Monday 15 June 2015

Innalillah...

Assalamualaikum.

Ingat tak aritu i ade bagi tau yang ayah kawan i tengah kritikal kat hospital.. pada hari Khamis malam jumaat lepas kerja i dengan cik wie pegi ziarah, dalam pukul 10.30mlm acoy text bagi tau ayah dia dah tak ada.. Arwah dah hembuskan nafas terakhir pada malam tu.. 

Allah...sayu sangat hati ni pada malam tu, moga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. To acoy be strong & keep strong. Sungguh senang arwah pergi.. dan i percaya arwah adalah hamba yang sangat istimewa kerana di angkat pada malam Jumaat yang penuh keberkatan. Pada pagi Jumaat jenazah selamat dikebumikan.. cikwie sempat pergi dari sembahyang jenazah hingga ke kubur.. cikwie kata orang ramai sangat, alhamdulillah rezeki arwah.. 

-al fatihah- 


Thursday 11 June 2015

Doakan..

Assalamualaikum


Semalam i EL tapi pagi tu dah masuk ofis pun dalam pukul 10 something dapat call dari mama i kate jom la balik kejap kampung, makdik call nangis-nangis kate batuk nenek teruk kesihatan nenek 2-3 hari ni pun tak menentu makdik kate lagi balik la selagi sempat ni... So ape lagi cepat-cepat i call cikwie minta dia jemput i kate mama ajak balik kampung, and i terus call boss cakap nak balik ade emergency. Nasib boss kami memahami and tak banyak songeh terus kata ok.

So dalam pukul 12 lebih kami gerak lah ke kampung sampai sana dalam pukul 2 petang lebih, Alhamdulillah nenek masih mampu bangun lagi, cuma batuk dia makin teruk suara pun dah hilang-hilang, nak makan memang tak de selera, makanan pun bukan boleh yang sembarangan kene pilih yang jenis tak berminyak atau yang tak gatalkan tekak aje boleh makan, so bubur je la.. tu pun bubur kosong tambah gula. Letak ayam pun tak boleh, sebab ayamkan ada minyak die jugak..so connot. 2 kali dah bawak pegi klinik sedut lendir dalam tekak, tapi tu la orang tua kan tambah-tambah umur macam nenek i dah 80+ memang susah la nak recover, harap-harap nenek cepat sembuh..sebab nak kata nenek tak larat lagi tak jugak masih kuat bangun ke tandas ke laman rumah cuma naik turun tangga dan jalan jauh la tak berapa nak larat, masih kenal anak cucu cicit dia.. yang terharu nenek senyum bila nampak kiteorang semalam.. lepastu petang kakak i dari melaka pulak sampai so meriah la rumah nenek semalam, cucu cicit cucu menatu pun ada. 

Tapi i tak tidur sana pun, i gerak balik dalam pukul 11 lebih jugak la baru betolak.. nenek pun tak tidur lagi time tu happy kot kiteorang ramai-ramai kat rumah dia :) but kakak i & family memang berkampung la kat sana.  

Now i baru dapat berita sedih jugak, bestfriend i acoy ayah dia pulak warded dari semalam (actually dapat tahu semalam jugak time ontheway balik kampung dah warded) ..sebab darah tinggi. Tapi harini makin teruk pulak sebab dah koma tak jadi operation sebab darah dah merebak ke otak tiub saluran darah dah pecah, allaahh..lagi la terus rase kejung kejap bila baca berita dari jaja isteri acoy kat dalam group whatsapp tadi. Kejap lagi after office hour i dengan cikwie ingat nak singgah ziarah ayah acoy. Korang semua doakan ya harap semua takde pape.. pada nenek i dengan ayah acoy i harap dapat sembuh pulih sedia kala... moga kedua-duanya Allah panjangkan usia, Amiinnnn..  

Tuesday 2 June 2015

Cameron Lagi

Assalamualaikum

Hadoi la.. tak pepuas la kan naik cameron sampai sebulan 2 kali naik sana, hahaha...ni semua cikwie punya hal. Die kan tak dapat nak makn aritu kat big red strawberry farm..so sanggup ni time ontheway nak balik k.l dari kelantan aritu die panjat balik naik cameron..ikut dari gua musang..dekat je kalau ikut sana. Tapi nak turun tu letih la sikit.. 

Naik sana semata nak makan eskrem yang ade buah strawberry tu jer! Tah apa nama pun i lupe, time nak beli tu ingat lah, hehehehe... i order scon dengan teh. Sofea pun tumpang dua kaki makan scon menjerit bila kita tak suap, hahaha sedap! 




Aman je dapat makan time ni..tenang je rase sebab orang tak berapa ramai, haritu time naik public holiday jangan harap la nak dapat tempat pun susah. Teh tu panas berasap kejap je dah sejuk dah la time i sampai tu hujan renyai2, lagi laaa sejuk! 







eh sofea takut kubis ke? hahahahahaha... 


Snap gamba sikit kat farm situ pastu teruskan perjalanan balik..memang tak singgah mana2 pun, buah strawberry pun beli terus kat farm tu, murah nookkss sebekas besar rm10 je time public holiday haritu sebekas besaw rm14-rm17 orang jual, tamak eh korang time cuti naik kan harga melampau tau! Turun dari cameron tu ngam2 perut lapar singgah kejap kedai area Tapah, then sampai rumah dekat pukul 1. Pukul 2 baru tidur, esok isnin pagi masuk keje mata rabaaakkkk... hahaha. 







Monday 1 June 2015

Cuti 3 1/2 hari

Assalamualaikum

Hari khamis petang i halfday and gerak balik kelantan, balik rumah makcik cikwie ade wedding sepupu cikwie. Best nye...lame dah tak balik kelantan. Tapi tu lah cuti kejap sangat tak puas tau duduk sana.. ahad dah balik sini :(

Majlis tu ari jumaat khamis malam tak sempat nak attend untuk nikah, sebab kitorang sampai dah dekat pukul 2 pagi. Biase lah ade anak kecik ni memang kene banyak sikit berenti dengan tuka diapers, dengan nak begilir pegi toilet solat makan etc.. so tak leh tekejar-kejar kene slow and steady je haha.. 

So pagi jumaat kite dah siap2 terus untuk majlis, eh tak la pagi sangat dalam pukul 12 jugak la baru i bersiap..hehe memandangkan hari tersebut adalah hari JUMAAT so kene la tunggu lepas JUMAAT baru majlis mula. Kita bagi laluan la dulu kan untuk kaum lelaki tunaikan kewajipan diorang, yang perempuan orang kampung sana ade je dari pukul 11 dah ade yang datang makan..haha tapi kebanyakannya datang lepas solat jumaat la sebab pengantin pun datang pukul 3. Eh sana tak kisah tau u olls nak mula majlis bila pun sila lah.. pagi pun ada yang besanding tau. Nanti senang orang boleh datang sampai lewat petang, tak penat sangat. Sini kan fix 11am-4pm..so sana suka hati lah konsep dia selagi kau mampu nak sambut tetamu sila lah sediakan aje lauk, hahahaha.. 

Lauk pulak kat sana kalau kenduri mesti wajib la ade gulai kawah atau gulai darat. Lain tau gulai sana nampak macam kari tapi bukan kari. Kalau sini daging kita buat rendang kan? tak pun masak itam tu yang macam rendang jugak kan? sana tak, gulai daging adalah menu utama pastu baru la ade ayam acar ke ikan goreng ke ikan masin pun, pastu ade setengah tak masak nasi minyak die just masak nasi putih je. Konsep die tepulang mana-mana pun boleh aje hehe.. 



ni je la satu-satunya gambar pengantin yang i sempat nak ambik. Waktu-waktu lain kecoh dengan sofea. Tunggu die tidur je dah 2 jam, terus tak dapat nak tengok pengantin berarak, hukhuk



kemain sangat ni tau..nampak sepupu die duk usung botol ni die pun nak, tapi i takde la bagi die minum air tu just bagi die pegang je botol tu, janji senyap sudah. :p




waktu ni lah orang sibuk nak tengok pengantin berarak die pun sibuk, sibuk mengamuk nak tidur. Ape, naik bilik bukak aircond bagi susu settle tidur terus hahahaha.. terlepas mak die nak tengok pengantin besanding makan beradap nak ambik gambar dengan pengantin kat pelamin pun terlepas sebab terpaksa tunggu die kang tak pasal jatuh katil sape nak jawab? tidur boleh tahan makcik kecik ni, lasak... 

Last-last sampai kesudah i tak dapat tengok pengantin, petang baru sofea bangun, pengantin pun dah nak keluar pegi ambik gambar outdoor..jumpa malam tu pengantin tengah gosok periuk je lah..sob sob. Dalam pukul 10 i ajak cikwie keluar jalan-jalan PCB (pantai cahaya bulan) sana malam meriah sebab boleh lepak sambil makan ict uct sct eh macam-macam ct lah ade. Tau tak ape ct ct tu? hahaha ct tu Celup Tepung..segala haiwan ada tau. Best..sedap yang paling penting murah..hikhik.



ni yang i punya, ade ict (ikan celup tepung) sct (sotong celup tepung) dengan act black paper (ayam celup tepung). Udang i tak ambik sebab tah, malas nak makan udang nak kene kopas kulit i malas, hahahaha... ade kopok lekor jugak kita order, best nye makan..sebab nanti diorang akan goreng panas2 lepas tu makan tepi pantai malam2, angin sepoi-sepoi je.. aaa best lepak. Tapi dapat lepak pun kejap je la sebab sofea ade kan, kang selsema pulak so lepas makan agak-agak dah kenyang kita ca alif ba wau ta la...hehe 









Nuffangs Adds