Thursday 30 April 2015

Ciiirrr Biiiirrr (Cirit Birit)

Assalamualaikum.

Few weeks lepas, coyya terkena ciiirr biirr nih.. ade la dekat seminggu dia bery-bery and 2 hari masa cirit tu start coyya demam, tapi lepas dah 2 hari tu demam dah recovered tinggal bery-bery je lah. Bawak pegi klinik doc kate mungkin die terkena kuman...macam-macam punca kuman ni yang kita tak dapat kesan, mungkin dari makanan, botol susu yang tak di rebus/sterile betul-betul atau dari surrounding yang kita juga tak pasti..biasalah kadang budak nak membesar pun ye jugak, orang tua-tua kata die nak "ringan badan" sebab kan sekarang coyya dah mula bediri pastu meniti meja ke kerusi ke kabinet ke nak balaja bejalan.. so mungkin jugak salah satu faktor die terkena ciirr biirr tu.. Alhamdulillah coyya cuma cirr birr biasa takda muntah-muntah atau demam panas yang berpanjangan..air pun doc kata cukup so yang penting coyya tak dehydrated.. so doc just kasi coyya smecta untuk minum kasi kurang kan ber-bery tu..najis dia pun ok macam biji terung tak keras dan tak terlalu cair. 

Tapi i tetap tak puas hati bila masuk hari ke 4 bery-bery tu tetap la ada..satu hari termasuk tengah malam ade la dekat 3-4 kali coyya akan membuang. Lepas menyusu je mesti die akan membuang, yang tak larat tu bila tengah malam lepas die menyusu mesti akan memerut, alaaa...baru nak terlelap dah kene bangun balik tukar kan diapers. So i tanya-tanya la kakak ipar ade tak cara nak kurangkan baby bery-bery ni? Coz nenek (mak i) pun tak sure, doc pulak kata susu tak yah tukar, takde masalah and makan pun boleh bagi macam biasa, tapi tu lah kenapa la tak ok-ok lagi coyya ni.. then akak ipar i kata try tukarkan susu buat sementara dalam seminggu ke.. nanti lepas dah ok baby dah bery macam asal tukar la balik kepada susu asal.. Tukar kepada susu lain tu ialah susu yang ada tulis "tanpa lactosa" or "free lactose" kalau nak tau apa maksud "lactose" dalam susu bayi tu buleh google ye? hehe i pun tak ingat dah lepas baca haritu, mihmihmihmih.. 

Secepat kilat i text cikwie kata "babah pegi beli susu lain..beli yang ada tulis free lactose kat depan tin tu". Haaa..gitu la kan bila mak ni, risau tau anak duk bery-bery..kesian kat dia,walaupun doc duk kata ok.. i pun tak paham la doc tu ape yang ok pun tak tau! muntot pun pedih bila kerap bery ni mujur la coyya kulit cepat recovered bila dah merah letak cream nanti esok pagi dah surut.. kalau yang jenis kulit sensatif lagi la kesian.. kene air pun pedih, aiiieeyy ngilu pulak i bila membayang kan kulit baby yang tipis-tipis ni pedih. 


susu ni la yang i guna time coyya ciir biir tu, guna dalam seminggu beli tin kecik je.. Yup, its work! After habis setin kecik coyya dah ok..dah bery macam asal balik sehari sekali atau dua kali je. :)  Satu tin kecik RM28+ (manjaku price) so bagi yang ada masalah sama macam i, boleh la cuba tukar dulu susu mana-mana yang tanpa laktosa if dah ok, tukar semula ke susu asal. Tapi jika ada kesan alergic cepat-cepat jumpa doctor semula ok? biasa la budak kecik.. selalu buat parents panik hihihihi.. so jangan takut tau. 


Coyya minum susu ni since dia 6 bulan.. susu nan pro ni pun ok, jenis tak berbau kuat walau pun dah sejuk. Cuma coyya la dia mana nak minum susu sejuk, nak yang suam2.. bagi yang sejuk die tepis je botol susu T___T. Lepas ciir biirr tu dah ok senang dah hati i..boleh la kembali ke susu asal..bukan apa, susu nan ni bagus, coyya tak pernah sembelit, membuang pun tak meneran sangat.. and susu ni affordable bagi kemampuan i. Nak bagi yang lagi mahal tak mampu lah... yang ni pun sekotak 750g RM60.75 (speedmart price) kalau dekat manjaku RM61+ tak silap.. coyya guna sebulan 4 kotak. Seminggu sekotak RM60.75 x 4 = RM243 sebulan..susu sahaja ya, belum yang lain? kayo tokey-tokey susu ni kan? tskk..tssk...tssk... :'( eh bukan nak bekira, cuma meluah kan.. jangan la kata anak kecik ni tak banyak belanja..kan kan kan? tak pa lah rezeki tu.. :)


  

  



1 comment:

  1. Alaaaa sian..sama la mcm qisya dulu..doc yg suggest tukar susu soya sementara tgh cirit..dh abis cirit baru bg blk susu lama..

    ReplyDelete

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds