Friday 6 November 2015

Ayah dah oprate.

Assalamualaikum

Dalam entry sebelum ni i ada update kata ayah akan admit on 6/11 untuk oprate mata kan?  Tapi minggu lepas mama dapat call dari hospital diorang nak cepat kan tarikh operation 4/11.. jadi kene admit dari 3/11. Alhamdulillah.. semua pun dah selamat. Ayah pun dah balik semalam..

Hari selasa 3/11 petang i dengan adik i hantar ayah ke hospital, mula-mula sebelum dapat wad nurse ambik darah and bp dulu. Siap semua baru dapat bilik, memandangkan ayah memang tak nampak nurse kasi ayah bilik 2 bed tak kan ayah nak duduk bilik 1 bed kan? Kalau bilik 2 bed senang sikit orang nak teman tido sekali.. so malam memang aboy adik i yang akan teman and tidur sekali dengan ayah..

Pagi rabu 4/11 ayah dah kene kidnap dengan doctor untuk operation. Lama...dekat 2 jam lebih ayah dalam operation teater. Rupanya doctor kata untuk ayah diorang tak buat laser diorang kene tukar kanta and jahit.. tapi tu semua ada la diorang punya teknik kan, sebab kalau tengok mata ayah tak nampak pun kesan jahit tu.. huhu.  And hari rabu mama semua ade la dekat hospital teman ayah.. i keje sebab tak dapat nak ambik cuti direct kene la take turn ambik cuti.. tapi lepas je office hour i dengan cikwie rempit terus ke hospital.. malam macam biasa aboy teman tido sane.

Hari khamis pagi 5/11 sebelum aboy gerak pegi kerja i sampai hospital.. ngam2 lepas i makan sarapan nurse nak bawak pegi chekup dengan doctor and bukak balutan mata ayah. Mula2 nak bukak tu seram jugak, ayah pun macam takut nak bukak mata.. tapi lepas nurse dah letak ubat boleh la ayah bukak sikit2.. tapi biasa la kan benda baru mesti ada rase pedih2 and tak selesa tu kan.. Alhamdulillah doctor buat test and ayah nampak.. suruh baca pun dah boleh. Cuma sekarang ayah tak boleh nak bukak mata 100% lagi. Sebab bila mata tebukak akan ada rase pedih2 tu lagi.. after test doc kasi discharge.. dalam pukul 2pm lebih baru siap semua, ambik ubat hantar borang discharge etc..

Now ayah kat rumah and still takut2 nak bukak mata.. takpe doctor pun ade cakap jangan paksa kalau tak boleh.. and jangan tunduk, angkat barang berat..kene rest dulu kalau nak latih buka mata pun jangan paksa slow2.. next week 12/11 doctor dah kasi tarikh untuk further chekup.. insyaAllah masa tu nanti ayah dah ok kot.. harap2 cepat la sembuh mata ayah, nanti boleh proceed ke mata belah kiri pulak. Doa kan ayah i cepat sembuh ya.. 

Apa-apa pun thank you so much untuk warga hospital angkatan tentera tuanku mizan sebab layan dan rawat ayah dengan baik.. semua nurse baik-baik.. doctor pun baik sangat.. thank you semua.. 

















No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds