Thursday 15 January 2015

Sebelum & Selepas

Assalamulaikum :)

Dalam hidup ni mesti ada sebelum dan selepas. 2 benda yang selalu berkait rapat dengan lumrah kita kan? Semua orang pun akan ada benda ni yer lah tak kira la apa2 pun sebelum & selepas kahwin la sebelum & selepas dapat anak la sebelum & selepas beli kereta la even sebelum & selepas makan pun ada kan? hahahahaha...tapi harini i nak cerita pasal sebelum & selepas kahwin..ofcoz itu adalah benda yang paling besar and paling banyak perubahan dalam hidup. Its normal but bukan semua orang sama right? :)

PERGI BALIK KERJA.

Sebelum kahwin :- 

Pergi balik kerja sendiri. Kecuali ada masa yang kita nak dating tu dapat la balik berjemput...tu pun sebelum beli kereta dulu. Lepas dah beli kereta almost 95% pergi dan balik sendiri... T__T

Selepas kahwin :-

Now dah tak yah penat2 nak stress ngadap jem.. semua tu dah bertukar. Pergi dan balik kerja sekarang dah berteman dah tak emo sorang2 bila ngadap jem. Alah hadap jem pun dah tak selalu sebab now kita merempits, hahaha... cuma bila hujan je la kene berhenti berteduh kalau tak zooop zooop dah sampai office zoop zooop dah sampai rumah. :)

BERGADUH & MERAJUK.

Sebelum kahwin :- 

Kalau dulu bila bergaduh ke merajuk ke memang diri sendiri la pujuk.. kadang bila dah tak mampu nak pujuk diri sendiri sampai dah malas nak bercinta. Ade satu tahap tu rasa macam aaahhh malas lah nak kawin macam ni, dah kalau bab pujuk memang kene diri sendiri je. Nanti lepas kahwin ntah2 sama jugak. So seminggu lah tak bertegur sapa kadang dekat sebulan buat tak tau. T__T

Selepas kahwin :-

Gaduh tak pernah lebih dari 3 jam. Bila tak puas hati jer habis semua sembur keluar (itu i lah ngehngeh) lepas dah cool dah ok, boleh je terus tarik tangan ajak pergi makan. Kalau still merajuk bagi je anak confirm ok dah lepas tu hewhewhew.. nanti bab pujuk-memujuk pun slow2 je muncul...heeeee kire sekarang kalau gaduh dah tak seserius dulu sekarang gaduh2 bodo jer. Gila nak merajuk lama2 confirm i tak dapat nak shopping nanti kahkahkahkah.. :p 

CALL & SMS/WHATSAPP.

Sebelum kahwin :-

Peeerrrggghhhh ini paling hebat lagi2 bila hantar whatsapp, bila tau dah baca and takde respon rasa nak terbang je pergi tengok and jerit pahal dah baca tak reti reply hah?!! Call pun sama bila tak berjawab je mula la pikir yang bukan2 padahal baru call 2 kali -_- lepas tu confirm jadi isu. Padahal orang tu elok je duduk dalam jamban, nak reply tengah meneran nak jawab kang suare meneran keluar dah cane? hahaha...

Selepas kahwin :-

Call hurrmmm...kalau terdesak atau ade emergency je. Whastapp/SMS pulak dah tak de ape sangat. Whatsapp bila nak tanya suami dah sampai office ke belom? (sebab suami akan hantar i dulu) waktu makan pun kenkadang je tanye makan ke tak pastu yang paling penting sekarang bila and perlu nak kene whatsapp is time balik. Pukul barapa nak datang ambik i? and suami pun sama lebih kurang je sebab nanti kat rumah baru bukak cerita masing2. Haaaaa seee beze kan beze kan.... 

CEK HENPON PASANGAN.

Sebelum kahwin :-

Memang tiap kali jumpa je mesti nak tengok henpon dia. Cek satu-satu siapa dia call dengan siapa dia sms dengan siapa die duk berchitchat/pm dekat fb, ade gambar siapa delam gallery fon. Habis lah semua nya nak digodek.

Selepas kahwin :-

Nak pegang henpon pun dah malas ape kan lagi nak cek henpon. Banyak lagi benda nak buat dari nak cek sesatu benda dalam henpon suami. Kenkadang tak ingat langsung pun nak cek henpon suami. Tapi orang kate kene kan? bukan tak percaya tapi ambik langkah keselamatan...eh keselamatan mende nye? hahaha lantak lah. :D

BERSIAP 

Sebelum kahwin :-

Hoih paling lama dulu 1 jam ambik masa untuk bersiap. Mandi pakai baju make up pakai tudung semua lah.. lepas tu 20 kali tengok cermin 20 kali ade je benda yang senget or tak kena. Baju suke hati lah kan nak pakai cemana kan time tu tak de sapa pun nak complain janji puas hati. 

Selepas kahwin :-

Huwaaa...1/2 jam pun dah rasa lambat. Kelam kabut mandi pakai baju semua dalam masa 1/2 jam tu. Now make up memang jauh sekali lah.. tepek bedak anak je dengan lip balm tu je yang selalu. Sebab kalau boleh nak lagi cepat sebab nak kene begilir dengan suami pulak untuk pegang anak. Baju pulak kalau tak kene dengan mata suami habis lah kene sound terus kene tukar dan dan la kaaannn.... haha. 


Itu baru 5 je ya. Sebena nya ade 180 benda dah bertukar..tapi kang kalau list kan kat sini sampai esok pun tak habis. Ini yang i tulis semua yang biasa terjadi. Tak tau la pada orang lain? tapi i syak semua pon mesti sama je kan or ada la beze tapi tak banyak maybe? and bila dah ada anak pulak siap kan anak dulu tu biasa baru la mak bersiap..lepastu kalau mak pulak sebelum dengan selepas bersiap same je, berpeluh-peluh walupun dah pakai lelawa. Harharhar... tapi ini lah yang dinamakan kehidupan.. syok weyh!! 




No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds