Monday 19 October 2015

Chekup Mata Ayah (Katarak)

Assalamualaikum


Khamis dan Jumaat minggu lepas sepatutnya i apply cuti untuk balik ganu, tapi last minute cik wie cancel kata tak jadi balik on that date so i pun ambik kesempatan bawa ayah pegi chekup mata. Actually mata ayah memang dah ada masalah katarak ni dah lama yang paling ketara tahun ni la, mula-mula belah kanan je yang tak berapa nak nampak, lepas tu akhir bulan 8 haritu makin teruk and belah kiri pun dah makin tak nampak jugak. Kiteorang yang kat rumah tu dah berbuih pujuk ayah ajak pergi cek mata, tapi ayah tak mau. Alasan yang selalu ayah kata, nanti laaa..nanti laaa..nanti laa.. ok takpe kita biarkan aje. Susah rupanya nak pujuk orang tua ni kan? kadang sampai tersentap-sentap jugak lah, huhuhu.. 

Tapi akahir-akhir ni bila view ayah makin teruk, sampai kita yang tengok ni pun naik geram sebab ayah dah start meraba-raba dalam rumah, nak makan nak jalan semua benda ayah dah tak berapa nak nampak. Sekarang ni nak makan kene letak kan lauk siap-siap dalam pinggan, sedih tau bila tengok keadaan ayah macam tu. Bukan ayah jenis yang dah tak larat tu, kudrat ayah kuat lagi..cuma mata je sekarang problem utama dia. Gelagat cucu depan mata pun tak nampak dah, sampai tahap bila cucu nak salam capai tangan atok sendiri sebab atok tak hulur pun tangan nak salam.. :( sedih tau. Bila dah makin teruk ni akhirnya ayah setuju jugak nak pegi hospital, kalau tak nak lagi pegi tak tau la apa nak kata.. nasib ayah nak. I la yang pimpin bawak ayah ke hospital. Jalan pun kene pimpin kalau tak ayah boleh langgar apa yang ada depan dia.. :(

So pagi khamis 15/10 tu i bawak pegi klinik kesihatan dulu. Sebelum 7.30am dah ambik no. Dalam sejam macam tu masuk jumpa doc, memang kene bebel la dengan doctor sebab kenapa lewat sangat datang buat chek up? huhuhu apa boleh buat, dah tuan empunya kata selagi boleh nampak tak mau pegi hospital... pastu cek BP ayah, memang naik tinggi tak tau la ayah takut sebab nak jumpa doc ke atau ayah dah memang ada darah tinggi. Terus doc kasi tempoh dalam masa 2 minggu in between tu alternate date kene cek BP, lepas 2 minggu datang balik jumpa doc, kalau still tinggi ayah kene makan ubat. Then doc kasi surat referral letter untuk bawa terus ke hospital untuk jumpa doc pakar mata. Ok siap semua dalam pukul 9.00am. I terus bawa ayah pergi HAT Tunku Mizan. Sampai Hat Tunku Mizan around 10 lebih, orang kat situ adalah ramai.. ok bertabah je la kan, nak sihat kan? so tunggu..ayah pun ok je die takde la merungut ke apa mungkin sebab dah kene bebel dengn doc sebelum ni kot..hihi. 

Settled semua dekat Hat Tunku Mizan dalam 2pm lebih...alhamdulillah doc bagi operation date cepat, next month on 9/11 boleh operate belah kanan. Sebab doc kata memang dah terlalu parah, and buat sebelah dulu nanti bila sebelah dah ok baru lagi sebelah.. ok, takpe lah doc janji keadaan ayah saya kembali pulih, insyaAllah.. tapi kene datang semula esok nya on 16/10 iaitu Jumaat untuk buat bayaran and ukur kanta. Bayaran untuk kanta memang kene buat sekarang ni, untuk kes ayah fees dia RM742 untuk sebelah mata. 



Gambar ni merujuk pada hari Jumaat, datang untuk ukur kanta mata. Time ni ok je hari tu tak ramai pun orang, tak tau lah sebab Jumaat memang tak banyak appointment ke apa, ke kami yang datang awal? hehehe.. tapi best lah Hat Tunku Mizan ni, die luas so rasa lapang je.. 


So pada yang ada masalah katarak macam ayah i ni, or parents korang ke yang ada masalah macam ni, 1st bawak pegi mana-mana klinik kesihatan then dapatkan surat referral letter dari doc untuk further chekup dengan doc pakar mata dekat hospital. Lepas tu dapat lah date or next step apa yang akan doc bagi. Macam kes ayah i doc terus proceed operate sebab kes ayah i ni dah parah.. and prosedur ni untuk ke ke hospital kerajaan la..kalau private mungkin tak macam ni. Moga semua urusan ayah dipermudahkan, kiteorang semua nak atok sihat macam sedia kala..nak jalan2 pun sekarang takde mood sebab kesihatan mata atok macam ni, kadang atok tak mau join pegi mana-mana nak duduk rumah je.. insyaAllah lepas ni atok akan sihat balik and kita boleh plan jalan-jalan kan atok? atok belanje.. hihihi.. 

Dan.. tunggu lah 9/11 nanti untuk date operation. Doa kan semuanya dipermudahkan ya.. insyaAllah.. :)











No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds