Friday 8 January 2016

Naik, pegang, belai gajah dekat Kenyir Elephant Village, Terengganu


Assalamualaikum

Pagi sebelum bertolak nak balik semula ke k.l cik wie ajak i dengan pia pegi visit gajah dekat tasik kenyir. Dekat je tasik kenyir dengan area rumah mertua i tu, dalam 30 menet je nak ke sana. Actually plan nak pegi visit gajah ni dari hari pertama sampai kampung, tapi asik la tertangguh je. Macam-macam hal cik wie nak buat, nak tolong abang dia repair wiring rumah mertua, nak attend kenduri adik dengan sedara mara nak beli kopok-kopok yang orang dah kirim la yang sendiri punya la so asik la tertangguh nak ke tasik kenyir tu. End up hari yang nak balik k.l tu yang free pagi tu dapat la pusing satu kawasan perkampungan gajah. Kenyir elephent village ni die terletak ke depan sikit dari kawasan tasik kenyir cuma kenyir water park saje yang ada kat area tsik kenyir tu. Paham tak maksud i? maknenye kalau korang nak pegi nanti jangan la masuk dekat jalan masuk utama tasik tu, korang just kedepan lagi ada signboard tunjuk ke kawasan kampung gajah ni. Kalau masuk kat tasik takde kampung gajah ade activity air je la kat situ nanti.. ok? 

Fees untuk masuk kampung gajah ni rm40 (dewasa) kanak-kanak atas 6 tahun rm15. So i dengan cik wie je yang kene beli ticket pada haritu, pia free. Untuk naik gajah rm10 (dewasa) rm5 (kanak-kanak) sekali lagi pia free, hehe. Bila dah beli ticket nanti ada sorang tour guide akan follow kita die la nanti akan ceritakan asal usul gajah yang ada dalam tu, cara gajah makan, mandi, berak, tido etc. And untuk pengetahuan korang jugak kampung gajah yang ada kat tasik kenyir ni baru je beroperasi tahun lepas so banyak lagi yang diorang kene perbaiki dan tambah. And ini juga adalah branch kedua dari projek and konsep yang sama dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang ada kat kuala gandah lanchang, pahang tu boleh baca kat sini. Kire konsep dia sama je. 

Time i pegi dah nak dekat pukul 12 tgh hari, we all tak tunggu pun untuk show gajah. Sebab show dekat dalam jadual tu die tulis pukul 2pm, gajah mandi pukul 3.30pm tak silap so kami tak tunggu. Sebab nanti rushing pulak nak balik k.l malam-malam kalau boleh tak nak sampai k.l hari ahad nanti penat la isnin tu nak keje dah kan? Tapi kalau korang yang datang awal and ada free time diorang kasi je pelawat yang datang keluar dulu nanti datang masuk balik kat situ without purchase new tickets lagi. So boleh la pegi jalan-jalan kat tasik kenyir dulu ke lunch dulu ke..nanti datang balik time show dah nak mula. 

Then dalam kawasan kampung gajah tu ada 5 menara yang korang akan naik dan 5 jambatan gantung yang akan korang lalui untuk sampai ke kawasan gajah di tempatkan. Haa..bayangkan la eh menara-menara tu semua bagi i tinggi-tinggi mencungap i naik, sian cik wie sebab die kene dukung pia haha.. and dekat setiap menara tu ada je tempat untuk korang take five kejap duduk-duduk kasi hilang lenguh kebas2 bontot, sebelum sambung perjalanan.. adik yang jadi guide kiteorang masa tu kata lebih kurang kita akan bejalan dalam 1km (60menet) baru la sampai ke kawasan gajah. Lepas tu sambil jalan dalam kawasa hutan tu nanti die akan tunjuk kan mana gajah mandi dan  jenis rumput-rumput yang diorang tanam untuk gajah makan. Ada jugak gajah yang siang die akan keluarkan dari kandang and letak kat kawasan luar tapi masih berantai la kaki gajah tu kene ikat buatnya tetiba gajah tu naik minyak habis semua die pijak tak naya? haha.. diorang keluarkan supaya pelawat dapat la tengok aktiviti harian gajah dengan lebih dekat..          

Buat masa ni kat KEV ni ada menyimpan 12-15 ekor je gajah umur dalam 1-50+ tahun. And dorang mungkin akan tambah selepas manambah baik lagi kawasan KEV ni. Gajah-gajah yang ada kat sini semua nya memang berasal dari Malaysia, tapi gajah kat sini hanya paham bahasa thailand and ketua juru latih gajah sendiri memang berasal dari thailand. Hairan kan? Gajah asal malaysia tapi bahasa thailand jugak yang gajah-gajah paham. Bagi pekerja yang menjaga and melatih gajah-gajah kat sini pun diorang kene bercakap bahasa thailand baru gajah tu dengar arahan.. hebak hebak.. patut la gajah adalah binatang yang paling orang thailand sanjung kan? 



Ini jambatan gantung yang pertama kami lalu kat bawah tu ada sungai tinggi dia i tak ingat berapa kaki ada budak tu cakap tapi lupa sebab i takot lagi-lagi bila tengok bawah habes lupa apa yang budak tu cakap kan, hahaha... 




Menara ke-2 and jambatan ke-2 ni kurang tinggi sikit.



Menara ke-3 tak silap i la.. kalau tak betul sorry la sebab i dah ingat-ingat lupa pun susunan menara ni, hihihi..



Kat atas menara 



Ni gajah yang dilepaskan dari kandang and di ikat kat dalam kawasan luar.. tak silap i ada lagi sekor tapi cari gambar tak jumpa.. yang sekor lagi tu tengah bunting dah setahun die bunting sebab budak tour guide cakap gajah bunting ambik masa dalam 22-24bulan. Bapak lamaa... kan?





Tak tau la menara ke berapa dah yang ni, tengok je la gambar ye.. hahaha









Yeay dapat naik gajah.. semua orang excited nak naik gajah pia je macam tak nak die membebel tak nak lepas tu duk kecoh iyeekk..iyeekk.. no mama gajah cuuukk.. hahahah 







and pelawat semua akan di bawa lebih dekat dengan gajah, time ni nak belai ke nak bagi die makan ke nak ambik gambar ke sila kan... bayar mahal-mahal tak kan nak tengok dari jauh je kan? 







Dah habes melawat gajah baru budak tour guide tu cakap kalau tak nak daki menara ni pun boleh terus je jalan ikut bawah ke area gajah..tapi tak syok la nanti kejap je dah sampai..huwaa rasa nak pitam dengar, penat-penat la kita daki menara and lalu kat jambatan gantung tu napa la tak cakap dari awal adeekkk..hahaha. After dah puas main dengan gajah we all pun balik rumah siap-siap lepas zohor terus gerak balik k.l.. 

Habis sudah percutian kami untuk akhir tahun untuk 2015..now dah 2016 bekerja la kito sekuek-kuek nyo.. hahahaha!

Wednesday 6 January 2016

Taba, Thailand

Assalamualaikum

Last week i ambik cuti direct dari lepas Christmas sampai New Year hehe.. memang plan nak perabih cuti tahun balik ganu. So ini salah satu aktiviti i dengan family-in-law kami pegi Taba, Thailand. Plan last minit je ni sebab kebetulan mak cik cik wie memang sentiasa keluar masuk Thailand ambik barang berniaga so kami follow je la Mok Mah. First experience masuk Thailand guna perahu, hahahaha kire tak guna pun border pass atau passport. Tapi ok je takde ape pun sebab memang ramai je yang guna cara ni, kastam pun ade je i tengok lalu lalang dengan speed boat dorang tapi dorang tak kacau pun.. lagi pun bukan kita seludup barang haroomm... haha!!

Pagi 29/12 lepas subuh tu terus siap-siap sebab janji dengan Mok Mah pukul 9 pagi sampai rumah dia. Pia i tak mandikan pun, tuka kan dia pempers dengan baju je zap zap zap usung masuk kereta. Kiteorang dari Setiu, Terengganu ambik masa dalam 2 jam nak sampai Bachok, Kelantan rumah Mok Mah lepastu konvoi dengan dia sekali. Sebab dia kata pukul 12 nak kene ada dah di Taba, kalau lewat nanti takut kelam kabut nak ambik perahu. Jeti pun kat belah dalam sikit, ikut jalan nak ke Pengkalan Kubur tapi tak masuk guna kastam Pengkalan Kubur Mok Mah bawak ikut jalan belakang, hehehe... 

Ngam-ngam sampai seberang Taba dalam pukul 12 lebih, terus pegi makan dulu. Dah makan kenyang-kenyang baru gembira kan? hahah pia lepas je semua siap makan die meneran, syabas! hahaha.. so i dengan cik wie pun belari -lari anak la ke toilet, nasib ada toilet awam yang bersih dapat la mandi kan pia terus. Toilet dia ok ada orang jaga, kene bayar bape sen tah lupa. Asal selesa ok la kan? Lepas pia dah siap mandi semua i yang lenjun, madi peluh pheeww! 



Dalam kereta ontheway ke Bachok, masih segar bugar semua... :) Yang sebelah kiri i tu my MIL belah kanan anak buah cik wie belakang tu dedua adik ipar i.  




Ni dah naik perahu pun! Kami dah ready nak menyeberang sungai Tak Bhai..yeaayy.. we all guna 2 perahu untuk ke seberang, lagi satu perahu i lupa nak transfer gambar sebab semua gambar ni dari camera cik wie, hehe.. Satu perahu boleh naik 4-5 orang saje ye.. :p 




Family Photo. :) FIL i nampak kepala je//Dah sampai pun Taba, Thailand. Actually tempat dia ala-ala kawasan bebas cukai rantau panjang and pengkalan kubur tu. Cuma rantau panjang dengan pengkalan kubur just kawasan bebas cukai and masih dalam daerah Kelantan, Taba ni ala-ala Golok yang berada di seberang Thailand.  







Cuaca cantik haritu, panas tapi berangin tak la panas yang terik kering alhamdulillah tak hujan pun masa kiteorang kat sana sonang nak bejalan and shopping! Hehe.. 






Ok tangan beg seua dah penuh, jom balik! Hahaha.. best nye kat sana semua murah-murah.. lagi-lagi makanan dia sangat la murah sedap-sedap pulak tu. Banyangkan nasi lauk ayam rm3 untuk dewasa budak sekolah diorang jual rm2 je. Buah-buah tu jangan cakap la semua sedap manis. Ice Blanded rm2.50? nak pengsan kan murah dia? pakai cawan besar pulak tu. 


Ni contoh perahu yang kiteorang naik. Bukan perahu yang dayung tu ye.. hahaha ada enjin la perahu ni baru laju eh perahu ke bot ni? hahaha.. Masa untuk menyeberang sungai Tak Bhai ni lebih kurang dalam 5-7minit je. 





Dalam pukul 2pm kiteorang dah ready nak balik dah.. sebab nanti nak balik ke ganu kang lewat pulak. Bye-bye Taba..next time kalau ada cuti panjang kiteorang pegi lagi. :)

Monday 4 January 2016

Dinner di Mohd Chan Abdullah

Assalamualaikum

Malam 22/12 Selasa sebelum i bertolak balik kampung untuk cuti hujung tahun kat ganu cik wie ajak family i dinner kat mohd chan, rawang. Actually ni la first time i datang makan kat sini, pernah dengar sebelum ni tapi tak berkesempatan nak pegi sebab bila nak makan je biase memang pegi kedai tomyam tapi aritu cik wie kate jom la kite try makan kat sini. Ramai kata sedap. Ok jom! Orang nak belanja haruslah on saje.. hehe. 

So malam tu lepas isyak kami kua la pegi dinner..ala dekat je tak sampai 10 menet dah tepacak kat kedai. Pia malam tu kemain dia macam excited sangat sebab atok dengan nenek join sekali. Makan pun beselera tapi nak makan sendiri, sokehati lah nak..janji tak kacau orang lain nak makan.

Bagi i makanan kat situ sedap sangat. Memang sedap berbaloi dengan harga, lagi-lagi seafood dia, sedap sangat-sangat. Cuma ye lah harga dia tak la sama macam kat kedai tom yam, tapi kalau sedap memang berbaloi sangat makan kat sini. Dari rumah i plan nak order dim sum sebab dah lama nak try dimsum dia tapi malam tu dim sum dah habesss...tsk tsk.. lagi pun masa i sampai tu memang restoran tu penuh.. kami pun nasib ada meja kosong hujung-hujung tu. 

Dimsum habes takpe, jangan ketam yang habes boleh tebalik meja nanti. Hahahaha..


Tengok la pia tu mengadaaaa......... gigit nak?



Selfies with nenek atok tangan je muat, hehe..




Ni la ketam yang kami order, sedap sangat-sangat tak rugi order. Sape-sape yang datang makan kat sini tolong la order ketam dia, sedap & fresh!



Babah pia mama yang senget! :p




Selfie ni ade atok dengan ude hehe



Antara menu yang kami order shark fin soup, honey chicken, butter prawn, beef balckpaper, stim taufu, mix veggie, tom yam, siakap stim limau, terung goreng  & ketam masak sos special. 



Penuh jugak la meja dengan lauk pauk.. service pun bagus walaupun orang penuh dalam restoran tu tapi kejap je makanan dah sampai. Air kami order air buah cuma untuk ude dengan pia je order ais lemon tea dengan bandung. Total semua dalam RM300+ bagi i berbaloi & sangat puas hati. Pelayan pun rajin sangat.. next time kalau nak dinner atau nak makan masakan chines stail memang akan datang lagi kat sini. 

Thank you babah! 

Nuffangs Adds