Monday, 13 October 2014

La Tahzan

Ayat yang dipetik dari blog akuislam.. 


Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
 Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.
La tahzan.
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.
” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
 La tahzan. 
Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
 “Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
La tahzan (2)

Friday, 10 October 2014

Pelik penyibuk busuk pulak tu!

Assalamulaikum!

Hiiisssshhhh... i tak boleh tahan la sekarang ni memang cannot go la dengan sorang budak lelaki yang ade kat ofis i ni.. die actually chembering student kat ofis i boss i master dia. Kalau nak diikutkan memang takde kene mengene dengan i pun..tapiiii this guy adooiii sikap penyibuk dia sangat laaa buat kan i rasa annoying ok. Sibuk jadi penyibuk tak bertempat. Dah la perangai pelik ishh tak tau la kenapa la dia boleh buat chembring kat sini. 

I memang jenis tak suka dengan sikap orang yang suka buat-buat sibuk padahal bukan ade kene mengene dengan u pun. Ok contoh eh i kasi, i tengah buat keje then my another colleague tanya something about keje ke etc lah kan yang this guy meja nya yang seberang sana tu boleh pulak sibuk2 jugak pandang2 kita ni kadang buat muka sampai, pastu kadang tetibe datang konon nak membantu la or nak kasi dia punya opinion..laaaahhhh kau dah kenapa?? mak tak ajar eh jangan masuk campur hal orang lain? kan dah kasar bunyi nya tu sebab tu i malas nak tegur or nak bercakap dengan dia tu tau. Hah lagi satu pasal busuk tu nak tau tak that guy kan dia ada penyakit bau ketihaaaakkk tuuuu... uuuuwwwaaaaaa stegheeesss stegheesss memang rasa nak tikam diri sendiri je kadang2. I tak paham la...kenapa eh wujud orang yang begini? ke dorang tak paham ape itu makna deodorant? ke nak suruh i cakap kat dia mintak dia google sendiri apa makna deodorant and cara guna? Pleeaaaassseee lah awak tu nanti akan jadi seorang lawyer tau lepas 9 bulan chembring ni awak akan jadi seorang lawyer, seorang lawyer dia akan berjumpa dengan lots of people macam2 jenis manusia akan datang pada awak tau tak, tapi kalau gini lah cara seorang future lawyer belom sempat orang nak minta tolong or nak hire u dorang dah cabut lari, mati laaa... 

Yang perangai pelik ni lagi satu, adoi banyak nya benda tak kene dengan budak ni memang tak paham la i dia tu datang dari mane eh? grrrrrrr.... perangai dia ni memang pelik kadang tetiba kan die boleh ubah character jadi macam budak yang tak abis sekolah tu, sampai kan kadang tu benda yang tak payah tanya yang kau boleh guna commonsense sendiri pun sibuk jugak nak bertanya lepas tu suka buat2 tak tahu sebab nak orang kasi perhatian and layan dia bercakap. Uwwwwaaaaaa...apasal la tak matang2 lagi ni hoooiii umor dah 24 cuba matang sikit. Please....please...tolong lah...mak kan dah ajar behave bila ada orang behave bila kat tempat orang behave bla bla bla..mak kan dah ajar semua tu!!! Hey...tak tau lah nak cakap apa dah dengan orang macam ni, ade jugak i macam bagi hint2 kalau tetiba perangai pelik dia muncul tu kan tapi dia buat dek je.. buat macam dia dalam dunia dia je.. dah la penyibuk suka dengar kita bercakap pastu suka guna telephone kat tempat i hoi kan tempat kau dah ade jugak telephone!!! Ketiak kau busuk tau tak i nak buat keje pun jadi tak selera. Arrrrrrgggghhhhhh stegheeeesssss!!! 

Hurmmm.. i pun tak tau lah macam mana boss i agree nak ambik dia jadi chembring kat sini selalu nya before this i yang akan kasi opinion lepas je interview i akan bagi tau yang mana ok mana tak ok mana layak or tak kalau i yang pilih mesti tak jadi macam ni, tengok yang sebelum2 ni semua ok je cun je.. wangi2 je semua.. baiser laa...i kan queen kat dalam office ni boss2 i mesti kene dengar cakap i if not nanti i resign sape nak jawab calls? nanti sape nak tipu client if dorang ade buat salah? hahahaha... tapi yang kali ni punya chembering i tak dapat nak pilih sebab dia masuk pun masa i tengah cuti confinement aritu.. pfffffffttttttt lame lagi tu nak tunggu dia ni abis chembering, macam mana la boss i tahan bau badan dia masa sama2 pegi court tu kan? uuwweeekkk...loya tekak!! 

Adoiii....manusia pelik + penyibuk + busuk = pelbuksuk!! 

Wednesday, 1 October 2014

Testing testing

Assalamualaikum!

Testiiiinggg...testiiingggg bahahahaha :D




Tadaaaaa...hari isnin i whatsapp kak peej kater nak order ephyra pastu dia kasik details i pun bayar pastu esok nye dah dapat dah, gila pantas kan!

Hihihi actually ni supplement collagen pertama i, i memang susah nak try or nak guna produk2 yang banyak kat pasaran tu ntah la tak tau kenapa rase tak de hati pun nak guna mungkin badan tengah sihat kot..cuba nanti badan kau dah lunyai mungkin masa tu 3-5 produk sekali i akan telan, ekekekeke.. 

Ni semalam sampai kat ofis kan teruja gila i olss tau, malam tu lepas dinner rilex jap pastu terus minum. Sedaaaaappp sangat ephyra ni ingat rasa oren dia tu tak macam rasa air oren yang pait2 tu tau sekali bila minum seteguk mak ai sedap nye macam minum mix fruit pun ade jugak. Ok niat sebenar nak try ephyra ni is all about nak milk booster, kalau dapat yang lain2 tu kire bonus la tu. Ye la mane la tau kot2 bila lepas minum ni kulit ke ape yang buruk dekat badan i ni bertukar jadi cantiks tu kira bonus la tu kan for now memang niat utama nak banyak kan susu sebab kalau boleh i nak susu kan coyya sampai dia dah rasa jemu nak minum susu mak dia kehkehkeh.. ye memang sekarang i dah campur pun coyya dengan fm tapi tu siang kalau malam atau jenjalan memang i susu kan die direct bf, lagi pun senang malam-malam or kat memana kita kasik bf sebab tak yah bangun2/kejar2 kan untuk bancuh susu selak je terus crooot crrroott si kenit tu hisap. Hikhikhikhikhik.. 

Tapi kan i tak tau la kalau orang lain sama macam i ke tak, sebab semalam lepas i minum ephyra ni tetiba kepala i ni macam ada rasa pusing2 sikit macam fenin2 lalat gitu nape ek? ke orang lain takde rase gitu ke i salah cara minum? sebab masa i bancuh tu i shake dia kuat2 pastu terus tegok je ke mulut mungkin tu ke yang buat i pening?hahaha ke air yang i bancuh tu sikit benaw? ke kebetulan je memang time tu nak pening kepala lepas minum terus jadi pening lah?hahahah ah takpe tu baru 1st day kan, kita tengok malam ni macam mana pulak ok ke tidak. 

Selalu i kat ofis akan pam susu buat stock jugak nanti arini nak pam nak tengok ade beze tak dengan sebelum ni. Ah gila psycho baru minum sekali terus nak tengok ade beze ke tak!! i beli pun ni yang trial pack punya je dulu nanti kalau ok baru cik wie kate continue beli yang pack besar tu. Dah tu je nak cite ok bye!  


Tuesday, 30 September 2014

Celebration of September

Assalamualaikum!

Ahad lepas i dengan bff semua plan pergi makan kat aroma, jeram kuala selangor..kiterorang gerak dah petang sebab before tu i ade wedding so dah petang sangat baru dapat gerak dalam hujan yang sangat lebat coyya syok tidur je dalam kereta. I dah book tempat so ok lah sampai sana meja dah ready just tinggal order makanan je. U know lah kan hujung bulan sana memang popular dengan seafood so bila hujung bulan confirm penuh kiterorang sampai tu pun dah memang ramai nasib dah ada meja if tak memang berdiri la. So kami boleh order food lambat sebab nak celebrate dulu bufday cik na and cik za kiter.. 

First bufday yang kiter clebrate is cik za. Fiza tak tahu pun kiter nak suprise dia ye ye dalam group whatsapp cerita pasal nak suprise kan cik na je tapi last2 dia pun terkena jugak suprise dari kami. September biaser memang meriah dengan bufday celebration, 15/9 cik na aka una 23/9 cik za aka fiza 27/9 is my husband punya bufday pulak so dah alang2 kiter celebrate kan sekali je. Senang kan, meriah pun meriah bila ramai2. 



hihihi masa ni kiter semua tengah bz borak yang ade anak bz ngopek anak lah dukung anak lah sekali bf fiza datang dari belakang bawak cake kikikiki terus tanjat gegel tu.. 


ecececece....suka lettew bf bawak cake dari blakang suprise kan dia. hahahaha tu la nak kene kan orang akhirnya diri sendiri terkono..


atas meja masa sebelum order food penuh dengan barang anak2, mainan anak2 lah..hah sofea pun banyak jugak barang dia dapat murah betul rezeki anak mama ni now baju2 dia tak payah beli dah hold dulu tunggu dia dah masuk 6 bulan nanti baru beli balik sekarang pakai je ape yang orang bagi dah terlebih dari cukup pun tu, tapi tahan ke nafsu mak nye untuk tidak membeli??!! kehkehkehkeh..




lepas turn fiza turn cik na pulak. kebetulan bf una memang plan nak datang lambat and tau tak kiter yang lain kene kan depa ni kiter cakap dalam group (yang semua ada) pakai baju putih tapi dekat group bufday (yang una and bf takde) cakap semua pakai baju biru untuk plan bufday fiza pun ade group yang takde dia bayang kan baper banyak group dalam masa yang sama?? fenin tau fening mak ni nak plan nak kasi semua tak perasan yang malam tu memang takde nak celebrate bufday or apa nak diorang tau yang memang saje nak makan-makan je.. haha




konon bufday cik wie tak payah la kiter celeb kan, tapi dah last2 tu lepas dah makan kot tak silap cik ka kate dia ade extra cake dalam kereta why not ambik je cake tu suh cik wie potong sempena bufday dia sabtu/semalamnya tu kan.. gambar makanan tak tau tah tercampak kemana haha maaf kan mak anak satu ini ya!  




konon tekejut la tu ade jugak cake untuk dia, suke ye bah... tapi yang ni memang unplan takde langsung dalam whastaapp group cerite pasal cake cutting untuk cik wie kebetulan ada extra cake so potong lah.. eh ha ni sebelom makanan sampai jugak ni cik wie potong cake tu..hihihi sorry lah i bz dengan coyya time tu.. 




dah nak balik dah semua.. huhu best sangat sesekali dapat lepak borak2 makan2 cenggini kan. Ni bila la lagi dapat jumpa macam ni? lepas ni semua dah mula bz balik, ok next plan for short vacation pulak okeyh...


Alhamdulillah...ini lah keluarga kecil ku dan sudah di kurniakan seorang puteri bagi penyeri kami sekeluarga.. muah sayang coyya!! 


Terima kasih pada sapik sebab sponsor RM300 untuk bill malam tu balance kiter yang lain tong2.. moga sapik lepas ni dapat belanja kiterorang kat tempat best2 lagi ye, hahahahaha.. ;p














Monday, 29 September 2014

Dah Setahun Jagung and Happy 31st Bufday BABAH!!

Assalamualaikum!


Hari sabtu lepas 27.9.14 genap setahun i dengan cik wie jadi somi isteri..  pastu date tu jugak bufday cik wie kira 2 in 1 punya celebration la nih... hewhew *lappeloh*. Alhamdulillah...syukur pada Illahi i dapat partner and bestfriend yang sangat penyayang on the same time.. i tak reti romentik2 ni selalu pun i dengan cikwie akan pergi jenjalan ke macam roat trip dekat2 makan2 ke pastu paling tak pun beli je cake, so kali ni pun i hanya buat yang mana i mampu je la..hikhik. 

Actually plan mulanya memang la ada nak keluar jenjalan makan2, tetibe Jumaat malam tu dalam pukul 2.30am coyya kite demam panas..memang panas sangat badan dia sekali cek temperature 38'c dah panas dia kelam kabut i dengan cikwie bangun ambik ubat kasi dia ubat demam dengan selsema sekali pastu cik wie jelom dengan air sejuk kejap je towel tu dah kering dengan panas, bederau jugak la hati tengah pagi buta tu.. memang tak tidur kami bedua. Then lepas dah kasi ubat tu panas nye kebah la sikit tapi cik wie still jelom je lagi kepala coyya sebab nak kasi panas tu cepat turun.  Dalam pukul 5 i kasi lagi ubat sebab badan dia naik balik panas sebab sebelum nya i kasi tak sampai pun 1ml so i berani la kasi lagi ubat, lepas kasi ubat nyusu baru kami dapat tidur kejap pastu pukul 6 lebih coyya dah sedar balik nak susu lagi kasi susu sampai tertidur i dibuatnya sedar2 die kat celah ketiak i elok je melekap hihihi cian coyya.. Pastu kiteorang sambung balik tidur time tu rasa badan coyya dah kebah sikit dah tapi still panas temperature 37.5'c time tu, and kami deua masih lagi tertanya-tanya nak ke tak keluar ni sebab kalau keluar macam tak sedap hati pulak anak baru je nak sihat kang kalau keluar takut demam balik takut badan dia letih lagi kan, so kami decide tak pe lah kita tangguh je la nak keluar duk je la rumah kan.. 

Dah petang tu kite cek balik temperature coyya tengok dah 37.3'c dah...fuuuuuhhhhh alhamdulillah dah ok dah demam anak mama. After magrib cik wie kate jom kua kejap kita pergi dekat2 je bawak coyya ambik angin luar, so i ok je kami ke Jusco Rawang jep. Sampai sana elok je coyya duk dalam pram i bawak adik i masa tu so maksu dia la tukang tolak, coyya pun elok je tak nangis tapi kalau pram tu stop dia marah die nak berjalan hehe.. tapi bila dah last2 tu die dah nak tidur balik so ngamuk la kejap i dukung tepuk2 elok die tidur..tapi i tak letak dalam pram sebab takut dia sedar so bedukung je la dia pram jadi tempat letak barang sebab Sabtu kan takde plastic, lepas dah pusing2 kite pegi kat baskin robin tekak ni teringin sangat nak rasa ice-cream cake dia pastu tengok2 la kejap, coyya merengek nak susu i cakap dekat cik wie ok bah jom i beli cake baskin robin nak? kesian u tak potong pun cake lagi hihihihi pastu cik wie tesengeh je la dia so i suruh adik pilih while i nyusu kan coyya sebab suruh cik wie pilih dia tak tau die kate ape-ape pun boleh so adik pilih vanilla and caramel.. wuhuuuu sedap nyeeee.... memang berbaloi la dengan harga. Siyes sedap perisa tu, sampai sekarang masih terbayang lagi apesal lah cake nye harga mahal sangat kalau murah boleh beli seminggu sekali, kihkihkihkih.. 

Dekat rumah baru kita buat acara potong cake tu, sempoi je celebration bufday babah tahun ni nak buat macam mana anak tak sihat kan.. kire ok lah tu. Tapi cik wie pun memang jenis tak kisah dia ok je...cuma i la macam kesian nye rase tak sedap hati pulak yer lah bufday dengan anniversary tak buat apa2 pun..so dapat beli cake ni pun jadi laah dari takde pape. Next time kita kita pegi makan2 ye babah.. 



tadaaa...ni lah cake nye simple celebration je, tengok tu ade tudung saji lagi kat tepi hehehehe..



vanilla & caramel huuuurrrmmmmm so nyummy!! lepas ni akan ku repeat beli flavor ini jemu kan asik coklat je.. 



hehehe happy 31st bufday untuk babah and happy anniversary for us, baru setahun jagung je pon celebrate pun kat dapur je sempoi gila kan!! hahaha :D



p/s: Bah, i know u tak baca this blog but i nak u tau whatever yang jadi i akan tetap ada di sisi u, bah i nak u tahu i sayang u terima kasih sebab jadi best friend, best partner in the wold, best husband, the best babah pastu u lah yang selalu dengar i membebel, selalu jadi bahan untuk i lepas kan geram, selalu dengar cerita marapu i, i nak u tahu i sayang u bah hope kita akan sama-sama jaga coyya hingga akhir hayat.. LOVE U TO THE MOON AND BACK MY MAN!! 

pada yang membaca *silamuntahhijauempatplohlapankali*;p 







Friday, 26 September 2014

Si manja kededek Sofea

Assalamualaikum!


Hehe harini nak cerita pasal sofea lah. Now sofea dah 2bulan lebih dah..huhuhu macam cepat jek masa berlalu kan, macam baru jek rasa contraction tu semalam, tetibe dah 2 bulan lebih dah berlalu.

Tadi pagi sofea macam selseme sikit, malam tadi nafas die ade bunyik kesian kat coyya mama tu. Pastu sebelum pegi keje tadi i dah bagi dia makan ubat dah sesiap, ini kali kedua coyya i tu kene selsema ritu masa dalam pantang die dah kene dah sekali ni kene lagi. So ubat masa dia kene ritu ada lagi i kasik je la ubat yang tu time dalam pantang tu punya la takut dia demam kan bawak pegi specialist alhamdulillah demam tak berapa tinggi cuma batuk time tu memang teruk kesian coyya batuk dah macam nak tekeluar tekak hukhukhuk.. Kali ni berjangkit dari i dulu berjangkit dari orang lain kesian coyya asik la jadi mangsa keadaan.... tapi yang i heran tu die ni kalau sakit pun badan die tetap bepeluh nak tak nak kipas tu kene jugak la bukak kalau tak nanti dia tak tidur lene asik gelisah je.. Pagi tadi dalam pukul 4.30pg dia terjaga kali keberapa tak ingat hahaha sebab malam i bf so kalau die nak nyusu sorong je sonang, hahaha.. then time tu i dah dengar lain macam je coyya ni punya nafas macam ade hingus yang tersumbat tu so tak syak lagi confirm ni dah berjangkit dari i so cik wie off kan kipas i sapu kan dulu vick kat dada belakang dia, but before tu pun kipas syiling no 1 je pun bukak tak laju mana tambah-tambah sekarang musim hujan sejuk kan malam and lagi satu sebab babah coyya tu penyejuk jugak tak boleh kalau kipas laju so after off kipas ok la i sambung tidur while cik wie tukar kan diaper coyya (nampak tak mithali sangat isteri cik wie ni kan hahaha) tapi coyya bukan tidur pun die jadi gelisah dok hokhekhokhek aik kan tadi dah susu selalu kalau lepas nyusu coyya akan sambung tidur, then i pun pegang badan dia u know what basah ye belakang die..padahal i dengan cik wie berselimut dah time tu ye la dah pukul 4.30am tengah sejuk la tu kan walaupun tak bukak kipas tapi coyya boleh pulak berpeluh,pffffffffffftttttttttt..... ok i swicth on balik kipas sambil selimut kan sekali coyya baru lah die tidur lene.. huhu.

Alhamdulillah buat masa ni coyya kalau tidur malam jarang menangis, tak banyak hal lah kirenye (mintak2 sampai besar ye nak) kalau dah tidur kan dia malam tu insyaAllah dia akan tidur sampai pagi hanya bangun untuk menyusu je tak kisah la kan nak bangun bape kali pun untuk menyusu janji coyya nak tidur balik lepas nyusu, memang bersyukur sangat-sangat coyya jenis tak jaga and menangis malam-malam. So mak pak dia pun boleh tidur dengan lene janji diaper kering perut coyya kenyang insyaAllah dia tidur. Cuma kalau nak tidur tu je lah sekarang ni dia nak berbuai kalau pegi mana-mana sekarang ni i masih fobia sikit la sebab dia akan mengamuk nak tidur tu, tapi kalau die mengamuk kita pujuk2 dokong dia tepuk2 lama-lama dia tidur la jugak cuma masa dia mengamok tu suara jangan cakap lah badan je halus coyya tu tak padan tau suara dia..hahaha anak manja sangat kan, tak pe lah i tak kesah orang nak cakap apa pun janji anak i sihat-sihat aja kan. 

Coyya memang sangat la manjer dengan atok nenek dia yer lah cucu paling terdekat kat sini cucu yang lain semua kat melaka tambah2 dia je yang paling kecik dalam rumah tu mau tak manjer tau2 je dia kalau orang tak de masa dia tidur, kalau di biar kan tengok tv memang dia tengok tapi mesti kene nampak kelibat kite if tak abes la telolong dia memanggil hahahaha... 

meh i belanja sikit gamba coyya 
-

-

-

-

- 



dah pandai borak...tak tau la ape yang die selalu dok mengadu domba tu kadang sampai cebek-cebek muka bila bercerita, hehehehe issshhh gewraaammm mama tau coyya nih!



udak otak...bila rambut nak tumbuh ni..hehe mood bangun pagi memang baik je kadang dia bangun siap borak sensorang tadek hal if mama babah die tak hirau kan dia tapi kalau pokpok basah memang die jerit hahaha... 






Wednesday, 24 September 2014

#JoEyka wedding - 13,14 & 21.9.14

Assalamualaikum!

Hai, jap nak gelak dulu hahahahahahaha nak tau tak sekarang ni iye sekarang ni kat office i penuh dengan auditor dorang tengah audit accnt office tapi i selambek dek je tengah update blog, hahahahaha padan muka korang buat lah keje.

Ini cerita 2 minggu yang lepas cerita wedding my bff cik ka. Alhamdulillah semua dah selesai dengan lancar..dari akad nikah hingga la majlis bertandang i ade ok..siap package gambar outdoor ye, hahaha kate bff mesti la kene ade kan eh bukan dari majlis akad nikah je dari malam pakai inai pun i ade ok i yang pakai kan inai kat 10 jari tangan cik ka tu pastu dah tak sempat nak abis kan sampai jari kaki sebab cik wie dah call kate sofea dah nangis tak nak dah susu botol die nak ngopek...haha so terpakse la i pulang tu pun dah around pukul 1 lebih kot time tu. 

Kita biar kan gambar saje lah berbicara eh eh eh kekekekeke.. gambar banyak tapi i pilih2 yang memolek je lah kalau angkut semua penuh folder. Hihihihi.. 

Majlis Akad Nikah - 13/9/14




ze wife to be


ze husband to be 


officially husband & wife sudah kekekeke


satu-satu nya gambar sofea dengan pengantin sebab lepas tu sofea tak nak ambik gambar dah dia kata "stop tacking picture mama fea nak nangis je" so tak dan la nak ambik gambar satu family dengan pengantin.. haha


yang dapat hadir petang tu.. yang lain bz cik za pulak tak bape sihat sian depa..takpa yang penting i ada eh? bahahaha



Majlis Bersanding belah Perempuan - 14/9/14





Hahaha macam tak percaya dah kendong anak masing-masing dah...hihihi 



kami lah bridesmaid pada majlis tu...hahah glamour abes la tu kan dapat pulak begambar dengan Dato' Rosyam kan...wife dia cantik u olls...memang cantik sangat wife dato R ni. Muka pinkish2 je wife dia..huhu    


nasib masa hari persandingan ni fea behave. Yeaaayyy anak mama pandai...ade la die dok hokhekhokhek tak selesa panas kan tapi ok la die nak la tidur tepuk2 pastu pinjam buai kat rumah pengantin lene die tidur... siap bawak pegi outdoor lagi, sayang fea... 







beberapa keping gambar outdoor yang ada, ok pengantin dah ngantuk nak balik kan nak masuk bilik kan! hahahahaha



macam2 perangai ada masa nak shoot ni oooiii haha penat gelak dari begambor.. 


ok dah settle majlis belah pempuan ni la askar2 yang bertugas pada hari tesebut termasuk lah fea kite tu..hehe


Majlis Bertandang belah Lelaki - 21/9/14






joe orang behrang so ke behrang la kite ngntor kan pengantin ni... sebelum berarak berkumpul dulu and guess what this time fea tinggal...huhuhu nenek dia tak kasi bawak sebab panas katenye nanti fea meragam kaw2.. haha 





macam biasa gambar pengiring lagi banyak dari gambar pengantin kheeeennnn...haha alololo comel je harraz tu. Oh tu baby cik nyu kite..sebaya la tu dengan sofea, harraz 12/7 fea 4/7/14.. 




outdoor kali ni tak larat dah nak ikut pengantin kulu kilir kiteorang shoot sendiri je yang banyak pastu post semua gedik2 sebab hari dah petang badan dah berlecak, hahaha 

ok lah dah abisssss.... banyak lagi gambor kalau nak angkut tapi i is malassss hahaha eh cantik tau view kat proton city lake tg malim ni memang cantik sangat view dia cuma tasik die je kureng sebab air lagi pekat dari air teh tarik tu, bahahahaha... adios!!



**Eh untung ye cik ka ni majlis dia full review majlis kawin i pun i tak buat review lagi. Hahahahahahaaha *tutupmukajalanjangantolehbelakang*







Thursday, 11 September 2014

Set Berpantang : TANAMERA

Salam lovers!


Arini nak citer pasal post natal set yang i guna time pantang ritu. Saje nak citer walaupooonnn dah basi, ekekekekekek... :p 

Masa time dah last2 preggy tu ade la survey2 gak nak pakai mende la nanti tuk pantang kan. Macam2 produk i survey kat pakcik google, pastu siap post kat wechat tanya produk post natal ape yang ok sebab i tak mo makan jamu, wek wek tak mo jamu lagi pun nanti dah niat nak susu kan baby kalau makan jamu ramai yang cakap nanti baby pun panas nanti boleh buat baby cirit. Pastu ade beberapa orang comment kat status wechat tu kate Tanamera ze best, ade gak yang suggest mustika ratu tapi macam alaaa...tu kan ade jamu pastu ade yang pm kat fb kate guna produk HPA pun ok. So saye pun try survey harga pulak, tengok Tanamera punya set amboih boleh tahan harga dia kan tengok HPA ok la not bad, harga mampu milik ingat nak carik yang set HPA je nanti.  2-3 hari lepas tu ade sorang member ni dia hadiah kan kat i set pantang Tanamera...wee wee suka nya save duit i hikhikhik. Memang la set tu tak la semua nya baru ade yang dia dah guna sikit tapi tak semua pun yang dia guna sebab dalam kotak tu banyaaaakk lagi yang dia tak bukak macam tak berusik langsung pun. So i is happy hehehe... i just tambah beli minyak urut herba dengan brown soap dia je. :) :) VCO (virgin coconut oil) pun dia tak bukak lagi, masih baru masa i dapat tu... errrmmm rezeki rezeki..alhamdulillah. Set yang i tak beli dan tak tambah pun dalam tu is lavender floral water dengan bengkung tanamera punya jek sebab bengkung dah beli dulu masa baby fair brand apetah tak ingat kat booth Autumnz tu, best la jugak main ikat2 tapi pastu tak guna dah guna yang Avon punya je yang wrap2 tu hahahaha femalas memang gini dah ade yang senang nak senang lagi kihkih, but takpe janji bengkung.

Set berpantang tanamera ni memang best la...pastu tak susah tak leceh pun nak guna senang sangat..yang paling i suka yang dalam set tu is body scrub dia best nyaaaa...lepas scrub kulit badan kita akan rasa licin lembuuuttt sangat, pastu i suka bau2 rempah scrub tu memang best lepas kua bilik air satu rumah leh bau rempah dia haaaaa baru lah macam berpantang kaaann.. untuk VCO i guna dari sebelum besalin dalam minggu ke 36 kot, malam2 i akan makan 1 sudu sebelum tidur (patut 2 sudu 1 hari untuk kesan yang lagi bagus) pastu lepas mandi i akan buat sebagai minyak urut kat area perineum kite tu walaupun i dah lewat gunakan vco tu tapi kesan yang i dapat is jahitan i tak banyak kire ok la walaupun dah lambat guna kan..next pregnancy i nak guna dari awal2 lah mana tau tak yah jahit pun kan, eh? eh? dah planning ke nak tambah anak? hahaha... ok bukan dalam masa terdekat ni laaa :p 

Tapel dengan pilis dia pun best, kalau guna tapel tu kan memang memberi kesan yang best sangat kat perut i gunakan waktu pagi dengan malam pastu balut dengan barut peerrrggghhh memula guna tu memang la panas je rasa perut tapi lepas dah ulang2 rasa syiookk wooo angin pun senang kuaa hahaha..perut pun jadi cepat kempis tau. Pilis dia buat kan kepala kita fresh tenang je...sebab dia kan berangin lepas mandi pagi2 i sapu lah pilis tu i guna sampai minggu ke 2 pantang tu pun ade lagi balance sebab benda yang ada dalam packet2 dia banyak dahi kita pun besar mane lah sangat kan.. 

Herba bath dia i guna dengan brown soap memang best lagi pun senang je rebus je uncang herba bath tu pastu campur kan air rebusan tu dengan air yang kita nak mandi buat la bape banyak pun nak buat 3 kolah pun boleh janji masa rebus uncang tu ikut la kalau nak campur dalam bekas besar rebus la dalam periuk besar sikit kalau tak pun rebus je dalam kawah senang tak yah campur dalam mana2 bekas dah terus mandi je lepas rebus, kihkihkihkih..brown soap tu try gosok2 kat celah2 yang ade memang tanggal semua daki ayah i pun suka guna dia curik2 guna kot sebab kalau lepas ayah kua dari bilik air mesti bau sabun i tu hahahahaha...tapi takpe sebab sabun tu memang bagus pun boleh je sape2 nak guna untuk buang kerdak-kerdak yang ada. Untuk feminine herba wash pun jenis yang sama jugak cara dia dengan herba bath tu kene rebus dulu uncang pastu bila air dah suam2 boleh la wat cebok, kalau nak guna time panas2 pun takpe tengok la nanti ade tak yang melompat ;p tu pun best sebab ye la bila lepas bersalin kan kita ade darah nifas so feminine herba wash tu buatkan kita punya miss v tu rasa segar je..cuci bersih2 kasi hilang semua virus and boleh cepat luka jahitan tu sembuh tau. 

Yang herba massage oil tu best bau dia..pastu tak la panas sangat tapi kalau lenguh2 tu cepat jugak ok..i guna malam2 masa nak tidur cik wie sapu dulu urut kan dari betis sampai jari2 kaki pastu pakai stokin memang best...kalau nak buat sebagai minyak urut pun boleh je...kadang kalau lenguh2 sekarang ni pun i guna jugak minyak tu sebab bau dia best and tak panas sangat so kalau lepas sapu minyak tu nak pegang baby pun tak risau sebab dia tak panas sangat.. daaaannnn yang terakhir is herba tea dia, herba tea ni memang rasa peda2 sikit tapi sedap sebab dia ada halia. I kalau minum i letak madu sikit minum suam2..sedap. Bagus pun bagus herba tea ni macam2 khasiat kita boleh dapat and boleh jugak kembalikan tenaga lepas bersalin yang hilang dengan cepat, dan yang best nya i takde kes sembelit lepas bersalin alhamdulillah...pastu herba tea ni boleh bf baby jugak buatkan kita punya susu pun banyak tau sebab i persan lepas i minum herba tea ni la i boleh pam and buat stock susu kalau tak tiap kali pam i is sedih sebab pam lame2 baru dapat 1oz, i pulak dah terlewat minum 2 minggu lepas besalin baru i minum..rupanya boleh minum dari awal, yappadaaaa.. 

So pada yang masih tertanya-tanya nak guna produk yang mane boleh la try tanamera ni...kalau rasa mahal kumpul duit dari mula2 pregnant jangan jadi macam i bila dah nak besalin baru menggabah duit pun banyak nak guna kan anak first kan memang ape pun tak tau syukur ada kawan yang baik hati hadiah kan..hehe tq sarah moga murah rezeki awak sekeluarga :)   



Ni la rupa set dia banyak kan, i cuma beli minyak urut herba dengan brown soap yang depan tu je hehehe...



And kalau kita beli set memang semua dia akan letak dalam satu kotak macam ni. Dalam tu ade buku resepi dia untuk guide kita macam mana nak guna so jangan risau baca je buku tu kalau tak tau pastu confirm teror dah. Hahahahaha..  















Nuffangs Adds