Wednesday, 29 June 2016

Persiapan Raya


 Assalamualaikum



Amboi lama sangat i tak membebel kat sini kan? Hewwwww.... kekangan waktu sebenarnya. Lepastu tu bila dah free mood nak menaip pulak tak jumpa, ntah sesat pegi mana tak tau. Tup tup harini keluar post pasal persiapan raya, amboi amboi amboi sangat kan? hahahahahaha..

Last week punya cerita, cik wie ajak jalan cuci mata nak membeli sangat tu takde jugak sebab macam baju raya kami dah settle baju pia jangan cakap dari sebelum puasa sampai minggu kedua puasa asal terjumpa je beli, tu belom yang nenek sponsor hahahaha cuma shawls yang i nak je la belum ada.. itu yang macam jom la kita cuci mata kejap kut ada yang bekenan boleh beli. Honestly, tahun ni tak jejak pun lagi ke jalan Tar tu. Ntah la macam xde kudrat je nak menempuh sesak2 tu. Itu yang kami lari jauh minggu lepas ke shah alam la kite... hehe. 

Sampai2 shah alam cik wie try tengok kedai makan shell out ocean hauz ingat dapat la booking terus untuk berbuka tapinye kedai diorang tak bukak pun lagi.. huhu time tu dalam pukul 1 lebih, pastu pikir2 takpe la buka tempat lain je la karang. Jom carik tempat lain. Sesambil pusing2 tu tetiba teringat yang QQ baby shop ada buat sales, so search la kat mana yang terdekat kat shah alam ni sebab nak beli stroller payung untuk pia, ala stroller yang kecik tu yang senang nak angkut kat mane2 kalau pegi pasa malam pun senang, memandangkan pia sejenis yang tak suka bejalan sendiri nak kene bedukung je so itu yang kuat lagi semangat mak dia nak beli stroller payung tu. So dapat la akhirnya stroller payung, dah tak payah nak angkut pram yang gabak tu lagi, pegi tempat orang ramai pun senang hehe. 

Settle hal stroller, terus ke SACC. Park tepi plaza alam sentral tu je. Ingat orang tak ramai tapi boleh tahan jugak warga shah alam kat situ kan. Round2 je kat sacc tu x beli ape2 pun.. 



Selpoi seketoi mak & apak anak sorang ni


dengan pia sekentot, Mulut tu comot ade coklat sbb tengah makan kek coklat..hahaha.


 

Ni la ghuper stroller baru pia. Sonang bawak yang ni ringan je nak angkut mana-mana.. 



Takde ape pun yang berkenan nak beli hurrmm dapat la anak tudung 3 lai shawl pun takde yang tertarik, lagipun orang boleh tahan ramai so lepas dah penat pusing2 dekat area sacc & pkns tu kitorang decide beli je juadah dekat bazaar depan pkns and kita bebuka piknik. Heee... lagi pun tak pernah lagi buat macam tu. Nak makan kat kedai/buffet macam tak teringin pun tekak ni, dah blur pun ye lagi pun makan macam ni penjimatan banyak disitu hahaha.. 





Menu yang sempat kiteorang rembat haritu, nasi ambeng (1st time i makan), bubur lambuk, kuih tepung pelita, ketam goreng rangup 5 ekor & air mangga tu pun senak nak habiskan.. hahaha







Ngam-ngam keluar dari parking nampak tasik belakang pkns tu, terus masuk berkelah la kami anak beranak kat situ.. pia happy sangat sebab nampak tasik & ade taman permainan. Sebelum buka sempat la cik wie bawak dia main slide pastu dia dah makin berani nak pijak rumput yeayyy good job pia! 







Friday, 25 March 2016

Tiara_Dazzlingly


Assalamualaikum


Hi, just to inform kalau u olls semua nak beli atau nak restock Elite S7, Ephyra Collagen, Ephyra Inteermor and barang-barang cosmetic sudilah kirenya u olls follow i dekat ig shop yang i dah bina sejak 3-4bulan lepas.. hehe. Tiara Shop  ni khas untuk beauty & health produk. So sapa-sapa yang nak carik barang-barang kecantikan dan kesihatan boleh la follow instagram tiara_dazzlingly  

Alhamdulillah walaupun baru tapi dah ramai jugak yang repeat order barang-barang yang i jual. Tu yang sekarang ni i macam sendu je kan nak update blog. Hahahaha.. bukan apa, sekarang ni i running 2 keje. Pagi sampai petang i dekat office masih bekerja macam biasa malam pulak i akan bz balas whatsapp customer dengan buat tracking number. Dulu masa husband i ada boleh la mintak dia tolong buat tracking number tu but since bulan 1 lepas husband i dah fly keje dekat Melbourne so i sorang la yang buat semua benda sekarang ni..hehe. Walaupun penat sebab kerja dan nak uruskan anak tapi i suka ja meniaga macam ni. Tak tau la i memang suka meniaga ni, dari dulu lagi actually i dah start meniaga macam-macam i pernah jual. Masa dekat office lama dulu i pernah jual nasi lemak. Dulu time takde kereta i memang pergi kerja naik public transport, bus atau komuter dari rawang ke menara TH Maju junction tu. I angkut nasi lemak letak dalam bag sandang, orag sandang laptop atau note book i sandang nasi lemak, tak muat i jenjeng pulak kiri kanan nasi tu. Kadang-kadang sehari boleh cecah dekat 40 bungkus nasi lemak. Bukan nasi lemak kosong ya, siap berlauk lagi. Naik patah bahu pikul nasi nasik bas naik ktm. Berat ok nasi-nasi tu lagi-lagi yang berlauk. Macam-macam lauk ada.. i akan ambik order 1 day before so kalau nak makan esok pagi petang ni i akan tanya siapa nak order and lauk apa. Malam i akan bagi tau mama lepas tu kita masak sambal siap dan lauk pagi-pagi mama akan masak nasi and i akan tolong bungkuskan. Punya lah penat time tu sebab renyah kan nak masak dengan nak bungkus lagi tapi sebab i suka and i tak rasa pun malu nak meniaga macam tu niat sebab nak tambah pendapatan and nak tolong mama and ayah sebab time tu i ada 2 lagi adik tengah belajar. Lama jugak la i meniaga macam tu sampai 1 masa tu i stop tak meniaga sebab dah ramai pulak yang buat macam tu and pilihan dah makin banyak ada yang jual kueh la jual sandwich la so i stop sebab kalau order setakat 2-3 bungkus macam tak berbaloi pulak nak masak kan. Takpe lah rezeki masing-masing.. i stop dulu jual nasi lemak and bila permintaan banyak baru i akan ambik order. 

Now i rasa jiwa i dekat dengan barang-barang kesihatan dan kecantikan. Sebab utama is i memang suka kecantikan dan kesihatan ni, i suka nampak orang cantik dan dalam masa yang sama dia sihat, sihat luar dan dalam cantik pun luar dan dalam.. barang yang i jual dekat ig tiara_dazzlingly  
tu adalah barang yang i sendiri pernah makan/guna. I akan try dulu dekat diri sendiri bila menjadi baru i berani promote pada orang.. Alhamdulillah sikit-sikit orang follow ig i and order. Bagi i apa pun yang kita buat mesti lah jujur.. so i akan jujur bagi jawapan dekat customer kalau dia kata die dah try and tak menjadi i akan kata mungkin produk tu tak sesuai dengan dia and akan suggestkan customer tu stop dulu dan cuba produk lain. Tak semestinya 1 produk boleh serasi dengan semua orang kan.. kalau nak cuba ok boleh je sape-sape boleh cuba sebab barang yang i jual kebanyakkan semua dah adal sijil kkm dan tiada side effect pun.

Ok lah macam dah panjang sangat i membebel padahal tadi mula-mula taip just nak bagi tau je tolong follow ig shop, dah membebel benda lain siap terkenang pulak meniaga nasi lemak dulu hahahaha... so korang yang baca ni sudilah kiranya korang follow ig Tiara Shop under nama tiara_dazzlingly tu ya
jangan tak follow taaauuuu... 
Muahciked! 

Wednesday, 2 March 2016

Fraser Hill


Assalamualaikum

Hi, lame gila i tak update apa-apa. I sekarang busy gila noks.. busy dia sampai kadang-kadang "terpaksa rela" stayback kat office utill 9pm. Sampai rumah memang dah lembik. Then esok pagi masuk rush itu ini sebab tu la dah lama sangat tak dapat nak update apa-apa kat sini hewhew. 

Btw ni cerita i rase bulan 1 haritu kot sebab kat kawasan rumah takde letrek so ajak la semua moh le kittew pegi berkelah dekat some where yang sejuk memamdangkan cuaca mase tu agak panas jugak so kita pegi Fraser Hill jek. Pagi tu mama masak siap-siap bawak bekal untuk lunch dekat sana. Alah masak simple-simple je dapat sejenis lauk pun dah cukup. So masa ontheway tu cuaca sangat elok dan panas.. kiteorang ikut jalan belakang ikut batang kali - kuala kubu. Eh eh jalan dah berubah la kat atas tu.. dulu last datang Fraser Hill ntah la umur berapa kecik lagi kot, jalan naik dan turun ada 1 je dulu.. now dah separate jalan naik 1 jalan turun 1. Dulu tak boleh selisih kene ikut jadual kalau nak naik and turun. 

So sampai je kat atas tu kita carik dulu port untuk makan. Sambil makan rilex-rilex layan angin sejuk.. lepas tu tip tip tip hujan dah start turun.. hukhuk.. alahai belari la semua masuk kereta, baru ingat nak posing-posing.. Lepastu just round-round kawasan dalam kereta je la.. bila hujan dah rede dapat la keluar kejap ambik gambar tu pun hujan masih renyai-renyai yang lebat tu.. 

Tak banyak pun gambar dapat ambik.. sobs sobs sebab hujan kan malas nak renyah-renyah.. 



dalam kereta 




time ni ade group motor dah susun motor nak ambik gambar kat depan tugu jam tu, kiteorang tumpang selit-selit kejap sementara hujan renyai.. 



Berlari-lari anak masuk kedai souvenir kat situ tapi takde ape yang menariks pom.. so kita duduk ambik gambar jer lah hehe










Dah tu je la activiti time kat atas sana.. tak boleh nak singgah mana-mana pun sebab hujan yang lebat - renyai - lebat semula so dah takde nak buat ape-ape jom la turun.. mengharap yang letrek kat rumah dah ada. Kehkehkeh.. 







Friday, 8 January 2016

Naik, pegang, belai gajah dekat Kenyir Elephant Village, Terengganu


Assalamualaikum

Pagi sebelum bertolak nak balik semula ke k.l cik wie ajak i dengan pia pegi visit gajah dekat tasik kenyir. Dekat je tasik kenyir dengan area rumah mertua i tu, dalam 30 menet je nak ke sana. Actually plan nak pegi visit gajah ni dari hari pertama sampai kampung, tapi asik la tertangguh je. Macam-macam hal cik wie nak buat, nak tolong abang dia repair wiring rumah mertua, nak attend kenduri adik dengan sedara mara nak beli kopok-kopok yang orang dah kirim la yang sendiri punya la so asik la tertangguh nak ke tasik kenyir tu. End up hari yang nak balik k.l tu yang free pagi tu dapat la pusing satu kawasan perkampungan gajah. Kenyir elephent village ni die terletak ke depan sikit dari kawasan tasik kenyir cuma kenyir water park saje yang ada kat area tsik kenyir tu. Paham tak maksud i? maknenye kalau korang nak pegi nanti jangan la masuk dekat jalan masuk utama tasik tu, korang just kedepan lagi ada signboard tunjuk ke kawasan kampung gajah ni. Kalau masuk kat tasik takde kampung gajah ade activity air je la kat situ nanti.. ok? 

Fees untuk masuk kampung gajah ni rm40 (dewasa) kanak-kanak atas 6 tahun rm15. So i dengan cik wie je yang kene beli ticket pada haritu, pia free. Untuk naik gajah rm10 (dewasa) rm5 (kanak-kanak) sekali lagi pia free, hehe. Bila dah beli ticket nanti ada sorang tour guide akan follow kita die la nanti akan ceritakan asal usul gajah yang ada dalam tu, cara gajah makan, mandi, berak, tido etc. And untuk pengetahuan korang jugak kampung gajah yang ada kat tasik kenyir ni baru je beroperasi tahun lepas so banyak lagi yang diorang kene perbaiki dan tambah. And ini juga adalah branch kedua dari projek and konsep yang sama dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang ada kat kuala gandah lanchang, pahang tu boleh baca kat sini. Kire konsep dia sama je. 

Time i pegi dah nak dekat pukul 12 tgh hari, we all tak tunggu pun untuk show gajah. Sebab show dekat dalam jadual tu die tulis pukul 2pm, gajah mandi pukul 3.30pm tak silap so kami tak tunggu. Sebab nanti rushing pulak nak balik k.l malam-malam kalau boleh tak nak sampai k.l hari ahad nanti penat la isnin tu nak keje dah kan? Tapi kalau korang yang datang awal and ada free time diorang kasi je pelawat yang datang keluar dulu nanti datang masuk balik kat situ without purchase new tickets lagi. So boleh la pegi jalan-jalan kat tasik kenyir dulu ke lunch dulu ke..nanti datang balik time show dah nak mula. 

Then dalam kawasan kampung gajah tu ada 5 menara yang korang akan naik dan 5 jambatan gantung yang akan korang lalui untuk sampai ke kawasan gajah di tempatkan. Haa..bayangkan la eh menara-menara tu semua bagi i tinggi-tinggi mencungap i naik, sian cik wie sebab die kene dukung pia haha.. and dekat setiap menara tu ada je tempat untuk korang take five kejap duduk-duduk kasi hilang lenguh kebas2 bontot, sebelum sambung perjalanan.. adik yang jadi guide kiteorang masa tu kata lebih kurang kita akan bejalan dalam 1km (60menet) baru la sampai ke kawasan gajah. Lepas tu sambil jalan dalam kawasa hutan tu nanti die akan tunjuk kan mana gajah mandi dan  jenis rumput-rumput yang diorang tanam untuk gajah makan. Ada jugak gajah yang siang die akan keluarkan dari kandang and letak kat kawasan luar tapi masih berantai la kaki gajah tu kene ikat buatnya tetiba gajah tu naik minyak habis semua die pijak tak naya? haha.. diorang keluarkan supaya pelawat dapat la tengok aktiviti harian gajah dengan lebih dekat..          

Buat masa ni kat KEV ni ada menyimpan 12-15 ekor je gajah umur dalam 1-50+ tahun. And dorang mungkin akan tambah selepas manambah baik lagi kawasan KEV ni. Gajah-gajah yang ada kat sini semua nya memang berasal dari Malaysia, tapi gajah kat sini hanya paham bahasa thailand and ketua juru latih gajah sendiri memang berasal dari thailand. Hairan kan? Gajah asal malaysia tapi bahasa thailand jugak yang gajah-gajah paham. Bagi pekerja yang menjaga and melatih gajah-gajah kat sini pun diorang kene bercakap bahasa thailand baru gajah tu dengar arahan.. hebak hebak.. patut la gajah adalah binatang yang paling orang thailand sanjung kan? 



Ini jambatan gantung yang pertama kami lalu kat bawah tu ada sungai tinggi dia i tak ingat berapa kaki ada budak tu cakap tapi lupa sebab i takot lagi-lagi bila tengok bawah habes lupa apa yang budak tu cakap kan, hahaha... 




Menara ke-2 and jambatan ke-2 ni kurang tinggi sikit.



Menara ke-3 tak silap i la.. kalau tak betul sorry la sebab i dah ingat-ingat lupa pun susunan menara ni, hihihi..



Kat atas menara 



Ni gajah yang dilepaskan dari kandang and di ikat kat dalam kawasan luar.. tak silap i ada lagi sekor tapi cari gambar tak jumpa.. yang sekor lagi tu tengah bunting dah setahun die bunting sebab budak tour guide cakap gajah bunting ambik masa dalam 22-24bulan. Bapak lamaa... kan?





Tak tau la menara ke berapa dah yang ni, tengok je la gambar ye.. hahaha









Yeay dapat naik gajah.. semua orang excited nak naik gajah pia je macam tak nak die membebel tak nak lepas tu duk kecoh iyeekk..iyeekk.. no mama gajah cuuukk.. hahahah 







and pelawat semua akan di bawa lebih dekat dengan gajah, time ni nak belai ke nak bagi die makan ke nak ambik gambar ke sila kan... bayar mahal-mahal tak kan nak tengok dari jauh je kan? 







Dah habes melawat gajah baru budak tour guide tu cakap kalau tak nak daki menara ni pun boleh terus je jalan ikut bawah ke area gajah..tapi tak syok la nanti kejap je dah sampai..huwaa rasa nak pitam dengar, penat-penat la kita daki menara and lalu kat jambatan gantung tu napa la tak cakap dari awal adeekkk..hahaha. After dah puas main dengan gajah we all pun balik rumah siap-siap lepas zohor terus gerak balik k.l.. 

Habis sudah percutian kami untuk akhir tahun untuk 2015..now dah 2016 bekerja la kito sekuek-kuek nyo.. hahahaha!

Wednesday, 6 January 2016

Taba, Thailand

Assalamualaikum

Last week i ambik cuti direct dari lepas Christmas sampai New Year hehe.. memang plan nak perabih cuti tahun balik ganu. So ini salah satu aktiviti i dengan family-in-law kami pegi Taba, Thailand. Plan last minit je ni sebab kebetulan mak cik cik wie memang sentiasa keluar masuk Thailand ambik barang berniaga so kami follow je la Mok Mah. First experience masuk Thailand guna perahu, hahahaha kire tak guna pun border pass atau passport. Tapi ok je takde ape pun sebab memang ramai je yang guna cara ni, kastam pun ade je i tengok lalu lalang dengan speed boat dorang tapi dorang tak kacau pun.. lagi pun bukan kita seludup barang haroomm... haha!!

Pagi 29/12 lepas subuh tu terus siap-siap sebab janji dengan Mok Mah pukul 9 pagi sampai rumah dia. Pia i tak mandikan pun, tuka kan dia pempers dengan baju je zap zap zap usung masuk kereta. Kiteorang dari Setiu, Terengganu ambik masa dalam 2 jam nak sampai Bachok, Kelantan rumah Mok Mah lepastu konvoi dengan dia sekali. Sebab dia kata pukul 12 nak kene ada dah di Taba, kalau lewat nanti takut kelam kabut nak ambik perahu. Jeti pun kat belah dalam sikit, ikut jalan nak ke Pengkalan Kubur tapi tak masuk guna kastam Pengkalan Kubur Mok Mah bawak ikut jalan belakang, hehehe... 

Ngam-ngam sampai seberang Taba dalam pukul 12 lebih, terus pegi makan dulu. Dah makan kenyang-kenyang baru gembira kan? hahah pia lepas je semua siap makan die meneran, syabas! hahaha.. so i dengan cik wie pun belari -lari anak la ke toilet, nasib ada toilet awam yang bersih dapat la mandi kan pia terus. Toilet dia ok ada orang jaga, kene bayar bape sen tah lupa. Asal selesa ok la kan? Lepas pia dah siap mandi semua i yang lenjun, madi peluh pheeww! 



Dalam kereta ontheway ke Bachok, masih segar bugar semua... :) Yang sebelah kiri i tu my MIL belah kanan anak buah cik wie belakang tu dedua adik ipar i.  




Ni dah naik perahu pun! Kami dah ready nak menyeberang sungai Tak Bhai..yeaayy.. we all guna 2 perahu untuk ke seberang, lagi satu perahu i lupa nak transfer gambar sebab semua gambar ni dari camera cik wie, hehe.. Satu perahu boleh naik 4-5 orang saje ye.. :p 




Family Photo. :) FIL i nampak kepala je//Dah sampai pun Taba, Thailand. Actually tempat dia ala-ala kawasan bebas cukai rantau panjang and pengkalan kubur tu. Cuma rantau panjang dengan pengkalan kubur just kawasan bebas cukai and masih dalam daerah Kelantan, Taba ni ala-ala Golok yang berada di seberang Thailand.  







Cuaca cantik haritu, panas tapi berangin tak la panas yang terik kering alhamdulillah tak hujan pun masa kiteorang kat sana sonang nak bejalan and shopping! Hehe.. 






Ok tangan beg seua dah penuh, jom balik! Hahaha.. best nye kat sana semua murah-murah.. lagi-lagi makanan dia sangat la murah sedap-sedap pulak tu. Banyangkan nasi lauk ayam rm3 untuk dewasa budak sekolah diorang jual rm2 je. Buah-buah tu jangan cakap la semua sedap manis. Ice Blanded rm2.50? nak pengsan kan murah dia? pakai cawan besar pulak tu. 


Ni contoh perahu yang kiteorang naik. Bukan perahu yang dayung tu ye.. hahaha ada enjin la perahu ni baru laju eh perahu ke bot ni? hahaha.. Masa untuk menyeberang sungai Tak Bhai ni lebih kurang dalam 5-7minit je. 





Dalam pukul 2pm kiteorang dah ready nak balik dah.. sebab nanti nak balik ke ganu kang lewat pulak. Bye-bye Taba..next time kalau ada cuti panjang kiteorang pegi lagi. :)

Monday, 4 January 2016

Dinner di Mohd Chan Abdullah

Assalamualaikum

Malam 22/12 Selasa sebelum i bertolak balik kampung untuk cuti hujung tahun kat ganu cik wie ajak family i dinner kat mohd chan, rawang. Actually ni la first time i datang makan kat sini, pernah dengar sebelum ni tapi tak berkesempatan nak pegi sebab bila nak makan je biase memang pegi kedai tomyam tapi aritu cik wie kate jom la kite try makan kat sini. Ramai kata sedap. Ok jom! Orang nak belanja haruslah on saje.. hehe. 

So malam tu lepas isyak kami kua la pegi dinner..ala dekat je tak sampai 10 menet dah tepacak kat kedai. Pia malam tu kemain dia macam excited sangat sebab atok dengan nenek join sekali. Makan pun beselera tapi nak makan sendiri, sokehati lah nak..janji tak kacau orang lain nak makan.

Bagi i makanan kat situ sedap sangat. Memang sedap berbaloi dengan harga, lagi-lagi seafood dia, sedap sangat-sangat. Cuma ye lah harga dia tak la sama macam kat kedai tom yam, tapi kalau sedap memang berbaloi sangat makan kat sini. Dari rumah i plan nak order dim sum sebab dah lama nak try dimsum dia tapi malam tu dim sum dah habesss...tsk tsk.. lagi pun masa i sampai tu memang restoran tu penuh.. kami pun nasib ada meja kosong hujung-hujung tu. 

Dimsum habes takpe, jangan ketam yang habes boleh tebalik meja nanti. Hahahaha..


Tengok la pia tu mengadaaaa......... gigit nak?



Selfies with nenek atok tangan je muat, hehe..




Ni la ketam yang kami order, sedap sangat-sangat tak rugi order. Sape-sape yang datang makan kat sini tolong la order ketam dia, sedap & fresh!



Babah pia mama yang senget! :p




Selfie ni ade atok dengan ude hehe



Antara menu yang kami order shark fin soup, honey chicken, butter prawn, beef balckpaper, stim taufu, mix veggie, tom yam, siakap stim limau, terung goreng  & ketam masak sos special. 



Penuh jugak la meja dengan lauk pauk.. service pun bagus walaupun orang penuh dalam restoran tu tapi kejap je makanan dah sampai. Air kami order air buah cuma untuk ude dengan pia je order ais lemon tea dengan bandung. Total semua dalam RM300+ bagi i berbaloi & sangat puas hati. Pelayan pun rajin sangat.. next time kalau nak dinner atau nak makan masakan chines stail memang akan datang lagi kat sini. 

Thank you babah! 

Friday, 4 December 2015

Bubur Asyura versi Kelantan

Assalamualaikum

Kesian dekat blog i ni, dah lama i sepi kan dia kikikiki.. bz la u ollss.. bz sangat sekarang ni. Memang tak sempat nak update story dalam blog. Mujur harini macam tak rushing sangat sebab developer tak email instruction lagi.. harap2 sampai petang la diorang tak email instruction boleh i clear kan sikit kerja-kerja lain.. bila malam memang ada niat nak update blog tapi bila dah settle dinner dapat pulak golek2 depan tv sambil layan anak terus terkubur je niat tu.. hahaha!

Kisah kacau bubur asyura ni tak silap i dalam middle November lepas, ni pun kire pengalaman pertama i la tengok orang kacau bubur asyura ni depan-depan..hahaha bayangkan dah 26 tahun hidup baru tau cara masak bubur asyura ni! Yang plan ofcoz lah ayah, lepas tu die panggil adik-beradik kumpul kan kat rumah.. bahan-bahan pulak macam beras kacang daging jagung ubi keledek tu ade separuh makcik-makcik i beli separuh kami beli. Tapi yang spesial bubur asyura ni adelah rempah yang ada dalam bubur tu.. rempah tu memang all the way dari kelantan pakcik i belikan dari sana.. lepastu rempah-rempah tu pulak di masak berasingan sebelum dicampurkan kedalam kawah bubur asyura ni. Nak buat asyura versi kelantan ni memang rumit sebelum rempah ni dimasak pun kene goreng/sangai dulu satu-satu tanpa minyak lepastu barulah ditumis hingga terbit minyak dan dicampurkan kedalam kawah besar yang berisi beras kacang hijau jagung ubi keledek & daging yang telah dikacau dulu sebelum tu..oh lupa santan pun guna jugak 7 kilo tak silap. Daging tu kami dah rebus dulu lepas tu racik-racik masukan dalam bahan tadi, daging dalam 5kilo. Kalau ada yang nak resepi email la kat i ye nanti. I akan bagi tau bahan dan cara yang betul. 

Kat bawah ni korang layan la beberapa keping gambar yang i sempat snap pada time tu. I bz ok haritu. Bz kat dapur tolong masak kan rempah-rempah lepas tu bz tolong mama pulak masak untuk lunch-dinner buat air untuk tukang kacau and hantar kat luar.. godek anak.. hahahaha memang bz. Tapi seronok tau bila sesekali bekumpul ramai-ramai macam ni, rumah pun riuh. Terasa macam nak raya pun ye jugak, nanti raya nak plan kacau dodol pulak kat rumah..hihihi penat memang penat tapi bila asyura ni dah siap memang rasa bebaloi sangat.. lepas la kiteorang sedekah kan kat jiran-jiran dengan sedara mara. Oh atas tu bila dah siap kami tabur dengan beras pulut yang telah di goreng dulu dan di blend. Sodap di makan sojuk-sojuk tau asyura ni... rasa daging dan rempah dalam tu memang sampai harini tak dapat lupa.. aaaa sedap!

    

Mula kacau dah lewat haritu dah nak tengah hari baru hidup api semua..so magrib la jugak baru siap. Sapa yang suka makan cair-cair makanlah masa panas-panas sebab nanti dah sejuk dia akan keras.. bagi i dedua pun sedap, gahaha!





Ini budak time tu sekali je dia tidur maklom lah orang ramai kt rumah kan.. makcik-pakcik pulak baya2 dia ramai lagi la..maaaainnn je la keje dia. 











Ok siap! Angkat and terus agihkan untuk setiap orang.. 




 ..



Meriah sangat.. sampai ada yang tanya ada kenduri kendara ke kat rumah ramai-ramai? hahaha padahal ni baru adik-beradik ayah je belom adik beradik mama lagi.. hihihi. 

Nuffangs Adds