Sunday 7 April 2013

Sakit Hati

Salams Muslimat & Muslimah yang dirahmati Allah.. 

Harini adalah hari hujung minggu yang sangat down bagi me. Tak rasa macam hari minggu pun. Aktiviti harini pun hanya duduk terperap dalam rumah buat kerja rumah dan akhir nya mengadap sibiru hamba ini. Tak tau kenapa harini jadi hari yang paling down, otak blank tepu nak buat apa-apa. Pagi tadi bila bangun tidur period pulaaakkkk...hmmm, memang rasa sangat malas la kan. Tapi me tak rasa yang period tu yang membuat kan rasa down ni menjadi-jadi. Sebenarnya bende ni dah lama di simpan ditahan, agaknya perasaan bersabar dan bertahan tu dah tak boleh dibendung itu yang rasa semacam je ni.. Ok masa untuk berterus terang, mungkin rasa down ni bila pagi tadi masa Mr. F text and ajak pegi wedding kawan dia kat klang. Mr. F text pukul 11 and ajak pegi wedding, ok bukan nak salah kan wedding day tu tapi yang nak marah tu bila dapat tau pun dah lambat pastu dan2 jugak Mr. F ni cakap nak gerak awal.. Hallloo harini hari ahad tau, hari berkemas bagi kami kaum perempuan. At least bagi la masa sikit kan.. dah la harini bangun lewat gara-gara carik kedai ikan bakar malam semalam. Pastu suke-suke hati je cakap nak gerak awal. Ini betul-betul nak ajak pegi sama ke ajak-ajak ayam??!! Haaaa....mane tak rasa nak marah kan.

Fine bende tu dah buat rasa diri ni nak jerit je kuat-kuat. Kalau lah diberi tahu awal-awal tak la me rasa nak marah, yang jadi persoalan tu kenapa semalam, malam tadi atau subuh-subuh tadi tak boleh nak bagi tahu? Kan senang kalau diberi tahu awal, boleh la kita ni nak bajet masa tu betul tak? Ini ajak pun macam terpaksa je, ye la kalau tak bagi tau pun susah juga kan kereta dia park kat rumah me nanti susuah pulak kan... Mula-mula tu rasa nak follow juga tapi bila pikir rasa sakit hati je dah la keje kita banyak lagi belom siap yang dia pulak boleh bagi tau nak ke banting untuk amik barang kete. Heeeyyyy..berbulu je dengar, tah barang ape tah yang penting sangat tu. Me yang ajak pegi tuka wiper kereta me pun dah berbulan ditangguh nya. Geram tau tak!! Last-last me buat tak layan dia pergi sendiri..nasib la kan. Dah la suka kutuk me cakap me kuat makan la teruk kalau bab makan la ape laa..huurmm lantak lah malas dah nak layan. Kadang-kadang tu hati ni dah rasa malas dah nak layan karenah masing-masing. Ke ini juga salah satu ujian "bertunang"? Moga Allah tabah kan lah hati ni, nak juga keras kan hati ni tapi kadang-kadang tak boleh mesti melimpah jugak air mata yang bertakung... :'( 

To Mr. F, saya doa kan awak lepas ni tolong la jaga hati dan perasaan orang lain bila berkata-kata. Kadang-kadang tanpa sedar kata-kata kita boleh membuatkan seketul hati (hah seketul??!! lantak lah) tersentuh dan marah.. Sebab tu kita disarankan "berfikir sebelum bersuara dan berhati-hati menjaga langkah sebelum bertindak".

Now dah rasa cool sikit bila dah di luah kan.. Moga apa yang jadi harini jangan berulang lagi. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds