Tuesday 30 April 2013

Makin Tak Sabar

Hallluuuu peoples! Muahahaha... ape yang makin tak sabar tu? mihmihmih. 
Last week kad kahwen me dah siap u olls, gila awal kan! hahaha..poyo excited lebeyh. Eh tapi ape salah nye siap awal-awal tak lah kelam kabut nanti ye dak? hahaha rase makin tak sabar pulak nak distribute kan kat semua orang ihiks! Kad dah siap, banner dengan banting pun dah ready. Tinggal nak gantung je.. wawawawa. 

Last weekend pulak me dengan mama pegi beli kain pasang untuk sedara mara. Habih satu Jalan Tar tu kami tawaf. Gagagaga...gila kentang ah kalah shopping raya. Sampai ke arked hujung nuh kami dok merayap carik kain. Bukan ape mama cakap malas nak beli yang belom siap potong sebab kadang-kadang kain tak cukup even kita beli sekayu so better carik yang dah siap potong same jugak kan. Harga pulak kalau belom siap potong tu dorang tak boleh bagi kurang banyak, beli yang dah siap potong ni memang boleh diorang bagi kurang tapi seksa sikit lah nak mencarik 22 pasang dengan corak yang sama. Bila dah jumpa yang cantik tak cukup pulak, pastu ade pulak yang tak bagi beli banyak-banyak dengan corak yang sama katanya tak boleh pecah kan cord warna yang dorang dah sedia kan, grrrrr.... sabar. Pusing punya pusing jalan punya jalan tu yang akhirnya jumpa dah nak dekat penghujung arked. Phhheeewwww!! berlecak noks. Hahahaha... 

Lepas settled bab kain pasang, kami ke Wisma Yakin pula carik kan butik untuk Mr. F tempah baju melayu dan dah tentu la untuk pakai masa nikah nanti..hehe. Mr. F datang dah kemuadian coz biasa lah bagi meraka yang bekerja di hari Sabtu kan... Kitaorang decided pegi dekat Bak Tailor dalam Wisma Yakin tu lagi pun situ memang tempat ayah me dari zaman jepun tempah baju melayu pong. (zaman jepun = zaman bujang =p) Kualiti dia bagus, bila pakai pun sedap rase terletak je atas badan tu yang mama suruh g tempah situ.. Pasal harga memang berpatutan.. untuk baju melayu biasa RM120 + Sulam RM80 tapi Mr.F tak mo buat sulam die buat baju melayu modern and ade plate-plate kat area dada (susah nak terangkan nanti lah tengok masa nikah nanti eh, hihi) harga sama jugak mcm tambahan sulam, so RM120 + RM80 = RM200 sahaja. Ok la kan, InsyaAllah dijamin selesa. 

Dalam dok suka sebab dah ade yang settled me pulak rasa kaciwa yang teramat sangat, hukhukhuk! :'( After siap semua dari carik kain ke tempat  tempah baju melayu last sekali kami ke tempat me tempah baju nikah konon nya kata si tailor tu baju nikah dah siap. Excited ni yeaayy!! Sekali pegi amik, rase nak koyak kan je baju tu depan tailor tu. Orang tu dah salah jahit... sedih! Sangat-sangat sedih!! Sampai rumah memang tak tertahan air mata ni ternangis akhir nya depan mama dengan ayah.. Bukan tak cantik, tapi baju tu tak sesuai kiranya kalau me pakai masa nikah. Kalau untuk majlis-majlis lain boleh la. Takmo la cite pasal baju tu, nasib awal lagi boleh carik kain lain and yang pasti ku tak kan ke kedai mu lagi kakak slow!! NO!!  

Last sekali kami kalah bila nampak A&W and terus lepak situ.  

Thursday 25 April 2013

Kerja Gila!

Holla Mollah!!

Hahahahaha....kalini memang betul-betul kerja gila. Tadi lunch time me dengan Adam decided nak carik makanan kat luar, luar dari Publika yang lahar ni (lahar sebab makanan dalam ni semua mahey-mahey if ade duit memang syiok) yer la lagi-lagi dah nak ujung bulan ni kan, duit memasing dah kepokaian la kan.. kakaka. Nak jadikan cerita memula ingat nak ke Mont Kiara je tapau junk-food Mc'd ke KFC je sekali me teringat kat nasi kukus ayam goreng area Tasik Titiwangsa tu, selalu Mr. F yang tapau kan tuk me nasi tu (tak la hari-hari kekadang la sian die keje nak ngantor nasi je kan) pastu terus cakap kat Adam, jom lah kite try pegi Titiwangsa tu nak? 

Bila kua je jalan duta, roundabout Jalan Duta tu jem pulak terus potong ke Jalan Ipoh tembus jalan Tun Razak. Cilok mencilok la me mase tu sebab nak keja mase punya pasal, ye la lunch break 1 hour je pun risau tak sempat je kalau bawak santai-santai. Sampai sana nasib parking senang. Memula masuk kedai yang pertama nampak macam tak ramai je orang usha lauk, Adam dah nak angkat pinggan dah, me ternampak pulak kedai no 2 terus cakap kat Adam die pun letak balik pinggan. Hahahahaha...mesti bebulu je orang kat kedai tu. Sorry kak, makcik, kami tak sengaja. =) 

Kedai no 2 tu best, lauk banyak dari kedai sebelum ni. Sedap jugak lah..sambil makan tunggu Mr. F tapi dia sampai pun masa kami dah nak blah tak leh lelama duk situ risau parking kat Publika susah nak jumpa manjang full je kalau weekdays ni. Cian dear makan sengsorang.. nanti kite datang situ lagi ye wak. Office Mr. F dekat kat Jalan Pahang tu je ni dah tau tempat boleh la bajet masa next time boleh lunch same-same kan yang! Hehehe... Oh Nasi Kukus yang sedap tu rupanya kat kedai yang tak berapa nak ramai orang tu rupanya kuikuikuikui... next time kami makan situ ye kak,makcik,abang.. heh. 

Friday 19 April 2013

Kita Rindu Laaaa......

Assalamualaikum ahli-ahli Syurga yang dikasihi Allah s.w.t

Hari ni Jumaat, penghulu segala hari bagi kita Umat Rasulullah s.a.w yang juga dikira hari Raya kecil bagi kaum Muslim di muka bumi ini. Semoga amalan kita diterima Allah,insyaAllah.. Rindu pulak me pada arwah Tok Ku (panggilan atuk pada sebelah ayah) yang dah 10thn kembali pada Nya Al-Ftihah... :)


Selain rindu pada arwah Tok Ku me rindu la pada zaman sekolah dulu, hahaha... itu lah dulu masa suruh pegi sekolah malas, sekarang kan dah terkenang pada zaman yang tak mungkin dapat di undurkan masa tu.. Rindu masa mama kejutkan bangun pagi-pagi punyalah liat bila kene kejut untuk pegi sekolah lagi-lagi bila hari yang jadual waktu nya ada matapelajaran yang kita tak minat, hahaha..memang akal untuk ponteng tu akan muncul lah kan! Kikiki.. takpe me ngaku me memang nakal pun masa zaman-zaman sekolah dulu siapa tak pernah nakal kan kata budak sekolah standard lah kan, mihmihmih.. :p (Eh rindu nak panjat pagar belakang sekolah lah!!) Nanti me cerita masa zaman sekolah nakal kami macam mana. Tunggguuuuu... kehkeh. 



Sekarang bila dah masuk alam kerja pun sama jugak, perasaan malas untuk bangun pegi kerja tu tetap muncul setiap kali pagi, tapi sekarang bila dah kerja tak sama dengan zaman sekolah dulu.. dulu kalau tak pegi harini esok pinjam nota kawan boleh salin, sekarang kalau tak pegi kerja harini esok masuk office confirm file penuh sempai meja pun tak nampak dah. Hohoho.. memang berbeza sangat. Tanggungjawab pun makin besar, dulu kalau tak buat kerja sekolah cikgu denda, sekarang kalau kerja tak siap memang tak balik awal lah awok..terpaksa la stay back sampai lewat kalau tak reputation pun akan terjejas, bila reputation menurun, gaji pun tak naik, bila gaji tak naik bonus pun tak hadooo.. haaa kan! Susah kan bila dah kerja ni. Tapi ape pun syukur alhamdulillah sebab dapat kerja macam sekarang walaupun tak berpangkat tinggi at least tak kene panas tak kene hujan duduk dalam air-cond lagi. Hewhewhew.. 



Mr. F, huuurrrrmm... ensik tunang kita minggu ni pun tak de lagi kat sini dia dah balik kampung malam tadi, ada kawan kahwin katanya. Minggu lepas ke Perak, memancing hobi lama muncul kembali katanya hahaha.. selalu bila balik kampung baru dia dapat memancing sekarang bila dah ada gang kat sini memang tak kan lepaskan lah peluang yang ade ye dak?! Waaaaaaa....busy nye ensik tuang me tu. Bila nak dapat jumpa ni?? ok.rindu.sekian. huhuhuhu... :'( Tapi insyaAllah walau jauh mana pun dia pegi dia tak kan lupa kat me. (eleyh ayat sedapkan hati lettew) eh, betul laa..dia memang tak lupa kan me pun..mesti dia akan call (tapi bila dia dah free contohnya bila dah nak tidur,hampeh.) ok la tu kan.. :p satu lagi dia akan text bila masuk waktu solat tak pun bila-bila dia teringat. Huuuwwwaaa... sedih kita kene tinggal macam ni. Huks!  Ok takpe, kita berjuang tahan semua tu sebab satu hari nanti insyaAllah masanya kan tiba. Chaiyok chaiyok chaiyok kuna! buang kan perasaan lemah tu, fikir positive. Hehehehe... Ok lah biar jauh di mata tapi dekat di hati. (uuwweeeekkkss!!) 

p/s: doa-doa kan kami bahagia satu hari nanti. InsyaAllah.. :) 


Salams semua. Me love you aall... xoxo. 




Meh kita layan lagu ni, banyak maksud yang tersirat dalam lirik nya. 
Enjooyyss!! Muaahx. 

Thursday 18 April 2013

Dengan Restu Nya


Suka dengar lagu ni bila sunyi. InsyaAllah jodoh ku adalah jodoh yang terbaik telah diturun kan oleh Allah kepada ku, sesungguh Nya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Umat Nya. 

Tuesday 16 April 2013

gUeSt BoOk/Buku Tetamu

Assalamualaikum Lovers!

Taarrraaaaa... meh la nak cite sikit pasal "GUEST BOOK" ni atau bahasa jawa nya is Buku Tetamu.. hehe. :") 

Selalu kita tengok guest book ni kat mana ye anak-anak..?? Haaa..betol kat umah orang kahwin, kat majlis-majlis rasmi tak pun kat mesyuarat PIBG sekolah kan? Betol tak? Hahahaha.... 

Now paling popular guest book ni ada masa kat rumah orang kahwin la kan..so bercerita pasal guest book untuk orang kahwin, me nak bagi tau hampa yang kawan baik me,kawan gadoh,kawan guling-guling dalam semak,kawan yang selalu kenyang kan perot me (sebab dia pandai masak.semua masakan dia terer) hehehehe... is si Nur Afiqah ni laaa.. Dalam diam sekarang ni dia dah terer pulak bab-bab mengolah,mereka,membentuk dan macam-macam "mem" lah untuk guest book ni.. (tak padan dengan busy buat cake! Tak letih ke mu ni pika??) hohohoho... :p 

Baru-baru ni dia dah pun siap kan tempahan guest book untuk 'bakal ipar' dia tau, cantik habaq hang... kreatif giilllers dia mencorak kan guest book ni. Bukan senang tau nak dapat kan idea-idea ni kalau bagi kat me haha memang tegolek macam tu je lah buku tu..kuikuikui. So kepada sesiapa yang masih lagi tercari-cari kat mana boleh tempah guest book yang harga nya BERPATUTAN (haa...kene tekan kan sikit ayat tu sebab la ni guest book pun mahal-mahal ye dak?) boleh lah menghubungi beliau di 0176895543 (do whastapp her) Guest Book  bab harga jangan risau semua boleh runding. Kalau rasa nak pakage dengan cake pun apa salah nya kan dah alang-alang tempah cake tempah la sekali guest book kan senang keje kalau gitu, hehehe... 

Contoh ja ni..kalau nak, boleh bagi design nak yang macam mana. :)


Ce tengok ce tengok meriah kan? memang cung kan!! 

Tuesday 9 April 2013

Ikan Bakar Punya Pasal


Holla pep's.

Me nak cite sikit ni pasal dinner ari sabtu aritu 6.4.2013. Ni semua gara-gara ayah la nak ikan bakar punye hal, sampai ke Klang me redah malam tu. Mula nya me dengan adik saje je ajak ayah makan kat luar kat area rumah je dah la..saje sebab malas nak masak coz tengah hari tu dah pegi wedding cousin mama kat cheras so untuk dinner memang kami tak masak ape-ape la sebab tu ingat nak ponteng masak ajak la ayah makan kat lua. Ala..bukan nak makan yang best-best sangat pun, dapat makan kat kedai tom yam Miyamin yang ade kat traffic light depan tu pun jadi lah asal kan tak kene masak, kui kui kui.... *anak-anak ayah memang rajin puun* :p 


So, after the bodek section ayah pun setuju la nak pegi makan...tapi ayah cakap kalau nak makan jom pegi makan ikan bakar, kalau setakat makan tom yam tu baik bungkus makan kat rumah jee... Haaaahh,pulak dah. Mane nak carik kedai ikan bakar malam-malam ni? Hamik kau nak sangat makan lua kan.. Bukan ape, kat area rumah kami tu mane la ade gerai or kedai makan ikan bakar yang paling dekat pun area Jeram, Kuala Selangor nuh. Lepas pikir punya pikir, sampai me post kat whatsapp group dengan twitter tanye kat mana ikan bakar sedap sorang pun tak bagi jawapan, yang ade pun cakap kat jeram jugak. Kalau skincan tu ade je yang bersuara tapi ikan bakar kat skincan ikan bakar tu tak de feel ikan bakar la, rase pun ntah pape je. Tak sedap. So, dalam masa yang sama semua siap-siap je dulu nanti dalam kereta baru plan balik. Tapi malam tu aboy pulak tak nak follow, its okay..never mind. Senang hati hamba kereta pun lapang..kihkihkih. 

Sesampai nya kami di last Tol Latar tu, ayah cakap jangan pegi jeram kita carik je kedai yang ada tulis ikan bakar tepi-tepi jalan ni. Sebab kalau pegi jeram mau berejam la kau temenung kat situ. Malam minggu pulak tu, confirm lambat makanan sampai. Ok...me turut kan aja..ape susah drive je pun..bukan suh mengayuh kan. (malam tu me lah driver tersohor okay) jalan punya jalan tetibe hujan..so slow-slow je drive ikut line tepi risau tak nampak gerai kan, pastu tenampak dah sign board "makanan laut" dengan confident nye me membelok sebab mama pun cakap "haa..tu ngah tu masuk situ" ok turun. Hujan lebat. Mase nak amik order orang tu cakap "maaf la kak sini tak dok ike bakar, tom ye ja ado" huurrrmm cancel. Start kereta jalan.

Jalan punya jalan punya jalan hujan lebat rede lebat tup-tup kat Klang dah u olls, hahahaha...magic kan. Time tu pun dah nak masuk 10.30 baru jumpa kedai yang ada sign board "Ikan Bakar" takut tertipu kan carik sign board yang tulis "Ikan Bakar" baru berhenti. hahahaha...  Tapi tak sia-sia u olls, memang sedap kedai tu masak. Kami order 2 ekor ikan kembong, 1 ekor ikan pari, 2 orang makan sup tulang, 2 orang makan lala masak pedas, 3 telur dadar, 1 sotong celup tepong. Hamik kau, 4 orang je yang makan tapi macam 6-7 orang kan,hihihihihi.... lapau bebenau dah dekat pukul 11 bau jumpa nasik mane tak nye kan. Tapi sayang, lupe nak amik gambar makanan tu gambar masa menunggu makan sampai je ade..sebab dah lapa sangat tak pikir lain dah pikir Bismillah and ngap je. Hahaha... 

Soory lupa rotate, tu menu dia ada alamat boleh la kalau nak pegi

Sunday 7 April 2013

Sakit Hati

Salams Muslimat & Muslimah yang dirahmati Allah.. 

Harini adalah hari hujung minggu yang sangat down bagi me. Tak rasa macam hari minggu pun. Aktiviti harini pun hanya duduk terperap dalam rumah buat kerja rumah dan akhir nya mengadap sibiru hamba ini. Tak tau kenapa harini jadi hari yang paling down, otak blank tepu nak buat apa-apa. Pagi tadi bila bangun tidur period pulaaakkkk...hmmm, memang rasa sangat malas la kan. Tapi me tak rasa yang period tu yang membuat kan rasa down ni menjadi-jadi. Sebenarnya bende ni dah lama di simpan ditahan, agaknya perasaan bersabar dan bertahan tu dah tak boleh dibendung itu yang rasa semacam je ni.. Ok masa untuk berterus terang, mungkin rasa down ni bila pagi tadi masa Mr. F text and ajak pegi wedding kawan dia kat klang. Mr. F text pukul 11 and ajak pegi wedding, ok bukan nak salah kan wedding day tu tapi yang nak marah tu bila dapat tau pun dah lambat pastu dan2 jugak Mr. F ni cakap nak gerak awal.. Hallloo harini hari ahad tau, hari berkemas bagi kami kaum perempuan. At least bagi la masa sikit kan.. dah la harini bangun lewat gara-gara carik kedai ikan bakar malam semalam. Pastu suke-suke hati je cakap nak gerak awal. Ini betul-betul nak ajak pegi sama ke ajak-ajak ayam??!! Haaaa....mane tak rasa nak marah kan.

Fine bende tu dah buat rasa diri ni nak jerit je kuat-kuat. Kalau lah diberi tahu awal-awal tak la me rasa nak marah, yang jadi persoalan tu kenapa semalam, malam tadi atau subuh-subuh tadi tak boleh nak bagi tahu? Kan senang kalau diberi tahu awal, boleh la kita ni nak bajet masa tu betul tak? Ini ajak pun macam terpaksa je, ye la kalau tak bagi tau pun susah juga kan kereta dia park kat rumah me nanti susuah pulak kan... Mula-mula tu rasa nak follow juga tapi bila pikir rasa sakit hati je dah la keje kita banyak lagi belom siap yang dia pulak boleh bagi tau nak ke banting untuk amik barang kete. Heeeyyyy..berbulu je dengar, tah barang ape tah yang penting sangat tu. Me yang ajak pegi tuka wiper kereta me pun dah berbulan ditangguh nya. Geram tau tak!! Last-last me buat tak layan dia pergi sendiri..nasib la kan. Dah la suka kutuk me cakap me kuat makan la teruk kalau bab makan la ape laa..huurmm lantak lah malas dah nak layan. Kadang-kadang tu hati ni dah rasa malas dah nak layan karenah masing-masing. Ke ini juga salah satu ujian "bertunang"? Moga Allah tabah kan lah hati ni, nak juga keras kan hati ni tapi kadang-kadang tak boleh mesti melimpah jugak air mata yang bertakung... :'( 

To Mr. F, saya doa kan awak lepas ni tolong la jaga hati dan perasaan orang lain bila berkata-kata. Kadang-kadang tanpa sedar kata-kata kita boleh membuatkan seketul hati (hah seketul??!! lantak lah) tersentuh dan marah.. Sebab tu kita disarankan "berfikir sebelum bersuara dan berhati-hati menjaga langkah sebelum bertindak".

Now dah rasa cool sikit bila dah di luah kan.. Moga apa yang jadi harini jangan berulang lagi. InsyaAllah...

Thursday 4 April 2013

Cake Cake Cake... Mari Beli Cake

Salams ahli Syurga! 

Hahaha... menariks tak tajuk kita?? Ngeh ngeh ngeh actually bukan la me yang buat pun..tukang promosi boleh la.. hihihi.

Cake yang me maksud kan is cake kawan baik me Cik Eka Ahmad. Dia ni bukan je pemilik bagi segala cake, tapi dia lah tukang buat cake yang sangat sedap buat masa ni. Serious u olls, kalau dah try sekali mesti nak lagi. Dia ni full time business women yang hanya duduk kat rumah je.. Kira home made cake la cita nya.. Baru-baru ni me ade order "rainbow cake" kat dia tau, untuk birthday adik me yang Aboy tu gillers sedap u olls dah la cantik sedap pulak tu. Sebab sebelum-sebelum ni me selalu makan cake "chocolate moist" je tak pernah lagi try "rainbow cake" ni.. Kalau tak chocolate me selalu order "butter cup cake" kali ni je saje nak try cake lain so me suh dia buat kan "rainbow cake" tu... Sekali dah siap dia pun whatsapp me pic cake tu punya lah lawoo nak potong tuk makan pun sayang. *of couse la potong sebab nak makan kan* -___- bluur jugak me ni kadang2. [eh bukan selalu ke? *gulp*] Tapi tak mau cita lagi lah pasal cake ni sebab kalau cita lebih-lebih pun tak guna bukan u olls dapat makan pun kan? Hahahaha... *saje bakar line* tapi if u olls  ade rase teliuq ke ape pas tengok gambo yang kita attach jap g u olls boleh la g kat link ini best cake dia  lepas tengok album dia mesti terliuq kan haha dan yang pasti pastu boleh la tanya dia pasal cake-cake tu. Bukan je cake apam segala jenis pun dia boleh buat. Kira semua lah.. Hehe. Enjoys!







Ini lah birthday cake for my Bow tu.  Cantik kan kan kan??? =") 

Chocolate moist Cake with Strawberry yow!! 
Sponge Bob Squarepants pun ade u ollss. Kerrrllaaaasss..... 
The Cup Cake's and yang belakang tu Tiramitsu pon ade taauuuu... yami yami!!
Rim cake. Gillers cantik + sedap. :") *macam mana nak maaakkaaannn!!* [screaming]







Nuffangs Adds