Wednesday 6 January 2016

Taba, Thailand

Assalamualaikum

Last week i ambik cuti direct dari lepas Christmas sampai New Year hehe.. memang plan nak perabih cuti tahun balik ganu. So ini salah satu aktiviti i dengan family-in-law kami pegi Taba, Thailand. Plan last minit je ni sebab kebetulan mak cik cik wie memang sentiasa keluar masuk Thailand ambik barang berniaga so kami follow je la Mok Mah. First experience masuk Thailand guna perahu, hahahaha kire tak guna pun border pass atau passport. Tapi ok je takde ape pun sebab memang ramai je yang guna cara ni, kastam pun ade je i tengok lalu lalang dengan speed boat dorang tapi dorang tak kacau pun.. lagi pun bukan kita seludup barang haroomm... haha!!

Pagi 29/12 lepas subuh tu terus siap-siap sebab janji dengan Mok Mah pukul 9 pagi sampai rumah dia. Pia i tak mandikan pun, tuka kan dia pempers dengan baju je zap zap zap usung masuk kereta. Kiteorang dari Setiu, Terengganu ambik masa dalam 2 jam nak sampai Bachok, Kelantan rumah Mok Mah lepastu konvoi dengan dia sekali. Sebab dia kata pukul 12 nak kene ada dah di Taba, kalau lewat nanti takut kelam kabut nak ambik perahu. Jeti pun kat belah dalam sikit, ikut jalan nak ke Pengkalan Kubur tapi tak masuk guna kastam Pengkalan Kubur Mok Mah bawak ikut jalan belakang, hehehe... 

Ngam-ngam sampai seberang Taba dalam pukul 12 lebih, terus pegi makan dulu. Dah makan kenyang-kenyang baru gembira kan? hahah pia lepas je semua siap makan die meneran, syabas! hahaha.. so i dengan cik wie pun belari -lari anak la ke toilet, nasib ada toilet awam yang bersih dapat la mandi kan pia terus. Toilet dia ok ada orang jaga, kene bayar bape sen tah lupa. Asal selesa ok la kan? Lepas pia dah siap mandi semua i yang lenjun, madi peluh pheeww! 



Dalam kereta ontheway ke Bachok, masih segar bugar semua... :) Yang sebelah kiri i tu my MIL belah kanan anak buah cik wie belakang tu dedua adik ipar i.  




Ni dah naik perahu pun! Kami dah ready nak menyeberang sungai Tak Bhai..yeaayy.. we all guna 2 perahu untuk ke seberang, lagi satu perahu i lupa nak transfer gambar sebab semua gambar ni dari camera cik wie, hehe.. Satu perahu boleh naik 4-5 orang saje ye.. :p 




Family Photo. :) FIL i nampak kepala je//Dah sampai pun Taba, Thailand. Actually tempat dia ala-ala kawasan bebas cukai rantau panjang and pengkalan kubur tu. Cuma rantau panjang dengan pengkalan kubur just kawasan bebas cukai and masih dalam daerah Kelantan, Taba ni ala-ala Golok yang berada di seberang Thailand.  







Cuaca cantik haritu, panas tapi berangin tak la panas yang terik kering alhamdulillah tak hujan pun masa kiteorang kat sana sonang nak bejalan and shopping! Hehe.. 






Ok tangan beg seua dah penuh, jom balik! Hahaha.. best nye kat sana semua murah-murah.. lagi-lagi makanan dia sangat la murah sedap-sedap pulak tu. Banyangkan nasi lauk ayam rm3 untuk dewasa budak sekolah diorang jual rm2 je. Buah-buah tu jangan cakap la semua sedap manis. Ice Blanded rm2.50? nak pengsan kan murah dia? pakai cawan besar pulak tu. 


Ni contoh perahu yang kiteorang naik. Bukan perahu yang dayung tu ye.. hahaha ada enjin la perahu ni baru laju eh perahu ke bot ni? hahaha.. Masa untuk menyeberang sungai Tak Bhai ni lebih kurang dalam 5-7minit je. 





Dalam pukul 2pm kiteorang dah ready nak balik dah.. sebab nanti nak balik ke ganu kang lewat pulak. Bye-bye Taba..next time kalau ada cuti panjang kiteorang pegi lagi. :)

No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds