Monday 6 May 2013

Skin care routine

Salams semua!


Sebelum ni memang dah banyak jugak produk yang me guna untuk muka ni. Sejak dari zaman sekolah memang me tak pernah putus guna kan produk muka, me ingat lagi start guna produk muka masa dah masuk Sekolah Menengah tapi dulu mama lah yang beli kan. 1st sekali mama belikan me produk Clean and Clear dari pencuci,toner and moisturizer so start from that lah me belajar jage muka maklumlah masa tu pun dah baligh kan, so kene la start pakai itu ini kalau tak berderet lah cik jerawat terjah atas kulit muka =p. Lama jugak la guna produk tu sebab sesuai dengan kulit kan tu yang tak tukar produk lain. After Clean and Clear beralih pula ke produk Garnier, produk ni pun me guna lepas try sape punya tah kat office lama dulu pastu rasa macam ok,so beli terus set die dari cleanser and etc. Sebenarnya me bukan memilih sangat pun pasal produk-produk muka ni cuma me jenis tak berani nak guna yang sebarangan, risau nanti muka makin teruk pula kalau main hentam je guna produk tah pape, tu yang dok kekal kan je satu produk kalau dah rasa yang tu ok. 

Jaga muka ni tak susah, yang penting kena rajin. Ya RAJIN! Kalau kita just mencuci je tapi tak guna toner, moisturizer pun tak boleh juga. Sebab bila kita mencuci muka, segala liang-liang lahad kat muka ni terbuka so untuk tutup kan balik segala liang yang ada kita kene lah guna toner dengan moisturizer. tak lah muka akan jadi kering and kusam ye dak? ok actually bende tiga tu (mencuci, toner and moisturizer) adalah asas, kalau yang asas pun malas macam mana nak dapat kulit yang cantik kan?! so kene la rajin ok baru boleh dapat hasil yang maksimum! Hahaha..gittew. Sekarang ni me dah betukar pulak ke produk yang lain, iaitu produk Bio-Essence. Best tau produk ni dah dekat 3 bulan dah me guna. Buat masa ni apa yang me nampak perubahan kat kulit muka ni jerawat yang besa dah betukar ke jerawat yang kecik-kecik je bila tumbuh, pastu hilang pun senang tak sampai beberapa minggu kesan jerawat tu dah kecut pastu hilang...hihihi kittew suke! Alhamdulillah, muka me ni memang jerawat akan aktif tumbuh pada masa mensturasi/period tapi sejak guna produk ni jerawat tu dh jadi kurang aktif sikit yang ada pun satu ke dua ketol je yang dedegil. Yang lain kecik-kecik pastu senang hilang... :) 


Memula tu beli yang trial set je. Pastu jatuh hati pulak, hihihi... =) 


Yang ni pencuci muka dia. *gambar dari Google sebab lupa amik gambar yang kat umah punye* 


Ni lah toner dengan moisturizer yang me guna. Moisturizer tu saje me guna yang Birds Nest punya best woooo... siap ada Nutri-Collagen tau!




Eh eh eh...tertepek pulak gamba ittew mihmihmih... *mase ni dah sebulan kot rasenya guna Bio-Essence* =p 





No comments:

Post a Comment

Thanks yaaaa.... =)

Nuffangs Adds