Wednesday 25 February 2015

Tahan Dulu

Assalamualaikum.

Mood cuti tak habis lagi. I cuti dari hari rabu lepas sampai ahad, lame kan? rabu memang office kasi cuti so rabu dengan khamis duduk rumah tak kemana pun kemas rumah dengan belek skenet je. Hari jumaat sampai ahad kami kat peneng. Sekali dengan family i semua sebab cousin i belah ayah dapat orang sane..so berkumpul lah family belah ayah dari kelantan di peneng.. Best la kat peneng i pegi dulu time kecik time tak baligh lagi, hahahaha so now baru dapat pegi lagi sekali tapi tu la tak puas la kejap sangat kan. Nanti entry kat peneng i buat lain sebab now i tengah tahan sakit gusi, uwwwwaaaaa :'( :'( tak sesudah gusi hujung ni dok membengkak.. cepat la gigi bungsu ni keluar selagi tak keluar selagi tu la gusi ni dok on of on of je sakit nye. Tapi i saspek sebab i tak cukup vit c la...punca nya i sakit tekak hari isnin aritu lepastu terus gusi ni membengkak..tu lah bila pegi holiday supplement pun holiday sekali dengan cuaca panas baq hang dengan tak cukup tidoq dengan asik togok air sejuk je ni lah akibatnye hambek kau! Hewhewhewhew... 

Nanti i cerita pasal kat peneng pulak. Boleh la..walaupun pegi tak lama tapi ok la dapat la jugak pegi 2-3 tempat and tau la selok belok pulau pinang tu sikit-sikit..nanti next time nak plan pegi lame sebab banyaaakkk lagi tempat tak sempat jejak yer lah kate pegi sane sebab nak attend kenduri kan..tak kan orang kat tempat kenduri kita nak bejalan..hehe. Pape pun peneng best! 


Friday 13 February 2015

Humble chef

Assalamualaikum..

Ni tah la tak tau bile punya cerita..huhu tapi nak jugak share (sebab ni blog i) pegi makan kat restoran yang murah tapi makanan sedap. Kite pegi malam.. memang ngam2 time tu waktu dinner. First time jugak sebenarnya i makan kat situ. And tak silap dulu diorang punya kedai konsep lori begerak tu kan? now dah ade restoran pun.. Ok konsep restoran ni senang je u pegi order dekat kaunter u nak makan ape minum ape, bayar sesiap lepastu nanti die kasik nombor u pegi la pilih nak duduk mane2..lepastu nanti makanan dorang akan hantar ke meja u all... 

Makanan kat situ semua sedap-sedap. Lepastu murah, murah yang macam mane tau? murah die sepinggan pasta hanya RM5! yeee... 5 ringgit je sepinggan..air pulak tak ingat harga berapa tapi hanya air yang biase je la ade takde la air yang pelik-pelik atau air buah. Ke ade jus i tak ingat. Hahahaha... Menu kedai tu actually tak banyak pun..memang menu utama dia is spaghetti la.. lepastu cuma ade la hari-hari yang die ade buat special menu of the day yang bukan tiap-tiap hari ada. Tapi menu spaghetti tu memang sentiasa on. :) 

So i order spaghetti chiken carbonara, cik wie order lamb oglio olio and adik i order chiken bologness...lepastu kita tambah roti pita tak silap i chiken kot and cream brulee... semua spaghetti tu boleh pilih nak lamb chicken atau beef. Roti pita pun sama jugak boleh pilih nak daging ape. Kalau korang pegi time perut memang tengah kosong confirm kene makan 2 pinggan sebab kenyang die nanti just nice je, hehehe atau pun korang order macam i ambik side dish tambahan macam roti pita tu.. tapi sadly masa kiteorang pegi tu menu yang special macam lamb chop, shepherd pie, pan fry chicken tu dah habis...eh ke tadek? i lupa tapi yang pasti malam tu takde la..tu yang semua order spaghetti je tu. 



Hujung tu chicken bologness, lepastu chicken cabonara and depan lamb oglio olio yang dalam bungkusan tu roti pita.. :) portion yang just nice. So takde la istilah tak kenyang cuma ye la kate humble chef kan? dah la murah nak ape lagi? kalau tak cukup sila order siap2 2 pinggan ye. hihihihi... 



Eh skenet ni ade je dia... 




Dari dekat lamb oglio olio...ini je sempat snap hahahaha yang lain tak dan dah sebab dah ngap dulu!




Oh lupa....ade lagi satu kita order, kita order egg ape eh? die bungkus je dalam kertas minyak tu jugak.. tak ingat pulak nama alaaahaaaiii ini lah masalahnye bila ingatan dah tak berapa nak kuat lepas ade anak kecik ni abis semua ingatan dah takde..hahahaha ammpuunn!



Nasib tak penah lupa kat skenet ni. Kalau mama lupa abis la.... mesti dah tertinggal merata-rata dah die..hahahahaha



Plaza Damansara (Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara), 50490 Kuala LumpurKuala Lumpur, Malaysia.
(pic taken at google)


Nah tu alamat dengan gambar bahagian luar restoran hamble chef. Kalau bile2 rase nak tukar selera ke saje nak lepak2 sambil makan yang lite2 boleh la pegi sane.. :) 









Perginya TGNA

Assalamualaikum..

Semalam 9.45malam berita kehilangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah kembali keRahmatullah di sebarkan.. Dijemput di malam yang penuh barakah oleh penciptanya.. sebak..sebak sangat hati ni. Walaupun tak pernah kenal rapat dengan Almarhum TGNA tapi tetap hati ni rasa dekat je dengan beliau. Beliau dikenali seorang Ulama yang sangat lembah lembut ketika berbicara dan jarang meninggi kan suara jika berkata-kata.. Allahuakbar mulia sungguh hati beliau..  I pernah dengar rakaman ceramah dia, lembut sangat masa beliau beri ceramah..bahasa yang digunakan pun sangat-sangat berkias..ntah lah bila kite dengar die berkata-kata rasa dekat sangat penyampaian dia tu rasa terus melekat kat dalam hati..

Harini ini seluruh warga Malaysia merasa sedih dengan kehilangan TGNA.. Sakitnya hati ni bila kita kehilangan seorang Murabbi..bagaimana dulu ketika para sahabat kehilanganmu Ya Rasulullah? Allahuakbar..tak akan ada penggantimu TGNA.. Pemergian TGNA adalah satu kehilangan besar untuk Malaysia..Perjuangan & pengorbanan beliau akan dikenang & diingati sebagai satu sejarah tanahair. 

-Al-fatihah-










Monday 9 February 2015

Mula-mula diri sendiri lepas tu untuk semua pulak :)

Assalamualaikum.


Sebelum ni kan i ade cerita yang i dah jatuh cinta dengan produk ephyra kan? so i nak bagi tau ni kalau korang nak beli ephyra dari i pun boleh. Hehehehe... i baru lagi berjinak-jinak dalam bidang jualan online ni.. so kalau ade sesape yang nak stock up atau nak try ephyra boleh la contact i ye. Ni email i kquena1@gmail.com  boleh email i if korang nak order ephyra nanti. Harap-harap ade lah yang support i :) 

Harga? insyaAllah i akan bagi best price pada semua. Harga promo pun i ade jugak :) i sebelum ni memang tak pernah consume mana-mana produk yang berasaskan collagen ni. Memang i ni jenis pemalas nak cuba atau nak ambik produk kesihatan. Kalau supplement pun i culas2 kadang ambik kadang tinggal macam tu je. Time mula-mula beli je bersungguh la dok tala vitamin tu lepas seminggu hurrrmmmm confirm botol vitamin tu yang tengok i balik kekeke :p sebelum ni pun supplement i just ambik yang biasa-biasa je macam vitamin b complex, vitamin c tu je. Itu pun brand yang biasa ade macam brand blackmores tu yang biasa orang makan tu kan. Tapi after kawin i jadi pemalas gila nak amalkan supplement. I stop ambik semua supplement dah kawin aritu kahkahkahkah...sebab? malas..yess malas. Plus i pulak lepas kahwin alhamdulillah dapat rezeki mengandung awal so sebab tu jugak i dah tak ambik vitamin yang macam tu semua. After bersalin i tak tau lagi pasal produk ephyra ni. I cuma dengar2 gitu je so masa dalam pantang tak de la nak cuba ke ape. Lepas dah start keje lepas pantang baru i try beli..hasrat pertama ialah sebab nak tambah susu badan sambil tambah kan vitamin dalam badan sebab badan i lesu sangat bila nak bangun pagi. Hasil nya memang mujarab susu bertambah 3-4 bulan i gigih mengepam dekat ofis, memang betul ephyra dapat menambah susu ibu. Badan pun jadi lebih cergas, dekat ofis dah tak de dah rasa letih2 lenguh2 badan..yela tidur mana nak cukup kan kalau anak kecil ni. Yang i suka lagi is kulit tumit kaki dah tak kering dan pecah macam dulu. Bukan nak kata macam-macam losen i letak kat tumit ni tiap pagi malam sapu tapi takde nye kurang sama je...but now dah ok ye, takde dah kulit tumit tersangkut pada selimut.. huhu. Lepas tu i tak timbang lagi berat yang i tahu lepas pantang berat i 69kg! Then after 2 bulan i timbang semula, nak melompat rasa bila tengok jarum dekat penimbang tu bila berat turun jadi 62kg!! Huwaaaa...happy nya rasa masa tu... berat turun banyak sangat..bayangkan berat sebelum mengandung pun dah 66kg now dapat 62kg, gila tak gembira??!! hahaha... i tak diet. Memang takde dalam kamus nak diet..haha pantang makan pun takde pantang jumpa lagi ada..haha i memang makan macam biasa je cuma minum ephyra sebelum tidur. Now i nak maintain kan berat i and kalau boleh nak kurus lagi tapi cik wie kate dah la cukup la kurus macam ni..nanti nampak macam keding sangat pulak sebab tinggi i 170cm so b.m.i i memang dah ok. :)

Sebab tu i sekarang nak ajak semua jom la ambik ephyra sebagai supplement tambahan badan kita. Husband i pun sekarang consume jugak, die dulu jangan harap la nak ambik mana-mana supplement ni sebab dia kata die tak nak bergantung pada ubat. Tapi i cakap pada dia, badan kita ni makin berusia cik abang ooiii..kereta pun 3-4 bulan sekali kita hantar service ini kan pula badan yang hari2 kita duk lanyak lagi la perlukan vitamin tambahan betul tak? after die dah try and dah rasa sendiri perubahan dekat badan yang mana die dah tak de rasa letih sangat bila bekerja lebih masa, malam pun boleh lagi buat kerja dekat rumah yang cik wie paling suka sebab kulit muka dia dah makin licin parut jerawat pulak makin hilang kulit dah tak berminyak itu yang dia yakin dengan ephyra..hehe. Dah sekarang suami isteri kat rumah tu memang ambik ephyra je sebagai supplement tambahan. :)

Sebab tu i berani nak jual ephyra. Sebab i yakin produk ni bukan produk yang biasa-biasa die ada khasiat yang tersendiri. Kalau tak bagus i pun tak akan nak share dengan orang. Lebih baik i terus kan aje makan supplement biasa yang i makan dulu walaupun kesan nya tak lah banyak mana setakat nak kasi badan hilang letih sikit je tapi kulit kuku rambut kene ambik supplement lain, lagi banyak belanja. Tapi sebab ephyra ni banyak khasiat dan untuk semua kuku rambut kulit semua sekali dah ada dalam tu jimat dan mudah semua dah ada dalam 1 sechet, lagi-lagi bila dah terbukti sendiri pada i itu yang i share and nak jugak koraang rasa perubahan nya. :) 

Pada yang berminat nak cuba atau yang nak stockup ephyra dengan harga pasti berbaloi boleh email pada i di kquena@gmail.com masa tengah sihat ni la kita jaga kesihatan, nanti bila dah uzur tak guna dah semua ni..kesihatan yang utama jangan kita lupa jaga kesihatan pun adalah satu ibadah kan? hehe.. ;) 






  

Nuffangs Adds