Tuesday 7 July 2015

Sofea dah SETAHUN!

Assalamualaikum.

Actually birthday sofea hari sabtu lepas 4/7/15, tapi tu lah takde buat apa majlis pun untuk my little missy tu sebab bulan puasa kan, macam terhad la sikit activity tu. Tapi kita bawak la dia buka kat luar and beli kan cake 2-3 slice hehe... nanti lepas raya insyaAllah nak plan buat birthday sekali dengan open house. :)   

Tiara Sofea now dah macam2 dia pandai, kalau cakap orang tu semua dia paham kalau cakap nak keluar jalan amboi sanggup tu skip time tidur sebab takut nanti orang tinggalkan dia. Nanti dalam kereta tak sampai 5 menet terus gone lenaaaaa! Bila kita say no, dont, danger dia akan paham nanti dia tak usik/buat slow2 dia tarik tangan dia, hehehe tapi ade la sikit nanti dia tunjuk muka tak puas hati. Takpun kalau kita marah terus nangis..alololo paham sangat la kalau orang marah tu kan. Cuma tu la jalan je tak pandai lagi, masih lagi dok meniti kalau nak bejalan, pegang la segala kerusi ke meja ke takpun dia tolak kerusi sambil bejalan, heeeeee penakuit sangat tau! Orang suruh lepas tangan bediri dia cepat2 duduk merangkak, hahahaha... 

Makan pulak alhamdulillah..memang selera la buat masa ni. Kasi je la apa memang dia akan makan, tapi tapi nestum tu dia dah tak mau ok. Eksen kalau suap nestum die luek kan je balik, kalau nak dia selera makan kasi bubur nasi ke atau nasi lenyek2 letak sup memang 2 mangkuk lah boleh settle! Hihihi.. susu pun ok je tapi sebab dia dah makan ni kan susu tu bila time betul2 dah lapar baru habis 8-9oz kalau tak dia minum 3-4oz je pastu tak mau dah. 

Bila anak dah besa sikit ni lega sangat-sangat.. malam pun dah tak kerap sangat dah nak bangun nyusu, kalau dia dah kenyang makan sebelum tu lagi la kadang tak bangun langsung direct je tidur sampai pagi. Tapi time tidur memang sebelum pukul 10, tak tau la memang dari baby time tidur malam sofea macam tu. Tak tau la kot dari dalam pantang i dah ajar bila malam je tutup lampu means time tidur kene tidur, so alhamdulillah sampai sekarang bila cukup time kita bawak masuk tidur dia akan tidur, bangun untuk menyusu je, cuma ade la dalam 2-3 bulan sekali je la dia akan bangun main2 kejap tengah2 malam tu tapi i dengan cik wie buat tak tau je nanti pandai la dia akan tidur balik. Maybe siang dia tidur banyak so kadang die terjaga kejap. Tapi memang jarang la sofea nak bangun tengah malam meragam, kalau sihat takde masalah memang malam dia ok.  

Syukur alhamdulillah sepanjang setahun ni, sofea memang tak susah sangat nak jaga dia. Cuma mula-mula tu la time dia 5-6bulan kebawah tu je yang kita macam tak cukup rehat sikit. Nangis-nangis tengah malam alhamdulillah ada berlaku tapi jarang...kalau sofea demam pun dia tak kan nangis cuma dia lembik and nak melepek je kat kita, time tu je la memang tak boleh tinggal.. kembung perut pulak tak silap i sekali je la dia kene. Time tu memang kesian sangat kat sofea semua cara kita buat dia tak selesa, tapi belum lagi la i tak tidur sampai subuh, time demam tu part lain la kan, itu memang kita parents kene keep cek dia punya suhu so memang tak boleh tidur lena, baby ni bahaya kalau kita terlena buat nya suhu dia naik kita pulak tak perasan aduuuiii itu la part yang paling i takut sekali. Yang penting set dalam kepala, anak akan membesar tak kira la dia cranky macam mana pun, sabar je layan..jangan give up, jangan mengeluh sebab if kita mengeluh macam kita tak besyukur pulak dengan apa yang Allah dah bagi, kan? so hadapi dengan tenang, banyak kan bertanya macam mana nak control/settle anak. Set dalam kepala ini lah progress untuk membesarkan anak, its normal untuk semua perents. Ceyyyy macam la teror sangat kan? tapi ni semua la yang cik wie ajar i cik wie memang husband yang best pasal anak letak la kat dia insyaAllah pandai la dia settle kan. Cik wie banyak ajar i. Tq husband! Nak handbaaaaaggggg....... hihi. 

Bila duk teringat time sakit contraction nak besalin kat sofea dulu i macam tak percaya je now dah setahun pun benda tu berlalu, rasa macam cepat nyaaaaa sofea dah besar. Tetiba rindu pulak nak rasa sakit tu, nak push baby..hahahaha krik krik krik. InsyaAllah if ada rezeki nak tambah lagi baby tapi biar sofea dah pandai sikit, dah pandai bejalan becakap ke kan sekarang ni dia sangat2 la manja tak puas nak bermanja dengan sofea lagi, hehehe tapi kalau rezeki tu awal i tak tolak...hihihi doa2 kan k. :) 



Benda favorite sofea, buat busyyuuukkkkkk. Muncong tu muncong tu giget nak? E! Geram!!



Now tengok sofea dah menurun muka siapa? hehehehe dari baby orang duk cakap sofea ikut muka babah dia, tapi aritu i dapat bukti kan bahawa sa nya sofea banyak menurun i jugak. Kah! Tamau kalaaaaahhhhhhh...hihi. 


To Tiara Sofea mama babah doakan sofea akan membesar dengan sihat, mendengar kata orang tua, hormat orang tua, kenal agama kita, mengikut perintah sebagai hamba Allah, dipermudahkan dalam segala perkara, dimurahkan rezeki, insyaAllah yang akan menjadi contoh terbaik pada adik-adik... amiinn amiinn.. 

Ya Allah kau lindungi lah anak kami dari bala dan bencana Mu, Kau pelihara hubungan kami, tanamkan kasih sayang dalam keluarga kami..amiinn amiin.. 








Nuffangs Adds