Tuesday, 16 April 2013

gUeSt BoOk/Buku Tetamu

Assalamualaikum Lovers!

Taarrraaaaa... meh la nak cite sikit pasal "GUEST BOOK" ni atau bahasa jawa nya is Buku Tetamu.. hehe. :") 

Selalu kita tengok guest book ni kat mana ye anak-anak..?? Haaa..betol kat umah orang kahwin, kat majlis-majlis rasmi tak pun kat mesyuarat PIBG sekolah kan? Betol tak? Hahahaha.... 

Now paling popular guest book ni ada masa kat rumah orang kahwin la kan..so bercerita pasal guest book untuk orang kahwin, me nak bagi tau hampa yang kawan baik me,kawan gadoh,kawan guling-guling dalam semak,kawan yang selalu kenyang kan perot me (sebab dia pandai masak.semua masakan dia terer) hehehehe... is si Nur Afiqah ni laaa.. Dalam diam sekarang ni dia dah terer pulak bab-bab mengolah,mereka,membentuk dan macam-macam "mem" lah untuk guest book ni.. (tak padan dengan busy buat cake! Tak letih ke mu ni pika??) hohohoho... :p 

Baru-baru ni dia dah pun siap kan tempahan guest book untuk 'bakal ipar' dia tau, cantik habaq hang... kreatif giilllers dia mencorak kan guest book ni. Bukan senang tau nak dapat kan idea-idea ni kalau bagi kat me haha memang tegolek macam tu je lah buku tu..kuikuikui. So kepada sesiapa yang masih lagi tercari-cari kat mana boleh tempah guest book yang harga nya BERPATUTAN (haa...kene tekan kan sikit ayat tu sebab la ni guest book pun mahal-mahal ye dak?) boleh lah menghubungi beliau di 0176895543 (do whastapp her) Guest Book  bab harga jangan risau semua boleh runding. Kalau rasa nak pakage dengan cake pun apa salah nya kan dah alang-alang tempah cake tempah la sekali guest book kan senang keje kalau gitu, hehehe... 

Contoh ja ni..kalau nak, boleh bagi design nak yang macam mana. :)


Ce tengok ce tengok meriah kan? memang cung kan!! 

Tuesday, 9 April 2013

Ikan Bakar Punya Pasal


Holla pep's.

Me nak cite sikit ni pasal dinner ari sabtu aritu 6.4.2013. Ni semua gara-gara ayah la nak ikan bakar punye hal, sampai ke Klang me redah malam tu. Mula nya me dengan adik saje je ajak ayah makan kat luar kat area rumah je dah la..saje sebab malas nak masak coz tengah hari tu dah pegi wedding cousin mama kat cheras so untuk dinner memang kami tak masak ape-ape la sebab tu ingat nak ponteng masak ajak la ayah makan kat lua. Ala..bukan nak makan yang best-best sangat pun, dapat makan kat kedai tom yam Miyamin yang ade kat traffic light depan tu pun jadi lah asal kan tak kene masak, kui kui kui.... *anak-anak ayah memang rajin puun* :p 


So, after the bodek section ayah pun setuju la nak pegi makan...tapi ayah cakap kalau nak makan jom pegi makan ikan bakar, kalau setakat makan tom yam tu baik bungkus makan kat rumah jee... Haaaahh,pulak dah. Mane nak carik kedai ikan bakar malam-malam ni? Hamik kau nak sangat makan lua kan.. Bukan ape, kat area rumah kami tu mane la ade gerai or kedai makan ikan bakar yang paling dekat pun area Jeram, Kuala Selangor nuh. Lepas pikir punya pikir, sampai me post kat whatsapp group dengan twitter tanye kat mana ikan bakar sedap sorang pun tak bagi jawapan, yang ade pun cakap kat jeram jugak. Kalau skincan tu ade je yang bersuara tapi ikan bakar kat skincan ikan bakar tu tak de feel ikan bakar la, rase pun ntah pape je. Tak sedap. So, dalam masa yang sama semua siap-siap je dulu nanti dalam kereta baru plan balik. Tapi malam tu aboy pulak tak nak follow, its okay..never mind. Senang hati hamba kereta pun lapang..kihkihkih. 

Sesampai nya kami di last Tol Latar tu, ayah cakap jangan pegi jeram kita carik je kedai yang ada tulis ikan bakar tepi-tepi jalan ni. Sebab kalau pegi jeram mau berejam la kau temenung kat situ. Malam minggu pulak tu, confirm lambat makanan sampai. Ok...me turut kan aja..ape susah drive je pun..bukan suh mengayuh kan. (malam tu me lah driver tersohor okay) jalan punya jalan tetibe hujan..so slow-slow je drive ikut line tepi risau tak nampak gerai kan, pastu tenampak dah sign board "makanan laut" dengan confident nye me membelok sebab mama pun cakap "haa..tu ngah tu masuk situ" ok turun. Hujan lebat. Mase nak amik order orang tu cakap "maaf la kak sini tak dok ike bakar, tom ye ja ado" huurrrmm cancel. Start kereta jalan.

Jalan punya jalan punya jalan hujan lebat rede lebat tup-tup kat Klang dah u olls, hahahaha...magic kan. Time tu pun dah nak masuk 10.30 baru jumpa kedai yang ada sign board "Ikan Bakar" takut tertipu kan carik sign board yang tulis "Ikan Bakar" baru berhenti. hahahaha...  Tapi tak sia-sia u olls, memang sedap kedai tu masak. Kami order 2 ekor ikan kembong, 1 ekor ikan pari, 2 orang makan sup tulang, 2 orang makan lala masak pedas, 3 telur dadar, 1 sotong celup tepong. Hamik kau, 4 orang je yang makan tapi macam 6-7 orang kan,hihihihihi.... lapau bebenau dah dekat pukul 11 bau jumpa nasik mane tak nye kan. Tapi sayang, lupe nak amik gambar makanan tu gambar masa menunggu makan sampai je ade..sebab dah lapa sangat tak pikir lain dah pikir Bismillah and ngap je. Hahaha... 

Soory lupa rotate, tu menu dia ada alamat boleh la kalau nak pegi

Sunday, 7 April 2013

Sakit Hati

Salams Muslimat & Muslimah yang dirahmati Allah.. 

Harini adalah hari hujung minggu yang sangat down bagi me. Tak rasa macam hari minggu pun. Aktiviti harini pun hanya duduk terperap dalam rumah buat kerja rumah dan akhir nya mengadap sibiru hamba ini. Tak tau kenapa harini jadi hari yang paling down, otak blank tepu nak buat apa-apa. Pagi tadi bila bangun tidur period pulaaakkkk...hmmm, memang rasa sangat malas la kan. Tapi me tak rasa yang period tu yang membuat kan rasa down ni menjadi-jadi. Sebenarnya bende ni dah lama di simpan ditahan, agaknya perasaan bersabar dan bertahan tu dah tak boleh dibendung itu yang rasa semacam je ni.. Ok masa untuk berterus terang, mungkin rasa down ni bila pagi tadi masa Mr. F text and ajak pegi wedding kawan dia kat klang. Mr. F text pukul 11 and ajak pegi wedding, ok bukan nak salah kan wedding day tu tapi yang nak marah tu bila dapat tau pun dah lambat pastu dan2 jugak Mr. F ni cakap nak gerak awal.. Hallloo harini hari ahad tau, hari berkemas bagi kami kaum perempuan. At least bagi la masa sikit kan.. dah la harini bangun lewat gara-gara carik kedai ikan bakar malam semalam. Pastu suke-suke hati je cakap nak gerak awal. Ini betul-betul nak ajak pegi sama ke ajak-ajak ayam??!! Haaaa....mane tak rasa nak marah kan.

Fine bende tu dah buat rasa diri ni nak jerit je kuat-kuat. Kalau lah diberi tahu awal-awal tak la me rasa nak marah, yang jadi persoalan tu kenapa semalam, malam tadi atau subuh-subuh tadi tak boleh nak bagi tahu? Kan senang kalau diberi tahu awal, boleh la kita ni nak bajet masa tu betul tak? Ini ajak pun macam terpaksa je, ye la kalau tak bagi tau pun susah juga kan kereta dia park kat rumah me nanti susuah pulak kan... Mula-mula tu rasa nak follow juga tapi bila pikir rasa sakit hati je dah la keje kita banyak lagi belom siap yang dia pulak boleh bagi tau nak ke banting untuk amik barang kete. Heeeyyyy..berbulu je dengar, tah barang ape tah yang penting sangat tu. Me yang ajak pegi tuka wiper kereta me pun dah berbulan ditangguh nya. Geram tau tak!! Last-last me buat tak layan dia pergi sendiri..nasib la kan. Dah la suka kutuk me cakap me kuat makan la teruk kalau bab makan la ape laa..huurmm lantak lah malas dah nak layan. Kadang-kadang tu hati ni dah rasa malas dah nak layan karenah masing-masing. Ke ini juga salah satu ujian "bertunang"? Moga Allah tabah kan lah hati ni, nak juga keras kan hati ni tapi kadang-kadang tak boleh mesti melimpah jugak air mata yang bertakung... :'( 

To Mr. F, saya doa kan awak lepas ni tolong la jaga hati dan perasaan orang lain bila berkata-kata. Kadang-kadang tanpa sedar kata-kata kita boleh membuatkan seketul hati (hah seketul??!! lantak lah) tersentuh dan marah.. Sebab tu kita disarankan "berfikir sebelum bersuara dan berhati-hati menjaga langkah sebelum bertindak".

Now dah rasa cool sikit bila dah di luah kan.. Moga apa yang jadi harini jangan berulang lagi. InsyaAllah...

Thursday, 4 April 2013

Cake Cake Cake... Mari Beli Cake

Salams ahli Syurga! 

Hahaha... menariks tak tajuk kita?? Ngeh ngeh ngeh actually bukan la me yang buat pun..tukang promosi boleh la.. hihihi.

Cake yang me maksud kan is cake kawan baik me Cik Eka Ahmad. Dia ni bukan je pemilik bagi segala cake, tapi dia lah tukang buat cake yang sangat sedap buat masa ni. Serious u olls, kalau dah try sekali mesti nak lagi. Dia ni full time business women yang hanya duduk kat rumah je.. Kira home made cake la cita nya.. Baru-baru ni me ade order "rainbow cake" kat dia tau, untuk birthday adik me yang Aboy tu gillers sedap u olls dah la cantik sedap pulak tu. Sebab sebelum-sebelum ni me selalu makan cake "chocolate moist" je tak pernah lagi try "rainbow cake" ni.. Kalau tak chocolate me selalu order "butter cup cake" kali ni je saje nak try cake lain so me suh dia buat kan "rainbow cake" tu... Sekali dah siap dia pun whatsapp me pic cake tu punya lah lawoo nak potong tuk makan pun sayang. *of couse la potong sebab nak makan kan* -___- bluur jugak me ni kadang2. [eh bukan selalu ke? *gulp*] Tapi tak mau cita lagi lah pasal cake ni sebab kalau cita lebih-lebih pun tak guna bukan u olls dapat makan pun kan? Hahahaha... *saje bakar line* tapi if u olls  ade rase teliuq ke ape pas tengok gambo yang kita attach jap g u olls boleh la g kat link ini best cake dia  lepas tengok album dia mesti terliuq kan haha dan yang pasti pastu boleh la tanya dia pasal cake-cake tu. Bukan je cake apam segala jenis pun dia boleh buat. Kira semua lah.. Hehe. Enjoys!







Ini lah birthday cake for my Bow tu.  Cantik kan kan kan??? =") 

Chocolate moist Cake with Strawberry yow!! 
Sponge Bob Squarepants pun ade u ollss. Kerrrllaaaasss..... 
The Cup Cake's and yang belakang tu Tiramitsu pon ade taauuuu... yami yami!!
Rim cake. Gillers cantik + sedap. :") *macam mana nak maaakkaaannn!!* [screaming]







Friday, 18 January 2013

Langkah Ke-Bankrapan Bermula

Hahahaha... macam serious je kan tajuk atas tu. Astagfirullah.... mintak simpang malaikat 44, jangan lah ade melakat title tu dalam hidup kita, hewhewhew...  

No, actually macam ni why im tell it Langkah Ke-bankrapan Bermula it's because bila me dah bermula berjinak-jinak dengan "ONLINE SHOPPING" nie.. huhu.. seksa weyh bila dah terjebak!! Hamek kau... hahahaha.. Memula dulu tak gheti pun nak membeli belah dengan online shopping ni, ni semua gara-gara tertengok  thepoplook  la  fashionvalet.com  la  and  zalora.com  of course wawawawawawaaaa... serious ok, once bila u olls dah terjebak, abis duit korang k.. mcm me memula dulu lah mula mmg la niat nak try je best ke tak, selalu dengar orang duk cerita macam best je bunyik nya. Yelah senang, click click click terus smpai depan pintu tak kira lah pintu rumah ke, pintu office ke kan, jji sampai. So, bila dah sekali terjebak hamek kau, berjebak-jebak pulak lepaih tu.. hihi.

Tapi me akan beli dengan website2 yang berdaftar je lah, yg tak berdaftar tak penah lagi try coz takut duit bayar tp barang tak dapat. Buat mase ni, tiga website ni je yg me selalu beli. Sebab tu duit pun selalu habis...hahahahaha!! So bila gaji, tak beringat men lagi click2 kan dah "bankrup" kikikiki. So, u olls beringat la bila membeli belah di "ONLINE SHOPPING" ni ya..  silap 0 account bank. Hehehehe... *pesanan ini juga untuk me* phheewww!! So, sila lah menyomping, jangan tak nyopping ye.. :) 

Thursday, 27 December 2012

One Step Forward as new ME!!

Assalamualaikuuuummm.... tak jawab dosa, kalau jawab sayang..hiks! ;-)
Ze Pelamin by Miely Dazle

Ze mak andam by K.ngah Nani "cousin"



This is Yaya 

Mummy make up tapi anak yang feelings hakhak!! 

My Gegurlsz


Tambah lagi sorang geng kami 'baby Husna'

Ni mek posing

Dalam group ni i kenal K.ina je.. heehuu which is my adik Mr. F


Ayah baju purple dah same tema ngn dorang... 

















Mama pun same purple jugak... 












As per regarding to the above, cewaah macam wat surat pulak kan. Okeyh,strait to the point actually me nak informed and confirmed me dah "BERTUNANG" yesss im "ENGAGE" to my one and only Mr. Fiance thehehehehe... ;p Majlis tu berlaku pada ahad lepas as we know the date is 23.12.2012 di rumah family me la kat mane lagi kan. Majlis tu simple je, yang datang semua saudara-mara terdekat and beberapa kawan yang rapat.. tak buat majlis besar-besar pun sebab memang tak nak kecoh, lagi pun tunang je pun kan..huhu malu la pulak. So on that day, secara tak langsungnya telah berlaku dua majlis iaitu Merisik and Bertunang.. saje buat sekali tak la membazir nak kene datang dua kali ye dok?? Lagi pun my Mr. Fiance tu asal dari Terengganu so tak lah family die kene datang 2-3 kali kan..sian dorang jauh tuu.. so we decided to proceed with two ceremony which is Merisik dan Bertunang senang kan. Tapi pade mase kejadian my Mr. F tuu konon nya tak nak datang, malu katanyee..malu lah sangat kan!! Hahaha..sanggup die tggu semua orang makan kat dalam die duk jauh kat dalam kete. Sampai kesudah batang hidung die pun tak nampak...hahaha.. my uncle and auntie ade jugak la pegi kat die tapi die tetap tak nak jugak masuk. Appaaraaa... hakhak. Okeyh lah tak mo dah bebel banyak-banyak ni pun nak update je.. bubye!! SALAAAMMM... :) YEAAYYYY!! ME DAH BETUNANG!! 

Nuffangs Adds