Friday, 8 January 2016

Naik, pegang, belai gajah dekat Kenyir Elephant Village, Terengganu


Assalamualaikum

Pagi sebelum bertolak nak balik semula ke k.l cik wie ajak i dengan pia pegi visit gajah dekat tasik kenyir. Dekat je tasik kenyir dengan area rumah mertua i tu, dalam 30 menet je nak ke sana. Actually plan nak pegi visit gajah ni dari hari pertama sampai kampung, tapi asik la tertangguh je. Macam-macam hal cik wie nak buat, nak tolong abang dia repair wiring rumah mertua, nak attend kenduri adik dengan sedara mara nak beli kopok-kopok yang orang dah kirim la yang sendiri punya la so asik la tertangguh nak ke tasik kenyir tu. End up hari yang nak balik k.l tu yang free pagi tu dapat la pusing satu kawasan perkampungan gajah. Kenyir elephent village ni die terletak ke depan sikit dari kawasan tasik kenyir cuma kenyir water park saje yang ada kat area tsik kenyir tu. Paham tak maksud i? maknenye kalau korang nak pegi nanti jangan la masuk dekat jalan masuk utama tasik tu, korang just kedepan lagi ada signboard tunjuk ke kawasan kampung gajah ni. Kalau masuk kat tasik takde kampung gajah ade activity air je la kat situ nanti.. ok? 

Fees untuk masuk kampung gajah ni rm40 (dewasa) kanak-kanak atas 6 tahun rm15. So i dengan cik wie je yang kene beli ticket pada haritu, pia free. Untuk naik gajah rm10 (dewasa) rm5 (kanak-kanak) sekali lagi pia free, hehe. Bila dah beli ticket nanti ada sorang tour guide akan follow kita die la nanti akan ceritakan asal usul gajah yang ada dalam tu, cara gajah makan, mandi, berak, tido etc. And untuk pengetahuan korang jugak kampung gajah yang ada kat tasik kenyir ni baru je beroperasi tahun lepas so banyak lagi yang diorang kene perbaiki dan tambah. And ini juga adalah branch kedua dari projek and konsep yang sama dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang ada kat kuala gandah lanchang, pahang tu boleh baca kat sini. Kire konsep dia sama je. 

Time i pegi dah nak dekat pukul 12 tgh hari, we all tak tunggu pun untuk show gajah. Sebab show dekat dalam jadual tu die tulis pukul 2pm, gajah mandi pukul 3.30pm tak silap so kami tak tunggu. Sebab nanti rushing pulak nak balik k.l malam-malam kalau boleh tak nak sampai k.l hari ahad nanti penat la isnin tu nak keje dah kan? Tapi kalau korang yang datang awal and ada free time diorang kasi je pelawat yang datang keluar dulu nanti datang masuk balik kat situ without purchase new tickets lagi. So boleh la pegi jalan-jalan kat tasik kenyir dulu ke lunch dulu ke..nanti datang balik time show dah nak mula. 

Then dalam kawasan kampung gajah tu ada 5 menara yang korang akan naik dan 5 jambatan gantung yang akan korang lalui untuk sampai ke kawasan gajah di tempatkan. Haa..bayangkan la eh menara-menara tu semua bagi i tinggi-tinggi mencungap i naik, sian cik wie sebab die kene dukung pia haha.. and dekat setiap menara tu ada je tempat untuk korang take five kejap duduk-duduk kasi hilang lenguh kebas2 bontot, sebelum sambung perjalanan.. adik yang jadi guide kiteorang masa tu kata lebih kurang kita akan bejalan dalam 1km (60menet) baru la sampai ke kawasan gajah. Lepas tu sambil jalan dalam kawasa hutan tu nanti die akan tunjuk kan mana gajah mandi dan  jenis rumput-rumput yang diorang tanam untuk gajah makan. Ada jugak gajah yang siang die akan keluarkan dari kandang and letak kat kawasan luar tapi masih berantai la kaki gajah tu kene ikat buatnya tetiba gajah tu naik minyak habis semua die pijak tak naya? haha.. diorang keluarkan supaya pelawat dapat la tengok aktiviti harian gajah dengan lebih dekat..          

Buat masa ni kat KEV ni ada menyimpan 12-15 ekor je gajah umur dalam 1-50+ tahun. And dorang mungkin akan tambah selepas manambah baik lagi kawasan KEV ni. Gajah-gajah yang ada kat sini semua nya memang berasal dari Malaysia, tapi gajah kat sini hanya paham bahasa thailand and ketua juru latih gajah sendiri memang berasal dari thailand. Hairan kan? Gajah asal malaysia tapi bahasa thailand jugak yang gajah-gajah paham. Bagi pekerja yang menjaga and melatih gajah-gajah kat sini pun diorang kene bercakap bahasa thailand baru gajah tu dengar arahan.. hebak hebak.. patut la gajah adalah binatang yang paling orang thailand sanjung kan? 



Ini jambatan gantung yang pertama kami lalu kat bawah tu ada sungai tinggi dia i tak ingat berapa kaki ada budak tu cakap tapi lupa sebab i takot lagi-lagi bila tengok bawah habes lupa apa yang budak tu cakap kan, hahaha... 




Menara ke-2 and jambatan ke-2 ni kurang tinggi sikit.



Menara ke-3 tak silap i la.. kalau tak betul sorry la sebab i dah ingat-ingat lupa pun susunan menara ni, hihihi..



Kat atas menara 



Ni gajah yang dilepaskan dari kandang and di ikat kat dalam kawasan luar.. tak silap i ada lagi sekor tapi cari gambar tak jumpa.. yang sekor lagi tu tengah bunting dah setahun die bunting sebab budak tour guide cakap gajah bunting ambik masa dalam 22-24bulan. Bapak lamaa... kan?





Tak tau la menara ke berapa dah yang ni, tengok je la gambar ye.. hahaha









Yeay dapat naik gajah.. semua orang excited nak naik gajah pia je macam tak nak die membebel tak nak lepas tu duk kecoh iyeekk..iyeekk.. no mama gajah cuuukk.. hahahah 







and pelawat semua akan di bawa lebih dekat dengan gajah, time ni nak belai ke nak bagi die makan ke nak ambik gambar ke sila kan... bayar mahal-mahal tak kan nak tengok dari jauh je kan? 







Dah habes melawat gajah baru budak tour guide tu cakap kalau tak nak daki menara ni pun boleh terus je jalan ikut bawah ke area gajah..tapi tak syok la nanti kejap je dah sampai..huwaa rasa nak pitam dengar, penat-penat la kita daki menara and lalu kat jambatan gantung tu napa la tak cakap dari awal adeekkk..hahaha. After dah puas main dengan gajah we all pun balik rumah siap-siap lepas zohor terus gerak balik k.l.. 

Habis sudah percutian kami untuk akhir tahun untuk 2015..now dah 2016 bekerja la kito sekuek-kuek nyo.. hahahaha!

No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds