Tuesday 30 December 2014

Pray untuk mangsa banjir

Assalamualaikum..

Sedih bila kenangkan nasib mangsa-mangsa banjir.. banyak cerita kita dengar. Kadang terbayang macam mana kalau kita yang berada dalam keadaan mangsa banjir tu.. Allaahh..besar sangat dugaan Nya!

Tiap kali terbaca nasib mangsa banjir air mata ni bergenang je...aaiiiissshhh memang tak boleh nak bayangkan suasana diorang semua tu. Ada yang kelaparan kesejukan tak dapat nak minum mandi kencing yak semua dalam masa 1 minggu.. Lagi-lagi bila terkenang nasib anak-anak kecik warga mas yang mengharap bantuan.. aduhaaiii lagi la berombak dada ni bila dok membayangkan.. 


Sama-sama kita berdoa mana yang dapat tolong kita tolong lah seikhlas hati.. Harap mangsa banjir dapat bertabah mungkin hari ini untuk mereka esok lusa hari kita..who knows kan? (kuasa Tuhan) 
*tears* 





Wednesday 24 December 2014

Boss i GARANG!!

Assalamualaikum!

Untunglah ada setengah company bagi half day.. i kene la stay kat office macam biasa..sobs sobs. 

Tengok ni boss i garang tau i minta balik half day pun tak boleh ya. Uwwwaaaaaa...nagis di bucu meja!! kekekekeke 





Pada yang tak dapat half day tu kita senasib. Mari lah kita bekerja dan sambil tu dapat lah kita kayakan company kita...kakakakakakahhh 




Monday 22 December 2014

Emotional

Assalamualaikum,

Lately ni terasa macam tak best jek. Rasa macam iiisssshhhhh kenapa semua i?kenapa semua pun i? kadang terasa macam tak dihargai pun ada. Kita tau kita pun tak sempurna tapi kadang kita nak la sesuatu yang kita rasa orang sekeliling kita ni hargai la kita, happy kan la hati kita.. sebab now i tau hidup i dah berubah semua pun kene dulu kan my baby. Everything is my baby first. So mungkin sebab tu i terasa yang i ni asik pikir hal orang..sampai untuk diri sendiri dah tak rasa ade yang hargai.. tapi ntah la.. i dont feel it! 

Ape yang buat i happy sekarang ni bila balik jumpa anak, tu je. Takde rase ape2 dah. Rase nak sayang kan orang pun dah tak rase pape. So sayang je la diri sendiri lagi bagus. Duk pikir hal orang buat macam2 kat orang bukan orang akan balas macam yang kita buat pun. No bukan tak ikhlas cuma kadang dah rase letih penat dengan semua ni. So lepas ni pandai2 lah agak i tak de mood tu sila lah jauh kan diri before kene sembur.

Dah tu je nak luah kan. At least tak terbuku dalam hati ni. Pedih memang sangat pedih bila kenang kan balasan and layanan orang pada kita but life must go on, dah tak boleh nak patah balik. So now i just do what i need to do and the rest suke hati korang laaahhh....malas penat fed-up!

 


Wednesday 17 December 2014

Formula Milk Pia

Assalamualaikum!


Today kan rasa macam nak share pasal formula milk (fm) yang coyya consume selama ni.. Coyya start consume fm ni dari umur dia 2bulan+ tak silap time tu kan dah nak habis pantang pastu i pulak memang la memula beria buat stock susu untuk coyya berbotol-botol ade dalam frizer tapi knowing coyya ni jenis bukan reti sabar kalau dia nak susu time tu sila lah siap sedia kan terus jangan la dok buat lambat2 memang menjerit sakan lah dia so i pun decide lah siang kasi coyya fm malam baru direct dari i.. coz kesian la kat mama a.k.a nenek nya kalau tiap kali dia nak susu kene pegi panas kan dulu pastu coyya ni kalau dia dah merajuk adooii memang susah, memang dia tak nak dah menyusu dia akan nangis je..if kita lambat pujuk lagi lah. So daripada menyusahkan nenek nak panaskan susu nak pujuk sikenet tu lagi baik lah kita guna je fm ni.. dah la nenek pun tak berapa nak larat sangat nak terkejar-kejar kang kalau tetiba coyya meragam cemana? but memula tu memang dekat ofis i still pump stock susu nenek pun kat rumah if dia sempat die akan bagi coyya minum susu i cuma tengok lah cemana keadaan coyya agak2 dia ok boleh tunggu tu nenek cepet2 panaskan susu if dia tak leh tunggu tu memang susu fm jer lah yang nenek akan suap kan. Hah bab botol pun sama ya coyya masa mula2 dulu susah nak guna botol takpa tu nanti i buat entry lain. 

Time memula tu kami ade la try beli susu dumex dulac tak silap..kuikuikui kenkonon nak kasi lidah coyya try yang biasa2 dulu la kan.. sekali amik kau memang dia luek nye balik susu tu dia tak telan pun mengamok lagi ada. Dia tak nak minum..meleleh-leleh susu tu keluar ikut tepi huhuhu kesian anak mama..nasib time tu i ada lepas tu bagi direct feed terus sedut macam pirana, kelaparan u olls asal bagi susu tak sedap tu? cik wie pun try jugak rasa memang dia kata tak sedap la susu ni..bau lembu kuat sangat. Hahahaha patut lah coyya tak mo, ambooii pandai ye demanding kihkihkih..lepas tu nenek pun cakap ala beli la susu lain pulak..dulu kau pun mama kasi susu snow tu tau, ingat budak tak reti ke memilih? hihihihihi..so i pun beli la susu snow..harga dia pun ok la boleh mampu milik lagi la bagi kami laki bini yang bekerja ni.. kalau i tak kerja harus susu badan je coyya tu hahahaha... Hoi tak baik lah dengan anak pun nak bekira ke?? tapi yer lah lain budak lain peel and citarasa dia kan? lagi pun setiap ibu bapa mesti la nak yang terbaik untuk anak2 ye dak? 

Then kasi coyya susu snow tu Alhamdulillah...dia nak laju je dia sedut..licin ya. Masa coyya dalam pantang dia minum susu 2-3oz satu kali (still susu i direct/botol) lepas dah 2bulan+ coyya dah stat minum 3-4oz satu kali (dah mula campur/tukar-tukar)..so sekarang if dia betul2 lapar 6-8oz (siang sepenuhnya fm) selamber je dia teguk macam minum air ais lemon tea..huhuhu syabas beta syabbas!! Tapi memang dari dia kecik sampai lah sekarang ni...kalau dah petang je kan dia tak mo dah minum susu botol dia kan tunggu i balik and bila i masuk je rumah terus tangan terkepak-kepak suruh ambik dia (if dia tak tidur) and terus carik original puting lepas dah abis gian baru dia akan main2...hahaha lucu lah coyya ni. Tapi alhamdulillah sebab sampai sekarang malam coyya tetap nyusu dengan i, susu pun alhamdulillah cukup lagi untuk coyya. I pun tak fikir lagi nak coyya fully fm..and kalau boleh biar lah sampai dia setahun pun dia dapat direct feed dari i bila malam..insyaAllah.. :) 


Ni stage 1 now coyya kan dah 5 bulan lebih so i tengah fikir ni nak sambung kasi fm yang sama ke or nak tukar? i tak tau la takde idea.. aritu pegi tesco temenung dekat 20menet kat area susu tu dok pikir susu apa yang bagus untuk coyya. Ke nak continue je brand ni? harga dekat manjaku murah sikit dalam rm69.90 tak silap dekat tesco and lain2 tempat rm71-73 untuk 900g. 


Bagi i susu snow ni ok memang bagus. Sebab dia buat coyya aktif dia dapat kenal nama dia dari umur dia 3bulan+ tak silap masa tu kita panggil mencongak-congak kepala dia dok mencari sapa yang panggil then dalam 4bulan+ kot dia dah kenal if kita kata mana nenek? nanti terus mata dia pandang nenek, mana atok? terus zoooomm mata dia ke atok. So ok la kan? Dari dalam pantang until now coyya tak pernah lagi kembung perut atau sembelit, alhamdulillah..i tak tau lah sebab coyya sesuai dengan susu ni ke ape kan but besyukurlah dia memang tak pernah lagi kembung dengan sembelit 2 perkara tu la yang buat ibu2 semua risau kan?but percaya lah susu snow ni dia tak buat baby sembelit pun coyya popo pun smooth je.. and coyya punya antibody pun not bad..kalau demam pun insyaAllah tak pernah lagi lebih dari 3 hari, hari kedua dah kebah dah demam..and jarang jugak la coyya dapat demam selsema tu. Rasanya baru 2 kali kot coyya demam selsema, batuk pulak baru sekali and selalu nya demam pun sebab lepas cucuk lepas tu esok dah ok dah.. ni setakat harini ini la ye. Untuk lepas ni kita tak tau semua pun atas kuasa Tuhan... 

So susu ape pulak eh i nak bagi untuk coyya sempena dia dah nak masuk 6 bulan ni? jeng jeng jeng mari kita fikirkan.... -____- "




Tuesday 16 December 2014

Pacifier Pia

Assalamualaikum!


Phhhewwwww how times flies..kejap je coyya pun dah masuk 5 bulan, now dah pandai dah nak ajak main tak boleh la tinggal sorang-sorang..kalau i or cik wie tak layan abis la die jerit suh angkat dia..kadang tu ajak begurau paling dia suka main dengan babah dia la saper lagi kan? Kalau bab begurau dengan babah tak tidur pun takpe..tapi memang lah coyya ni kalau suruh babah yang tidur kan memang tak akan menjadi siap sengeh2 dalam buai ingat babah ajak main ke? orang suruh tidor die tesengeh-sengeh dalam buai.. nak mama jugak tidur kan..melainkan kalau dia dah betul2 mengantok that time u kira sampai 10 je terus lena..hahaha..


Coyya dah boleh berguling macam dalam cerita hindustan, suka main guling2 time tidur je (sebab jenis tidur lasak) tapi kalau time kita letak dia kat bawah dia lagi prefer main toys je dari buat aksi-aksi guling2 tu, malas. Yang die tau lepas dah bosan main toys, die akan jerit sambil angkat2 tangan suruh kita ambik dia ambbboooiiiii sangat kan! Abis bila nye nak pandai merangkak ni nak? kalau guling pun malas? 

Ok bab pacifier ni kan i tau kadang2 isu ni boleh jadi isu sensetif jugak buat mak-mak kat luar sana. Sebab ada yang cakap konon kalau pakai kan anak pacifier/puting ni nanti boleh buat anak kita jongang la gigi nanti tak cantik la..but takpa itu takpa i tak kisah orang nak cakap apa pun sebab i tau la ape terbaik untuk anak i kan? lain baby lain peel kan? I dah pakai kan pacifier pada coyya dari umur dia 3 bulan lebih kot? sebab time tu i dah tak sanggup bila die nak tidur je nak mesti die nak mengompel/nyonyot lepas tu tak nak lepas kene tunggu dia betul2 dah lenaaaaaa...baru die luek kan niple i. Haaa..bayang kan lenguh nya time nak tunggu dia betul2 lena tu... Bukan time dia nak tidur je tau die nak nyonyot tu tiap kali dia bangun nak menyusu memang akan lama la die akan melekap kat i, u oll bayang kan kalau dah 2-3 kali tiap2 malam dia akan bangun untuk menyusu lepas tu nak tunggu die lena and puas nyonyot baru nak lepas? uuuwwwaaaaaaa stress ye, kadang sampai tak rase ape dah badan i lenguh sebelah tau. 

And because of that i dah tak dapat nak tahan lagi and i pegi la carik pacifier untuk coyya time tu nak nyonyot 5 jam pun takpe nak..haha. Memula i try yang PIGEON punya brand, and i pilih yang jenis leper tu..yang ni memang leper takde bonjol2 pun kat depan dia jenis warna putih tapi coyya tak suka..mungkin tak best kot sebab bila i try pun rasa macam keras semacam jek so bila kita sumbat die luek. Kadang kalau kita try sumbat and dia fedup siap luek jauh ok kalau time dia baring tu sekali die luek puting boleh melantun sampai ke jari kaki jauh tak jauh die luek? hahahaha...




Lebih kurang macam ni la pattern yang i bagi mula-mula tu. Cuma yang i beli tu warna pepel gambar bunga..cute sangat bagi i masa mula2 beli tu terus rasa aaaaaa...gegel nya anak i siap pakai puting pun warna2 pompuan. Mesti ayu je nanti coyya...hahahah tapi tak pon dia campak je kadang kita nak sumbat die katip bibir rapat2 tak pon dia terus nangis melolong macam kene cubit. Sakit nya hati..hukhuk. :(

Then lepas tu i pun biar kan lagi habbit coyya yang bila nak tidur nak nyonyot tu..i bajet masa tu konon coyya tak layan kot puting2 kosong macam ni..mungkin dia suka nyonyot original puting lagi best sebab dapat air susu sekali..haha tapi i tau lah dia bukan minum pun susu dia saje je ngomel dalam mulut dia tu..kadang kan i rase tau die gentel2 dengan gusi tak pun kadang die acah2 gigit pakai gusi ooooiiii sakit oiiiiii time tu rasa nak tampar je. Tapi bila tengok coyya dah stim2 macam nak lene terus tak sampai hati...kuikuikuikui tau pun sayang anak?haha.. So lepas beberapa minggu i keep komplain dekat cikwie kate badan sakit la lenguh la bila nak bangun pagi tidur memang la tak berapa nak lena sebab bila coyya bangun nak nyusu je i kene la ngereng sampai 2-3 jam kadang i angkat dia atas badan i, kalau i terlena sampai tak sedar tup-tup tengok kepala coyya dah kebawah kaki kat atas perut i hahahahaha...sian anak mama. 

Then one day kita pusing2 dekat jusco pastu cikwie la die yang suka pegi belek2 barang baby ni suh i try kasi NUK punya brand pulak.. i masa tu cakap nak ke coyya ni? tapi cikwie kate takpe la..kita try dulu dari duk menahan macam tu sakit badan..kalau coyya dalam stroler pun tak mo tidur sebab tak dapat nyonyot kan walaupun perut dah kenyang. So i ok kan sajer lah..ikut babah la mana tau kot yang ni dia nak ke kan..so i beli yang nuk punya pacifier tu jenis ade bonjol kat bahagian depan puting warna coklat and lembut dari pigeon punya puting.. so balik tu i rendam dalam air panas kejap..malam tu lepas die dah kenyang menyusu and nak tidur i pun tarik slow2 badan i and sumbat laju2 puting tu and yess coyya nak!! Punya lah lega i malam tu..happy pun happy sangat sebab i dah boleh lepas ni after susu kan coyya dapat tidur terlentang pinggang pun tak akan lagi rasa nak patah bila pagi2..hahaha


Macam ni lah bentuk puting tu. Ade separa bonjol kat bahagian depan tu..and memang lebut dari pigeon punya. So masa beli tu dia ade 2 dalam satu set. Kira selamat la coyya nak nyonyot yang ni...kalau tak kuuuusssss semangat lenguh weyh!

Tapi kan tapi kan masa kiteorang nak beli tu kan takde pulak set yang ala2 gegel punya kaler or corak..yang ada kaler hijau and biru corak pun macam boys punya...tapi takpe lah nasib pulak coyya ni jenis nak tidur je dia nyonyot so takpe laaaaaa..and bila die dah lena tu plup die luek kan puting dia tu, but kalau kat luar or tangah jenjalan memang kene pakai kan rantai kat puting dia kadang atas dukung tengok dia dah lene pastu plup dia luek kan puting kalau tak boh rantai memang asik jatuh jela puting nyer. And dengan ade nye puting ni tidur malam mama tak lagi seperti dulu..hahaha bila die hek hek kita sumbat dulu puting ni kadang die lena balik tapi bila dia dah tak boleh nak berhenti hek heekk heek tu baru kasi nenen. Pastu dia cabut and sumbat balik puting terus tidurrrrr....hihihi. 



Selamat anak mama...selamat mama dah tak lenguh2 dah lagi nak ngereng tunggu coyya lena.. hihi. Takpa mama ok je kalau ini yang buat coyya selesa..mama tak kesah lagi pun tak semesti nya coyya nak nyonyot sampai besar kan? and sekarang pun coyya guna time nak tidur je bila dah lena coyya dah tanggal kan.. so if u are happy mama pun happy.. :) 

  

Monday 15 December 2014

Sharing is Caring

PESANAN BUAT SUAMI - JIKA ISTERI MENANGIS . . . .

Saya rasa ramai yang dah baca artikel ni di mana-mana. Tapi saya tetap nak berkongsi kerana ia bagus untuk renungan para suami khususnya. Sekurang-kurangnya ia menjadi peringatan dan muhasabah buat diri orang lelaki.
Wahai suami, bacalah dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Jika Isteri Menangis Dihadapanmu –“Hargailah ia Sebelum Terlewat”

Jika seaorang isteri menangis di hadapanmu…
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis….
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kau memkbiarkannya pergi,
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang dia sangat sayanginya…
Dia akan menjadi lemah!...

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyanyangimu
Dia akan menurunkan rasa EGOnya

Wahai suami-suami…..
Jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian
kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu,
sepanjang hidupmu
di saat kau terperuk terlalu dalam

Wahai suami-suami…..
Jika seorang isteri menangis keranamu,
Tolong jangan menyia-nyiakannya
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya

Saat dia menangis didepanmu…
Saat dia menangis keranamu..
Lihatlah jauh kedalam matanya
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya…
yang disebabkan perbuatanmu?...

Apakah keistimewaan perempuan ini?....

Disebalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat…..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN……
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang di cintainya….
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
Bagi kamu dan anak-anakmu…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa….
Dia TERHARU dan MENANGIS..
bila melihat KESENGSARAAN pada orang yang di kasihinya
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA bila melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih bila KEMATIAN…
TITISAN airmatanya bisa membawa PERDAMAIAN

Tapi dia sering DILUPAKAN oleh suami kerana 1 perkara
Bahawa ‘Betapa BERHARGAnya dia".


-ends- 

Thursday 11 December 2014

Sebak

Assalamulaikum!

Harini ada dugaan besar buat sahabat i, sahabat karib sahabat dunia dan akhirat sahabat dari sekolah rendah sahabat yang telah banyak terima dugaan dari dulu harini dia ditimpa lagi dengan dugaan hebat dari Allah s.w.t sayang sungguh Allah pada awak nyu. Allaah...tak dapat i bayang kan keadaan i kalau i di tempat dia. 

Pagi tadi masa tengah siap-siap nak keluar rumah dapat call dari penyu, teresak-esak suara dia, sampai nak cakap pun tak cukup nafas. I suruh dia calm down, tarik nafas dulu lepas tu cakap ape dah jadi kenapa nangis macam ni? i thought something happens pada baby harraz sebab dalam beberapa hari lepas dia mengadu kater anak dia tak berapa sihat batuk-batuk sampai kene pegi sedut gas.. tapi apa yang i fikir salah rupanya suami beliau Olep yang dah tak sedar kan diri and dah berada dekat wad kecemasan zon merah hospital selayang..Allah..apa yang dah jadi?  Suami penyu terlibat dengan accident awal pagi tadi, dalam pukul 4.22 am dekat jalan bukit templer menuju k.l..tanpa fikir panjang kami terus pegi hospital selayang.. Sampai kat sana memang dalam kepala dari rumah duk pikir positive ingat cedera luar atau cedera ringan je sekali sampai sana dia kata zon merah 1st time masuk zon tu, bila tengok keadaan Olep, lutut ni rasa tak berdaya nak berdiri tangan automatic menggigil..tapi tahan jugak jangan kasi air mata ni jatuh sebab tak nak nanti penyu lagi down. So peluk2 penyu suruh dia jangan nangis..pikir yang baik-baik aja. Tak lama lepas tu datang beberapa orang kenalan family penyu kate dorang ada dapat gambar semasa kejadian ada someone yang ontheway pegi kerja snap kan pic.. rupanya Olep kene langgar lari pagi tadi, die actually nak elak lori yang berhenti tapi ada kerera or kenderaan yang laju and dah merempuh olep..olep tercampak ke tengah and dibiar kan, kes langgar lari!!! Memang tak selamat la orang yang langgar tu! 

Syukur masa kejadian tak lama kemudian ada polis peronda lalu kat kawasan tu sebelum tu pulak ada sebuah kereta berhenti and blok kan jalan supaya kenderaan lain tak merempuh olep Allah...bayang kan kalau hamba Allah yang ini takda? Olep dah pun berada di tengah jalan? Ok tak mau pk, sebak. Polis dan hamba Allah tu yang telefon kan ambulans dan dibawa ke hospital selayang. Masa hospital call penyu boleh pulak penyu tak sedar sebab dia pun tengah bersiap nak keluar pergi kerja kebetulan handphone pulak on silent mode. Dah separuh jalan baru dia dapat tau itu pun mak dia call kate olep dah berada di hospital selayang. Apa yang lagi buat i sedih pihak hospital kata olep masa sampai hospital masih boleh bagi telefon pada nurse/doctor bertugas and buka kan pin code handphone dia..Allahurabbi kuat nya olep! 

Tapi lepas tu doctor terpaksa bagi ubat tidur pada Olep supaya dia berahat sebab dia mengalami hentakan kuat pada kepala mata pun bengkak and sebelum tu dia dah muntah darah..darah masih bliding keluar ikut telinga masa kami sampai tadi, tapi takpa biar kan darah itu keluar dari darah membeku dalam kepala. Sebab tu doctor tak nak olep tidur tak mau otak dia bekerja, tengkorak dia pun ada krek sikit and otak pun begegar kata doktor. Tapi bila penyu panggil dia genggam kuat tangan penyu kaki pun gerak-gerak maknanya dia dalam keadaan sedar tak sedar.. tapi lepas tu i terpaksa tinggal kan penyu sebab nak masuk kerja, sambil tu diorang tengah tunggu proses nak pindah kan olep ke hospital sg.buloh sebab kat sana ada pakar otak.

Tadi i tanya my girlfriends yang pegi hospital sg.buloh kate dorang olep dah masuk OT untuk oprate. Ya Allah..kau permudah kan segala nya Kau panjang kan usia sahabat kami, Kau bantu lah dia ya Allah.. 

Buat penyu (shahirah) awak tolong kuat untuk dugaan hebat ini. Jangan pikir yang tak baik..Allah ada..Dia baik..Dia sayang kita..Dia tahu apa yang terbaik.. kuat ye awak. I mohon pada yang membaca, tolong doa kan suami kawan i akan sihat semula jauh kan lah penyakit pada dia and agar Allah panjang kan usia dia..jasa semua hanya Allah yang dapat membalas.. 


Gambar keluarga bahagia Shahira & Olep with baby Harraz.. 

Friday 5 December 2014

Ponteng Kerja

Assalamualaikum!

Habis laaa....kalau boss i dapat bace tajuk ni confirm tahun depan gaji tak naik silap-silap kene berenti kerja teros kekekekekeke...tapi nasib leerr sape suruh kat ofis tu boring sangat, lepastu keje tak berhenti-henti (boleh pakai tak alasan ni?) so mendapat la kan..ape lagi kita ponteng je kerja ambik mc, sonang! harharhar...

Kisahnye gini..hari rabu lepas cik wie suruh i bawak kereta i sebab die nak hantar cat & polish kereta i tu dah pudar dah kaler nye..yang calar-calar kecik pun jangan cakap lah dah makin banyak jer eeeeiii tah lah ganas bena orang yang guna tu. Tapi tak de hal lah benda kecik je boleh settle...sebab kereta i selalu adik yang guna dia bawak pegi kolej..senang untuk dia ulang alik dari beranang tu..kalau naik public transport susah sikit area sana sebab macam kedalam..so amik lah dik kereta akak kau ni, kalau kat rumah pun tak begerak jugak sebab ade lagi kereta mama adik i yang lelaki tu and kereta cik wie so guna lah dengan sebaik mungkin ye dik, hargai lah ia sebagai mana kau menghargai kasut baju and beg2 mu...muahahaha!! Seeee..pemurah tak i? kasi adik i guna kereta? monthly i yang bayar tau? cepat semua cakap "kuna baik"...kihkihkihkih. Jadinya pagi rabu tu macam biasa cik wie naik motor and i drive kereta park dekat ofis cik wie plan asal nya macam tu la, tapi bila i sampai jer dekat ofis cik wie time tu hati dah rase berat je kaki pun macam malas je nak melangkah ke ofis so i cakap dengan cik wie i nak balik lah tak mau masuk ofis, kalau u nak join ponteng jom la i pelawa ni? hahahaha konghajo sangat kan ajak suami buat jahat? then cik wie kater die tak boleh coz die ade banyak keje nak buat that day so after teman cik wie brekfes kat keramat sape penah makan chopati keramat tu? haaa kat situ lah i brekfes pagi tu dah masuk 2 kali dah pegi situ sedap, ok ok lepas makan tu cik wie hantar i kat bustop sebab i yang rela tadi kan nak naik bas if cik wie tak boleh join i ponteng (walaupun dalam hati bedebanye lahaiii..dah berkurun kot tak naik bas) so memula cik wie nak hantar kat bustop jalan ipoh tu kat bt 5, sekali situ die macam was-was je nak suruh i tunggu bas situ die lajak kan sampai ke station ktm taman wahyu die drop i kat situ, tu pun laaameeeee die tunggu i kat bustop tu kikikikiki sayang jugak rupanya die kat i kan sanggup tunggu dah ramai orang baru die bla sambung kerja i pun tak lama tu bas ke rawang pun sampai bila nak naik tu mak aaaiii bedeba punya pasal terus duduk depan-depan ye tak pandang dah seat yang ada kat belakang tu, hahahaha..

After dah sampai rumah tu i pun macam ala boring la kan penat-penat ponteng kerja tak kan nak stay kat rumah je? so i ajak adik i keluar saje pegi window shopping bawak coyya sekali, skenet tu suka la dia kalau kita nak bawak keluar i tukar kan baju pun die dah suka kemain menggletis je badan die tau kite nak bawak die keluar, kemain suka. Kiteorang pegi JJ je...lagi pun dah lame tak kesana pastu i lupa widraw duit sekali kat sana atm cimb rosak yang ada pun mybank je ambik kau die punya beratur dekat 15 menet i beratur lenguh tau kaki orang pulak ramai cuti sekolah kan so ramai budak-budak remaja becinta keluar sambil tengok movie..tix movie murah kan hari rabuuu.. 


Sampai-sampai tu lapar, so cakap dengan adik jom try makan kat shushi king ni hooooooiiiii sedap rupanya nye kan? kesian i sebab baru 1st time makan kat shushi king selalu makan kat bawah ofis ni je shushi Q ke ape tah tu pun sedap jugak.. tapi yang ni memang sedap ok next time if dah bosan2 nak makan ape boleh bawak cik wie makan sini tapi nak ke dia? ah takpe nanti kita try heret...kehkeh


Adik a.k.a maksu dah makin gelap dah mana tak nye game netball tiap-tiap minggu dia join, pantang ade open games mesti die nak join orang tengah cuti sem katerkan... join la dik buang boring tu kan.. 



Masa tengah makan ni skenet tu dah hok hek hok hek nak tidur tapi bila i tidur kan tak mo pulak die tidur sibuk tengok maksu dengan mama nye makan dari dalam pram dah bising suruh angkat..pastu i umpan die tengok piring-piring yang bergerak tu diam pon hahahahaha...tapi mulut dia tak berenti tok kemam cap cap cap bunyi nak makan.. uiiisshhh awak next month baru leh makan ye coyya now baru 5 bulan. Alhamdulillah...dah genap 5 bulan dah coyya semalam.. 



Masuk dalam eon kejap nak tengok barang-barang sikit, tengok tu coyya tu dok layan ngantok serius je muka...tidurnya tak pun tahan je mata dia tu nak tengok keliling.. tapi time kat FOS i saje la masuk tengok-tengok kot2 ade seluar kerja yang murah-murah ke kan,coyya kat situ la die nak ngamok satu FOS tu dengar die heeeekk heeekk dukung tak kene itu tak kene pastu i suruh adik bayar kan seluar i tu i letak coyya dalam stroller i tolak keluar tak sampai 10 langkah dah lene dah skenet tu...haaiiiyyyoooo macam ini pun ada eh nak tidor tak leh berenti kan stroller.. saje je lawan mata kan? lepas die tidor tu fuuuhhh merata la mama dengan maksu dia merayap aman je..haha. Then kita tapau sikit subway and roti bakery kat JJ tu bawak balik..dah nak keluar JJ baru coyya sedar balik sebab nak susu..masuk kereta zzzzzzzzz....
  


Ni time dah nak balik tapi singgah klinik kejap ambik mc. Kekekekeke...tq boss sebab kasi i ponteng kerja, nanti-nanti i ponteng lagi eh. Bonus jangan lupa ye hujung bulan ni? :p 





Kuna turns 25 young!


Assalamualaikum!







Ini lah seorang wanita berjuang maut demi saya 25 tahun dulu
Apakah kini cukup kah saya membanggakan dia?
Tq maa untuk semua nya dan
Selamat hari lahir pada diri ini... 


Zuriat ayah mama
Isteri seorang suami
Ibu seorang puteri

Friday 28 November 2014

PAAAANNNGGGG kang!!

























Bila tengok balik gambar-gambar kat atas tu ade tak rase macam eh budak ni aku PAAAAANNNNGGGG KAAANNGGG!! hahahahaha.... :D






Thursday 27 November 2014

Celebrate Dua Orang Jejaka Cool

Assalamualaikum!

Punyalah lembab kalau babmengupdate sekarang ni kan padahal bukak je blog tapi bace hok orang lain punya, sendiri punya rase malas benau mau mengarang. Kahkahkahkah... arini baru dapat aura untuk buat story so mari lah bace story i yang dah di kepam dekat 2 minggu kot? nenenenenene...


Untuk bulan November ni macam biaser lah mesti ada punya celebration bufday untuk bff kiter, lepas tu mesti 2 orang belum lagi 3 atau 4 sebab yang lahir dalam group cool (nama group whatsapp sekarang nanti tak tau lah tukar lagi nama tu tapi yang kat dalam group tu memang jenis cool-cool puunn) untuk bulan November masih hanya ada 2 orang sahajaaaa seperti biaser acoy and sapik leerrrr saper lagiikk
....kehkeh ok tak lawak. 

So pada 16/11/14 lepas bertempat di rumah penyu (dah kawin dan mempunyai seorang anak sebaya coyya beza hanya 2 minggu and nama sebenar beliau shahira sedap ok nama tapi suka panggil nama manja dia lagi best) lepas magrib kita ada la buat makan-makan tapi jemputan haruslah yang ada dalam group cool tu je yang tadek ampun maaf dipinta sebab memang tak mau panggil sesapa pun sebab kater bff celebration kaannn..buat ape panggil orang lain? hahahaha konghajo sangat! 

Actually majlis konon nak buat petang tapi tah cemana hujan lepas tu ade la beberapa masalah teknikal biaser la setiap perkara mesti la ade yang kurang and lebih kan so stat la lepas magrib..preparation stat dari pukul 2 okayy..semanggat semua dok berperang kat rumah penyu seawal pukul 2 ptg, i jer datang lambat sikit lepas asar kot tak silap baru ke rumah penyu, eh i pun masak ok..i sibuk buat ketupat sutong dengan agar-agar merah sejati berahi lagi tau...bhahaha. After dah siap masak 2 menu tu baru i pegi pulak rumah penyu untuk tolong pape yang patut..tapi biaser lah bila ade anak kecik ni boleh ke nak buat keje sangat? tambah-tambah anak nye jenis tak mahu dengan orang lain yang die nak apak ngn mak nye je dah acane mak nye nak nolong orang lain? dapat ler tentolong sikit-sikit tu pun masa coyya tengah tidur 1/2 jam. Ha-ah coyya kalau nak tau die kalau siang tidurnya yang lena hanya lah 1/2 jam kalau kat rumah boleh la di buai-buai kan dapat la 2-3 jam tidur kalau tidur bawah ni memang 1/2 jam je la paling lama pun boleh dapat 1 jam melainkan kalau kiter tidur sekali peluk-peluk die nanti bobok-bobok sikit lene lah. Haih susah tau coyya ni penat mak die tok tawar-menawar supaya tidur lama tak mo jugak die lagi-lagi kalau kat rumah orang...hihihihihi eh ni citer pasal anak tidur ke pasal bufday party??

Menu malam tu kami buat stimboat u ollss...sedap melampau tau kuah tom yam stimboat tu cik ka yang masak menggigil mulut sambil hirup kuah..pastu ade nasi goreng berapi ade agar-agar merah sejati berahi ade ketupat sotong ade nugget and sosej goreng then ape eh? oh bihun tuk dimakan bersama kuah tomyam stimboat tu...addooiii sedap nyeerrr... slluurrpp!! Bahan-bahan hari sabtu i cik na n cik ka pegi beli kat giant and tesco kenapa 2 tempat? sebab kat giant bahan banyak tak cukup and ade yang mahal so ke tesco jua akhirnya..hahahaha.


ni ha segala menu yang ade sekali dengan bahan-bahan stimboat.. best nye makan..tapi yang tak best bila anak dah bangun terus potong tau..nasib dah sempat makan ketam besar tu udang tak layan sebab dah ade ketam. Huarhuarhuarhuar... 




All the rakyat jelata negeri cool...mane bufday boy nya?? haha jap i carik gamabr lain gambar banyak sebenarnye ya..tapi i is malas so ambik jer lah mane-mane2 pun same je..muka tu je jugak pon..hahaha


Haaaa..ni ha tu yang bawah belah kiri, yang ni je yang i dapat selamat kan yang lain malas lah nak transfer ade je tu kat dalam phone..haha. Happy bufday ye sapik & acoy..acoy dah jadi bapa sapik paling lambat tahun depan ye untuk anda tamat kan zaman bujang..if u orang terakhir apa lagi open table laaaaaa... ;p




Settled begambor kat main table, moh ler kite makan...sila pindah kan semua di bawah ye supaya senang nak makan. Yer la kan stimbot kalau letak periuk kat atas meja kang mesti ade yang tersepak wayer periuk tu kan so buat kat bawah selamat pun selamat senang pun senang hehehehe..makan sampai perut sengkak malam tu. Nasi goreng berapi tu dekat 3 gelas air i abis baru nasi tu pun abis nasib ambik sikit je nasi goreng tu.. ini semua keja si cik jaaaaahhh suke ye dapat cili kan mulut semuaorang? hahahahaha pape pun sedap sangat dalam dok sluupp sluupp tu. 

Lepas kekenyangan semua bergelimpangan carik port sebab nak layan Gegar Vaganza malam tu i jugak yang kene chow awal sebab coyya dah mengamuk mengantuk (ler sangat) pastu bila sampai rumah bawak dia tidur boleh pulak die ketawa haaaiiihhh menyirap je.. tapi dalam 1/2 jam cam tu lena dah coyya mane tak nye letih la dari pagi ikut mak nye ke pasar la pastu mak nye sibuk masak die dengan babah mane la tido lene sangat..hihihi. 












Friday 14 November 2014

Setiap Hari

6.00 pagi alarm bunyi 
Hari baru akan bermula
Cium umbun2 anak suami
Bangun buat apa yang perlu.

Bersiap pakai baju 
Ambik bakul kain 
Keluarkan kain dari mesin
Jemur

Bersolek nipis 
Pakai Tudung 
Dukung anak turun
Nenek ambil anak 

Cium anak 
Naik motor dengan suami
Sampai salam suami 
Kucup pipi dahi

Masuk ofis bukak pc 
Tenung email 
Print arahan 
Cari file angkat talifon
Siap
Balik

Keluar ofis tunggu suami
Sampai ambil anak dari nenek
Naik susukan anak 
Rendam baju anak
Mandi buat apa perlu

Turun makan
Kemas naik sapu ambil baju kering
Lipat susun dalam almari

Layan anak suami bercerita pasal hari ini
Gomol anak sampai puas 
Susu kan anak sampai tertidur
Minum suplimen
Tidur

Setiap hari. 






Dah nak habis tahun wishlist dah tercapai belom?

Assalamualaikum!

Kejap je dah nak hujung tahun balik kan? sedar tak sedar lagi sebulan lebih je nak tutup tirai 2014.. and getting older :'( eh tak tua pun tak tak age just a number tapi hati sentiasa muda okieess.. ;p

Ape wishlist korang? getting merried? getting anak? pegi holiday oversea? beli rumah? beli kereta? belanja atok nenek mak ayah adik beradik pegi umrah? ooooohhhhh... itu semua adalah impian saya dari dulu. Beli kereta dah tertunai 4 tahun lepas hihihihi.. syukur alhamdulillah..yang getting merried  and getting anak pun dah.. syukur Ya Allah hidup ku sudah sempurna dengan kewujudan 2 orang hamba Mu itu sesungguhnya aku lah insan yang paling bahagia dengan kehadiran 2 orang hamba Mu itu, terima kasih atas pemberian Mu dan rasa nya tak ada apa-apa lagi yang akan ku minta selain dari kasih sayang, dimurahkan rezeki kami sekeluarga dan dilindungi oleh Mu *blessed*

Percaya tak actually i tak pernah letak target or azam bila tahun berganti tahun. I tak pernah letak kan apa-apa harapan pada diri semua nya biar lah ia jadi dengan semula jadi and Alhamdulillah untuk setakat harini.. Yess terpulang pada individu kan semua ni, ada orang macam-macam wishlist dia bila tahun baru muncul, alhamdulillah kalau semua yang dia wish dapat eh ade tau yang wish and dapat.. memang dia gigih la kan lepastu kire rezeki dia la tu kan? pastu ade jugak yang penat-penat wish sekali satu pun yang dia list tak dapat..itu kita nak cakap macam mana kan kire bukan rezeki la tu..takpe cuba lagi next year ya! Jangan putus asa ok.

Abes yang jenis tak de wish or tak de ape-ape target macam i cane? kire i seorang yang memang tak de tujuan hidup ke ape? T___________T  Dulu masa belom kawin ari-ari sebelum tido dok berangan nanti nak kawin sebelom umur sekian sekian..nak ada anak sebelum umur sekian sekian..sekali amek kau haha tanpa di duga dan di jangka dah tertunai pun semua tu. Setakat wish macam tu i percaya alaaa.. potong jari la kalau semua pempuan tak penah pikir pasal hal tu kan..mesti semua pun penah gak pikir macam tu.. tapi tu lah kadang tu apa yang kita wish tak tentu semuanya akan jadi mengikut kehendak kita mungkin ada yang dapat tapi dalam 10 mungkin 1 or 2 je yang dapat kan? yang lain sama je semua hanya mampu merancang...kan? sebab tu i tak pernah buat apa-apa azam bila masuk tahun baru cukup lah di beri kesihatan yang baik di lindungi dari segala anasir yang tak baik dan dilimpahkan rezeki yang bergolek-golek kalau boleh.. insyaAllah..hihi.  

Teringat time sekolah dulu-dulu bila tahun baru je sibuk semua dok tanya ape azam kau tahun ni? azam azam bin? hahahaha... bagi i azam tu memang takde tapi impian tu ade. Azam tu bagi i kan mungkin terlalu berat.. impian pulak mungkin tu lebih sesuai sebab if azam kalau kita tak dapat kita akan kecewa kan lagi-lagi kalau kita memang betul-betul dah berazam untuk dapat kan tahun tu jugak, tapi kalau impian die tak kisah if tak dapat tahun ni its ok...try lagi next year or next next next year kan? betul tak? itu bagi i la..lain orang lain pendapat ye dak? buat ape nak semak-semak kan otak kita buat je yang mana termampu asalkan kita tau apa tujuan kita kan? 

I ucapkan tahniah pada korang-korang yang azam nya dah pun tertunai..(tahniah je la yang mampu nak adiah beli sendiri ;p) pada yang masih lagi tak tertunai azam nya ade lagi masa ni..jangan putus asa ok. Bagi yang confirm tak dapat nak tunaikan azam korang tu takpe lah..bersyukur je la dengan apa yang ada.. Hidup tetap masih diteruskan bukan nya kalau wishlist yang korang nak tu tak dapat korang tak akan dapat selama-lamanya or kene tembak dengan orang jepun kan?polis pun tak tangkap kalau azam korang tak tertunai.. itu maknanye kita kene lagi berkerja keras anggap je rezeki tu ada cuma lambat dengan cepat je..takmo sesedih ye. :) 

Moga tahun baru yang akan muncul ni dapat mengubah kita menjadi seorang yang lebih berjaya and maju.. Now kos sara hidup sekarang dah tinggi nak buat apa-apa semuanya kene plan betul-betul..so impian i kalau ade peluang i nak berniaga nak carik side income nak tolong family and ubah nasib family..eh nape tetibe jadi cerita sedih ni?? ok lah makin panjang i taip makin melalut dah jadi nye. So untuk korang Happy New Year in advance ye. :) Ingat daku dalam doa mu... heh???????  




Wednesday 12 November 2014

Hilang letih

Assalamualaikum!

Lately ni memang sibuk sikit, suasana ofis pun a bit clumsy lagi-lagi dapat boss yang very last menet person pheeeewwwwwww bertabah jer lah. Tapi arini dah ok back to normal...biaser macam ni la i kat ofis time ada kerja banyak memang kaw2 bz nye time tak de kerja haaa ambek nak melangok tengok movie pun boley hihihihi.. :p

Aritu balik kerja memang letih sangat sebab banyak kerja kelam-kabut plus bundles document pun boleh tahan la banyak penat giler turun naik pegi buat binding kat stationery store document pulak tebal-tebal adooiii nape lah hidup dengan law firm ni document kalau tak tebal tak sah?! pastu balik je sampai rumah memang badan nak carik tilam terus melepek, pastu cik wie pun muncul bawak skali coyya baring sebelah i memula tu elok je coyaa diam main sensorang sekali bila i toleh pandang muka dia terus dia sengeh meleret..alololololo anak mama ni pandai betul la ambik hati mama..terus cair hati tengok senyuman coyya tu terus ada tenaga balik untuk terus kan kehidupan, eh?? hahaha... ;p 



ini lah muka yang telah mencair kan hati dan batinku, terus dapat tenaga tuk belari 100meter!!

Pastu kiter pun join la coyya borak-borak atas katil...kemain sekarang boleh tahan ya die punya borak panjang..siap jerit-jerit lagi lepas tu bila dah penat jerit mengamuk nak susu sebab suara dah hilang tekak dah haus dapat susu kejap pastu sambung balik menjerit. Penat kite dok cakap jangan teran suara tu jangan teran..nanti tekak sakit..tapi ye lah baby kan mane nye paham selagi die galak dok nak menjerit selagi tu die dok teran suara tu soke ati lah nak.. hahaha 



masuk jari dalam mulut tu memang fevret. Air liur tu menjejeh dah pandai sembur-sembur buat buih kan abis basah baju tu...rambut i pun dah mula gugur last week dah tak tahan sangat terus cut short! hahahaha...ade ke bahasa macam tu? lantok lah kan..now rambut i dah pendek sonang dah kurang sikit rambut yang gugur tu bertebangan kalau tak penat nak vacum.. 


Yang ni malam tadi punya cerita. Semalam i jeruk coyya tak kasi tidur awal, coyya memang jenis malam tidur awal araound kul 9 tu dah tidur selalu nye..tapi semalam i jeruk die kul 10 lebih baru bawak die naik tidur kejap je dah lene pastu nak tegelak siap keluar lagi air liur basi, hahahahaha try tengok betul2 ade air meleleh kat pipi kiri tu kan? hihihihihi tidur dah macam ongtue penat sangat ker coyya?? 

Sebab ape i jeruk coyya malam tadi sebab kalau die tidur awal, yang buat kami tak tahan die akan bangun kul 4 pagi lepas tu siap borak-borak kadang siap jerit-jerit kalau takde orang nak layan die mama nak work la sayang...tak larat mama nak layan awak pagi-pagi buta tu tau. Selalu babah die la yang akan bangun tukar diaper layan die main kejap pastu bagi die letih kejap dah puas tu kasi tetep tidur balik..masalah nya kalau kite yang tua ni dah tersedar pagi-pagi buta macam bangun sahur tu tak ke nak tidur balik dah susah? adddddoooooiii tu yang bila kat ofis kang kul 3-4 ptg tu punya la mengantuk..sebab pagi dah terjaga awal kan.. T___T 





Monday 10 November 2014

YUNA - LAUTAN




I dah kene rasuk dengan this song. Mood replay all the day aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa love u yuna!....... ;p 

Friday 7 November 2014

Ada betul nya

Assalamualaikum!




Harini penuh dengan motivasi..tetiba i pun bertukar jadi seorang insan yang bermotivasi buat ape-ape pun macam nak tanam dalam diri "ok from now on kalau nak do something mesti kene gini mesti kene gitu" haaa..lebih kurang macam tu lah. Lagi sekali terbaca post keratan ayat yang sangat bermotivasi macam ni, yang ni i dapat dari twitter tak tau saper yang post sebab scroll-scroll tadi nampak terus print screen.. 

Ayat ni simple je kalau dibaca kan? tapi cuba korang dalami and hayati cewwwwaahhh sastera naw ayat mu kuna walaupun i bukan budak satera hahahaha... ok i ngaku sekarang ni i masih lagi ade yess ADA LAGI tertinggal solat lagi-lagi ade time bujang dulu pun laaaaaaaaagggggggggiiiiiiiiiii laaaaaaaaahhhhhh banyak culas-culaskan solat. Ya Allah memang jahat sangat i ni kan? sanggup tinggal solat macam tu je! Ya Allah ampun kan dosa-dosa ku ya Allah...malu sungguh rasa bila banyak buat dosa ni lagi-lagi tinggal kan solat. Takpa i mengaku i masih belum lagi menjadi sorang muslimah yang sejati harap-harap i boleh ubah sikap i ni. Solat tu tiang agama kalau kita tak betul kan tiang agama kita macam mana kita nak berdiri dengan tegak betul tak? ni tiang pun senget confirm kita berdiri pun asik condong je... bila berdiri pun condong jalan pun tak betul macam mana nak didik anak-anak dengan betul? Alllaaaahhh... sekali lagi dah dipenuhi dengan rasa bersalah :'( *tears* 

Ini lah lumrah manusia bila ditegur baru nak bergerak baru nak rasa insaf sampai bila? ye sampai bila asik nak ditegur je? insyaAllah i akan cuba sedaya upaya i nak ubah sikap i ke seorang yang lebih penyabar and tak akan mudah naik angin dengan setiap perkara. InsyaAllah dengan jaga solat sikap itu pasti akan berubah, sebab bila nak buat sesuatu atau nak cakap sesuatu kita akan ingat Tuhan Maha Pencipta. Wallaahualam.. 

Ini motivasi i untuk harini bukan untuk sesiapa, ini untuk peringatan pada diri i sendiri i nak tiang i tegak tak nak dah jalan condong tak cantik jalan condong kan?..... :) 



Nuffangs Adds