Tuesday 20 August 2013

Keadaan Makin Tak Terkawal

Salam lovers!


Phhheeewwww!! Masa dah makin suntuk, hari makin kedepan, bulan makin berakhir, keadaan masih lagi sama. Padahal pejam celik pejam celik lagi 36 hari, hari besar ku (big day) akan tiba. Waaaahhh...kusut kusut!! Mau tak kusut u olls, sekarang ni lah masa dan keadaan tengah gentir. Tapi tak lah semua perkara pun masih lagi belum sedia, cuma perasaan yang saya rasa ni je macam Ya Allah, cepat betul masa berlalu. Huuuuuuuuu...takot. Rasanya macam baru semalam saya masuk tadika, baru semalam ayah hantar masuk ke kelas darjah satu, baru semalam mama teman kan masa orentasi tingkatan satu, baru semalam je saya start tempuh alam pekerjaan.. tup tup tup bulan depan saya akan menjadi "isteri orang". Wooooaaaahhh.. title yang sangat-sangat besar yang saya akan kendong dalam hidup saya tak lama lagi. Mampu kah? Larat kah? Itu semua saya sendiri tak ada jawapan lagi. Apa yang pasti, itu semua ketentuan dari Illahi. Siapa lah saya untuk mengubah semua yang dah tertulis..kan. 

Buat masa ni, kami dah mula mengagih-agih kan kad jemputan. Mula nya pada hari raya pertama lagi. Ye lah dah alang-alang beraya di kampung ambil terus lah kesempatan yang ade, betul tak? Memang bunyi nya macam "eh awal nya.." tapi bila dipikirkan balik, nanti ada ke masa nak ke sana ke mari untuk menjemput saudara mara yang ada di kampung? lagi pun tak salah kan..kita beraya sambil-sambil tu dapat menjemput sekali saudara mara yang jauh. Kalau kat sekitar k.l tak kisah sangat, asal keluar je boleh singgah kan. Hihihihi... so lepas ni sesiapa nak kahwin, buat lah lepas raya save masa & tenaga tau. Bijak jugak mama pilih tarikh kan. :) 

Preparation dah mula sikit-sikit dari awal tahun lagi sebenarnya.. buat awal-awal, mudah sikit nanti tak lah tergocoh-gocoh. Kita mulakan yang besar-besar dulu macam pelamin, khemah, lembu, kambing & bahan-bahan door gogift. Selalu nya benda-benda besar macam ni lah yang mak dan ayah bakal pengantin akan fikirkan kan dulu. Lagi satu jenis saya ni mudah, simple je.. tak kisah macam mana pun, janji cantik, mudah dan senang. Tak payah la nak cerewet-cerewet sangat..kita bukan anak raja pun. Cukup lah apa yang dah ada ni.. ye, saya tahu ini majlis perkahwinan kita kalau boleh yang pertama dan terakhir, tapi kalau kita mampu tak salah nak itu ini, bila orang charge tinggi kita tak mahu, abis kenapa nak cerewet sangat? betul tak? Lagi pun tak salah kita ni bersederhana.. "less is more" kan. Hello.. Prince William & Kate Middleton pun simple-simple je tau. Cantik jugak ape. Betul tak? So tak perlulah lah membazir..guna dan terima saja mengikut kemampuan..insyaAllah majlis tetap akan meriah juga.

Kali ni dan buat pertama kali untuk saya (dah tu tak kan utk kali ke-2?chhhooooiiii..haha), family pilih untuk buat acara rewang sajer. Tak mau pakai caterer.. pakai kaki tangan sedara mara je untuk masak, mengemas semua lah. Tapi pelamin dan khemah kita tempah laa... hehe. Seronok kan kalau buat macam ni. Sambil-sambil tu boleh eratkan sillaturrahim antara sedara-mara.. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar lah hendaknya. Amiiiiinnnnn....

Ok lah, malam ni nak sambung lagi tulis kad jemputan. Sape-sape yang nak tu, sila lah tinggal kan alamat ye. Nanti saya post kan. Takpe..nanti boleh berkenalan. InsyaAllah... 


Taa-daa!
  


2 comments:

  1. moga segalanya bahagia untuk awak dan bakal tulang rusuk awak..moga indah itu dikongsi hingga jannah =)

    ReplyDelete

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds