-tanya mana pulak cikwie pegi ni. Dia tidur kat mana malam tadi? pastu i ternampak kelibat orang tidur kat atas sofa kat ruang tamu, laaaaa tido sini kenapa cikwie ni. I pun kejut dia slow-slow.. tanya dia macam mana abang nusi teruk ke? Dia kata patah.. bini dia kaksu dengan anak sulong dia pun patah.. Allah!! I terkejut gila la time tu tak sangka pulak seteruk itu accident diorang, ingat sikit je... pastu i tanya kereta macam mana? dalam kepala ni ingat abang nusi bawak kereta dia, abg nusi pakai kancil. Cikwie jawab kereta teruk jugak..tapi barang-barang dalam kereta abang dah ambik ni. I tengok car seat aleen, barang-barang dalam dashboard sume ade cikwie bawak balik, terus i ternga-nga haaaaaaa diorang naik myvi ke?? cikwie kate aah ye lah diorang naik myvi.. Sumpah wallahi i tak tahu bila ntah abang nusi ambik kunci dengan cikwie. Yelah lagi pun mungkin cikwie pun tak jangka kan benda nak jadi sampai macam ni.. 

Termenung terus i masa tu. Huwaaaa macam mana nak raya ni kereta tak ada!!! Allah... macam mana nak balik k.l? Tapi dalam masa yang sama kesian sangat kat abang nusi and anak beranak macam mana nak raya ni? lagi berapa hari je pun nak raya. Baby dengan abang dia lagi 2 tu macam mana? baby and 2 lagi anak lelaki abg nusi cikwie cakap ok alhamdulillah tak pape. So nanti bersambung lagi eh part raya ke-2 on my next entry.  



Kalau ada yang perasan masa berita aritu, ni lah keadaan kereta myvi kami yang accident tapi bukan tuan kereta yang bawak. Betul lah malang tak berbau.. orang lain punya salah, orang lain yang menanggung. 



Tuesday, 30 April 2019

Sukaneka tahunan Pasti Imtiyaz Kids

Assalamualaikum 


Hari ahad lepas sekolah kak pia ada bukan sukaneka, seronok tengok budak-budak ni bersukaneka macam-macam ragam ada! 

Pagi tu kak pia macam biasa lah lemah gemalai je bila kene kejut bangun pegi sekolah, dia ni memang macam tu bab bangun pagi pegi sekolah memang banyak kerenah dia. Tapi dah lepas mandi tu ok dah, cuma nak bangun & mandi tu adoi jenuh memujuk lah jugak. Selalu babah dia la yang akan kejut, pujuk-pujuk, dukung bawak pegi bilik air. Kadang-kadang nangis pulak dulu, bukan nangis ape pun saje dia je. Kalau dengan mama dia memang tak kuasa lah nak layan, tak nak bangun ok takpe siap lah ye mama heret je ke bilik air! Hahahahahaha... 

Actually kiteorang tak tau pun apa acara budak-budak ni. Punya la tak ambik tau sangat kan, bukan apa i kan macam malas la nak kepochi sangat dalam hal-hal anak-anak ni kat sekolah. Bukan maksudnya i tak nak ambik tahu langsung aktiviti anak..cuma i macam tak lah yang jenis sikit-sikit nak tanya dalam group wasep "harini buat apa?" "harini makan apa kat sekolah?" "cikgu ooo cikgu tak tanda pun buku anak saya, anak saya dah complete dah baca buku teks ni sampai last page" *flipshawls* haa..paham tak ape yang kita nak sampai kan? so bagi kita apa-apa aktiviti anak kat sekolah bia lah dia & guru je. Kalau ada apa-apa yang cikgu perlu untuk mak pak attend baru kita akan take note. Tak kuasa aih nak kacau tugas cikgu banyak lagi hal dorang nak jaga bukan anak "kau" sorang je! ye dak? 

So pagi ahad tu i dengan cikwie kire 1st time lah attend acara sukan sekolah anak, sudah tentu perasaan i macam mak aaiihhh tuaaaa nyaaaaaa akuuu...dah attend sukan sekolah anak ke?? bia betoolll kekekekekeke.. vanue tahun ni dorang buat dekat padang sekolah rendah kebangsaan yang terdekat dengan kawasan pasti, so senanglah memang dekat jugak lah dengan kawasan rumah kami ni..naik moto je 5 menet dah sampai!


Cikgu ada sediakan makanan untuk murid-murid.. after registered nama, boleh la collected the food. Tu babah dia la yang suapkan makan


Rumah merah kakak pia tahun ni 


Aleen tumpang sekaki dua makan breakfast kakak, aleen ni mulut memang tak pernah stop mengunyah kadang-kadang rase risau pulak, aleen ni tak pandai kenyang ke? dah la makan jenis semua benda dia makan hahahaha.. 







Masa mula-mula tu pia ceria je, tak ada langsung drama sinetron haha.. lepas perbarisan biasa lah dorang akan berhimpun kejap untuk dengar ucapan pengerusi sekolah tak lama pun kejap je.. sebagai kata-kata aluan kan, lagi pun yang berhimpun tu semua umur 4-6y mana la boleh tahan kene bediri lama-lama kan, cikgu pun mesti dah take noted jugak. Tapiiii tak sangka weyh, dalam pada happy-happy tu pia boleh menangis mase perhimpunan, sebelum tu kiteorang dah nampak dah dia macam dah rimas-rimas cikgu pun dok mengipas kat dia.. pastu cikwie kate takpe biakan je dia.. tak lama lepas tu kite dah nampak cikgu dia bawak dia keluar baris hantar ke khemah rumah masing-masing..pulak dahhh ape kehal pulak pia tu babah getus i pade cikwie huhu. 

Lepas dah habis berucap semua pelajar dah keluar baris, cikwie pun terus ke pia.. bila babah dia sampai makin sebak la pia..nangis ajak balik tak mau main sukan dia kata.. kakak panas..rimass kakak nak balik..muahahahahaha parok sungguh lah budok ni! 



Begilir lah kiteorang dok memujuk dia.. mase tu program dah mula game pun ada yang dah started. Pia masih dekat khemah menunggu turn untuk acara dia, kite pun pujuk lah slow-slow.. bagi air milo lah, kipas kan dia lah.. adoi lah anak..sabo aje lah mama dia ni. 
Mujur masa turn pia punya game nak started dia dah ok. Dalam masam-masam tu pun dapat no. 2 untuk group merah..hahahaha!! Adoi lucu betul kalau teringatkan balik moment tu. Dengan muncung dia dengan marah hempas-hempas dia buat jugak..kikikiki

Muka mencuka je bila cikgu panggil nama suh get ready untuk main game, kahkah







Dan akhirnya...pia berjaya habiskan 2 game.. time dapat madel kemain sengeh kat atas tu kan! Cuba kalau happy je dari awal kan best. Kite dengan cikwie suspek pia ni sejenis kalau cikgu bagi homework beratus pun dia sanggup buat dari kene attend sukan-sukan ni, sebab kalau kat rumah tu asik lah menelaah buku..homework dah habis dia ambik buku latihan yang i beli pulak untuk buat...itu dah bagus, tapi kalau boleh i nak lah dia aktif jugak dalam bidang sukan ni.. bagi seimbangkan antara koko dengan pelajaran..gittew! Di harapnya untuk sukan tahun depan jangan ada lagi lah drama-drama ini ye pia? mama pon malas nak pujuk..lagi-lagi dalam cuaca panasss!! hahahahaha 




Tuesday, 2 April 2019

Aleen turns one & Ashu engagement

Assalamualaikum

Haha datang mood menulis lagi. Kalini i nak letak kenangan aleen turns 1 aritu (04.12.2018). Actually memang takde lah birthday party sangat pun kebetulan mase adik i plan nak buat majlis pertunangan dia tu dekat2 dengan date birthday aleen so i pun tumpang la sekali untuk buat acara potong cake lepas majlis sarung cincins hehe 

Btw anak ayong kakak i pun bersunat.. So sekali harung la majlis nye... Ade majlis pertunangan, bersunat & birthday.. Hahaha sonang sekali harung penat pun sekali harung gak. Biasala la mak i kan kalau kenduri lebih suka masak sendiri.. Makanya kerahan tenaga dari anak2 itu wajib ya! Penat dia perrgghh tapi puas. 

Date semua majlis tu 8.12.2018 tahun lepas, tapi harini baru keluar cerita kt sini hihihi.. sebenarnya i kalau boleh tak nak cerita sangat pasal majlis pertunangan tu sebab ye lah orang tua-tua kata, bertunang ni kalau boleh diam-diam je nanti dah nikah baru kita hebahkan.. maklumlah masa bertunang kan banyak dugaan mendatang.. tapi sebab nak jugak letak sini untuk kenangan tak salah kan? ape pun kita doakan sahaja hubungan pertunangan adik i dengan tunang dia kekal hingga ke jinjang pelamin moaga jododh mega berkekalan hendaknya dan semoga ape yang dirancang dapat berjalan dengan lancar..amiinnn!!














Friday, 22 March 2019

Cuti Chines New Year 2019 kita balik kampung je..


Assalamualaikum, 

Jom, i bawak korang throwback sikit time cuti raya cina aritu. Lagi pun marilah kita menyimpan kenangan yang ada, disini. Sayang rasanya kalau kenangan yang ada berlalu begitu saja, kekekekekeke.. 

Cuti raya cina tahun ni agak panjang kan? Alhamdulillah perjalanan kami ke kampung pun smooth je.. orang memang ramai, tapi masih ok la... tak lah sesak nafas sangat macam raya-raya yang lepas, perjalanan kami ke ganu masih 7-8/hour dalam kereta termasuk berhenti rehat, makan, solat, cuci pok pok anak mandikan anak..hahaha. Bila dah ada kat kampung cuti seminggu tu rasa macam dah lama kan, tapi sebenornya tak cukup...adoi lah..tak tau lah nak lama mana lagi untuk bagi cukup. Tiap kali balik kampung mesti rasa tak cukup masa, rasa banyak je benda tak buat lagi tup tup cuti dah habis.. huhuhu 

Cam biase lah kalau dah balik kampung aktiviti makan-makan mesti kene ada, selain nak makan masakan MIL kita nak jugak try makanan kat kedai area kampung tu, tukar selera orang kata.. Ade 1 malam tu kami pegi makan dekat D'Nora, kedai dia dekat je dengan area rumah dalam daerah Setiu jugak. Kedai tu ade macam-macam menu dari western hingga lah ke masakan panas. Tapi yang i tengok western dia memang paling banyak lah orang order. Yang bestnye pulak, harga dia murah portion pun besar memang ngam lah cite dia kan! 


Yang ni i order kerabu sotong RM10 harga beliau. Sedaaaappp sotong fresh lembut tak liat, sos dia pun sedap!

Actually kami pegi ramai-ramai..tapi tak dan nak ambik gambar setiap menu, anak-anak dah tak sabar nak makan..hahaha so korang tengok lah burger tu, sos dia melimpah ruah x kedekut. Burger pulak ade macam-macam jenis burger, signature dia burger KLCC (burger dia tinggi tak ingat berapa lapis, serve dengan hotdog & fries as well) tapi tu lah tak ambik pulak gambar nyeee  -_-  Harga burger dalam gambar ni 1 set tak lebih pun RM10.. yang klcc tu dalam belas-belas sajo.. 


Ini lah MIL i yang sporting tuuu... tiap kali kiteorang balik mesti masak sedap-sedap, buatkan kuih macam-macam jenis untuk jamu anak menantu makan.. tu i kalau balik kampung memang tak berhenti mulut ni asik makan je.. haha 

My everything 💗💗💗



Imej mungkin mengandungi: makanan
Gambar ni i ambik dekat FB dia, korang boleh try search D'NORA seafood. And yang paling best jugak air buah dia, sangat sedap-sedap.





Next time kalau sempat i akan cerita lagi aktiviti makan-makan area terengganu lagi ok? Memang banyak sangat makanan yang best-best dekat terengganu ni.. rajin dengan tak je nak share.. hahahahaha. 



Till next twime pepol.. hihi 








Wednesday, 20 March 2019

Addicted

Hi Assalamualaikum, 

Sekarang ni cuaca agak panaskan? uiiisshhh kalau tido malam tu memang kene on jer air-cond kan. Dah la anak i sejenis bepeloh, kadang tu makpak dah kesejukan diorang rileks je terbongkang tidur tak yah selimut pun hehe!!

Siang jangan cakap lah, kadang i keluar untuk pegi hantar document ke client tu mata tak leh bukak die punya panas tu, pegi lunch pun rasa malas nak meredah panas, tapi kalau tak redah panas nak makan apooo hahahahaha.. hence why i dah addicted dengan 1 minuman ni. Nak tau tak ape? i rase ramai yang tau air ni, tapi biasa lah i selalu tertinggal bas.. hahaha i baru terjumpa last month, before that memang i ade jugak minum air yang jenis macam ni, tapi brand lain la.. brand tu agak mahal bagi i yang ni muraahhh tapi still sedap and the taste lebih kurang je dengan brand yang mahal tu..hehe. Siapa je yang taknak jimat kan? 




Tadaaaa...ni lah air yang i tengah addicted sangat tu! Air sarang burung  gaaaiiisss..hahahaha..ini brand ecolite, sedap  and refreshing. Tak mahal pun, bagi i masih mampu milik lah.. kalau brand yang lagi 1 yang i cakap tu is brand fouziah gaus punya tu..FG walet ke ape eh, lebih kurang gitu lah nama dia.. tu pon sedap je cuma harga dia separuh dari harga brand ni. Haaa banyak beze tu!




Kalau korang nak dapatkan murah lagi boleh pegi dekat guardian, if by pcs die punya harga dalam RM5 sebotol kalau by box 1 box ada 6 botol dalam RM30+ gitu. If ade offer macam sekarang 2 box RM52 je gaaiiisss..murah kan? Then bukan je kat drugstore je jual mende alah ni, dekat 7E dengan KK Mart pun ada u olls.. sangat senang nak jumpa air ni. Dari minum air manis yang tak ada khasiat tu apa kata kita tukar minum minuman yang macam ni..


Btw seperti yang ramai tahu, wah dah macam ayat buku teks, hihi.. meh i share sikit ape lagi kebaikan minum air sarang burung ni :


> merangsang pertumbuhan sel dalam badan
> menguatkan sistem imunisasi & pernafasan
>memperbaiki fungsi organ dalaman
>kulit awet muda


Best kan? dari boleh hilangkan dahaga, boleh dapat kebaikan lain pulak. Dia ade 3 perisa tak silap i, semua pun sedap! Sebenarnya masa lepas pantang aleen dulu i memang kalau boleh nak amalkan minum air sarang burung ni, sebab selain jaga dalaman & kulit die pun boleh jadi milk booster kalau untuk BF mommies.. itu yang i suka tu! Kalau yang longan punya perisa ni, ooii sodap nye..siap ade buah longan dalam tu, minum pulak sejuk2!! Yang FG walet punya tu pun sedap jugak.. cuma tu lah agak mahal sikit, kalau time kaya boleh la beli FG punya kalau time ada tak ada tu i beli ecolite punya je...hihihihi..  


Thursday, 28 February 2019

Impian

Assalamualaikum

Actually tahun lepas, 2017/2018 adalah tahun agak tough untuk kami 1 family tapi syukur alhamdulillah jugak sebab tahun 2018 dapat mengajar dan memberi kenangan sambil dapat mengajar kami untuk handle cabaran dan dugaan dengan lebih matang dan tenang... 


Untuk pertama kali i nak share dekat sini yang kami Alhamdulillah dapat capai target untuk memilik rumah sendiri sebelum anak masuk sekolah rendah. Tapi kalau nak ucap tahniah pun rasa nya tahniah itu lebih berhak kepada suamiku..hehe i buat mase ni menumpang aje lah dulu ye..kihkih. Numpang suami tak pe kan.. 

Prosess nak beli rumah tu memang sangat sekelip mata, jumpa agent pun dalam 1-2 kali je terus jadi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dan yang orang yang paling gembira mestilah cikwie, sebab semua prosess untuk jual beli tu i sendiri yang handle tak payah susah bini sendiri yang buat.. Cikwie hanye perlu keluarkan duit aje, documentation lawyer, bank, land office semua diuruskan i sendiri hehe.. ini untungnya bekerja dalam bidang lawfirm ni. Lawyer fees pun tak ada, big boss i kata tak payah bayar, disbursement je yang cikwie tanggung 100%. Syukur Alhamdulillah..dalam pada sarat2 i mengandongkan Aleen selesai jugak semua. 

Kunci kami dah dapat dari last year.. Apartment 3 bilik 2 bilik air, dekat sangat dengan rumah mak i. Memang dalam kawasan yang sama cuma taman je berlainan..sonang cucu2 dia nak pegi balik rumah atok & nenek dorang. So sekarang masih lagi dalam prosess renovation, banyak jugak yang nak kena baik pulih. Kos pun aduuuhhh aduuhhh boleh tahan jugak! Tapi takpe slow slow.. kami pun tak rushing sangat nak pindah, memandangkan sekarang tak menyewa so tak pe lah, kita buat ikut kemampuan. 

Sekarang memang tengah mengumpul dana untuk meng-reno & meng-cantikkan keadaan rumah tu. Kalau ade rezeki kami cadang nak masuk sebelum puasa tahun ini, tengok dulu macam mana ekonomi..hehe. Mata ni pun asik la dok usha ig & fb yang ada deco2 ni.. tak sabar rasanya nak meng-deco rumah sendiri. Korang doakan ye semoga perancangan kami dipermudahkan ye..amiinn!  

Bye. 

Wednesday, 27 February 2019

Pulau Pangkor 2019

Hi, Assalamualaikum..


Last 2 weeks, 15-17 Feb i ke Pulau Pangkor bersama kawan-kawan rapat mampat & family, hehehe.. dah lama nak buat trip ni tapi asyik tertangguh je.. ye lah bila dah berfamily ni kene lah plan betul-betul. Kiteorang semua dalam 6 family with our beloved husband & kids. Bayangkan macam mana kecohnya keadaan we olls time tu hahahahahaha setiap masa dok bekejaran dengan anak2 what a wonderful experience!! seronok sangat. Letih tapi puas giiteeww.. 

Kami bertolak Jumaat pagi 15/2, dalam pukul 10-11 gitu la kot, haha plan pukul 8.30 tapi macam biasa lah dah ramai-ramai ni kan paham2 sudah.. hahahaha.  Drive sendiri je, dalam 5 biji kereta convoi..



So lets go!! Cikwie batuk2, so die kene pakai mask supaya virus batuk dia tak merebak ke dalam kereta, hahahahaha 

Syahira & Harraz with us..  

Ok nak share info sikit, kiteorang kan drive sendiri so terus ke jetty marina tak pergi lumut but ok je if nak pergi lumut so ada 2 pilihan. Park dekat marina 3 hari = RM48. Parking berbumbung. 


Ni dah naik ferry... dalam 15-20 minit je dari jetty marina ke jetty pulau pangkor.  

My anak sulong kalau dia pose boleh pecah screen hp mama dia!  

Alhamdulillah, dah sampai resort yang kami dah booked. We stay dekat Purnama Beach resort. Best & selesa sangat. Maaf ye gambar mak2 memang wajib kena ada...hahahahaha


Ni je gambar yang ada keadaan dalam bilik. Hahahaha anak2 dah tak sabar nak tukar baju, nak swiimmmm.. 





Tak sempat nak buat apa-apa bila dah nampak swimming pool masing-masing dah tak tenteram! Hahahaha tak apa lah anak... ini pun percutian santai-santai memang nak bagi budak2 enjoy pun.. so hari pertama tu memang sampai petang tu tak ada apa aktiviti sangat, mandi je lah puas-puas.. 


2ND DAY


Lepas breakfast, we all plan untuk snorkeling so ambik 1 pakej je kat salah 1 pulau kecil dekat-dekat situ untuk snorkeling. Ape tah nama pulau nya lupa nak tanya orang tu, hahahaha dah kecoh2 dengan anak2 sampai lupa lah nak tanya pulau ape yang diorang drop kan kami tu. Nama-nama tempat ni dah tak penting sangat dah, yang penting anak kene siapkan dulu hahahaha nak pakaikan life jaket untuk budak-budak pun dah kecoh dekat 1/2 jam hahahahahaha

Untuk i memang 1st time lah bawak anak-anak snorkeling ni, so cabaran die ialah bila anak kau takut air. Alahaaaaiii susah betul nak suruh masuk dalam air tu, macam sofea dia rase gayat bila dalam air yang dalam walaupun dah pakai life jaket tu die tetap takut katanya ikan banyak..nanti die gigit hidung kakak. Hahahahahahahaha! Tapi lain ceritanya untuk sikecik aleen tu, dia tu punyalah excited bila dalam air... kiteorang memang lepaskan je dia berenang sendiri tapi pakaikan lah pelampung...hahaha kalau tak pakai pelampung mau lemas. 






Muka nervous ke sofea naik speed boat? hihihihi.. 



See... tengok lah aleen ni, die ok je dalam air. Letak je dia pandai lah die kayuh kaki tu! Mama proud of u adik! 

Sebahagian anak-anak yang excited bila dapat naik speed boat. Next time kita plan lagi ye anak-anak.. seronok bila tengok ana-anak happy. 


Selesai snorkeling dalam pukul 3-4ptg camtu budak2 ni sambung lagi mandi pool. Haaa bayangkan mana tenaga budak2 ni dapat eh? hahahahaha mak pak dia pun lah lembik dorang steady je boleh pulak sambung masuk swimming pool. Oh lunch kiteorang tapau je dari resort dengan dekat kedai dekat-dekat situ makan kat bilik. Sebab budak2 ni tak nak tukar lagi baju nak mandi kt swimming pool kan so makan kat bilik aje lah. 

Sambil-sambil tu group husband2 discus untuk buat bbq belah malam. Wow best!! Lepas discus diorang pegi beli barang untuk diperap. Semua buat sendiri.. menu kami malam tu, ayam & sosej bbq, nasi goreng cina kami order dekat resort je. Alatan untuk bbq kami sewa dari resort dalam RM60 (tong bbq, arang, pinggan & cawan) yang lain semua bapak2 settle kan. Hehehehe..   



Sesi mencuci & memerap ayam. Walaupun bahan simple tapi sedaaaapppp!!

Dah puas berendam dalam pool? ape lagi, kasi charge lah bateri masing-masing kan... ahahaha. Tengok lah pia tu, dah hitttaaammmm







Yummy, Dinner was soooo goood!! Walaupun simple & bahan tangkap muat je untuk perapan tu, tapi tetap sedap! Yang pasti sangat2 enjoy & kenyang. 



Group photo! Sangat enjoy malam tu. Lepas dinner kami ade buat exchange gift. Semua gift tu dah memang plan awal-awal lah untuk bawak. Punyalah havoc group kiteorang malam tu. Mujur lah malam minggu ramai yang tak ada dalam bilik, kalau tak mau kene marah kami semua. Bising gila! Hahahaha dengan yang expect hadiah lain dapat lain, eh macam2 lah yang jadi malam tu. Ada video kalau lepas, i upload.
Ni gambar hadiah-hadiah yang ada. Untuk budak-budak pun ade tau... 




3RD DAY-Last day


Pagi tu macam biasa, bangun & pegi breakfast. Alaa.. rase tak best dah sebab kejap lagi dah nak check-out. Tinggal lah pulau pangkor dalam kenangan... Kami memang breakfast sendiri-sendiri kat luar sebab resort memang tak ada provide breakfast. Its ok.. sebab area resort dekat teluk nipah tu kedai makan semua dekat-dekat..jalan kaki je..  


Lepas breakfast ape lagi, budak-budak request nak swim untuk kali yang terakhir.. ok mandi lah korang puas-puas sebab kejap lagi dah nak balik.. 





Bye-bye Purnama Beach Resort - Pulau Pangkor. Till next time ya! Semoga kami ada rezeki dan peluang untuk kembali ke sini..


Dah banyak perubahan dekat pulau pangkor.. dulu datang lain, sekarang lain dah. Ini trip selepas 10 tahun kami ke sini dulu...haaaa bayangkan!! Dulu datang masa tu masih bujang hot bergetaaahhh, kalini datang bawak suami, isteri & anak-anak pulak..HAHAHAHAHA gila lah dulu masa tu full je activiti sampai masa pun ngam2 untuk mandi, makan & tidur jeekk!! Kalini banyak activiti kene cut sebab dengan anak-anak kan..santa-santai je masing2.. Kalau tak dulu sukan air ape je yang kami tak main kat pangor ni? hahahahaha. Tapi i bersyukur, dari kami bujang sampai dah beranak pinak ni tetap ahli yang sama. Kita kekal kan sampai bila-bila ye semua!! 




P/S: Sorry gais, video yang aleen berenang sorang2 tak lepas nak upload. Alahai...sayang nye banyak video yang best2... :(

Nuffangs Adds