Thursday 11 December 2014

Sebak

Assalamulaikum!

Harini ada dugaan besar buat sahabat i, sahabat karib sahabat dunia dan akhirat sahabat dari sekolah rendah sahabat yang telah banyak terima dugaan dari dulu harini dia ditimpa lagi dengan dugaan hebat dari Allah s.w.t sayang sungguh Allah pada awak nyu. Allaah...tak dapat i bayang kan keadaan i kalau i di tempat dia. 

Pagi tadi masa tengah siap-siap nak keluar rumah dapat call dari penyu, teresak-esak suara dia, sampai nak cakap pun tak cukup nafas. I suruh dia calm down, tarik nafas dulu lepas tu cakap ape dah jadi kenapa nangis macam ni? i thought something happens pada baby harraz sebab dalam beberapa hari lepas dia mengadu kater anak dia tak berapa sihat batuk-batuk sampai kene pegi sedut gas.. tapi apa yang i fikir salah rupanya suami beliau Olep yang dah tak sedar kan diri and dah berada dekat wad kecemasan zon merah hospital selayang..Allah..apa yang dah jadi?  Suami penyu terlibat dengan accident awal pagi tadi, dalam pukul 4.22 am dekat jalan bukit templer menuju k.l..tanpa fikir panjang kami terus pegi hospital selayang.. Sampai kat sana memang dalam kepala dari rumah duk pikir positive ingat cedera luar atau cedera ringan je sekali sampai sana dia kata zon merah 1st time masuk zon tu, bila tengok keadaan Olep, lutut ni rasa tak berdaya nak berdiri tangan automatic menggigil..tapi tahan jugak jangan kasi air mata ni jatuh sebab tak nak nanti penyu lagi down. So peluk2 penyu suruh dia jangan nangis..pikir yang baik-baik aja. Tak lama lepas tu datang beberapa orang kenalan family penyu kate dorang ada dapat gambar semasa kejadian ada someone yang ontheway pegi kerja snap kan pic.. rupanya Olep kene langgar lari pagi tadi, die actually nak elak lori yang berhenti tapi ada kerera or kenderaan yang laju and dah merempuh olep..olep tercampak ke tengah and dibiar kan, kes langgar lari!!! Memang tak selamat la orang yang langgar tu! 

Syukur masa kejadian tak lama kemudian ada polis peronda lalu kat kawasan tu sebelum tu pulak ada sebuah kereta berhenti and blok kan jalan supaya kenderaan lain tak merempuh olep Allah...bayang kan kalau hamba Allah yang ini takda? Olep dah pun berada di tengah jalan? Ok tak mau pk, sebak. Polis dan hamba Allah tu yang telefon kan ambulans dan dibawa ke hospital selayang. Masa hospital call penyu boleh pulak penyu tak sedar sebab dia pun tengah bersiap nak keluar pergi kerja kebetulan handphone pulak on silent mode. Dah separuh jalan baru dia dapat tau itu pun mak dia call kate olep dah berada di hospital selayang. Apa yang lagi buat i sedih pihak hospital kata olep masa sampai hospital masih boleh bagi telefon pada nurse/doctor bertugas and buka kan pin code handphone dia..Allahurabbi kuat nya olep! 

Tapi lepas tu doctor terpaksa bagi ubat tidur pada Olep supaya dia berahat sebab dia mengalami hentakan kuat pada kepala mata pun bengkak and sebelum tu dia dah muntah darah..darah masih bliding keluar ikut telinga masa kami sampai tadi, tapi takpa biar kan darah itu keluar dari darah membeku dalam kepala. Sebab tu doctor tak nak olep tidur tak mau otak dia bekerja, tengkorak dia pun ada krek sikit and otak pun begegar kata doktor. Tapi bila penyu panggil dia genggam kuat tangan penyu kaki pun gerak-gerak maknanya dia dalam keadaan sedar tak sedar.. tapi lepas tu i terpaksa tinggal kan penyu sebab nak masuk kerja, sambil tu diorang tengah tunggu proses nak pindah kan olep ke hospital sg.buloh sebab kat sana ada pakar otak.

Tadi i tanya my girlfriends yang pegi hospital sg.buloh kate dorang olep dah masuk OT untuk oprate. Ya Allah..kau permudah kan segala nya Kau panjang kan usia sahabat kami, Kau bantu lah dia ya Allah.. 

Buat penyu (shahirah) awak tolong kuat untuk dugaan hebat ini. Jangan pikir yang tak baik..Allah ada..Dia baik..Dia sayang kita..Dia tahu apa yang terbaik.. kuat ye awak. I mohon pada yang membaca, tolong doa kan suami kawan i akan sihat semula jauh kan lah penyakit pada dia and agar Allah panjang kan usia dia..jasa semua hanya Allah yang dapat membalas.. 


Gambar keluarga bahagia Shahira & Olep with baby Harraz.. 

No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds