Friday 9 May 2014

KAWAN BAIK JADI MUSUH

Salam, hi!

Huhuhu sengaja biar kan semua huruf kat tajuk tu huruf besar. Sebab rasanya perkara ni macam common sangat kan kat sekitar kita. Yes bende ni dah pun terjadi kat aku. (dalam entry kali ni guna kan "aku" mungkin itu lebih sesuai) cerita ni bukan lah niat aku nak buruk-burukkan orang atau niat sebalik nya tapi niat aku nak share je nak cerita pengalaman berkawan aku 25 tahun ni tu je. 
Stay positive ya. :) 

Aku bukan nak cakap yang aku ni baik sangat or tak pernah buat salah kat sesapa. Tapi if ada orang tegur kesalahan aku tu, aku ok je try amik teguran tu sebagai pengajaran, lepas2 tu kalau boleh jangan ulang lagi bukan kalau boleh, jangan terus! Tapi ye la kita ni kan manusia..mana la tak terlepas buat salah, but lepas dah tersedar tu cuba cepat2 mintak maaf. Tak salah pun kan? Tak berat pun ayat mintak maaf tu untuk kita sebut, bukan macam kene pikul beras 50kg pun. Cuma tu lah ego, bila ego dah tinggi sangat dalam diri tu memang susah la memang akan terjadi la kes tunding-menunding jari untuk tutup kesalahan sendiri and tak nak mengaku kan.. 

Dulu kami memang rapat kalau kemana-mana mesti ber-7. Kalau time sekolah tu berlapan siap. Tapi lepas tu dua orang dah jauh kan diri sebab ade beberapa masalah and dah ade family lebih awal dari kitaorang yang tujuh ni. Itu takpa sebab kami pun paham and biasalah bila dah ade family banyak hal if not 10 orang kau hahaha.. lagi2 time tu tengah muda remaja eh aku tak cakap sekarang aku dah tua ya, cuma sekarang ni dah makin matang..kehkeh ;p so yang single mingle ni masih la teruskan dengan aktiviti masa remaja. Ke mana saje mesti bersama. Time tu memang kau akan rasa la yang donia ni kau yang punya.. bahagia sangat keluar pagi petang atau malam baru jejak balik rumah, tapi bukan pegi mana pun lepak kat rumah member2 tengok cerita DVD (sorry ya korang jangan otak kuning sangat, kami tengok cerita kelakar2 je tak pun cerita action dvd lucah memang tak ada) or lepak kat karoke sampai berjam-jam..haha, if tak pun pegi mandi sungai ramai2. Best wooo mandi air terjun ramai2.. hai kejap je bende tu semua dah jadi kenangan, cepat sungguh masa itu berlalu... 

Ok tu cerita masa time tengah happy2..time sedih pun ade..mana ada masa yang asik bergembira je..time sedih pun mesti la kene ade kan. Tapi tak suka la nak cerita bab2 yang sedih2 ni sebab aku memang jenis tak suka ingat bende2 yang sesedih nanti aku boleh nangis, hahaha.. so yang part sedih kita abaikan biar dia jadi sejarah and jadi pengajaran. Manusia biasalah bila dah buat salah baru tahu ape itu buruk apa itu baik kan.. lagi2 masa umur tengah meningkat naik. :) tapi persabahatan ber-7 kami tak lama..eh tak lama kebende dari sekolah rendah sampai dah habis menengah pun masih berkepit gak sesama dah keje pun still gak tak bepisah balik keje kadang sambung lepak pegi holiday sama2 kat pangkor, cuma pada tahun 2011 tak silap aku ade sorang yang dulunya dia memang kawan dengan kami tapi lepas form 3 dia masuk teknik. So jauh kan macam terpisah la kejap.. kami yang lain tak pegi memana pun sebab memang dah set dalam kepala malas nak masuk asrama nanti makan tak cukup pastu semua bende nak kene buat sendiri kalau duduk rumah senang cuci baju pun ade washing machine nak makan mak masak boleh tengok tv asrama mana ade semua tu, kahkahkah... ;p hazabedah sangat kan!! Eh berbalik cerita tadi, kan yang sorang tu terpisah sebab pegi teknik lepas abis sekolah dia stay jugak sana and 2-3 tahun lepas tu baru dia balik sini and stay sini betul2... so kate kawan, kawan lame memang suka la kan dia dah ade balik time tu happy dah sebab wow complete balik team kitaorang ber-8. Cam best nya dapat balik kumpul sesama.. macam2 balik aktiviti kiteorang bbq la ape la macam sebelum ni.

Tapi sayang...persahabatan yang ber-8 tu tak kekal. Kawan kiteorang yang balik dari teknik ni buat onar..ade la dalam setahun je kut dia balik tetibe team kiteorang jadi kucar kacir.. tah apa ilmu yang dia bawak dari teknik dulu pun aku tak tau. Tapi ape yang masih aku ingat dia macam nak laga-laga kan kitaorang yang ber-7 ni. Memula dia tarik sorang dulu lepas tu tak lama dia tarik lagi sorang... sedih kan, sampai hati dia buat macam tu. Aku tak tau la tapi memang aku rasa dia lah punca semua ni terjadi. Sebab sebelum ni members group semua ok je, happy tak de cerita belakang2 tak puas hati macam biasa direct je, takde simpan2.. tapi tu la hati manusia kan mana kita tahu rambut je sama hitam tapi dalam hati kita tak tahu putih ke hijau ke biru ke.. so lepas dia berjaya buat onar member yang lagi 2 tu terhasut..and tinggal lah kami ber-5 sekarang ni. Bukan tak cuba nak berbaik, lagi pun masing2 bukan duduk jauh pun area2 rawang je..kira kalau pegi mana2 mesti akan terserempak. Tapi tu lah ego kan, yang benda betul pun jadi tak betul last2 kitaorang decide buat tak tau ja lantak korang lah. Rugi memang la takde rugi mana pun tapi nilai sebuah persahabatan yang dah terjalin lama tu tak sangka hilang macam tu ja, tu yang buat macam terkilan sangat. Tergamak seorang kawan buat macam tu pada kawan2 yang lain. Hurmm..manusia kan..what to say. As long we are happy now with our friendship walaupun hanya ber-5. Tapi takpa susah senang happy sedih tetap kami share sama2. Sorang nangis semua meraung sorang senyum yang lain ketawa terbahak-bahak. Hikhikhik.. love u all my bff. U know who u are.. muah! 

Pastu baru2 ni ada lagi sorang, tapi yang ni cerita dia lain sikit. Dia ni tak lah kawan bff kami dari dulu pun cuma kenal dia dari atas kawan. Kira A kenal kan kat kami si B. Ok lah..orang nak berkawan ape salah nya kan. As i said dulu aku ni memang semekin kawan pun, cukup la yang ber-4 tu kawan aku tu pun aku dah happy. Sebab senang tak pening kepala masing2 dah paham jiwa masing2 kan. Tapi yang si B ni memula nampak cam ok la sekepala cerita apa pun semua masuk, tapi tak sangka dalam hati dia tak sejernih yang kami sangka. Baru2 ni member kitaorang dalam group ber-5 ni ade la masalah dengan si A yang kenal kan B kat kami tu.. so kami yang lain macam lantak lah itu masalah diaorang biar lah diorang settle sendiri umur pun dah banyak pandai2 lah buat keputusan kan. Tapi tak sangka si B yang kami baru kenal tahun lepas tu dia pulak tak puas hati bila dapat tahu yang kawan kami ni gaduh dengan si A yang kenal kan B ni kat kitaorang tu.. cam B tak leh terima member dia si A tu gaduh ngn member kitorang la... haaa korang paham tak? paham? ke tak paham? kalau tak paham abaikan je, aku pun tak tau cane nak explain. Hahaha... 

Dah tak leh terima tu lantak lah kan. Tapi yang aku tak tahan nya si B ni mak aaaiiiii mulut boleh tahan laser dia. A yang gaduh dengan member kitaorang pun kira cam cool je takde la nak cakap itu ini maki hamun ke ape kan. Tapi yang B ni melampau sungguh.. mulut dia lagi teruk dari longkang. B ni kemain la lagi dok kutuk2 la perli2 la kawan kiteorang ni kat alam maya twitter la wechat la fb la.. macam dia pulak yang bergaduh dengan kawan aku tu. Heeee geram nya... last2 kami block dia. Senang meroyan la kau sorang2. Orang macam tu kita tak yah layan kalau layan memang makin menjadi perangai dia. Lepas dari insiden tu kitaorang tak kawan dah dengan dia. Eeeee tak sanggup aku nak terima lepas macam2 dah dia cakap pasal kawan aku tu. Gila ape tah orang macam ni kan. Orang lain yang ade masalah yang kau nak masuk campur pahal??!! Nyampah betul kalau kaum yang macam tu tau. Hati tu tak yah la busuk sangat..ingat apa yang kau buat kat orang lambat laun akan jadi balik kat kau.. patut la kawan semua tak lekat kat kau. Memang la kau kenal ramai orang tapi ramai jugak yang jadi musuh kau. Pfffffftttttttt....kalau ingat balik memang terbakar dada ni tau. 

So sebab tu la aku ni sampai sekarang susah nak rapat dengan orang yang baru aku kenal. Biar la aku just kawan gitu-gitu je dulu, biar la aku ni kawan ade 4 je. Asalkan tak de masalah, hidup pun happy je.. kawan sekarang ni ramai yang depan baik belakang keji-mengeji. Nauzubillah sangat... syukur la dengan apa yang ade ni. My bff dengar la aku sayang korang..aku tak sanggup kehilangan korang.. Cik ka, Cik za, Cik na and Cik nyu. Harap korang pun sama sayang aku, kalau tak sayang aku tu aku paham sebab korang tak lame lagi dah nak kawin jugak kan. Sebab tu tak sayang aku.. hahaha... ;p 




Love Quena!  






No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds