Tuesday, 7 July 2015

Sofea dah SETAHUN!

Assalamualaikum.

Actually birthday sofea hari sabtu lepas 4/7/15, tapi tu lah takde buat apa majlis pun untuk my little missy tu sebab bulan puasa kan, macam terhad la sikit activity tu. Tapi kita bawak la dia buka kat luar and beli kan cake 2-3 slice hehe... nanti lepas raya insyaAllah nak plan buat birthday sekali dengan open house. :)   

Tiara Sofea now dah macam2 dia pandai, kalau cakap orang tu semua dia paham kalau cakap nak keluar jalan amboi sanggup tu skip time tidur sebab takut nanti orang tinggalkan dia. Nanti dalam kereta tak sampai 5 menet terus gone lenaaaaa! Bila kita say no, dont, danger dia akan paham nanti dia tak usik/buat slow2 dia tarik tangan dia, hehehe tapi ade la sikit nanti dia tunjuk muka tak puas hati. Takpun kalau kita marah terus nangis..alololo paham sangat la kalau orang marah tu kan. Cuma tu la jalan je tak pandai lagi, masih lagi dok meniti kalau nak bejalan, pegang la segala kerusi ke meja ke takpun dia tolak kerusi sambil bejalan, heeeeee penakuit sangat tau! Orang suruh lepas tangan bediri dia cepat2 duduk merangkak, hahahaha... 

Makan pulak alhamdulillah..memang selera la buat masa ni. Kasi je la apa memang dia akan makan, tapi tapi nestum tu dia dah tak mau ok. Eksen kalau suap nestum die luek kan je balik, kalau nak dia selera makan kasi bubur nasi ke atau nasi lenyek2 letak sup memang 2 mangkuk lah boleh settle! Hihihi.. susu pun ok je tapi sebab dia dah makan ni kan susu tu bila time betul2 dah lapar baru habis 8-9oz kalau tak dia minum 3-4oz je pastu tak mau dah. 

Bila anak dah besa sikit ni lega sangat-sangat.. malam pun dah tak kerap sangat dah nak bangun nyusu, kalau dia dah kenyang makan sebelum tu lagi la kadang tak bangun langsung direct je tidur sampai pagi. Tapi time tidur memang sebelum pukul 10, tak tau la memang dari baby time tidur malam sofea macam tu. Tak tau la kot dari dalam pantang i dah ajar bila malam je tutup lampu means time tidur kene tidur, so alhamdulillah sampai sekarang bila cukup time kita bawak masuk tidur dia akan tidur, bangun untuk menyusu je, cuma ade la dalam 2-3 bulan sekali je la dia akan bangun main2 kejap tengah2 malam tu tapi i dengan cik wie buat tak tau je nanti pandai la dia akan tidur balik. Maybe siang dia tidur banyak so kadang die terjaga kejap. Tapi memang jarang la sofea nak bangun tengah malam meragam, kalau sihat takde masalah memang malam dia ok.  

Syukur alhamdulillah sepanjang setahun ni, sofea memang tak susah sangat nak jaga dia. Cuma mula-mula tu la time dia 5-6bulan kebawah tu je yang kita macam tak cukup rehat sikit. Nangis-nangis tengah malam alhamdulillah ada berlaku tapi jarang...kalau sofea demam pun dia tak kan nangis cuma dia lembik and nak melepek je kat kita, time tu je la memang tak boleh tinggal.. kembung perut pulak tak silap i sekali je la dia kene. Time tu memang kesian sangat kat sofea semua cara kita buat dia tak selesa, tapi belum lagi la i tak tidur sampai subuh, time demam tu part lain la kan, itu memang kita parents kene keep cek dia punya suhu so memang tak boleh tidur lena, baby ni bahaya kalau kita terlena buat nya suhu dia naik kita pulak tak perasan aduuuiii itu la part yang paling i takut sekali. Yang penting set dalam kepala, anak akan membesar tak kira la dia cranky macam mana pun, sabar je layan..jangan give up, jangan mengeluh sebab if kita mengeluh macam kita tak besyukur pulak dengan apa yang Allah dah bagi, kan? so hadapi dengan tenang, banyak kan bertanya macam mana nak control/settle anak. Set dalam kepala ini lah progress untuk membesarkan anak, its normal untuk semua perents. Ceyyyy macam la teror sangat kan? tapi ni semua la yang cik wie ajar i cik wie memang husband yang best pasal anak letak la kat dia insyaAllah pandai la dia settle kan. Cik wie banyak ajar i. Tq husband! Nak handbaaaaaggggg....... hihi. 

Bila duk teringat time sakit contraction nak besalin kat sofea dulu i macam tak percaya je now dah setahun pun benda tu berlalu, rasa macam cepat nyaaaaa sofea dah besar. Tetiba rindu pulak nak rasa sakit tu, nak push baby..hahahaha krik krik krik. InsyaAllah if ada rezeki nak tambah lagi baby tapi biar sofea dah pandai sikit, dah pandai bejalan becakap ke kan sekarang ni dia sangat2 la manja tak puas nak bermanja dengan sofea lagi, hehehe tapi kalau rezeki tu awal i tak tolak...hihihi doa2 kan k. :) 



Benda favorite sofea, buat busyyuuukkkkkk. Muncong tu muncong tu giget nak? E! Geram!!



Now tengok sofea dah menurun muka siapa? hehehehe dari baby orang duk cakap sofea ikut muka babah dia, tapi aritu i dapat bukti kan bahawa sa nya sofea banyak menurun i jugak. Kah! Tamau kalaaaaahhhhhhh...hihi. 


To Tiara Sofea mama babah doakan sofea akan membesar dengan sihat, mendengar kata orang tua, hormat orang tua, kenal agama kita, mengikut perintah sebagai hamba Allah, dipermudahkan dalam segala perkara, dimurahkan rezeki, insyaAllah yang akan menjadi contoh terbaik pada adik-adik... amiinn amiinn.. 

Ya Allah kau lindungi lah anak kami dari bala dan bencana Mu, Kau pelihara hubungan kami, tanamkan kasih sayang dalam keluarga kami..amiinn amiin.. 








Monday, 15 June 2015

Innalillah...

Assalamualaikum.

Ingat tak aritu i ade bagi tau yang ayah kawan i tengah kritikal kat hospital.. pada hari Khamis malam jumaat lepas kerja i dengan cik wie pegi ziarah, dalam pukul 10.30mlm acoy text bagi tau ayah dia dah tak ada.. Arwah dah hembuskan nafas terakhir pada malam tu.. 

Allah...sayu sangat hati ni pada malam tu, moga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. To acoy be strong & keep strong. Sungguh senang arwah pergi.. dan i percaya arwah adalah hamba yang sangat istimewa kerana di angkat pada malam Jumaat yang penuh keberkatan. Pada pagi Jumaat jenazah selamat dikebumikan.. cikwie sempat pergi dari sembahyang jenazah hingga ke kubur.. cikwie kata orang ramai sangat, alhamdulillah rezeki arwah.. 

-al fatihah- 


Thursday, 11 June 2015

Doakan..

Assalamualaikum


Semalam i EL tapi pagi tu dah masuk ofis pun dalam pukul 10 something dapat call dari mama i kate jom la balik kejap kampung, makdik call nangis-nangis kate batuk nenek teruk kesihatan nenek 2-3 hari ni pun tak menentu makdik kate lagi balik la selagi sempat ni... So ape lagi cepat-cepat i call cikwie minta dia jemput i kate mama ajak balik kampung, and i terus call boss cakap nak balik ade emergency. Nasib boss kami memahami and tak banyak songeh terus kata ok.

So dalam pukul 12 lebih kami gerak lah ke kampung sampai sana dalam pukul 2 petang lebih, Alhamdulillah nenek masih mampu bangun lagi, cuma batuk dia makin teruk suara pun dah hilang-hilang, nak makan memang tak de selera, makanan pun bukan boleh yang sembarangan kene pilih yang jenis tak berminyak atau yang tak gatalkan tekak aje boleh makan, so bubur je la.. tu pun bubur kosong tambah gula. Letak ayam pun tak boleh, sebab ayamkan ada minyak die jugak..so connot. 2 kali dah bawak pegi klinik sedut lendir dalam tekak, tapi tu la orang tua kan tambah-tambah umur macam nenek i dah 80+ memang susah la nak recover, harap-harap nenek cepat sembuh..sebab nak kata nenek tak larat lagi tak jugak masih kuat bangun ke tandas ke laman rumah cuma naik turun tangga dan jalan jauh la tak berapa nak larat, masih kenal anak cucu cicit dia.. yang terharu nenek senyum bila nampak kiteorang semalam.. lepastu petang kakak i dari melaka pulak sampai so meriah la rumah nenek semalam, cucu cicit cucu menatu pun ada. 

Tapi i tak tidur sana pun, i gerak balik dalam pukul 11 lebih jugak la baru betolak.. nenek pun tak tidur lagi time tu happy kot kiteorang ramai-ramai kat rumah dia :) but kakak i & family memang berkampung la kat sana.  

Now i baru dapat berita sedih jugak, bestfriend i acoy ayah dia pulak warded dari semalam (actually dapat tahu semalam jugak time ontheway balik kampung dah warded) ..sebab darah tinggi. Tapi harini makin teruk pulak sebab dah koma tak jadi operation sebab darah dah merebak ke otak tiub saluran darah dah pecah, allaahh..lagi la terus rase kejung kejap bila baca berita dari jaja isteri acoy kat dalam group whatsapp tadi. Kejap lagi after office hour i dengan cikwie ingat nak singgah ziarah ayah acoy. Korang semua doakan ya harap semua takde pape.. pada nenek i dengan ayah acoy i harap dapat sembuh pulih sedia kala... moga kedua-duanya Allah panjangkan usia, Amiinnnn..  

Tuesday, 2 June 2015

Cameron Lagi

Assalamualaikum

Hadoi la.. tak pepuas la kan naik cameron sampai sebulan 2 kali naik sana, hahaha...ni semua cikwie punya hal. Die kan tak dapat nak makn aritu kat big red strawberry farm..so sanggup ni time ontheway nak balik k.l dari kelantan aritu die panjat balik naik cameron..ikut dari gua musang..dekat je kalau ikut sana. Tapi nak turun tu letih la sikit.. 

Naik sana semata nak makan eskrem yang ade buah strawberry tu jer! Tah apa nama pun i lupe, time nak beli tu ingat lah, hehehehe... i order scon dengan teh. Sofea pun tumpang dua kaki makan scon menjerit bila kita tak suap, hahaha sedap! 




Aman je dapat makan time ni..tenang je rase sebab orang tak berapa ramai, haritu time naik public holiday jangan harap la nak dapat tempat pun susah. Teh tu panas berasap kejap je dah sejuk dah la time i sampai tu hujan renyai2, lagi laaa sejuk! 







eh sofea takut kubis ke? hahahahahaha... 


Snap gamba sikit kat farm situ pastu teruskan perjalanan balik..memang tak singgah mana2 pun, buah strawberry pun beli terus kat farm tu, murah nookkss sebekas besar rm10 je time public holiday haritu sebekas besaw rm14-rm17 orang jual, tamak eh korang time cuti naik kan harga melampau tau! Turun dari cameron tu ngam2 perut lapar singgah kejap kedai area Tapah, then sampai rumah dekat pukul 1. Pukul 2 baru tidur, esok isnin pagi masuk keje mata rabaaakkkk... hahaha. 







Monday, 1 June 2015

Cuti 3 1/2 hari

Assalamualaikum

Hari khamis petang i halfday and gerak balik kelantan, balik rumah makcik cikwie ade wedding sepupu cikwie. Best nye...lame dah tak balik kelantan. Tapi tu lah cuti kejap sangat tak puas tau duduk sana.. ahad dah balik sini :(

Majlis tu ari jumaat khamis malam tak sempat nak attend untuk nikah, sebab kitorang sampai dah dekat pukul 2 pagi. Biase lah ade anak kecik ni memang kene banyak sikit berenti dengan tuka diapers, dengan nak begilir pegi toilet solat makan etc.. so tak leh tekejar-kejar kene slow and steady je haha.. 

So pagi jumaat kite dah siap2 terus untuk majlis, eh tak la pagi sangat dalam pukul 12 jugak la baru i bersiap..hehe memandangkan hari tersebut adalah hari JUMAAT so kene la tunggu lepas JUMAAT baru majlis mula. Kita bagi laluan la dulu kan untuk kaum lelaki tunaikan kewajipan diorang, yang perempuan orang kampung sana ade je dari pukul 11 dah ade yang datang makan..haha tapi kebanyakannya datang lepas solat jumaat la sebab pengantin pun datang pukul 3. Eh sana tak kisah tau u olls nak mula majlis bila pun sila lah.. pagi pun ada yang besanding tau. Nanti senang orang boleh datang sampai lewat petang, tak penat sangat. Sini kan fix 11am-4pm..so sana suka hati lah konsep dia selagi kau mampu nak sambut tetamu sila lah sediakan aje lauk, hahahaha.. 

Lauk pulak kat sana kalau kenduri mesti wajib la ade gulai kawah atau gulai darat. Lain tau gulai sana nampak macam kari tapi bukan kari. Kalau sini daging kita buat rendang kan? tak pun masak itam tu yang macam rendang jugak kan? sana tak, gulai daging adalah menu utama pastu baru la ade ayam acar ke ikan goreng ke ikan masin pun, pastu ade setengah tak masak nasi minyak die just masak nasi putih je. Konsep die tepulang mana-mana pun boleh aje hehe.. 



ni je la satu-satunya gambar pengantin yang i sempat nak ambik. Waktu-waktu lain kecoh dengan sofea. Tunggu die tidur je dah 2 jam, terus tak dapat nak tengok pengantin berarak, hukhuk



kemain sangat ni tau..nampak sepupu die duk usung botol ni die pun nak, tapi i takde la bagi die minum air tu just bagi die pegang je botol tu, janji senyap sudah. :p




waktu ni lah orang sibuk nak tengok pengantin berarak die pun sibuk, sibuk mengamuk nak tidur. Ape, naik bilik bukak aircond bagi susu settle tidur terus hahahaha.. terlepas mak die nak tengok pengantin besanding makan beradap nak ambik gambar dengan pengantin kat pelamin pun terlepas sebab terpaksa tunggu die kang tak pasal jatuh katil sape nak jawab? tidur boleh tahan makcik kecik ni, lasak... 

Last-last sampai kesudah i tak dapat tengok pengantin, petang baru sofea bangun, pengantin pun dah nak keluar pegi ambik gambar outdoor..jumpa malam tu pengantin tengah gosok periuk je lah..sob sob. Dalam pukul 10 i ajak cikwie keluar jalan-jalan PCB (pantai cahaya bulan) sana malam meriah sebab boleh lepak sambil makan ict uct sct eh macam-macam ct lah ade. Tau tak ape ct ct tu? hahaha ct tu Celup Tepung..segala haiwan ada tau. Best..sedap yang paling penting murah..hikhik.



ni yang i punya, ade ict (ikan celup tepung) sct (sotong celup tepung) dengan act black paper (ayam celup tepung). Udang i tak ambik sebab tah, malas nak makan udang nak kene kopas kulit i malas, hahahaha... ade kopok lekor jugak kita order, best nye makan..sebab nanti diorang akan goreng panas2 lepas tu makan tepi pantai malam2, angin sepoi-sepoi je.. aaa best lepak. Tapi dapat lepak pun kejap je la sebab sofea ade kan, kang selsema pulak so lepas makan agak-agak dah kenyang kita ca alif ba wau ta la...hehe 









Tuesday, 26 May 2015

Lunch Twime!

Assalamualaikum.







Bihun Soto dengan begedil


Dimsum sup dengan mee kurus


Yee Mee Cantonese.. 

Kesemua gambar kat atas ni adalah menu fevret i time lunch hour. I akan makan nasi if rasa betul2 lapar je time lunch tu or teringan naw-naw dengan lauk nasi campur baru i makan nasi. Kalau tak, memang i akan beli jenis gini aje lah. Sedap makan sup-sup ni sebab office i sejuk sebab tu bila dapat makan masakan panas2 ni memang best lah. Kalau tak sup-sup pun i akan beli kuey tiaw goreng basah ker, mee bandung ke.. janji yang jenis panas dan berkuah lah.

Ni semua i beli dekat food court Publika ni jer. Senang dah bila ada food court kat sini, dulu just ada non halal food court je tak aci kan? Nasib sekarang dah ade. Takde lah muka mamak je tiap hari nak kene tengok. Nak makan kat restoran-restoran yang ada kat sini kau mampu ke kalau tiap hari? hahahaha... 

Monday, 25 May 2015

Petang Ahad

Assalamualaikum.

Semalam ahad, so tajuk memang pasal petang semalam kekekekekeke.. bawak coyya pusing-pusing je, window shopping sikit tapi babah die yang dapat seluar, ciisss tak adil, tang i bila angkat je seluar asik la cakap tak lawa tak lawa tapi tang babah terus je die beli tensi i tau! Plan asal nak carik cake untuk atuk nenek dengan ashu coyya sebab tiga-tiga tu sambut birthday bulan 5, atuk 2/3 nenek 14/5 ashu 23/5 so kita kumpul kan sekali je la untuk potong cake, hahaha.. aci kan?

Sebelum balik kita pegi la minum kejap... coyya ok je dia semalam memang i happy sangat semalam walaupun keluar just 3-4 jam je tapi coyya sangat la tak menyusahkan, nak susu ok i buat die minum dalam pram lepas tu die ok je lepak dalam pram sesambil i dengan cikwie tengok-tengok barang, lepastu die main sendiri. Kat cafe time i dengan cikwie tengah makan pun ok je dia duduk dalam baby chair sambil wat hal die and usha orang lalu lalang kang die panggil babah minta main, nanti kita suap la die sikit-sikit isi ayam ke pastu ok la dia tak de dah versi nangis kuat2 bila mama dengan babah tengah makan minum. Next time mama babah bawak jalan-jalan lagi ye coyya. Bukan apa dah lama tak pusing-pusing dalam mall..i kan tiap minggu la busy attend wedding sana sini so semalam je la yang sempat nak bawak coyya jalan-jalan dalam mall..kalau tak asik travel jauh je kita satu family letih dalam kereta je hihihihihi.. 









Coyya dan bekas air masak dia memang tak boleh bepisah, sebab i tak ajar lagi dia minum air berperisa ni, dah boleh ke eh bagi air berperisa pada baby 10-11month old? macam ribena or soya tu boleh ke eh? 



Ini lah cake untuk 3 beranak yang lahir dalam bulan 5 ittew.. haha simple je celebration tahun ni. Sebab ramai yang tak berapa sihat, mama pulak baru je sihat demam tapi selsema dengan batuk tak habis lagi.. so just blow the cake je la.. Moga ayah mama & adik dieberikan kesihatan yang sempurna, panjang umur murah rezeki & dilindungi oleh Nya..amiinn. 













Wednesday, 20 May 2015

Semalam yang GERAM!

Assalamualaikum.

Akhirnya dapat pun i taip kat sini buat entry, kalau tak bz la sangat sampai nak buat entry pun tak sempat tapi sempat je bace blog orang lain? hikhikhik.. 
Tapi memang betul la.. 2-3 hari lepas bz yang amat.. boss i pun sama kejap2 kang panggil i kejap lagi kang panggil lagi, penat tau i nak duduk bangun duduk, mentang2 la wife dia tengah maternity leave sekarang kan.. eh ape kene mengene? hahahaha... 

Back to semalam punya geram. I kan pegi keje memang naik moto dengan cik wie dah tu dengan siapa lagi kan kalau bukan dengan suami i yang terpaling sayang tu? hehe.. so memang biasa la pembonceng motor ni bila kene himpit dengan kereta..tapi yang semalam punya himpit bukan sikit punya himpit ya, tapi himpit yang macam orang potong sayur tu. Dah la kau masuk jalan orang lepas tu tak bagi signal lepas dah potong sayur depan kiteorang yang tengah laju ni depan kami baru nampak signal dia pasang then kami nak elak ketengah tak boleh la sebab line tengah kereta tengah laju terpaksa la rempuh je jalan belobang sebabkan dekat pemandu bodoh macam tu yang tak pikir orang lain, macam la jalan ni kau punya atok moyang yang buat untuk kau! Nak tambah lagi hangin, dah la dah potong sayur dan hampir buat cik wie hilang kawalan kan? die boleh tunjuk signal four letter word "f**k" tu dekat kiteorang! Eh kau dah kenapa? sape yang buat salah sekarang? kau yang tah dari ceruk mana datang dari line tengah lepas tu main redah pancung nak ke kiri dengan kami yang tengah laju lepas tu nak salah kan kami pulak? what the hell brader???? hesh! memang semalam pagi hangin satu badan la bila bedepan dengan driver macam ni! dah la kau bukak tingkap pakkal la takde batu kat tangan i, kalau tak memang i dah baling dah batu kene kat kepala driver bodoh tu!! Dah salah tak nak mintak maaf or just bagi hormat angkat tangan pun takpe dah kot ye pun kau nak pancung kami, ni kau tunjuk lagi bende kau tu? memang bangang punyer driver!!!

Nasib die terus ke kiri and naik fly over, kalau die terus dan sehala dengan jalan kami, memang i rasa cik wie kejar dah brader bodoh tu! Baru pakai kete persona dah nak buat perangai macam tu? memang patutla Tuhan tu tak bagi kau pakai kereta mewah kalau tak tah macam mana lagi la kau dok buli orang lain atas jalan raya ni!! kalau tak jumpa pun lagi lepas ni, i akan doakan benda yang sama untuk driver yang bodoh tu akan terkena la nanti apa yang kau buat dekat kami ni, kami pagi2 keluar nak beribadah carik rezeki kau yang tah tak tau muncul dari alam mana buat kami macam ni memang tak selamat la hidup. Macam mana nak kurang kan kemalangan kat malaysia ni kalau sikap kita sendiri kadang-kadang menyusahkan orang lain. Bila kita bawak/memandu dengan batul orang lain pulak datang bawak masalah. Ni semua atas sikap, tolong la tak kira la kita ni bawak kereta apa pun mewah ke tak mewah ke tolong la rasa hormat sikit pada pengguna jalan raya yang lain, mana tau harini kau buat kat orang esok lusa Tuhan balas terjadi kat orang terdekat kau pulak ke..atau Tuhan bayar cash terus kene kat batang hidung, nak? 

Walaupun dah over 24hr, tapi nak naik pecah keyboard ni i hentak sambil menaip! Tolonglah tolong jaga sikap ya pemandu dekat malaysia ni. huh!     

Friday, 8 May 2015

Short Vacation -Cameron part. 2

Assalamualaikum.

Semalam dah settle redah jem sampai apartment and jumpa nasik kul 12 tu i cakap dekat cik wie i nak mandi, badan lekit-lekit seharian tak tukar baju dari ipoh? die terus jawab u mandi lah sorang..i tak mau, seejuuuuukkkk. Cik wie memang penyejuk orang nye kalau pagi tu kul 9 pun mandi air panas lagi..tah pape je kan? Memang la bila dah kat atas cameron tu dengan cuaca sejuk dah tak terasa dah bepeluh ke lekit-lekit tu.. tapi i tak selesa la.. i nak mandi jugak. Sambil menjeling ke cik wie i pun masuk toilet. Bukak heater, bongok punya heater tak rasa woooiii hahaha.. bayangkan pukul 12.30am mandi kat cameron heater panas tapi tak terasa sebab cuaca teramat la sejuukk.. i pun mandi la laju2 bilas 2 kali je pastu cecepat capai towel. Kuar bilik air ambik kau menggletar satu badan, mulut pun menggigil cik wie dah bantai gelak, hahahah elleh takpe janji i wangi, u busuk! cecepat i pakai baju lompat atas katil selubung. :p

Malam tu i tidur lena sangat2, tapi kesian coyya badan dia panas balik..cik wie la tak berapa nak tidur die bangun basah kan kain tuam atas kepala coyya.. coyya merengek jugak la..i rase badan die lenguh-lenguh yer la duk atas kete bape lama beriba je kan? ade la dalam 2 kali coyya tersedar..tapi lepas dah bagi susu popok2 die tidur la balik. 


merengek-rengerk coyya sampai menonggeng tidur. Syukur lepas letak kain panas reda. Susah nya ubat takde.. :( 


Esok pagi nya tu i mandi kan coyya dulu sebab? die bangun-bangun je dah yaaaakkk.. uccuukkk aahh coyya ni. So settle kan dia dulu suap kan dia makan and terus packing barang-barang by 10 something kite dah checkout. Terus pegi breakfast. Sedihnya lahai..kat kedai tempat kami breakfast tu tinggal roti canai je, lain2 dah habis.. tokey kedai tu kate dah banyak kali dah duk ulang masak liciinnn... 

After brefast kita start tawaf brinchang, pegi pasar tani tengok2 bantal la baju la teh la..macam-macam la. 


Sayur-sayur goreng celup tepong. Bayam, brokoli, ubi.. 


Pernah dengar buah cinta? ni lah buah cinta. Suami orang kalau makan bahaya tak? :p


Strawberrryyyysss...........


Alhamdulillah.. coyya tak panas dah badan dia. Time kat pasar tani ni MIL dengan SIL i sibuk la carik souvenir, so i tunggu je kat tepi toleh2 coyya dah elok je tidur atas lengan i. Sedap la kan dapat angin sejuk-sejuk... 

Lepas tu kita tour la cameron..pegi ladang strawberry kat Kg. Sedia, Big red strawbeery pastu tah ape tah lagi tapi i dah tak berapa nak dapat ambik gambar sebab leka layan coyya pastu dukung dia lagi..begilir dengan cik wie je la sebab coyya tak mau dengan orang lain, mok tok nak dukung pun tak mau. I pakai kan dia sweter, die rimas marah tak mau pakai, hihihihi..  




Salah satu tempat kat ladang strawberry. Tempat lain i tak dapat dah nak snap gambar. Dekat big red tak dapat pun nak makan, tempat full orang que nak beli makanan macam ular. 

So tengok-tengok beli apa yang nak pastu chaw. Tempat lain pun sama..ladang teh je tak dapat nak pegi sebab hari hujan.. nak turun camane dengan anak kecik ni kan? nasib teh i dah siap beli kat pasar brinchang. So by pukul 6 kita turun ke tanah rata makan dinner siap2 pastu terus balik k.l.. tu jer la.. next time kalau nak naik sana pegi time cuti weekend or ambik cuti pegi hari biasa its better. Sedih sebab banyak lagi belom habis teroka..takpa lah janji dah sampai and dah kenal tempat kan? :)






























Thursday, 7 May 2015

Short Vacation - Cameron part. 1

Assalamualaikum.


Memang dah plan awal lepas pergi kenduri dekat ipoh sabtu lepas kita bawak MIL naik cameron. So by jumaat MIL dah selamat sampai kat k.l.. pagi sabtu kita gerak ke tempat kenduri, cousin cik wie kawin. Yang tak plan SIL i pun join sebab kebetulan husband dia keje so dia join sekali dengan kiteorang. Last i naik cameron time mengandung kat coyya tahun lepas, time tu dalam 4-5 bulan kot? masa tu tak stay sana pun just naik pagi pastu petang turun pegi sekali dengan family i.. kalini cik wie dah tempah apartment siap-siap untuk stay semalaman je. 

So by 6pm kiteorang dah statrt mendaki bukit cameron ikut simpang pulai, jalan smooth je petang tu sampai lah ke atas bukit sebelum brinchang. Sampai je dekat tengah-tengah bukit selepas lavender garden tu jem dah start. Hazabedah punya jem... dekat 5jam redah jem baru kiteorang dapat check in. Urut dada 90kali. Coyya time dekat ipoh dah start badan deda2 i buat2 cool lagi tapi bila hari dah makin gelap badan dia makin panas, ah sudah dah la tengah2 hutan daki bukit nak naik brinchang ni mana ada kedai or ape-ape kan? dah la i pun tak bawak spare ubat demam. Memang cool gila mak kau ni, so learn from mistake, take a lesson please ya all mummys pegi mana-mana yang melibat kan nak kene stay jauh-jauh sila pack up ubat demam anak. Senang if anything happen sumbat dulu ubat yang ada kan? nasib la coyya ni kalau demam dia ok je..tak merengek sangat tapi melepek je la dalam kete.. 80kali die bangun tidur bangun tidur minum susu tidur balik tapi kite tak jugak sampai-sampai tak lepas lagi duk mendaki bukit nak ke brinchang. 

Pukul 10 lebih kot tak silap baru kita dapat check in. Padahal kalau dipikirkan dari lavender garden tu ke brinchang 30menet dah sampai tapi disebabkan jem jadi 5-6jam atas jalan sesaja. Naik lembik masing2 duduk dalam kereta lama-lama.. MIL i berapa kali mengeluh dah. Sian kan? I dengan anak demam memang tawakkal je la.. jem punca dari pasar malam tu la..kan setiap sabtu dia ade pasar malam, pastu orang memang ramai public holiday kan.. tak tau la dari pelusuk mana sampai penuh cameron tu. Nak kencing pun berato lama.. tapi i sampai je brinchang terus suruh cik wie carik kedai beli ubat demam yang paracetamol untuk baby tu and cool fever dulu. But ubat demam takde la pulak untuk bawah setahun..cool fever je ade. Ok la takpe la pakai je dulu cool fever ni, bagi dia minum air masak banyak-banyak sebab badan coyya ni die macam kejap kang panas pastu die surut balik.. mungkin letih kot? By 12pm baru jumpa nasik. Gigil-gigil tangan suap nasik dalam mulut. Cik wie siap beli sup ayam, kejap je sup tu dah sejuk. Padahal time bawak naik apartment tu berasap-rasap lagi. Hujan pulak tu..memang menggigil la kite dalam apartment atas bukit tu. Oh kami stay dekat Crown Imperial court apartment yang belakang petronas brinchang tu.. selesa sangat rumah tu. RM400 1 malam. Mahal sebab public holiday comes weekend kan? normal price dalam 200 something je. :(



Berenti kejap ambik gambar dari luar 2-3 keping sebab nak masuk lavender garden ni dah pun tutup... die bukak 9am-7pm je tak silap if weekend. By the time kita sampai tu memang dah pukul 7 pun.. melopeh. 



Ade lagi tau gambar tapi tah kenapa tah tak boleh nak uplod, apasal eh? 

Lepas dah posing kat luar tu kita pun teruskan perjalanan..depan sikit je dari lavender garden ni la jem yang hazab tu start. Huwwwwaaaaa tobat dah tak mau dah naik cameron time public holiday, tak mau tak mau tak mauuuu.... :'(

Bila dah sampai tu besyukur gila.... syukur panjang lah sebab dah sampai. Abes sakit sengal-sengal badan duduk dalam kete lama-lama tangan pun lenguh pangku coyya. Ingat ringan ke skenet tu? Sian anak mama sampai demam hadap jem, penat ye nak tekan padle brek?


Hall sekali dengan dining area.. luas ruang dia. Tapi lantai mak datok sejuk gila... nak pijak pun rasa bercinta.  


Tv ada astro..but limited chanel. Die pakai njoi kot? alah nak bercuti sempat ke nak tengok tv? masuk rumah buat tidur mandi je pun..kan?




Ruang dapur pun complete ade fridge satu pintu & kuali boleh masak kot2 lapar buat cengkodok, hahahaha. Tapi tak guna puunn.... cattle je yang guna. 






Toilet ada 2. Satu dalam master bedroom satu lagi kat luar. 





Ni dalam master bedroom actually. Yang best kan setiap bilik ade 2 katil. Kat master bedroom ni 1 katil king 1 lagi katil single. 1 meja solek and ada wardrop 2 pintu. Gambar yillek lupa nak snap. :p 


2nd bedroom. 2 katil queen. Satu meja solek. :)


3rd bedroom. 1 katil queen 1 katil single. So best kan? kalau nak bawak sekampung pun boleh muat. Setiap bilik ada meja solek and wardrop. 


Gini la wardrop dia.. ok la kan? ade kipas jugak. Aircond memang diorang tak pasang. Bukak je tingkat bederu angin sejuk masuk dalam bilik. Dekat hall bukak sliding luas2 perrrrgghhh memang menggigil. I kan cuci botol susu pun tangan dah kebas2. Dekat sinki dapur takde water heater memang sejuukkk air dah la malam tu hujan. Grrrr... 



Lepas dah tawaf rumah i tidurkan coyya sementara cik wie pegi tapaukan nasik kat bawah kalau tak memang plan nak turun balik pegi makan tapi kenangkan hujan and coyya pun tak berapa sihat i tak mau lah turun. Bungkus je makan dekat atas. Coyya i tepek cool fever tukarkan diapers baju die semua buat susu terus lena makcik tu. Suka la dia tempat sejuk-sejuk ni. Time ni badan die dah kebah dah sikit tak berapa panas dah, legaaaa i. Sedang elok coyya dah lena cik wie naik dengan nasik goreng kampung and sup ayam. Menu yang paling simple sebab nak cepat dapat, kalau order macam-macam kang pukul berapa lah kan boleh nak makan time orang ramai macam ni memang tak boleh nak cerewet tang makan, makan je la apa yang ada janji kenyang tidur lena dah. 














Nuffangs Adds