Thursday 7 May 2015

Short Vacation - Cameron part. 1

Assalamualaikum.


Memang dah plan awal lepas pergi kenduri dekat ipoh sabtu lepas kita bawak MIL naik cameron. So by jumaat MIL dah selamat sampai kat k.l.. pagi sabtu kita gerak ke tempat kenduri, cousin cik wie kawin. Yang tak plan SIL i pun join sebab kebetulan husband dia keje so dia join sekali dengan kiteorang. Last i naik cameron time mengandung kat coyya tahun lepas, time tu dalam 4-5 bulan kot? masa tu tak stay sana pun just naik pagi pastu petang turun pegi sekali dengan family i.. kalini cik wie dah tempah apartment siap-siap untuk stay semalaman je. 

So by 6pm kiteorang dah statrt mendaki bukit cameron ikut simpang pulai, jalan smooth je petang tu sampai lah ke atas bukit sebelum brinchang. Sampai je dekat tengah-tengah bukit selepas lavender garden tu jem dah start. Hazabedah punya jem... dekat 5jam redah jem baru kiteorang dapat check in. Urut dada 90kali. Coyya time dekat ipoh dah start badan deda2 i buat2 cool lagi tapi bila hari dah makin gelap badan dia makin panas, ah sudah dah la tengah2 hutan daki bukit nak naik brinchang ni mana ada kedai or ape-ape kan? dah la i pun tak bawak spare ubat demam. Memang cool gila mak kau ni, so learn from mistake, take a lesson please ya all mummys pegi mana-mana yang melibat kan nak kene stay jauh-jauh sila pack up ubat demam anak. Senang if anything happen sumbat dulu ubat yang ada kan? nasib la coyya ni kalau demam dia ok je..tak merengek sangat tapi melepek je la dalam kete.. 80kali die bangun tidur bangun tidur minum susu tidur balik tapi kite tak jugak sampai-sampai tak lepas lagi duk mendaki bukit nak ke brinchang. 

Pukul 10 lebih kot tak silap baru kita dapat check in. Padahal kalau dipikirkan dari lavender garden tu ke brinchang 30menet dah sampai tapi disebabkan jem jadi 5-6jam atas jalan sesaja. Naik lembik masing2 duduk dalam kereta lama-lama.. MIL i berapa kali mengeluh dah. Sian kan? I dengan anak demam memang tawakkal je la.. jem punca dari pasar malam tu la..kan setiap sabtu dia ade pasar malam, pastu orang memang ramai public holiday kan.. tak tau la dari pelusuk mana sampai penuh cameron tu. Nak kencing pun berato lama.. tapi i sampai je brinchang terus suruh cik wie carik kedai beli ubat demam yang paracetamol untuk baby tu and cool fever dulu. But ubat demam takde la pulak untuk bawah setahun..cool fever je ade. Ok la takpe la pakai je dulu cool fever ni, bagi dia minum air masak banyak-banyak sebab badan coyya ni die macam kejap kang panas pastu die surut balik.. mungkin letih kot? By 12pm baru jumpa nasik. Gigil-gigil tangan suap nasik dalam mulut. Cik wie siap beli sup ayam, kejap je sup tu dah sejuk. Padahal time bawak naik apartment tu berasap-rasap lagi. Hujan pulak tu..memang menggigil la kite dalam apartment atas bukit tu. Oh kami stay dekat Crown Imperial court apartment yang belakang petronas brinchang tu.. selesa sangat rumah tu. RM400 1 malam. Mahal sebab public holiday comes weekend kan? normal price dalam 200 something je. :(



Berenti kejap ambik gambar dari luar 2-3 keping sebab nak masuk lavender garden ni dah pun tutup... die bukak 9am-7pm je tak silap if weekend. By the time kita sampai tu memang dah pukul 7 pun.. melopeh. 



Ade lagi tau gambar tapi tah kenapa tah tak boleh nak uplod, apasal eh? 

Lepas dah posing kat luar tu kita pun teruskan perjalanan..depan sikit je dari lavender garden ni la jem yang hazab tu start. Huwwwwaaaaa tobat dah tak mau dah naik cameron time public holiday, tak mau tak mau tak mauuuu.... :'(

Bila dah sampai tu besyukur gila.... syukur panjang lah sebab dah sampai. Abes sakit sengal-sengal badan duduk dalam kete lama-lama tangan pun lenguh pangku coyya. Ingat ringan ke skenet tu? Sian anak mama sampai demam hadap jem, penat ye nak tekan padle brek?


Hall sekali dengan dining area.. luas ruang dia. Tapi lantai mak datok sejuk gila... nak pijak pun rasa bercinta.  


Tv ada astro..but limited chanel. Die pakai njoi kot? alah nak bercuti sempat ke nak tengok tv? masuk rumah buat tidur mandi je pun..kan?




Ruang dapur pun complete ade fridge satu pintu & kuali boleh masak kot2 lapar buat cengkodok, hahahaha. Tapi tak guna puunn.... cattle je yang guna. 






Toilet ada 2. Satu dalam master bedroom satu lagi kat luar. 





Ni dalam master bedroom actually. Yang best kan setiap bilik ade 2 katil. Kat master bedroom ni 1 katil king 1 lagi katil single. 1 meja solek and ada wardrop 2 pintu. Gambar yillek lupa nak snap. :p 


2nd bedroom. 2 katil queen. Satu meja solek. :)


3rd bedroom. 1 katil queen 1 katil single. So best kan? kalau nak bawak sekampung pun boleh muat. Setiap bilik ada meja solek and wardrop. 


Gini la wardrop dia.. ok la kan? ade kipas jugak. Aircond memang diorang tak pasang. Bukak je tingkat bederu angin sejuk masuk dalam bilik. Dekat hall bukak sliding luas2 perrrrgghhh memang menggigil. I kan cuci botol susu pun tangan dah kebas2. Dekat sinki dapur takde water heater memang sejuukkk air dah la malam tu hujan. Grrrr... 



Lepas dah tawaf rumah i tidurkan coyya sementara cik wie pegi tapaukan nasik kat bawah kalau tak memang plan nak turun balik pegi makan tapi kenangkan hujan and coyya pun tak berapa sihat i tak mau lah turun. Bungkus je makan dekat atas. Coyya i tepek cool fever tukarkan diapers baju die semua buat susu terus lena makcik tu. Suka la dia tempat sejuk-sejuk ni. Time ni badan die dah kebah dah sikit tak berapa panas dah, legaaaa i. Sedang elok coyya dah lena cik wie naik dengan nasik goreng kampung and sup ayam. Menu yang paling simple sebab nak cepat dapat, kalau order macam-macam kang pukul berapa lah kan boleh nak makan time orang ramai macam ni memang tak boleh nak cerewet tang makan, makan je la apa yang ada janji kenyang tidur lena dah. 














2 comments:

  1. lamanye xmanjat kemeren..bestnye choyya dpt jenjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cameron makin maju dah ada shopping mall.. tapi jangan la naik time public holiday pack gilaaa.. nanti g bawak mek taaww...

      Delete

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds