Monday, 19 January 2015

People Change, Move on babe!!

Assalamualaikum.

Day by day week by week year by year mesti ada je perubahan dalam diri kan? Ye itu semua normal...life memang macam tu kan? tak kan asik yang sama je..tak mungkin kan? tapi ade satu benda yang buat seseorang itu menjadi orang yang sama je..sikap,perangai,hati semua sama kecuali umur dia, umur dah peningkat tapi perangai alahaaaiii.. Yess.. ada ye, itu ialah orang yang tak reti move on. Maksud nya orang yang tak reti nak berfikiran kedepan. Masih di takuk lama, cara pemikiran pun masih di takuk lama.. tak gheti-gheti nak berubah pun! Hurrrmmmm ntah la orang macam ni rasanya buat semak je, heeeesh!! 

Bende ni memang terjadi pada diri i sendiri. Tak tau lah i ingat orang tu tak kan muncul dah dalam life i. Ntah macam mana die tetiba ade pulak balik.. memang mengganggu betul. Rimas! I kalau nak difikirkan memang langsung dah tak ingat dah tak cam langsung muka dia macam mana, sebab ini cerita lama dah jadi history pun. Tak gheti-gheti ke cik kak nak berubah? kenapa mesti nak ungkit balik cerita kurun ke 10 dulu tu? ape lagi yang buat kau tak puas hati? kemon la cik kak...kita ni umur makin meningkat, anak makin membesar tapi i tak tau la u dah kawin ke belom sebab i memang langsung tak ambik port nak tau life u. Tapi please i minta jasa baik u tologlah, tolong sangat...stop lah dari mengganggu fikiran kami anak beranak. Tolong lah percaya yang u memang dah tak de jodoh dengan dia. And please move on ur life dari hidup kami. Semua orang dah berubah people change, and u pun dah ade kehidupan sendiri kan? ntah i tak tau i guess jer but please la eh kami tak perlu pun orang macam awak ni. Sebab awak ni orang yang jenis suka bawak negative vibes pada life orang lain. And i tak mau pasal u sorang nanti muncul masalah lain pada our beloved family. 

Semak-samun pun orang akan cantas bila dah melingkar dalam kawasan rumah, ini kan pulak u orang yang kami rasa tak penting and rasanya orang yang paling kami tak perlukan, buat ape la u nak susah2 muncul dalam family i? u ni muka tembok kan? ke muka u jenis yang takde muka macam jalan tar tu? kasar bila dah kene gilis pun still tak hilang kasar nye? eeeeee....tak reti la nak cakap macam mana dengan orang kepala batu konkrit ni. Aaaaarrrghhhhhh rimas nya!! Ok tarik nafas, hembusss.....  takpe lah kalau ini yang u nak masih lagi nak stalk hidup kami masih lagi nak tau cara kehidupan kami u boleh terus kan. But u jangan ingat bila kami berdiam kami berlembut maknanya kami dah boleh terima u, u tetap seorang yang kami rasa semak yang akan muncul so tak leh buat apa walaupun luka kat dalam ni dah berbirat kembali. Moga kami di lindungia Nya, and u i harap akan terima kebahagian u yang sebenar, Amiiinn... but if anything happens to my family i know who i have to find! Watch out ya?!! 



My family my happiness my everything. :) 




     

Thursday, 15 January 2015

Sebelum & Selepas

Assalamulaikum :)

Dalam hidup ni mesti ada sebelum dan selepas. 2 benda yang selalu berkait rapat dengan lumrah kita kan? Semua orang pun akan ada benda ni yer lah tak kira la apa2 pun sebelum & selepas kahwin la sebelum & selepas dapat anak la sebelum & selepas beli kereta la even sebelum & selepas makan pun ada kan? hahahahaha...tapi harini i nak cerita pasal sebelum & selepas kahwin..ofcoz itu adalah benda yang paling besar and paling banyak perubahan dalam hidup. Its normal but bukan semua orang sama right? :)

PERGI BALIK KERJA.

Sebelum kahwin :- 

Pergi balik kerja sendiri. Kecuali ada masa yang kita nak dating tu dapat la balik berjemput...tu pun sebelum beli kereta dulu. Lepas dah beli kereta almost 95% pergi dan balik sendiri... T__T

Selepas kahwin :-

Now dah tak yah penat2 nak stress ngadap jem.. semua tu dah bertukar. Pergi dan balik kerja sekarang dah berteman dah tak emo sorang2 bila ngadap jem. Alah hadap jem pun dah tak selalu sebab now kita merempits, hahaha... cuma bila hujan je la kene berhenti berteduh kalau tak zooop zooop dah sampai office zoop zooop dah sampai rumah. :)

BERGADUH & MERAJUK.

Sebelum kahwin :- 

Kalau dulu bila bergaduh ke merajuk ke memang diri sendiri la pujuk.. kadang bila dah tak mampu nak pujuk diri sendiri sampai dah malas nak bercinta. Ade satu tahap tu rasa macam aaahhh malas lah nak kawin macam ni, dah kalau bab pujuk memang kene diri sendiri je. Nanti lepas kahwin ntah2 sama jugak. So seminggu lah tak bertegur sapa kadang dekat sebulan buat tak tau. T__T

Selepas kahwin :-

Gaduh tak pernah lebih dari 3 jam. Bila tak puas hati jer habis semua sembur keluar (itu i lah ngehngeh) lepas dah cool dah ok, boleh je terus tarik tangan ajak pergi makan. Kalau still merajuk bagi je anak confirm ok dah lepas tu hewhewhew.. nanti bab pujuk-memujuk pun slow2 je muncul...heeeee kire sekarang kalau gaduh dah tak seserius dulu sekarang gaduh2 bodo jer. Gila nak merajuk lama2 confirm i tak dapat nak shopping nanti kahkahkahkah.. :p 

CALL & SMS/WHATSAPP.

Sebelum kahwin :-

Peeerrrggghhhh ini paling hebat lagi2 bila hantar whatsapp, bila tau dah baca and takde respon rasa nak terbang je pergi tengok and jerit pahal dah baca tak reti reply hah?!! Call pun sama bila tak berjawab je mula la pikir yang bukan2 padahal baru call 2 kali -_- lepas tu confirm jadi isu. Padahal orang tu elok je duduk dalam jamban, nak reply tengah meneran nak jawab kang suare meneran keluar dah cane? hahaha...

Selepas kahwin :-

Call hurrmmm...kalau terdesak atau ade emergency je. Whastapp/SMS pulak dah tak de ape sangat. Whatsapp bila nak tanya suami dah sampai office ke belom? (sebab suami akan hantar i dulu) waktu makan pun kenkadang je tanye makan ke tak pastu yang paling penting sekarang bila and perlu nak kene whatsapp is time balik. Pukul barapa nak datang ambik i? and suami pun sama lebih kurang je sebab nanti kat rumah baru bukak cerita masing2. Haaaaa seee beze kan beze kan.... 

CEK HENPON PASANGAN.

Sebelum kahwin :-

Memang tiap kali jumpa je mesti nak tengok henpon dia. Cek satu-satu siapa dia call dengan siapa dia sms dengan siapa die duk berchitchat/pm dekat fb, ade gambar siapa delam gallery fon. Habis lah semua nya nak digodek.

Selepas kahwin :-

Nak pegang henpon pun dah malas ape kan lagi nak cek henpon. Banyak lagi benda nak buat dari nak cek sesatu benda dalam henpon suami. Kenkadang tak ingat langsung pun nak cek henpon suami. Tapi orang kate kene kan? bukan tak percaya tapi ambik langkah keselamatan...eh keselamatan mende nye? hahaha lantak lah. :D

BERSIAP 

Sebelum kahwin :-

Hoih paling lama dulu 1 jam ambik masa untuk bersiap. Mandi pakai baju make up pakai tudung semua lah.. lepas tu 20 kali tengok cermin 20 kali ade je benda yang senget or tak kena. Baju suke hati lah kan nak pakai cemana kan time tu tak de sapa pun nak complain janji puas hati. 

Selepas kahwin :-

Huwaaa...1/2 jam pun dah rasa lambat. Kelam kabut mandi pakai baju semua dalam masa 1/2 jam tu. Now make up memang jauh sekali lah.. tepek bedak anak je dengan lip balm tu je yang selalu. Sebab kalau boleh nak lagi cepat sebab nak kene begilir dengan suami pulak untuk pegang anak. Baju pulak kalau tak kene dengan mata suami habis lah kene sound terus kene tukar dan dan la kaaannn.... haha. 


Itu baru 5 je ya. Sebena nya ade 180 benda dah bertukar..tapi kang kalau list kan kat sini sampai esok pun tak habis. Ini yang i tulis semua yang biasa terjadi. Tak tau la pada orang lain? tapi i syak semua pon mesti sama je kan or ada la beze tapi tak banyak maybe? and bila dah ada anak pulak siap kan anak dulu tu biasa baru la mak bersiap..lepastu kalau mak pulak sebelum dengan selepas bersiap same je, berpeluh-peluh walupun dah pakai lelawa. Harharhar... tapi ini lah yang dinamakan kehidupan.. syok weyh!! 




Friday, 9 January 2015

Sakit

Assalamualaikum.

Semalam i mc. Huuuuuu....tumbang jua akhirnya, sebab before ni memang dah terasa nak kene serang demam tu tapi kuat kan hati lawan sakit tu pastu sakit tu hilang... tetiba rabu malam tu dah terasa lain macam badan tapi lawan jugak seram sejuk tu tiba tengah malam tu dah tak tahan telan jugak lah ubat selsema..sebab hidung dah kene blocking sampai tak leh nak bernafas. After telan ubat baru dapat tidur..pagi khamis semalam bangun pagi dah tak boleh nak angkat kepala. Badan dah rasa berat sakit2 sendi semua...tekak dah berpasir hidung pun dah muncul batu penghalang akhir nya text boss kater MC... :(

Nak buat macam mana kan? dah nak sakit terima jer la... tapi yang kesiannya dekat coyya i semalam mc pun 1 hari tak pegang dia, tidur menyusu semua dengan nenek & babah die je yang buat kan.. sian baby mama tu tengok je dia kat i minta perhatian minta i bobok dia..tapi i tak daya takut jugak nanti berjangkit kang lagi haru.. petang semalam pegi klinik ambik jugak la ubat dah tak tahan sangat badan ni nak lawan..sebab siang tu i makan soluble ingat dapat la hilang kan rasa panas badan ni tapi tak.. sakit i kuat. So malam tadi makan ubat rest kejap baru rasa bepeloh.. hoih dia nak jugak kan kene doctor pegang2 belek2 badan ni. 



Klinik favorite and doctor favorite. 


So harini dah dapat masuk office balik, tapi tak fully lagi la recovered batuk dengan flu still ade. Tapi badan tak la panas lagi macam semalam. Harap-harap batuk dengan flu ni tak berpanjangan...kesian coyya putih mata dia bila tengok i tak dukung dia. Malam tadi pun die tidur dengan babah...semua babah yang buat. Bangun tengah malam buat susu tukat diaper pun babah yang tolong...tq babah love u! 



Tuesday, 6 January 2015

Ephyra di hatiku

Assalamualaikum!

Waaahhh tajuukk sampai begitu sekali yew! Hewhewhew ni kalau tokey ephyra bace tajuk confirm nanti dia terus ambik i jadi model? Vaaaaahhhhh verangaaannnzzz!! Hahahahaha... :p

Yeaayyy im happy sebab semalam dah dapat ephyra yang i order dari selasa minggu lepas..sob sob kesian kan i? patut boleh je sampai hari rabu tapi nak buat cemana address pulak letak address office cik wie sekali orang post laju datang no body pun dekat office cik wie. Boleh pulak semua orang pun keluar time tu, degil cik wie ni i dah kate letak jer la address office i kan senang tapi sebab seller tu lelaki so cik wie yang berurusan jual beli ni..tah macam mane tah cik wie yang beria order kan untuk i. I tak kesah la beli dari saper pun janji i dapat minum balik ephyra..hehe. So semalam cik wie la yang pegi collect dekat PPL sendiri nasib ader tau kalau tak lebur je duit.. :) 



Kali ni dapat order yang premium box weeee...suka nyaaa.. dah sebulan i skip minum ephyra bulan ni dapat la balik minum :) tau tak abang yang jual tu siap letak free gift lagi die kasi facial mask shisiedo yang warna hitam gold and lagi satu tak sure brand ape luper pulak nak snap kan sekali gambar mask tu. So total ade 3 mask abg tu kasi. Best nye!

Tah la i rasa suka la minum ephyra ni, rasa rasi je dengan badan. Kulit pun rasa ok. I sekarang mane ade pakai sangat produk untuk kulit muka harap kan pencuci dengan toner je. Tu pun kalau rajin kalau malas cuci muka dengan pencuci pun tak bilas je dengan air putih. Hahahaha.. pegi keje pun tepek je bedak baby tu dah. Tak de dah pakai compact powder bagai, pakai compact powder sekarang time jenjalan je tu pun kalau rajin kalau tak memang tabur bedak baby je. Ngeeee... :)



Pasal happy dah dapat ephyra terus harini pegi keje pakai tudung biru dah kenapa? kehkehkehkeh.. :p Gambar ni takde filter ye harap maklum hp i takde donlod pun camera 360 camera ape ke benda lah yang boleh edit2 tu i pakai camera biaser je... eh perlu ke cakap? yess perlu sebab ape? sebab i nak semua orang pegi beli ephyra and rasa sendiri produk ni. Best sangaaaaatttt.... k bye!


Monday, 5 January 2015

Jalan-jalan New Year

Assalamualaikum!


Salam Maulidur Rassul semua... eiisshh macam tak cukup je cuti weekend tau, kan best kalau ade lagi public holiday? Kejap je dah isnin balik, bosan! hahaha..

Apesal tau i cakap letih sebab i rase dari Khamis sampai Ahad i kan asik keluar masuk keluar masuk rumah je..balik pun tengah malam. Pastu dengan anak kecik memang la lagi bertambah letih, sakit badan jugak la.. biaser la kan ini perkara biasa bagi yang ade anak kecil. Tapi fun tau, best bawak baby ni senang je pun nak handle..die nak tidur ok kita tidur kan cuma yang letih tu sebab nak mengendong tu..i kan bukan pakai baby wearing tu.. so kalau pegi kat tempat yang macam tak sesuai nak bukak pram i suka je dukung anak begilir je dengan somi i pedehal kan? tapi bila dah lama tu nak straight kan balik tangan memang agak la..terasa weyh kelenguhan kat siku tu! hahaha..rasa macam nak terkeluar urat2 tangan..eh i suka la tengok tangan orang yang berurat yang kat bahagian atas tapak tangan tu? lagi2 bila tengok pempuan tangan berurat kat bahagian tu nampak macam eh seksi la..haha tah la tapi suka la tengok hehe..

Khamis tu kan konon nye la kan...orang tu (cik wie) nak balik kampung sampai ahad..tapi die nak balik sorang je naik bas. Memula dia ajak i sekali tapi bila pikir skenet tu kang risau jugak buat nye dia meragam ke ape dalam bas cane? eiisshh tak berani lah nak ambik risiko so i tak mau la ikut cik wie balik naik bas. Kereta memang tak boleh lalu lagi time tu kan banjir..so LPT tutup. So pagi tu lepas brekfes kite keluar la pegi carik tiket bas..by the time dah pukul 11 lebih..memang ade kaunter tiket bukak pegi tanye dorang kate bas lalu ikut rompin sane..huiyo jauh tu ikut rompin bahau tu balik tengganu..so cik wie ni die ade satu masalah, masalah die ialah selagi die tak puas hati dia akan cuba dan cuba.. tiket nak pegi ade tapi nak balik tak sure ade ke tak..so masuk balik kete tapi i memang tak keluar kete pun tunggu je dalam kete dengan coyya. Tunggu punya tunggu sambil tu die sok bepikir, tah ape die pikir pun i tak tau last2 dah penat nak kua masuk kereta time tu dah pukul 1 lebih i dah panas ni perut pun dah lapor balik dah, then die kate tak jadi lah. Balik kg nanti lah lepas air surut. Addduuiiiii kalau dari tadi buat decision kan senang dah la panas lapor pulak tu haaaaaaa suamiii oooo suaamii -___- urut dada kejap. Ok balik rumah sampai dalam pukul 3 pm kot sebab singgah Giant kejap beli barang. Lepak sat kat rumah kebetulan maksu datang so lepak la dengan maksu semua..pukul 6.30 gerak pegi hospital Sg. Buloh pegi ziarah Olep dia dah masuk ward dah, Alhamdulillah... kat hospital eka joe acoy and jaja dah tunggu sana dorang datang awal, then lepas dah ziarah pegi Gulam Mee pulak nak dinner. I kebetulan memang bawak adik i sebab hospital Sg. Buloh kan budak tak boleh masuk so minta tolong adik jaga coyya bila i dengan cik wie masuk dalam.. dah sampai Gulam Mee harus lah adik ajak pegi uptown Kota Damansara..so mari lah kita ke sana nasib tak hujan malam tu sebab ade malam sebelum tu kiteorang pegi jalan dalam hujan -___- yang lain balik sebab masing2 ade hal.. Sampai tumah almost pukul 1 am cam tu..memang la macam awal lagi kan? tapi kesian coyya.. :(





Sepanjang jalan2 dalam uptown tidur je skenet tu nasib tak patah bahu babah dukung awak pastu penat + lapar kembali, lepak la kejap makan minum time ni makanan tak sampai lagi lene lagi die tidur.. 


Coconut shake pun kureng :( Mahal je lebih satu cup tu rm5. Pahal mahal sangat? kat tepi jalan selalu paling mahal pun rm3.50? lagi sedap pada yang ni!!


Dah lame teringin nak tauhu bakar. Tapi tak berapa kick la sos kat situ... dekat Maju Junction jugak yang sedap buat masa ni.. kat mana lagi eh yang sos tauhu bakar die sedap? 


Ok bangun dah..sebab lapor. Hahaha tu nampak habis sebotol susu... 


Dah ni kenapa mother daughter tak reti pandang camera?

Jumaat i keje. So malam takde aktiviti sebab cik wie pun jumaat malam tu ade hal die balik pun dah lewat pukul 1 am tak silap. I malam tu konon nak tidur kan coyya and bangun balik boleh la tengok MLM dengan tenang kan? Nop..tak jadi pun sebab i sekali dah tertidur denga coyya kami sedar dah pukul 12 am pun..hahaha :p

Sabtu dari pagi sampai petang pukul 4 tak buat pape ade lepak kemas rumah then tidur..bangun pukul 4 siap2 cik wie ajak pegi rumah cousin dia kat Puchong. Dah lame sangat asik tertangguh je nak pegi sane. So dalam pukul 5 lebih kami gerak pegi sana...dalam kete macam biase coyya tak sampai 10 menet dah ZZZZzzz.. haaa tu i cakap bawak baby ni mudah. Dalam kete paling senang die nak tidur..kalau kat luar pun sama dalam duk bedukung tengok2 dah tidur.. hihihi. So lepak la sane dari 6 lebih sampai la dekat pukul 8 lebih..balik tu singgah makan kejap sebab kat rumah cousin cik wie kami tak makan lagi pun dorang dah mengemas nak pindah rumah ahad tu, pinggan pun dah siap simpan dalam kotak, hehehehe so kami singgah la makan kat luar area Eon Big puchong tu. Sedap kedai tom yam tu! Lepas makan dalam pukul 10 cik wie ajak pulak lepak rumah adik die dekat kuaters DTHO setiawangsa sana, so lepak la sampai 12 lebih tak silap. Sampai rumah pukul 1 lebih lagi. Again sian coyya.. :(


Baru bangun tidur setelah tidur selepas 15 menet masuk kereta dan sedar ketika dah nak sampai di destinasi.. huhu kuat tidur dalam kereta mek ni


Time orang tengah makan dia main sorang2 dalam pram..hehe tenang je mama babah dia makan malam tu. Good girl skenet!! Nanti kita jalan2 lagi ye.. :) :) 

Tu je cuti New Year kami... ingat nak plan holiday tapi...apesal tix flight mahal?? huwwaaaaa... :'( 







Thursday, 1 January 2015

Tahun Baru 2015

Assalamualaikum!


Wishing to all of u Happy 2015.
May this year will bring all of us more happiness, love, kindness, peace & blessed InsyaAllah....


Ade azam baru ke u olls? I tak de azam pape pun... hihihihi berazam nak besar kan skenet ni dengan sempurna je buat masa ni amiiinn... Moga semuanya dipermudahkan. 


Tuesday, 30 December 2014

Pray untuk mangsa banjir

Assalamualaikum..

Sedih bila kenangkan nasib mangsa-mangsa banjir.. banyak cerita kita dengar. Kadang terbayang macam mana kalau kita yang berada dalam keadaan mangsa banjir tu.. Allaahh..besar sangat dugaan Nya!

Tiap kali terbaca nasib mangsa banjir air mata ni bergenang je...aaiiiissshhh memang tak boleh nak bayangkan suasana diorang semua tu. Ada yang kelaparan kesejukan tak dapat nak minum mandi kencing yak semua dalam masa 1 minggu.. Lagi-lagi bila terkenang nasib anak-anak kecik warga mas yang mengharap bantuan.. aduhaaiii lagi la berombak dada ni bila dok membayangkan.. 


Sama-sama kita berdoa mana yang dapat tolong kita tolong lah seikhlas hati.. Harap mangsa banjir dapat bertabah mungkin hari ini untuk mereka esok lusa hari kita..who knows kan? (kuasa Tuhan) 
*tears* 





Wednesday, 24 December 2014

Boss i GARANG!!

Assalamualaikum!

Untunglah ada setengah company bagi half day.. i kene la stay kat office macam biasa..sobs sobs. 

Tengok ni boss i garang tau i minta balik half day pun tak boleh ya. Uwwwaaaaaa...nagis di bucu meja!! kekekekeke 





Pada yang tak dapat half day tu kita senasib. Mari lah kita bekerja dan sambil tu dapat lah kita kayakan company kita...kakakakakakahhh 




Monday, 22 December 2014

Emotional

Assalamualaikum,

Lately ni terasa macam tak best jek. Rasa macam iiisssshhhhh kenapa semua i?kenapa semua pun i? kadang terasa macam tak dihargai pun ada. Kita tau kita pun tak sempurna tapi kadang kita nak la sesuatu yang kita rasa orang sekeliling kita ni hargai la kita, happy kan la hati kita.. sebab now i tau hidup i dah berubah semua pun kene dulu kan my baby. Everything is my baby first. So mungkin sebab tu i terasa yang i ni asik pikir hal orang..sampai untuk diri sendiri dah tak rasa ade yang hargai.. tapi ntah la.. i dont feel it! 

Ape yang buat i happy sekarang ni bila balik jumpa anak, tu je. Takde rase ape2 dah. Rase nak sayang kan orang pun dah tak rase pape. So sayang je la diri sendiri lagi bagus. Duk pikir hal orang buat macam2 kat orang bukan orang akan balas macam yang kita buat pun. No bukan tak ikhlas cuma kadang dah rase letih penat dengan semua ni. So lepas ni pandai2 lah agak i tak de mood tu sila lah jauh kan diri before kene sembur.

Dah tu je nak luah kan. At least tak terbuku dalam hati ni. Pedih memang sangat pedih bila kenang kan balasan and layanan orang pada kita but life must go on, dah tak boleh nak patah balik. So now i just do what i need to do and the rest suke hati korang laaahhh....malas penat fed-up!

 


Wednesday, 17 December 2014

Formula Milk Pia

Assalamualaikum!


Today kan rasa macam nak share pasal formula milk (fm) yang coyya consume selama ni.. Coyya start consume fm ni dari umur dia 2bulan+ tak silap time tu kan dah nak habis pantang pastu i pulak memang la memula beria buat stock susu untuk coyya berbotol-botol ade dalam frizer tapi knowing coyya ni jenis bukan reti sabar kalau dia nak susu time tu sila lah siap sedia kan terus jangan la dok buat lambat2 memang menjerit sakan lah dia so i pun decide lah siang kasi coyya fm malam baru direct dari i.. coz kesian la kat mama a.k.a nenek nya kalau tiap kali dia nak susu kene pegi panas kan dulu pastu coyya ni kalau dia dah merajuk adooii memang susah, memang dia tak nak dah menyusu dia akan nangis je..if kita lambat pujuk lagi lah. So daripada menyusahkan nenek nak panaskan susu nak pujuk sikenet tu lagi baik lah kita guna je fm ni.. dah la nenek pun tak berapa nak larat sangat nak terkejar-kejar kang kalau tetiba coyya meragam cemana? but memula tu memang dekat ofis i still pump stock susu nenek pun kat rumah if dia sempat die akan bagi coyya minum susu i cuma tengok lah cemana keadaan coyya agak2 dia ok boleh tunggu tu nenek cepet2 panaskan susu if dia tak leh tunggu tu memang susu fm jer lah yang nenek akan suap kan. Hah bab botol pun sama ya coyya masa mula2 dulu susah nak guna botol takpa tu nanti i buat entry lain. 

Time memula tu kami ade la try beli susu dumex dulac tak silap..kuikuikui kenkonon nak kasi lidah coyya try yang biasa2 dulu la kan.. sekali amik kau memang dia luek nye balik susu tu dia tak telan pun mengamok lagi ada. Dia tak nak minum..meleleh-leleh susu tu keluar ikut tepi huhuhu kesian anak mama..nasib time tu i ada lepas tu bagi direct feed terus sedut macam pirana, kelaparan u olls asal bagi susu tak sedap tu? cik wie pun try jugak rasa memang dia kata tak sedap la susu ni..bau lembu kuat sangat. Hahahaha patut lah coyya tak mo, ambooii pandai ye demanding kihkihkih..lepas tu nenek pun cakap ala beli la susu lain pulak..dulu kau pun mama kasi susu snow tu tau, ingat budak tak reti ke memilih? hihihihihi..so i pun beli la susu snow..harga dia pun ok la boleh mampu milik lagi la bagi kami laki bini yang bekerja ni.. kalau i tak kerja harus susu badan je coyya tu hahahaha... Hoi tak baik lah dengan anak pun nak bekira ke?? tapi yer lah lain budak lain peel and citarasa dia kan? lagi pun setiap ibu bapa mesti la nak yang terbaik untuk anak2 ye dak? 

Then kasi coyya susu snow tu Alhamdulillah...dia nak laju je dia sedut..licin ya. Masa coyya dalam pantang dia minum susu 2-3oz satu kali (still susu i direct/botol) lepas dah 2bulan+ coyya dah stat minum 3-4oz satu kali (dah mula campur/tukar-tukar)..so sekarang if dia betul2 lapar 6-8oz (siang sepenuhnya fm) selamber je dia teguk macam minum air ais lemon tea..huhuhu syabas beta syabbas!! Tapi memang dari dia kecik sampai lah sekarang ni...kalau dah petang je kan dia tak mo dah minum susu botol dia kan tunggu i balik and bila i masuk je rumah terus tangan terkepak-kepak suruh ambik dia (if dia tak tidur) and terus carik original puting lepas dah abis gian baru dia akan main2...hahaha lucu lah coyya ni. Tapi alhamdulillah sebab sampai sekarang malam coyya tetap nyusu dengan i, susu pun alhamdulillah cukup lagi untuk coyya. I pun tak fikir lagi nak coyya fully fm..and kalau boleh biar lah sampai dia setahun pun dia dapat direct feed dari i bila malam..insyaAllah.. :) 


Ni stage 1 now coyya kan dah 5 bulan lebih so i tengah fikir ni nak sambung kasi fm yang sama ke or nak tukar? i tak tau la takde idea.. aritu pegi tesco temenung dekat 20menet kat area susu tu dok pikir susu apa yang bagus untuk coyya. Ke nak continue je brand ni? harga dekat manjaku murah sikit dalam rm69.90 tak silap dekat tesco and lain2 tempat rm71-73 untuk 900g. 


Bagi i susu snow ni ok memang bagus. Sebab dia buat coyya aktif dia dapat kenal nama dia dari umur dia 3bulan+ tak silap masa tu kita panggil mencongak-congak kepala dia dok mencari sapa yang panggil then dalam 4bulan+ kot dia dah kenal if kita kata mana nenek? nanti terus mata dia pandang nenek, mana atok? terus zoooomm mata dia ke atok. So ok la kan? Dari dalam pantang until now coyya tak pernah lagi kembung perut atau sembelit, alhamdulillah..i tak tau lah sebab coyya sesuai dengan susu ni ke ape kan but besyukurlah dia memang tak pernah lagi kembung dengan sembelit 2 perkara tu la yang buat ibu2 semua risau kan?but percaya lah susu snow ni dia tak buat baby sembelit pun coyya popo pun smooth je.. and coyya punya antibody pun not bad..kalau demam pun insyaAllah tak pernah lagi lebih dari 3 hari, hari kedua dah kebah dah demam..and jarang jugak la coyya dapat demam selsema tu. Rasanya baru 2 kali kot coyya demam selsema, batuk pulak baru sekali and selalu nya demam pun sebab lepas cucuk lepas tu esok dah ok dah.. ni setakat harini ini la ye. Untuk lepas ni kita tak tau semua pun atas kuasa Tuhan... 

So susu ape pulak eh i nak bagi untuk coyya sempena dia dah nak masuk 6 bulan ni? jeng jeng jeng mari kita fikirkan.... -____- "




Nuffangs Adds