Thursday 22 October 2015

Perihal Anak

Assalamualaikum

Lama tak share perkembangan sofea kan? Now pia dah 1y3m, bulan Dec nanti setahun setengah dah budak tu. Haih memang terasa cepat sangat pia membesar... 

Oh pia dah pandai jalan.. hehe dia pandai jalan time ngam-ngam masuk 1y2m aritu. Now pia sangat-sangat la paham apa yang kita cakap. Jangan la ingat dia tak paham.. tak ya! Lagi-lagi part orang nak keluar rumah pantang sangat nampak orang ambik kunci tak kisah la kunci apa pun nanti cepat je mata dia memandang ke arah bakul kunci tu. Or kadang-kadang dia sendiri yang pegi kat bakul kunci and ambik kunci kereta dengan motor bagi kat babah nak ajak jalan la tu maksudnya. If kita suruh dia letak balik huhuhu memang dan dan la dia mengamuk. Kalau dia nak keluar tu memang nak! Jangan la kata tak boleh. Paraaaahhh! Tapi nasib baik lah dia ajak tu siang..malam dia tak de la pulak mintak, hehe! And i pernah ye keluar senyap-senyap tinggal kan dia lepas tu tau tak satu hari dia merajuk. Susu tak berapa minum makan pun tak berapa lalu main tak nak langsung orang agah-agah die buat tak layan je. Sampai la ke petang tu i balik, baruuuuu laaaahh dia nak senyum. Tu pun lepas i dah pujuk angkat dukung-dukung.. baru nak ketawa. Perangai sangat kan? Naseb baru setahun... layan je la.. so lesson la lepas tu tak de dah keluar sembunyi-sembunyi or kalau nak tinggal kan dia make sure bawak dulu round-round naik kete or moto dalam kawasan taman rumah tu lepas tu kate la kita ade work to do pia kene tinggal dengan nenek.. pia tak boleh ikut..kalau pergi jalan mama babah bawak ok? Kalau dah terangkan macam tu ok dia paham and tak merajuk/nangis dah lepas tu. Dia tau antara keluar pegi work atau keluar urusan lain.. huhu kalau pegi work tu pagi-pagi takde pun masalah..ni kalau keluar untuk urusan lain memang tajam je la mata dia ke kita kadang sampai peluk kaki nak ikut. Huhuhuhu...

And satu lagi kes beberapa hari lepas pia baru bangun tido nap petang..(ni nenek la cerita kat i balik ye) Atok lalu la kat area dia tengah duduk tu..pastu atok tersepak benda..ye lah mata atok kan tak berapa nampak, pastu atok kata lah "pia atok tak nampak la...tolong atok bawak pegi toilet boleh?" tau tak pia bangun terus pegang jari atok dia heret atok die slow2 bawak sampai depan pintu toilet.. huwaaaaa nenek yang tengok pun kata touching moment sangat time tu... tak sangka sangat pia paham ape yang atok cakap and pia tau atok dia memang tak berapa nampak... i dengar time tu terus peluk pia..tak sangka sangat anak i dah paham macam ni.. eh tak salah kan puji anak sendiri? Ni i just sharing je.. sharing perkembangan anak sendiri.. no heart feeling ok? Biasa la.. time umur camni kan sel-sel otak sedang berhubung.. :)

Actually memang pia sekarang dah paham ape yang kita cakap... mintak tolong ambik kan remote tv pun dia dah boleh tolong, buang sampah dalam tong sampah pun dia tau kat mana nak buang, nak makan tadah tangan dulu baca doa siap mulut kumat-kamit baca doa, and kira memang dah tak boleh la nak cakap macam-macam depan dia kalau tak nak dia tau especially.. mengikut apa orang buat no 1!! Tu yang bahaya tu.. huhuhu im happy sangat untuk perkembangan pia. Walaupun cakap je la yang pia tak pandai lagi... hehehehehe 

Untuk pia moga pia akan jadi anak yang solehah.. takpe tak lawa tak comel pun janji pia membesar dengan sihat dan selalu dibawah lindungan Tuhan.. insya allah.. amiinn..










Gambar last haruslah mama nak enterprem! ;p  

Monday 19 October 2015

Chekup Mata Ayah (Katarak)

Assalamualaikum


Khamis dan Jumaat minggu lepas sepatutnya i apply cuti untuk balik ganu, tapi last minute cik wie cancel kata tak jadi balik on that date so i pun ambik kesempatan bawa ayah pegi chekup mata. Actually mata ayah memang dah ada masalah katarak ni dah lama yang paling ketara tahun ni la, mula-mula belah kanan je yang tak berapa nak nampak, lepas tu akhir bulan 8 haritu makin teruk and belah kiri pun dah makin tak nampak jugak. Kiteorang yang kat rumah tu dah berbuih pujuk ayah ajak pergi cek mata, tapi ayah tak mau. Alasan yang selalu ayah kata, nanti laaa..nanti laaa..nanti laa.. ok takpe kita biarkan aje. Susah rupanya nak pujuk orang tua ni kan? kadang sampai tersentap-sentap jugak lah, huhuhu.. 

Tapi akahir-akhir ni bila view ayah makin teruk, sampai kita yang tengok ni pun naik geram sebab ayah dah start meraba-raba dalam rumah, nak makan nak jalan semua benda ayah dah tak berapa nak nampak. Sekarang ni nak makan kene letak kan lauk siap-siap dalam pinggan, sedih tau bila tengok keadaan ayah macam tu. Bukan ayah jenis yang dah tak larat tu, kudrat ayah kuat lagi..cuma mata je sekarang problem utama dia. Gelagat cucu depan mata pun tak nampak dah, sampai tahap bila cucu nak salam capai tangan atok sendiri sebab atok tak hulur pun tangan nak salam.. :( sedih tau. Bila dah makin teruk ni akhirnya ayah setuju jugak nak pegi hospital, kalau tak nak lagi pegi tak tau la apa nak kata.. nasib ayah nak. I la yang pimpin bawak ayah ke hospital. Jalan pun kene pimpin kalau tak ayah boleh langgar apa yang ada depan dia.. :(

So pagi khamis 15/10 tu i bawak pegi klinik kesihatan dulu. Sebelum 7.30am dah ambik no. Dalam sejam macam tu masuk jumpa doc, memang kene bebel la dengan doctor sebab kenapa lewat sangat datang buat chek up? huhuhu apa boleh buat, dah tuan empunya kata selagi boleh nampak tak mau pegi hospital... pastu cek BP ayah, memang naik tinggi tak tau la ayah takut sebab nak jumpa doc ke atau ayah dah memang ada darah tinggi. Terus doc kasi tempoh dalam masa 2 minggu in between tu alternate date kene cek BP, lepas 2 minggu datang balik jumpa doc, kalau still tinggi ayah kene makan ubat. Then doc kasi surat referral letter untuk bawa terus ke hospital untuk jumpa doc pakar mata. Ok siap semua dalam pukul 9.00am. I terus bawa ayah pergi HAT Tunku Mizan. Sampai Hat Tunku Mizan around 10 lebih, orang kat situ adalah ramai.. ok bertabah je la kan, nak sihat kan? so tunggu..ayah pun ok je die takde la merungut ke apa mungkin sebab dah kene bebel dengn doc sebelum ni kot..hihi. 

Settled semua dekat Hat Tunku Mizan dalam 2pm lebih...alhamdulillah doc bagi operation date cepat, next month on 9/11 boleh operate belah kanan. Sebab doc kata memang dah terlalu parah, and buat sebelah dulu nanti bila sebelah dah ok baru lagi sebelah.. ok, takpe lah doc janji keadaan ayah saya kembali pulih, insyaAllah.. tapi kene datang semula esok nya on 16/10 iaitu Jumaat untuk buat bayaran and ukur kanta. Bayaran untuk kanta memang kene buat sekarang ni, untuk kes ayah fees dia RM742 untuk sebelah mata. 



Gambar ni merujuk pada hari Jumaat, datang untuk ukur kanta mata. Time ni ok je hari tu tak ramai pun orang, tak tau lah sebab Jumaat memang tak banyak appointment ke apa, ke kami yang datang awal? hehehe.. tapi best lah Hat Tunku Mizan ni, die luas so rasa lapang je.. 


So pada yang ada masalah katarak macam ayah i ni, or parents korang ke yang ada masalah macam ni, 1st bawak pegi mana-mana klinik kesihatan then dapatkan surat referral letter dari doc untuk further chekup dengan doc pakar mata dekat hospital. Lepas tu dapat lah date or next step apa yang akan doc bagi. Macam kes ayah i doc terus proceed operate sebab kes ayah i ni dah parah.. and prosedur ni untuk ke ke hospital kerajaan la..kalau private mungkin tak macam ni. Moga semua urusan ayah dipermudahkan, kiteorang semua nak atok sihat macam sedia kala..nak jalan2 pun sekarang takde mood sebab kesihatan mata atok macam ni, kadang atok tak mau join pegi mana-mana nak duduk rumah je.. insyaAllah lepas ni atok akan sihat balik and kita boleh plan jalan-jalan kan atok? atok belanje.. hihihi.. 

Dan.. tunggu lah 9/11 nanti untuk date operation. Doa kan semuanya dipermudahkan ya.. insyaAllah.. :)











Friday 9 October 2015

Bonding at KGB (Killer Gourmet Burger)

Assalamualaikum


Rabu lepas, eh memang tiap kali kalau nak lepak pilih rabu kan? coincident sangat, hehehe... kenapa bukan isnin atau selasa? ermm.. yang tu tak payah cerita lah, hihi.. So macam biasa la balik keje lepas magrib cepat-cepat siap ke bangsar. Risau kedai tutup awal je dalam kepala ni, nanti makan gelojoh-gelojoh tak feel.. 

Elok sampai bangsar dalam pukul 9pm tapi yang hazab adelah parking. Tu perkara biasa la kan, kata pun bangsar... eh tapi sebelum jumpa kedai ni gigih tau i dengan fiza turun kereta jalan masuk celah lorong carik dulu kedai ni, sebab dah pusing 2 kali area telawi tak nampak signboard kedai, nak pusing satu-satu lorong paham-paham la kan kete begerak macam siput, baik lah i dengan fiza turun jalan kaki pastu dorg yang lain pegi park kereta kat BV, gigih tau i dengan dukung pia jalan laju-laju carik kedai ni, hahaha sambil jalan sambil gelak, mengah hakak nok! Bila dapat jumpa kedai punya lah suka..hahaha masuk-masuk je terus cop tempat yang boleh duduk panjang-panjang mat saleh sebelah settle je makan cepat-cepat kiteroang tarik meja, tak tunggu waiter buat dah, buat macam kedai atok kita yang punya...hahahaha. 

Benda first i dengan fiza buat tengok menu, "za, portabello ni ape?" "jap-jap saye gugel" "ooo...cendawan la wak, cendawan besar ni" "waa...nampak macam sedap jeeee!" "ok jom order ni!" hahahaha.. yang lain belum sampai kiteorang dah pikir dulu awal-awal nak menu yang mane satu, kihkihkih.. pastu laju-laju tanye waiter tutup pukul berapa? "10.30pm mam" tengok jam, alamak ade 45minit je lagi nak makan, nak order. Sampai je semua laju-laju tulis menu suh cikwie beli. Konsep makan kat sini order and bayar dulu dekat kaunter later baru die hantar ke meja kita. 






Ni menu dia, price ok tak mahal pun. Burger dia memang meletop top top!! Seedaaaaaapppppppp.... sampai rase dah tak mau makan burger kat tempat lain. 






 

I tak ingat sorang-sorang punye order,sebab sampai je order masing-masing terus semua start makan and yang i dengar sedap nye sedaaapp... sedap betul burger dia. 



Le mummies and sisters. Sebelah kedai KGB ni kedai eat & me. Kedai jual dessert, next time nak try aritu tak sempat dah... :(







Lepas makan, kita ke dataran, kasi anak berlari-larian kejap. Memang kejap je pon sebab jerebu kan? 





Gambat last ni rase nak gigit je pia. Orang nak silang kaki, dia pun naaakk tapi tak jadi, kahkahkahkahkah.. sila cuba lagi di lain hari ye pia. Pastu kita boleh buat #gengsilangkaki muuaaahh! 




Bagi yang nak try burger kat KGB (Killer Gourmet Burger) ni, 
nah alamat dia :

KGB Bangsar
Address: 23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2201-1220
Opening hours: Mon & Wed – Thu: 5pm – 10.30pm, Fri – Sun: 12noon – 3pm, 6pm – 10.30pm (closed on Tuesday)








Thursday 1 October 2015

Quality Time - part 2

Assalamualaikum

Lepas kelam kabut turun masuk kereta dari kampung jepun kami terus ke area Colmar Village pulak. Eh tapi sebelum naik atas ni sebelum start mendaki Bukit Tinggi, korang akan dikenekan tol dulu tau, seorang rm13 untuk dewasa dan kanak-kanak 2-12y tak silap i rm7/8 seorang. Kalau tak bayar tak leh naik Bukit Tinggi, hahahaha... dalam kereta cik wie tunjuk kat i, die dah book bilik kat atas tu.. huwaaaaa best nye! Terus rase sebak, sweet nye laki aku ni, bini dia tahun ni satu ape pun tak plan untuk birthday and anniversary! :p 

So bila dah sampai ke Colmar Village kami round2 dulu.. sebab dedua pun first time kan, so kita round je la dari hujung sini ke hujung sana konon nak carik restaurant yang best2 sikit sekali hurrmm.. semua pun lebih kurang je. Menu tak berapa best, pasta ade tapi steak takde, pizza ada tapi tapi errmm biasa-biasa je. Harga memang la standard kan. Carik yang buffet pun start untuk dinner je. Yang ade lagi satu tu, die kate buffet tu tak leh bawak masuk budak? eh kenapa pulak? ke i yang salah dengar? ntah malas nak tanye banyak kali. Tah pape je tak leh bawak masuk budak kat buffet. Pastu round punya round masuk je la salah satu restaurant kat situ.. bila tengok menu, alahai..bosan nye semua pun ayam. Menu ala-ala kennys rogers je. Tapi tak sedap lah! Makanan sejuk! Dah lapar punye pasal makan je laaa.......kalau tau tapau food dari bawah, picnik makan kat atas ni lagi best, nasib tengah makan tu ade live band yang nyanyi2 ke meja, dapat la hiburkan sikit hati yang lara ni sebab makanan yang tak seberapa tu. So i request lagu birthday untuk cik wie, tesipu-sipu cik wie time tu pastu lagu congratulation untuk anniversary kami last sekali i request lagu Hero by enrique iglesias.. terhibur akhirnya lunch kami :) ade video, tapi i tak reti nak masuk kan kat sini, thehehehe... 





I lupa la nama kedai yang kami makan ni, lupa nak tengok nama kedai. Hahahahaha... sebab mata lebih tertumpu kat menu bila kat depan bukan nama restaurant.. :p Sofea tu mula-mula elok je dia duduk dalam pram, pastu bila dah bosan ngamuk nak keluar meh la duduk atas pangku mama..kedai ni takde baby chair, sodeh! Die nak duduk kat babah tapi i kata takpe lah, babah makan..sebab arini kan birthday babah... :)








Lepas makan kita sambung round lagi kat kawasan colmar tu.. pastu ade dance show tak silap i pukul 4pm lebih dah time tu, layan sofea tengok show kejap sebab die yang paling sungguh-sungguh siap menari atas kerusi pastu i cakap kat cik wie tak mau lah stay sini, boring la takde pape pun.. nanti malam lagi kita bosan tak tau nak buat ape. So cik wie kata dia pun tak kisah, ok lah tak yah stay, cik wie cek dekat bank duit booking bilik tak potong pun. Die booking dekat booking.com tu so selamat la duit....boleh pegi makan best-best nanti hihihi. 

Time balik, ambik kau jam gila dah kat hiqhway karak. Ini tak boleh jadi, cik wie ikut bentung masuk genting ikut batang kali, so selamat lah kami anak beranak dari terperangkap kat highway karak ittew.. 

Dalam kereta i sengih sorang-sorang..rasa happy sangat.. walaupun tak jadi nak stay kat Bukit Tinggi tapi bila sekali sekala dapat spend time macam ni dengan my small family rasa happy sangat sangat! Hilang segala letih stress yang kita duk hadap hari-hari tu. Thank you b, thank you untuk semua ni. Bukan untuk harini ni je tapi untuk semua. Banyak dah yang u korbankan untuk i dengan sofea, thank u so much b... we love u babah and happy birthday babah... moga babah selalu di bawah lindunganNya, diperluaskan lagi rezeki untuk b, diberikesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan b, jadi ayah yang soleh untuk anak kita and b adalah suami yang sangat sangat awesome untuk i.. *kesatayaqmata*








Nuffangs Adds