Tuesday 4 August 2015

Jamuan Raya & Jamuan Hari Jadi Sofea & Naurah.

Assalamualaikum


Sabtu lepas 1/8 kami ade la buat jamuan sikit-sikit untuk raikan harijadi Sofea yang pertama dan anak buah i Naurah yang ke 9 tahun...dedua girls ni lahir bulan 7, Sofea 4/7 Naurah pulak 25/7 aritu bulan 7 kan puasa,kita buat belated birthday je.. sesambil tu kami buat sekali jamuan hari raya..panggil sedara mara terdekad and kawan-kawan rapat.. tak lah besar-besaran pun ayam pun dalam 13 ekor je mama masak.. Ade lemang ayah bakar sendiri, 15 batang hari Jumaat pagi dalam pukul 11 ayah dah start bakar tutup api pukul 11 malam..amik kau nak naik muntah ayah main api, hahahaha.. katenye buat sendiri lagi puas hati dari beli.. 

Menu hari sabtu tu ada lemang, rendang daging, nasi impit, kuah kacang, nasi ayam & agar-agar merah. Semua ni kiteorang masak dari hari Jumaat, nasi ayam dengan goreng ayam je baru buat pagi Sabtu tu. Kalau semua nak balun hari sabtu memang petang la kot baru orang dapat makan hahaha.. payah ade anak kecik ni, kakak i dari Melaka pun sampai dari Jumaat tapi dia pun ade anak kecik yang tua 2 bulan dari Sofea, so kami ni begilir-gilir la buat keje. Kang anak kakak i tidur kakak i buat keje cuci ayam kupas bawang, nanti bila Sofea pulak tidur baru i pulak buat keje.. kalau dedua bangun kite dedua pause dulu masak. Nenek je yang masak. Hahahahaha... alamak, gambar makanan memang lupa langsung nak ambik gambar, addeehh... takde la kenangan gambar makanan untuk hari sabtu lepas.. Air kita buat 2 jenis, air sunquick oren satu balang air sirap satu balang, saper cerdik depa campur kan air tu jadi la sirap sunquick, sedap taauuu... bila petang2 mama buat teh tarik kaw kaw untuk tetamu. Memang laku la teh tarik tu...petang tu hujan pulak memang sedap la kene air panas sejuk-sejuk kan? 



Dalam pukul 4 kita panggil budak-budak nak potong cake pulak, kumpul ramai-ramai nyanyi birthday song untuk kak Naurah and Sofea. Sofea suka sangat bila orang nyayi muka dia kemain excited. Happy belated birthday to both of you my angels.. :) 



Cake i tempah dekat kawan i ex-officemate i dulu. Tempah seminggu awal, nasib kak ima nak buat, sebab dia kata dia banyak sangat tempahan untuk hari Sabtu tu. Dia siap bagi discount, hadiah and duit raya lagi dekat Sofea, cake dia sangat laaa sedap. I mintak butter cake biasa je and nak topping cream tak mau guna icing sebab nanti tak habis, manis kan.. Sekali dia buat macam ni, 2kg butter cream cake siap perisa strawberry and campur2 icing sikit untuk hiasan.. Tq so much pada kak ima..tak sangka i dapat cake yang sedap & lawa macam ni. Bagi i ni dah cukup best dah sebab i punya expectation nak yang biasa-biasa je.. moga murah rezeki kak ima sekeluarga..amiinn. Next time memang nak order lagi dengan kak ima. :)


Group yang tak akan i lupa jemput. Tapi ada 2 orang yang tak dapat hadhir, takpe lah next time insyaAllah if ada lagi jamuan ke apa-apa majlis pasti i akan jemput lagi korang datang. Thanks for coming gaiisss.... yang kelakar Sofea bileh gelak bila tengok Aisyah merengek. E, kemain budak tu macamkan dia dah besar naw..sedap je gelak bila tengok baby Aisyah merengek. Aisyah baby cik ika..dia baru habis pantang 2 minggu, comel sangat..kecik je macam Sofea dulu. Kesian Aisyah nak tido tu yang merengek dia.. nanti kita jumpa lagi ya Aisyah. :)

Lepas magrib, kami dah kemas-kemas dah simpan semua tray makanan kerusi meja kasi lipat, sebab tuan rumah dah keletihan sangat2..i pun dari khamis malam tidur pukul 2-3 pagi. So malam tu memang dah flat habis.



Sesambil kita mengemas, kita kumpul kan hadiah yang Sofea dapat, suruh dia bukak, sekali lagi muka excited dia keluar siap bunyi hiissshh hissshhh kat mulut tu, sengeh je memanjang. Hihihi... happy betul Sofea haritu. And guess what dari pagi sampai malam sikit pun sofea tak meragam, if dia ngantuk die tidur.. bangun terus main je dengan sepupu dia, tapi tetap tak mau dengan orang setakat budak-budak dia ok, kalau dengan orang dewasa tak cukup tanah die merangkak ke i atau ke cik wie, hihihihihihi..

Thank you semua tetamu yang hadhir untuk hadiah & duit raya.. tq so much sebab sudi datang.. tq tq tq... moga rezeki kalian dimurahkan dan diperluaskan, insyaAllah.. :) 

Till we meet again. Bye.. 


No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds